Tuesday, August 1, 2017

Birthday post

Tak sangka dah 31 tahun.

Macam baru semalam aku campak buku dan conteng baju sekolah untuk menunjukkan perasaan rebel seorang budak yang akan bertukar kepada remaja. Macam baru semalam aku dikenalkan dengan hidup dan alam sekitar. Macam baru semalam aku memutuskan untuk menjadi cabi rather than zulkiflie maarof.

Alhamdulillah, aku bersyukur. Dalam pada umur aku 31 tahun, aku dikelilingi dengan orang-orang yang menyayangi aku. Aku bersyukur masih ada kawan-kawan yang berebut untuk menjadi orang yang pertama untuk wish hari jadi aku. Kawan-kawan baik yang terus call untuk nyanyikan lagu hari jadi dan tak lupa kawan yang selalu dalam ingatan aku saban hari. Dan tahun ini aku dikurniakan seorang isteri yang menyambut hari jadi aku dengan kejutan kecil-kecil. Bersyukur dan macam nak menangis,

Terima kasih. Aku sayang kamu semua sepertimana aku sayangkan diri aku sendiri.

Saturday, June 17, 2017

Betul juga orang cakap. Buatlah 10 kebaikan, dan kemudian buat lah satu kejahatan. 10 kebaikan kau tu lenyap dengan hanya 1 kesilapan.

Friday, June 16, 2017

Comfort Zone

Aku pernah berangan, aku ubah kehidupan dengan orang tersayang. Bersama-sama bangun dan duduk. Bersama-sama susah dan senang. Tapi aku terlupa, kita sebenarnya tak boleh lakukan semua itu bersama-sama. Kita kena lakukan dalam bentuk kerjasama sahaja.

Kita boleh maju jika berusaha. Tapi kita akan boleh bertambah maju dengan usaha dan dorongan dari yang tersayang. Itu maksudnya bekerjasama.

Bukan bermaksud, kita teruskan hidup kita, duduk dibawah kepompong comfort zones dan membiarkan pasangan kita juga buat benda yang sama.
Hidup ini terlalu bosan untuk itu sayang...


Sebagai contoh satu pasangan suami isteri, suaminya bekerja di pam minyak, isterinya bekerja sebagai pekerja kilang. Setiap hari mereka melalui kehidupan yang selesa, ya selesa! Bangun tidur, sarapan, siapkan anak ke sekolah, kemudian hantar isteri, balik kerja ulang aktiviti sama dan kemudian balik ke rumah layan drama Astro. Adakah cuma ini cara untuk mereka habiskan kehidupan?? Ya, soal rezeki, itu semua kerja tuhan. Tapi jika beliau tak mahu duduk di comfort zones dan ingin "keluar" daripada kepompong itu, mungkin si isteri boleh cari kerja separuh masa atau meniaga online sahaja, manakala si suami bekerja bersungguh-sungguh, belajar dan akhirnya mempunyai sebuah stesen minyak sendiri. Bukankan hidup itu akan tambah bermakna?


Ini hanya pendapat aku. Mungkin aku seorang sahaja yang lahir dengan sifat yang mudah bosan dengan perkara yang terlalu mendatar. Mungkin kamu semua tidak.

Entry Puasa

Bulan puasa ni aku rasa sekejap betul. Macam baru kelmarin je masuk ramadhan, sekarang dah nak dekat hari raya. Pada umur aku 31 tahun hari ini, aku terfikir. Begitu cepat masa berlalu, tak lama lagi pon kita semua akan beransur tua dan bertukar ke satu alam yang baharu.

Alhamdulillah, tahun ni aku belum ponteng satu pon tidak seperti tahun tahun sebelumnya. Kahkahkah.

Sunday, April 16, 2017

Kakchom dari gunung ke laut!

Team kakchomhikers mara setapak lagi. Kali ini bukan sahaja mendaki. Kita touring pulau sekali. Planning selama lebih sebulan ni berakhir dengan gelak tawa dan keseronokan yang ekstrim. Selain dari kulit aku dengan tayar kereta takde beza, penangan island hopping ni juga cukup buat kaki aku gatal-gatal tak tahu apa pasal. Agaknya sebab ada member kencing dalam air mungkin. Wallahualam.

Trip kali ini adalah gabungan Hiking + Siri jelajah Pulau.
Kos seorang adalah RM200 sahaja. RM10 duit BBQ picnic, RM10 duit penunggu gunung dan RM180 untuk island hopping.

DAY 01 - Hiking Mount Arong

Kami tiba di kaki gunung jam 10pagi. Kali ini semua krew datang tepat pada waktu. Takde lambat dan delay. Aku bersyukur. Setibanya di kawasan parking, kami terus naik 4x4 milik joe sehingga ke kaki gunung. Budak yang datang lewat trip Muntahak kelmarin kena hukum jalan kaki lebih 1km. Kakakakkaka.

Pendakian nampaknya smooth tanpa sebarang problem. Aku ingatkan ada guide yang akan follow kami, rupanya guide tu nak tengok permit sahaja. Its okey, kami mendaki lebih kurang 1jam lebih. 

Infrastruktur dan persekitaran gunung arong sudah berubah sejak pertama kali aku naik dahulu. Cuma aku hairan, dulu aku naik berpenat lelah macam nak sesak nafas. Tapi kali ni aku naik selamba je macam tak ada apa-apa. Tak, bukan berlagak. Tapi aku tak bayang pon macamni. Begitu besarnya perubahan sejak aku cuba jaga kesihatan ni. Alhamdulillah.

Trip arong simple dan just nice. Kami turun lebih kurang jam 4pm. Dan terus pekena bendalah goreng-goreng dan terus ke lokasi perkhemahan lebih kurang jam 6.

Jika trip muntahak kami bawa 4 khemah. Trip kali ini kami bawa 6 khemah. Memang cukup sangat untuk 30 orang sekalipon. Tu tak masuk hammock lagi. Manakala Joe, anak dia sama Asri pula siap sedia dengan set up yang complete macam kat rumah sendiri. Power power.

Kami buat pelbagai aktiviti malam cuma pada aku malam tu kurang sikit sesi berbual ramai-ramai berbanding trip muntahak, trip ni lebih kepada aktiviti group dan persendirian. Walaubagaimanapon kami tetap dengan tradisi makan bersama-sama dan mengeratkan ukhwah.
Aku tak bawa kamera naik atas. Sebab aku risau part rentas sungai tu. So gambar dah turun je aku ada (camera). Gambar dari iphone aku malas transfer. Hey, malas tu kan pilihan? Suka hati aku la kalau aku malas pon.

Ni lah benda goreng-goreng yang aku cakap tu. Estimate 800kcal satu pinggan.



Tour guide kami. Sentiasa tegas dan memegang watak tok dukun gunung.


Fazini tu nampak je kecil, tapi nafsu makannya mengalahkan pembela saka.







DAY 02 - Island Hopping

Sebenar-benarnya, aku pon tak tahu apa makna island hopping yang sebenar. Aku pon Tok rimau yang perkenalkan. Island hopping adalah siri jelajah pulau yang dibawakan khas dari @GOMihat (twitter). Jelajah pulau ini merangkumi pelbagai aktiviti iaitu snorkeling, cliff jump dan santai BBQ tepi pantai (tak perlu risau makan, sebab makan dia mewah!). Kami menaiki dua buah boat dimana setiap bot memiliki 12 orang penumpang. 

Walaubagaimanapon, aku tak dapat listkan nama setiap pulau sebab Tour guide kami pon takde bagitahu itu pulau apa ini pulau apa. Kena soal dlu lah kalau nak tahu. (Boat kami sahaja, boat sebelah mungkin tour guide dia lebih peramah). Disebabkan aku pelupa, dan aku malas tanya nama setiap pulau tu sebab aku tau aku akan lupa. Jadi cukup lah jika aku sebutkan Pulau pertama, kedua dan ketiga.

Kami naik dari jeti mersing jam 9PM. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30minit. Kami berada di tengah-tengah antara dua pulau untuk upacara "suai kenal" dengan air laut.
Ok ni aku confuse sikit, sebab sepatutnya pulau pertama kami kena hiking untuk layan view dahulu. Kami semua dah sarung kasut sedap untuk hiking meskipun kami cuma hiking bukit yang tak sampai 10min dah tiba puncak. Macam biasa, gaya kena jaga. Kah kah kah.

Dan tak semena-mena, kami terpaksa berbasah basah dahulu dalam upacara suai kenal tu. Ni pon aku confuse, ingatkan dah start snorkeling, aku mushkil kenapa sebiji karang pon aku tak nampak. Rupanya baru panas badan..

Begini, trip ini pada aku ada part "Basah" dan part "Kering". Basah bermakna snorkeling, cliff jump etc. Sepatutnya dia hantar kita ke bukit tu dlu sbb kami semua tengah "Kering", kemudian baru trip "Basah" iaini snorkeling tu semua. Bayangkan tengah basah-basah kita pon bergambar kat puncak Bukit. Hambar juga wajah time tu. Kah kah kah. 

Walaubagaimanapon, aku suka trip Island Hopping ni, tour guide ada dua tiga orang yang memang friendly. Mungkin tour guide aku sahaja yg pemalu. Yang lain okey je. Tentang trip basah kering tu, itu kecik punya hal sebenarnya. Maybe boleh ditambah baik di masa akan datang. Overall untuk island hopping aku bagi 9/10 bintang!



Review & Penambahbaik

Salam you guys. Thanks pada semua yang terlibat secara langsung & tak langsung menjayakan aktiviti kali ni, kak chom dari gunung ke laut. So untuk penambahbaikan program akan datang & sebarang komen atau kekurangan aktiviti kita ni, boleh lah tulis kat sebelah nama masing- masing. 


1. Tok Rimau - Kerjasama dan ketepatan masa bertambah mantap berbanding trip Muntahak. Terimakasih yg pinjamkan masa dan barang dan sedekah makanan. Semoga dimurahkan rezeki. Ada sikit duit dari diskaun Jelajah Pulau, kita akan beli sikit2 peralatan utk masa depan. I had so much fun that my wife become jelous tengok IG. Next time Tok bawa orang rumah macam Cabi.

2. Cabi - semua perfect! Timing pon best. Macamni best semu aktiviti dijalankan tanpa delay. Terima kasih atas kerjasama. Aku sudah berbincang ringkas bersama Asri & Joe. Insyallah tahun depan kita buat trip ke Rinjani pula. Kalau sokongan ini berterusan maka semua ini tidak lagi mustahil. Terima kasih kawan2. Terima kasih sama2 berkongsi kegembiraan dengan aku dan bini. I love you guys!!

3. Miena - semua okay. Lagi2 makan semua ckup & sedap, terlebih- lebih lg, thanks pd AJK makanan - nadi ajim & syaf, ee jugak bawak ayam utk sandwich. Thanks berhujan panas beli makanan. Cume next time mashmallow kena cucuk siap2 dr umah πŸ˜‚

4. Syasya - nape tak paus

5. Joe - Bila nak pegi lagi

6. Asri - pegi lagi nak bila

7. Jui - thanks all crew #kakchomhikers  awesome. Dari start naik kereta, naik gunung, naik bot, makan sampai turun kereta best. Acara baling frisbee tu sedap. Boleh beli menatang tu nanti. 

8. Jamal - superb! 1st time aku buat keje giler ,lompat terjun laut walaupon tak tinggi.. kahkah.. me waiting fr next trip.. thanks gais korang osem!

9. Ee - thnx orgnzer. pngalaman laen dri yg laen. plz set up nex trip. njoy every moment. p/s: mne nk cri krim aloe vera

10. Rose - I want something just like this. Tenet tet tet tennenet  πŸ˜œ

11. Dona - thanks Ajiem & Addah bagi tumpang & tolong drive. Terima kasih semua untuk semua masa yang gembira. Makan cukup, happy dengan semua aktiviti. Saya nak join lagi trip seterusnya especially jika trip ke gunung nuang dan bermalam di sana. Tq & nice to know uols.

12. Finie - 

13. Ajim  - 

14. Em - Awesome people (yang dah kenal/baru kenal), good vibe, good food (banyak dan sedap) em non stop makan k. This #kakchom group/people would be my fav group. Tag me in ke trip seterusnya. I had a great times walau pun sekejap. This trip punya pictures Em ada upload di FB 
[ https://m.facebook.com/summerhatesyou/albums/1548452481845469/?ref=bookmarks ]

I love you guys! - Ireng Girl πŸ’πŸΎπŸ˜˜


15. Nadia - trip mmg best, jd ireng pun ireng la, it's worth it. Thanks sume AJK.. yg sedia makan, yg sedia khemah, yg jage kebajikan etc. thanks gak sume sbb bersabar dgn sy (1st time camping) & mtk maaf kalau menyusahkan. Can't wait for next trip! xoxo πŸ’‹πŸ’‹

16. Haziq - awesome trip. Great vibe. Its like a fΓ‘milia. Eventhough joined half way, but still worth! It worth more than million dollars. This is our tribe. This is our vibe. This is our time. This is #KakchomHikers. Thanks and congrats to all crew and members who participate in this tour. Good Job and Keep It Up. Till we meet again for the next trip!

17. Ieka - alhamdullilah smua berjalan lancar n best gila trip nie, insyaallah next trip nk join ag.. ☺

18. Shima - 1st time camping sgt best. Lain kali nak ikut lg. Special thanks to @⁨Mohd Faisal Othman⁩ hantar mlm2 g amik blk dompet. Maaf menyusahkan. Tq semua menjanakan memori ini ☺✌🏻🌈



19. Napie - Alhamdulillah, walaupun ada masalah dengan kedatangan, sy berjaya juga. terima kasih pada rakan2 yg myediakan tmpt tinggal dan makanan. Terima kasih daun keladi, inshaaallah sy join lagi.

20. Pesot - tak dapat digambarkan dengan kata kata bertapa superb nya trip kali ini.lepas neh mohon buat lagi.love u all 😍

21. Shaf - 

22. Ilias - 

23. Yob - alhamdulillah..nice trip..great!!awesome!!orgnzr terbaik..trip xlapo..xbosan..waiting 4 next chapter!

24. Lynn - 

25. Faizuddin - Terima kasih pada asri dan joe kenalkan saya pada kakchom hikers. Kepada semua semoga berjumpa lagi di trip akan datang 

‪26. Nadi - semua okay, thanks kat semua, yang bawak makanan extra, yang bawak jajan extra, everything was superb! ❤πŸ™ŒπŸΌ‬

27. Addah - thanks korg for the effort kpd ajk and smua yg terlibat! smua tip top! i suka lagi2 ade byk mkn!

Monday, March 13, 2017

Berhenti kerja

Jadi, ini bukan pertama kali aku buat keputusan untuk berhenti kerja. Bak kata Alon, "Ah gitu je la sifir dia, berenti pastu give up then kerja semula"

Aku cuba pastikan perkara itu tak berlaku. Ini kali ketiga aku berhenti kerja dengan alasan ingin jadi selfemployed. Aku kena usaha lebih.

Aku ni sebenarnya seorang yang tak pandai merancang, apatah lagi berbuat sesuatu keputusan yang proper. Aku tak merancang dengan betul-betul teliti. Pemberhentian aku kali ni, aku sempat buat list what to do setiap hari. Ini je la yang aku fikir boleh jadikan aku berdisiplin.

SLEEP TIME : 11:00PM
WAKE UP TIME : 5.30AM
TOTAL SLEEP : 6HOUR 30MIN

MONDAY TO FRIDAY

6.00AM - SUBUH
7.00AM - BREAKFAST
8.30AM - PUNCHCARD
9.00AM- CHECK EMAIL (CILANTRO/JASMINEANDSUN)
10.00AM - MARKETING STRATEGY, FB UPDATE(JASMINE)
11.00AM - PICTURE EDIT (JASMINE)
12.00PM - PICTURE UPLOADED (FB JASMINE)
01.00PM - BREAK
02.00PM - MASUK OFFICE
02.15PM - ZOHOR
02.30PM - KAKCHOMIKERS
03.00PM - MARKETING,FB UPDATE (CILANTRO)
04.00PM - PICTURE/VIDEO SHARING/STUDY (CILANTRO)
04.45PM - ASAR
05.30PM - CLOSING, 5S

EVERY TUESDAY 
08.30PM - RUNNING TREXIMO

EVERY WEDNESDAY
08.30PM - RUNNING RFM

EVERY FRIDAY 
09.00PM - RUNNING LSD

EVERY SATURDAY / SUNDAY


07.00AM - HIKING

Berhenti kerja dan kerja sendiri bukan lah satu benda yang boleh cuba-cuba, lebih lebih lagi untuk diri aku yang sudah sedia berkahwin dan ada banyak bill yang perlu dibayar. Setiap bulan, expenses monthly aku hampir RM2000. BIla fikir balik macam tak yakin aku nak dapatkan RM2k per month dengan bekerja sendiri. Tapi aku kena juga yakinkan diri aku dan kembali kepada konsep rezeki. Rezeki Allah tu kan luas.

Masalah aku sekarang, aku dah dua hari duduk office tanpa berbuat apa-apa. Sepatutnya aku kena planning apa aku perlu buat untuk hari esok dan seterusnya. Maybe bila aku dah follow betul-betul schedule aku ni baru aku boleh berfikir dengan waras sikit. Maybe.


Saturday, March 4, 2017

Aku selalu terlupa, bahawa aku tak boleh harapkan sesapa melainkan diri aku sendiri.
Agaknya sebab tu lah orang lain dah bina syarikat setiap negeri, aku masih mencungap-cungap kejar balance payment dari client.

Monday, February 20, 2017

Panalbana

Aku cuti jumaat sebab nak pergi panjat gunung.
Aku naik kerja Isnin, iaini semalam.
Masuk je office, aku tengok PC aku dah takde diganti dengan server.

Aku dah mencungap. Kampeni yang aku kerja ni mengambil tindakan tarik semula pc sebab aku ada buat mistake sebelum cuti. Masalahnya, aku buat dua kerja, Aku memerlukan sebuah PC dan bukannya server.

Kesan daripada penarikan PC ni, aku takleh buat dua kerja.
Bagus ideanya, dia mahu aku fokus satu kerja. Walhal, dia sendiri tahu hidup di Malaysia ni semakin tenat. Satu kerja, lagilah tenat.

Dengar, aku tak kisah jika dia ambil PC aku. Yang aku kisah, dia ambil PC aku tanpa pengetahuan aku / di mana aku tak kerja. Mana respect? Kalau begitu, lepasni aku takde, engko selamba selongkar meja aku semua. Privacy aku sebagai pekerja mana?

Sebenarnya, aku merancang untuk berhenti kerja dan fokus kepada kerja sebenar aku iaini jurugambar. Tapi aku merancang akan resign dengan aman pada bulan June. Tetapi, hal ini mendesak aku.

Semalam, aku terlalu marah dan tidak berpuas hati. Segala apa yang aku cakap semua kena bidas. Yelah, supervisor seorang wanita yang banyak bercakap. Untuk apa aku bidas bahasa dengan dia?

Aku masuk jam 9.14am semalam (lambat), aku membebel2 sampai jam 10am. AKu hisap rokok, dan terus balik jam 11am. Aku tak tahan. Hati aku sudah panas. Aku bukan budak-budak lagi nak rebel bagai. Aku sudah tua. Ada baiknya aku balik daripada aku stay sebab mungkin aku akan bertindak sebagai seorang yang kurang ajar pada orang tua. Aku tenang je.

Aku boleh berhenti hari ni. Boleh. Kalau ikut kata ego dan panas hati. Tapi bila aku fikir balik, aku ada isteri yang dipertanggungjawapkan. Sebab perkara ni, aku kena tenang, buang ego dan teruskan bekerja sehingga June. Aku tak mahu susahkan isteri aku.

Aku yakin, dalam sekumpulan dubuk.Akan ada seekor yang kecundang dek kerana mengikut perasaan. Jadi teruskan juga pekerjaan ini walaupun ikhlasnya sudah jauh hilang dalam hati.

Kakchom Hikers - Gunung Muntahak

Kakchomhikers sudahpun menawan muntahak. 
Happy betul aku. Ini pengalaman pertama aku tidur di hutan. Memang sejak dari kecik lagi aku tak suka benda-benda hutan ni. Mistik nya lain, hal keselamatannya lain. Aku jenis hati kecik. memang tidak la aku nak join. tak sangka seteleh umur mencecah angka 3 ni, aku boleh lakukan ni dengan sokongan kawan-kawan aku. Terima kasih semua. Terima kasih tak terhingga kerja engkorang tak putus putus bagi aku semangat dan keyakinan untuk aku teruskan Kakchom hikers ni.

Trip muntahak ni perancangannya lebih kurang sebulan. Tok rimau, orang penting yang mencadangkan trip ni dilakukan. Manakala Jamal, Haziq dan geng-geng lain pon sepakat untuk join sekali. Alhamdulillah trip kami berjaya bermalam dan menuju ke puncak. Bukan tu je, jamal pon ada bawak kawan lain, dan lagilah kami gembira sebab mereka semua memang ada cukup experience berbanding kami yang rata-ratanya budak-budak lari dan hanya pernah naik gunung pulai sahaja.

So far trip kami alhamdulillah baik dan memuaskan. Camping ramai-ramai sambil bercerita, gelak ketawa, bbq ayam tanpa ingat hari esok. Fun, Absalutely fun. Kenapalah dah tua macamni baru aku tahu betapa seronoknya camping. KAHKAHKAH

Aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang engkorang semua bagi kat aku. Epecially Tok rimau, Pakcik guide yg aku lupa nama , Joe dan anak , Brader Asri yang berpengalaman dan geng-geng lari serta kawan-kawan yang terlibat. Engkorang awsome weh. Serius.

Di bawah, sedikit sebanyak cerita kiteorang punya trip, mungkin engkorang leh dapat beberapa info let say next trip engkorang nak join or enkorang baru nak tahu apa ada di gunung muntahak.

Enjoy this Video and Pic!
Tok rimau dan Haziq tengah check senarai nama peserta.

Team budak pempuan tengah sibuk berbincang nak masak apa malam nanti

Videographer - Haziq hashim

Penghibur kala malam. Boleh karaoke juga pasal sound dia mantap

Disebabkan ada satu kereta lagi lambat, kami semua terpaksa naik Lori telur. Dah macam Rohingnya pon ada aku nengokkan.

Suasana kampung Petri jaya

Inilah dia si jahanam yang datang lambat. Ketua dia yg topi merah. Sudah la datang lambat, dia ketawakan kita pula sebab naik lori telur. Cilakak, aku jentik telor sorang-sorang kejap lagi.

Dalam perjalanan pergi ke tapak perkhemahan. Lebih kurang 30min perjalanan dari bandar petri jaya.

Cuaca nampak sedang elok. Harapan kami malam kang tak hujan

Landscape sawit di perkarangan Gunung Muntahak / Tahak

Lagi Wallpaper

Another wallpaper

Kami baru turun dari Lori ayam. Masing-masing muka pasrah pasal pinggang dah bergalih
Yin tak leh handle, Pinggang dia sudah bergalih ke tumit kiri
Ini Anak Joe, Tasha mary jane nama dia.

Nampak betapa completenya tempat ni

Datuk Tee Siew tak tau sapa yang greeting ktieorang ok

Kami sudah tiba di Kem Buluh Perindu

Upacara memasang khemah.

Budak pempuan tengah setting tempat makan

Brader yang tunjuk peace tu banyak pengalaman gunung dia

BBQ sedang berlansung

Ajim  & Tok rimau

Art Api


Aktiviti malam diisi dengan pelbagai topik perbualan dan sesi suai kenal


Kami kenyang. kami happy

Art berat.

Wan sponsor 2 ekor ayam hutan untuk juadah

Syafri tengah mengajar kitaorang beberapa bahasa Kedah antaranya "Chiwi"

Brader tegas

Pakcik ni adalah tour guide kami esok. Nama beliau Pak Ajis

Mandi sungai waktu malam. Abaikan aksi lucah

Lepas mandi kita sambung sembang. kali ni tukar port kat khemah joe dan asri pula.

Brader joe dan teh sedap dia.

Keadaan waktu malam di Campsite. Ada lampu brader.

Lagi permandangan malam

Waktu ni pagi, 6am. Haziq selaku Videoghrapher terkemuka kami dah siap2 dengan scramble egg. Padu..

Masing-masing dah dresap gunung.



Sebelum mendaki, kami sempat juga poco-poco untuk panaskan badan.

Cilake tak sempat habis poco-poco mereka nak bergambar pula. Abang layan

Diskusi ringkas.

Ini noni. dia merupakan sweeper kami pada hari tersebot.

Tak terlupa, makwe-makwe KEJORA juga menyertai kami, lupa pulak nak cerita makwe-makwenya boleh tahan molek

Walaupon makwe kejora molek-molek. abang still hug isteri abang tanda abang taat.

Gambar kenang-kenangan bersama team KEJORA dan kakchomhikers

Hutan hujan tropika

Walaupun mendaki, suasana sangat sejuk di Gunung muntahak ni

Ulat gonggok besar ibu jari ni aku pernah nampak kat muntahak je. Banyak kali pulak tu. tak pernah nampak benda ni sepanjang aku mendaki kat pulai.

kami sudah tiba di puncak. Kelihatan kabus dan sejuk diatas

Masing-masing sedang menikmati keindahan hutan

Trip kali ni pada aku paling banyak pacat. Walaubagaimanapon mereka berlima ni bukan spesis pacat.

Tegap, gagah dan memiliki susuk tubuh seakan RAMBO.

Inilah pacat yang aku habaq tadi. Lebih kurang sembilan ekor juga dah hisap darah aku

Brader Asri memang cool, kat puncak pon dia potong epal kasi kita semua makan.

Entah kat mana la diaorang dapat papan hitam sama kapur. Maybe ada jual kat RNR sepanjang pendakian tadi.

Well done! kakchomhikers dah tawan gunung tahah!

Yang kiri tu isteri abang, yang tengah mungkin isteri kedua abang kita tak tahu kan jodoh tu kan ditangan tuhan


Fuhhh mendongak betul ambil gambar ya

Pokok hutan dan khazanah dunia

Landscape top of muntahak

Sejuk dan cool

Aku lupa up gamba dia kat FB, aku up la kat blog. Jaga hati syafri

NAH! ini dia kita punya reward. Air terjun 8 tingkat hanya di Muntahak mt!

Pasangan gay hutan

Aku tak tahu apa budak dua orang ni buat kat situ

Aku nak shoot slow shutter, yang 3 orang ni ingat aku nak shoot dia. perasan.

Adoi takde orang lain keeee

Kan abang dah cakap, brader dua orang ni memang cool. Kat mana-mana dia boleh pacak set minuman dan makanan dia. Btw sorry tak habiskan maggi. Aku betul2 kenyang. hmmm

Tok rimau merindukan isteri dan anak anak dirumah senai

Keadaan waktu siang sesudah kami turun

KRU



Sebelum balik. sempat terjumpa periuk kera. yang abang hairan, periuk je ada. Kera nya tak tahu pergi mana

Cuba tengok lama-lama, macam ada kehidupan lain kat bawah ni

Hmmm muah ciked

Perjalanan balik sebelum dipikap oleh Lori Telur

Art daun

KAMI TELAH SELAMAT PULANG! TERIMA KASIH !!