Monday, August 13, 2012

#STOP114A



Hari Internet Blackout yang akan berlangsung hari ini (14 Ogos 2012) bagi membantah Seksyen 114A, bermula pagi ini sehingga pukul 12 malam esok.

Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada Hari Internet Blackout bagi mempertahankan hak kebebasan berinternet!!

Sunday, August 12, 2012

PIG SQUEL

diam.
dah 3 hari gua study ni.



SKANDAL

Gua bangun tidur, mamai-mamai lagi..
gua terus menuju ke bilik air lelaki bujang dan basuh muka.
gua pandang cermin ..
gua rasa lain.
lain dari hari-hari biasa gua pandang cermin tu.
oh gua baru refresh.
gua pandang tepat ke arah badan gua yang persis badan lelaki timur tengah ni.
masih ada beberapa kesan gigitan kat dada kiri gua..
"kasar juga orangnya" detik hati gua.
bahagia betul gua rasa.
gua senyum lebar je.

gua selesai mandi, gua terpandang ada kelip-kelip merah kat handphone gua.
petanda ada notification lah tu. gua malas buka dahulu.. saja kasi suprise.
dalam hati gua "mesti dia nak puji betapa hebatnya gua semalam,hikhikhik"
gua terus persiapkan diri, slow-slow gua capai selimut, slow-slow gua capai gumpalan2 baju.
cadar gua terik-terik kasi rata semula, bantal gua tepuk-tepuk biar nampak gebu dan berselera.
gua sembur fabreze sikit kasi bau sedap-sedap hidu. amboih.

malam semalam bagi gua malam yang hebat, tak pernah gua rasa sehebat ni. 
selama ni gua rasa biasa saja. jarang ada orang menganggap gua lelaki, selelaki semalam.
senak juga bila memikirkannya. ahh.. baik gua bersiap cepat, tempoh yang tinggal cuma 10minit saja untuk gua punchcard.

sampai di tempat kerja, gua memulakan aktiviti biasa. gua akan ke tandas, bakar rokok, barula gua buka satu persatu notification kat handphone gua. 
twitter dan facebook gua abaikan dahulu. gua cuma teruja nak buka sms je dulu.
berdebar nak buka sms ni, macam first time pegang handphone pula rasanya.

gua buka sms dengan hati girang.. selang beberapa minit... hati gua pasrah..
"Pasghahh!! kata lisa surighani"
sms itu berbunyi 

"You, i really happy and enjoy with you.. but then i hope you know that we cant going together. i have fiance, and u have girlfriend.. i hope you understand me sugar..."


mood gua berubah serta merta. rasa macam nak tampar diri sendiri. rasa macam nak jerit kat lubang tandas, rasa macam nak terajang timi. gua baru ingat ini mimpi yang nyata dan pasti........

Bersambung..

_________________________________________________________________________________

*penulisan ini adalah untuk buku yang Timi Fahmi bakal terbitkan yang berjudul "SKANDAL". akan release dalam bulan Septermber 2012. ini adalah satu sedutan dari babak buku tersebut. boleh dapatkan buku SKANDAL dari gobok buku dan kedai-kedai buku terpilih.