Wednesday, October 19, 2011

44 Caliber Love Letter

ape yang menariknya gambar ni, awek kiut ni asal dari hongkong,dia ni kiut dan baik hati. dia buat konsert amal/charity untuk anak2 yatim oklahoma dan dia menubuhkan satu organisasi human right kat sana. dan yang lagi menarik, dia pakai baju 24 hour television


apa yang menariknya awek ini? ini awek jepun. kalau dah nama awek jepun, jarang yang muka macam penyapu. majoritinya mmg comel lote kaedahnya. dah yang lebih menarik, dia mengenakan baju yang kiut ni.

ape yang menariknya pada mamat dua ekor ni? dia ni actress yang sering menjadi kegilaan makwe2 malaysia. banyak berlakon citer komedi2 dan citer2 sedih yang tangkap sentap. dan dia ni pon mamat japan jugak. dan ape yang lebih menarik, baju mamat ni..suwittt...





dan apa yg menariknya mamat ni? pikir la sendiri. malas nak cakap. kbai.



Tuesday, October 18, 2011

karya






guia quit scene amek gambar kahwin.
ini semua gara-gara gua sentap dengan wong.

ini scene baru gua.
jangan ada yang berani komen bukan2.
gua terajang nanti.


Sunday, October 16, 2011

kadang2 niat blogger ni bukan utk ceritakan hal yang berlaku pada diri gua.
tapi kadang2 tercerita juga. ahh...fukk la.. gua macam nak setat review lokasi makanan sedap2 lah!

Thursday, October 13, 2011

UNTUNG ORANGRAMAI

untungla rumah ada mesin basuh fully automatik.
letak baju banyak2, campak pewangi dengan sabun sikit,tengok wayang. SIAP!
silap2 ada yg dah siap sidai dan lipat.
memang jahanam.

mesin basuh rumah gua harini buat hal.
tempat pemutar pembuang air tu dah patah.
gigih gua gunakan spana hidup utk putar button dia kasi air keluar.
dan tiba2 pemutar tu pulak patah.
gua cucuk dengan spanar pipih.
air pulak tersumbat.
ahh..gua tensi!

last2 gua google cara repair mesin basuh.
tapi dia kasi yg mesin basuh fully automatik.
ni gua tengah mencuba ni. harap2 berjaya.
baju gua dah 3baldi kot. lu gila!

-_-


Berat hati sebenarnya..
tapi nak taknak kena jugak.
untuk mendapat sesuatu yang lebih penting.
jadi gua kena lepaskan juga..
haishhh..
goodbye Mr Black.
bergembiralah bersama tuan baru.
-_-

dan gua terpaksa tukarkan Mr black kepada adik bawah dia, Mr cool.
pegi jahanam la orang cakap ape. yg penting gua boleh BBM dan twitter.
okbai.


dan sejujurnya, gua bukan mat gian. kerja nak tolak barang je. ada sebabnya kenapa gua bergolok bergadai. gua bukan anak orang gomen, senang buat pinjaman. jadi antara satu kaedah untuk gua mendapatkan ape yang guia hajati adalah sell and buy. so terpaksala. lagipun gua bukan jenis budak2 gadjet yang selalu up to date. bagi gua asalkan ia menyenangkan kerja gua,angkat call, sms, telepon customer, itu sudah memadai. sebenarnya gua ada sebab kenapa gua buat tu semua. inilah sebabnya. sebab dua benda ni je. agak kering jugak wallet gua disebabkan dua benda ni. tapi gua rasa berpuashati sebab dua benda ni la yg gua nak dari dulu lagi. ianya bukan sekdar hobi, tapi gua rasa dia dah sebati dalam jiwa gua. ceewah!




KipasLipas: yg d700 ni sengaja kasi gamba kotak saja, sebab barang belum sampai ke tangan gua lagi. kalau barang tak sampai, wong gua tangankan nanti. tengok lah!



Tuesday, October 11, 2011

Cadle-cadle

"Self Potrait #13", Nikon D1x ,Nikkor 35mm f.18DX ,1/250, iso 400, custom black/white
p/s : Gambar tertera tidak ada kena mengena dengan entry dibawah.

Gua berdengus kencang.
gua naik berang.
gua hisap rokok laju-laju.
marah betul gua rasa ni.
nafsu marah gua lebih goyah dari nafsu syahwat.
ini tak boleh jadi..kalau terus macam ni..gua boleh isim.

gua paling kehadapan..gua tenung tajam2..
gua bukak mata besar2...
gua lucutkan tuala..
walaupun sejuk..gua tetap kentalkan diri lucut tuala depan cermin.
gua tampar diri gua laju2..
gua jiruskan air di kepala gua sendiri.
sedang berbasahan tu,gua sempat update tweet.

gua tak tau bila, kenapa, dan bagaimana benda ni terjadi.
gua ibarat menconteng arang dimuka gua sendiri!!
babi!
stratchmark gua ada satu lagi kat belah kiri perut.
celaka bila benda ni tumbuh ni!!!!
macamana gua nak mandi buka baju kat swimming pool?
macamana gua nak berhadapan dengan generasi gua kelak.

*
*
*
*
*
gua sarung balik tuala..
gua pakai baju ringkas2.
gua capai kunci kereta..
gua pergi watson.
gua sound kakak jurujual tu..

"kak, ada sensoil? ehh sory2...french oil"

akak tu tersipu2 blushing carikan gua ubat selulit tu..
mesti dia ingat gua nak mintak cuddle2 tu..
Benci.

Monday, October 10, 2011

Gadis runsing, ampang.

perbalahan ni myspace. benda ni amat populer satu ketika dlu.
gua pernah maki orang juga di myspace.
gua pernah tampar orang semata2 kerana myspace.
gua pernah marah cybercafe, sebab tak bukak.
sebabnya. myspace!

tapi harini, ada pulak orang berbalah kat facebook.
mmg facebook tempat maki hamun itu ini.
facebook pon dah akan jadi macam myspace tu ha.
celaka betul.

dan skrg, gua harap twitter tak macam tu.
harapkan twitter, twitter makan padi.

Sunday, October 9, 2011

Kenangan Lalu Mengusik Cuping Telinga VOL 2

dah lama tak buka facebook zm sebenarnya.
so harini baru teringat nak buka.
maybe sebab sibuk upload barang masuk mudah.my.

jarang sebenarnya gua bukak page makwe lama.
makwe lama punya page ada kat zm punya Fb je..
sebab tu jarang bukak zm punya fb.
sebab nanti mesti terlintas nak bukak porfile makwe lama.
haa..itula dia, nak ditelan pahit, nak dibuang sayang.

kadang2, ramai juga yang tanya, kenapa gua asik sebut pasal makwe lama.
sebagaimana din paiman, gua juga punya emosi kelakian yg jitu.
cuma din paiman tu lagi deep dia punya kelakian jitu tu. keh keh keh.

sebenarnya, utk delete sesuatu dari pc menuju ke recycle bin...
kita bukan sahaja klik pada button "delete"..
tapi kire kena empty recycle bin.
nak tekan delete tu mudah.. nak tekan empty recycle bin tu agak susah..
kadang2 tak sempat.. kadang2 tak ingat.. kadang2 buat2 tak nampak.
sebenarnya ia tetap disitu. gua tak penah delete pun.
cuma gua buang kejap dimata gua..dan bila dia hilang gua akan sibuk mencari semula.
mencari dalam keadaan dia tak tau gua kat mana.
sebab gua tak pernah cerita kat sesiapa perangai keji gua ni.
ya, gua stalk makwe lama gua.

we gotta move on..
itu pun benda senang nak cakap jugak.
senang la bagi orang yang senang untuk perasan yang diri dia bagus.
yang diri dia better dari makwe lama dia.
tapi bagi gua, semua tu silap gua and gua patut ubah silap gua tu.
dengan harapan, cahaya "suria" tu masih ada.

tapi gua tahu, dan gua terima hakikat semua tu. cuma kadang-kadang gua rindu.
rindu waktu dulu-dulu.. rindu naik RXZ lidi patah satu. Rindu bergolok bergadai utk kejar impian yang dulu-dulu. dan yang paling gua rindu, persahabatan yang kuat sampaikan semua orang pon keliru.benda ni yang gua rindu. benda ni yang buat gua ingat dia selalu.

sebagai seorang jantan keparat macam gua, tak sepatutnya gua kenal dengan orang yang secantik tu. dan tak sepatutnya gua perasan yang gua ada awek macam angel camtu.
tapi tulah, gua ni pun jenis penipu. jadi patutla benda ni tak kekal lama. salah gua juga semua tu. sebab tu yang buat gua selalu cemburu. apepun, kenangan lalu tu, sehingga kini tetap menganggu kalbu.

gua sebenarnya berterima kasih kepada makwe lama gua.
kalau tak kerana dia, gua tak jadi macam sekarang ni.
biarpun dia buat gua KLMJ selalu, tapi sebenarnya dia sangat menghargai gua.
dia sangat membentuk gua, dan mengajar gua benda2 yang mendatangkan manfaat dalam hidup gua. apa yang gua ada sekarang , atas nasihat dan tunjuk ajar dia juga.
kalau tak kerana dia, gua rasa gua nak hanyut diarus deras. fulamak, ayat band boy.

apepun, gua berharap makwe lama gua akan bahagia disamping pilihan hati dia.
tapi gua cuma nak dia tahu, ape yang gua janji, gua akan buat.
kalau gua cakap gua tunggu, maksudnye gua tunggu.
maybe gua akan berada di depan pelamin dia akan datang.
gua akan pacak 70-200 f5.6 dan gua nak zoom tepat2 kat muka dia.
gua akan focus solid kat kebahagiaan dia.
dan gua tak akan biarkan bokeh-bokeh tu menganggu struktur wajah dia.
sebab itulah gamba terakhir yang gua akan snap utk dia.
sebab tulah gambar terakhir yang membuktikan kejujurannya yang betul2 tengah bahgia.
dan gambar tu gua akan simpan semolek mungkin.
gua akan laminated supaya ianya berkekalan ke generasi gua akan datang.
mungkin gua akan cakap kepada anak-anak gua,
"sebab autie ni la, korang semua ada disini.."
dan, gua izinkan, anak-anak gua panggil dia mummy.

Saturday, October 8, 2011

UMNO TERUS MARAK, ROMPAK RAKYAT MALAYSIA.


kah kah kah

Friday, October 7, 2011

rasingan.

gua dengar.. tahun depan halfcut dah takleh ada kat malaysia ni. jadi kepada penggemar2 kereta potong body, budak2 mivec, budak2 cyborg,budak2 kereta kecik, budak2 kcar. sila la ambil perhatian.

ni produa pulak nak keluarkan model baru lagi. dah lawan ngn proton lettew. tak tau la brapa harga dia. harap2 lebih murah dari kereta potong body. barula kereta tak senonoh ni ada pembeli.

cao liao!






























Thursday, October 6, 2011

Movie Time. Its FREE.

Monday, October 3, 2011

ini benda yang gua dok menelek dari pukul 3am tadi tapi tak paham. T_T

Introduction to Lenses for Large Format Cameras, 2nd Edition

© 2002, 2007 by David C. Karp , for largeformatphotography.info

Introduction

The subject of lenses and lens selection for large format cameras can be quite daunting for photographers new to the medium. Although large format lenses obviously serve the same purpose as lenses for 35mm, DSLR, and medium format cameras, they are clearly different in both appearance and operation.

This presented quite an obstacle when I began my foray into large format photography. I had no knowledge of the subject, and it seemed that no matter how hard I looked, the information I found was either too superficial, or assumed that the reader had a grasp of the basics. As a result, it was a long time before I felt even slightly comfortable with the subject.

This article is an attempt to distill what I have learned on the topic into a broad overview that assumes little or no knowledge on the reader's part. The intent is to help photographers new to large format make their way through the variety of view camera lenses and lens types, and make their early purchase decisions with a minimum of stress and confusion. Most of the discussion is about lenses for 4x5 cameras. This is because 4x5 is the most popular format, and since it is the format that I work in, it is the one I feel most competent to write about. Nevertheless, most of the concepts covered here are transferable to the other formats.

The discussion starts with an overview of a large format lens, and the basics of its operation. Next, the discussion turns to how to attach the lens to your view camera. This is followed by a brief discussion of lens types, a short review of the major lens manufacturers, and, finally, a discussion of how to select your first lens and assemble your lens toolkit.

A couple of caveats: First, some of the lenses mentioned below have been discontinued. They are still available used from a variety of sources. Second, I am not a lens "expert," and especially not a "lens design expert." Good sources for basic information on lens design are the Large Format Photography Forum, and Jim Stone's A User's Guide to the View Camera, in its third edition, published by Prentice-Hall. There are also other more technical books on the subject. One source to investigate is Rudolf Kingslake's A History of the Photographic Lens.

Overview

The instant you see a large format lens you know it differs from your 35mm, DSLR, or medium format lenses. For one thing, unlike those smaller formats' sleek lenses with nearly silent autofocus or wonderfully tactile knurled focusing rings, the large format lens has no focusing apparatus at all. Instead, view camera lenses bristle with levers, dials, knobs, and connections that protrude every which way. Their unique appearance can be quite unsettling, even for the most experienced small or medium format photographer, because the purpose of all these controls is not always clear.

A typical large format lens is shown below, a Nikkor M 300mm f/9.0. On close inspection, it turns out that a large format lens is actually quite simple. It is divided into two sets of lens elements. One set is screwed into the front of a leaf type shutter, while the other set is screwed into the back of the shutter. The levers and other controls are part of the shutter.

Nikkor M 300mm f/9.0 on a Copal No. 1 Shutter

I wish u were here madefaker.



gua hampir terlelap.
tapi bau FX tu makin kuat.
celaka.

gua sebenarnya berat hati nak jual lens Tokina gua.
sebab range dia sempoi.
16-50mm f2.8. fuhh..memang sempoi.
gua rasa lens tu perfect sangat.
lens tu mcm makwe lama juga sebenarnye. perfect sangat.

Tapi nk buat macamana.. untuk mendapat sesuatu kepuasan, gua terpaksa bekorban.
ibarat,kalau nak dapat makwe baru, kena buang makwe lama dulu.
eh kejadah ape lens dengan makwe siblak!

takpe, gua kena lelap jugak.
lantak la bau FX tu..
gua tengah hidu bau bantal ni.
setim juga bau bantal ni even dah 4bulan tak tukar sarung.

Sunday, October 2, 2011

Mainee coon

gua dh mula rasa sunyi..
gua sunyi sebab hidup gua dh kembali mem"bujang" sejak 2bulan lepas.
kucing kesygan gua tah g mana tiba2 hilang.
tak dapat dikesan.
gua anggap je la dia jatuh dari tingkat 15 ni.
kalau gua pikir bukan2 nanti gua sakit hati.

Gua minat memelihara binatang sejak gua darjah 3. gua masih ingat lagi binatang pertama yang
gua bela adalah seekor anak biawak. ye, anak biawak.
atuk gua jumpa semasa dia balik menyawit kat kebun, anak biawak ni duduk tengh jalan.
bila diamati betul2,dia cedera. dan atuk gua bawa balik letak dalam sangkar.
bela biawak ni senang, lu kasi ape pun dia makan.
tapi biawak ni jenis menatang tak kenang budi. dia keje nak gigit je.
tangan gua pun penah dia gigit sebab gua cucuk2 badan dia dengan kayu.
and lastly dia hilang terkeluar sangkar dan tak balik2..
walaupun dia ganas,horror,jijik dan huduh. gua sayang kat dia. gua kasi nama dia bob. gua penah tunggu jugak dia balik masuk dalam sangkar,tp tak ada pon.

then atuk gua gantikan si bob tu dengan awang. awang ni bukan biawak. awang ni burung tekukur. gua tak tau la skrg ni ada lagi ke tak jenis burung ni. sebab zaman2 atuk aku tu ramai orang bela burung tu. bela burung ni bagus. even kita kurung dia dalam sangkar, bila dia keluar atau lepaskan, sampai masa dia akan balik semula kedalam sangkarnya. ni kire menatang jenis kenang budi, tak macam si bob tadi. jenis gua pulak suka pegang2 dan picit2, lama2 si awang tu mati dalam gengaman gua sebab gua bawa dia masuk bilik dan tidur bersama. terpenyek bawah bantal. lepas tu atuk gua pun tak pikir panjang, tali pinggang naik badan.

bila gua sekolah menengah, gua bela kucing. rumah gua anti kucing, sebab mak gua tu semput dan alergi pada habuk. jadi gua bela kucing senyap2 dalam bilik. sampaikan satu hari tu kucing tu kena buang dengan bapak gua. buang tanpa bagitau gua. dan gua rasa terfakthub habis dengan bapak gua.

bila habis sekolah sampai gua kerja, gua quit scene bela binatang, sebb gua taknak tanggung risiko kehilangan lagi. kehilangan benda yang kite sayang. lu paham tak. bukan hilang awek je kite boleh KLMJ, hilang binatang peliharaan pon boleh KLMJ tahu!
tapi lama2 gua kembali bela binatang balik.
gua start bela hamster,guinea pig,iguana,desert turtle dll.
then macam biasa, semuanya hilang/mati dan tak diketahui.
bukan bermaksud gua abaikan binatang2 gua, tapi mmg dah jangkahayat dia macam tu.
and last skali binatang yg gua bela adalah kucing, dan kucing tu pun baru 2 bulan lepas hilang. itulah dia. so skrg gua rasa hidup gua tak normal. hidup gua tak normal sebab tiada binatang disisi gua. gua sepi,sunyi,terfakthub!
Scottish Fold Cat

gua ingat nak bela kucing lain, sebab kucing ni feel dia lain mcam sikit. bagi gua even gua kena bersihkan tahi dia tiap2 hari, tapi berbaloi sebab kucing2 yg gua jaga semua sekali amat akrab dengan gua. gua dh anggap kucing tu girlfriend gua. dan gua rsa takleh hidup tanpa kucing.
gua ada usha2 mudah, gua cari scottish cat. scottish cat ni kucing baka scotland, telinga dia kecil je, dan badan dia jenis bulat kaki pendek. tapi takde kat pasaran malaysia.so gua hampa. tapi tiba2 gua tertarik pada satu kucing ni.

mainee coon.
ini baka ketegori kucing paling besar. baru masuk pasaran malaysia, tapi harga dia mak aihhh...gambar diatas menunjukkan size normal dewasa kucing ni.
dan dia boleh membesar lagi. dan antara baka kucing paling panjang nyawanya. kata orang,kucing ni ada 6 nyawa. macam game supermario. and maybe kucing ni nyawa dia ada18 ke tak tau la gua.

Thursday, September 29, 2011

kadang-kadang cemburu jugak lihat family orang lain.Okbai.

Urban Menthod Disorder

gua punya anak saudara sekarang semua sibuk bergaya.
masing2 nak ketengahkan gaya masing2.
masing2 nak memperagakan baju zara,guess,fendi dan pelbagai lagi jenama yang mgkin bagi mereka sangat hips dan urban.PEGI JAHANAM.
habis duit akak2 gua dikerjakan oleh anak2 sendiri.
gua macam nak pelempang je sorang2.

gua sangka,Trend Oakley Frogskin ni dah hampir senyap.
rupa-rupanya makin hebah. dan macam makanan ruji. dah macam makan nasik.
siap ada kombo, Oakley Frogskin+gshock+tali pinggang.sama kaler!
keluar tanpa cermin mata oakley adalah perkara yang memalukan bagi golongan anak muda zaman skrg.
even nak pegi pasar,rumah terbuka,pegi surau,pegi pasar malam,pusing2 taman bunga mahupun berkelah..pasti takkan lepaskan Oakley frogskin di gengaman.
kepala hotak dia.
tak tau la apesal,tapi gua mcm tiba2 takbleh blah tgok anak sedara gua yang bangga betul dengan Frogskin dia. apesal? boleh tukar kaler ke? boleh keluar lampu? boleh ubati penyakit?

ini trend 2011 brader! oakley frosking,gshock watch,dan tranparent belt. tak lupa,bag dslr sentiasa dibahu.dah tak lupa,touch up bedak kat muka supaya sentiasa tampil unggul dimata makwe sigs. -nama terpaksa dirahsiakan-



Sepotong Kek untuk Hantaran

Gua rasa gua dah makin kritikal.
gua dah makin teruk dan manuk.
lu tau manuk tu ape? lu tau?

kat jalan raya malaysia ni, ada macam2 benda sebenarnya.
kadang2 time kita tengah bawa kereta/motor santai usha awek kt pantai lido,
tiba2 terlanggar lobang,tiba2 terngesot sampah kat depan radiator,
tiba2 terlanggar tin minuman.
sesetengah rakyat malaysia memang binatang sifatnya..
gua paling pantang orang buang sampai keluar dari kenderaan.
dan gua lagi menyampah kalau orang buang sampah dalam kereta gua.
kaedahnya, jangan bawa sampah ke dalam kereta. tinggalkan sampah sarap sebelum naik kereta.
ini benda serius!

gua dalam perjalanan mahu ke pasir gudang.
gua melangkah ke pasir gudang dengan penuh semangat.
semangat sweet cafe.
gua henjut 140km/j.
jalan tak rata.
jalan berturap.
gua maki menteri kerjaraya.
gua maki budak2 mbjb.
gua maki plustrafik.
sepanjang perjalanan tu gua tak berhenti membuat dosa-dosa kecil..
"gedeguk" gua macam terlanggar sumthing.
peluh gua dah mula menitis.
jantung gua berdegup kencang seperti mahu menjalani malam pertama bersama isteri.
tapi kali ni lain.
gua macam langgar orang.

gua berhentikan kereta gua, tarik handbrek dan letak gear kat P.
memang kereta gua pondan. kereta automatic.
5,6 kali juga gua pusing kat kereta tu.
tak nampak mayat sesiapa.
gua cuba usha bumbung kereta, pon takde pontianak.
jadi gua ambil keputusan untuk berjalan belakang sedikit.
mana tau tiba2 gua terlanggar rara nur.

gua nampak kelibat hitam.
terjelepuk ditengah jalan.
bau hamis..dan agak leper..
sebab gua masih ingat tadi belakang gua ada lori pasir.
gua amati betul2..gua sedih..
gua jadi bersalah.
gua amati betul2..
memang gua dah langgar dia!
dia dah MATI!!!!

gua cuma sempat termenung kat tengah jalan.
gua cuba untuk cari jalan untuk meletakkan jenazah dia di bahu jalan.
gua pikir panjang.
sepanjang gua pikir tu, ada dalam 8biji lori tanker dah langgar mayat tu..
tpi gua still pikir.
lastly,gua cari kayu.
gua usir mayat tu ketepi.
mayat tu dah menjadi kepada banyak bahagian.
gua tak sempat kira. sebab gua nampak mayat tu dah lumat..
gua tutup hidung, dah cuba juga usir mayat tu ketepi..
bila dah berada dibahu jalan, gua sempat lagi lihat muka mayat tu..
sama macam timi.
gua cuma sedih je dengan nasib dia.
dan gua rasa bersalah...memang anjing ni takde otak..
tapi tak patut gua langgar anjing ni.
dia binatang kot.
gua ni ALF.
ape kate orang lain terhadap gua?
gua memperjuangkan hak asasi haiwan, tapi gua langgar haiwan.
ape cerita ni?
tapi bagi gua, benda dah lepas.
tak perlu gua kenang..dia pun dah jadi mendiang.
jadi gua sempat tutup dengan daun pokok, dan gua harap mayat dia ditempatkan ditempat binatang2 syurga.
gua harap, kalau lepas ni ade sesape lagi terlanggar binatang macam anjing,kucing,gagak,selembu,seladang, flamigo ataupun memerang, jangan la biarkan binatang tu kene grind kat tengah jalan.
dah langgar tu, pandai2 la letak kat tepi jalan...
at least takde la jadi daging kisar..justeru tak la mengotorkan tayar kereta orang lain.
tapi kalau boleh elakkan langgar la,elak kalau boleh..
hargailah nyawa mereka. mereka pun ada anak bini nak jaga.

KipasLipas : Gua rasa tahap animal right gua ni dah tinggi sangat, over pon ada jugak. gua dah mula rasa kesian kat ayam ni. lagi2 ayam selasih. gua dah rasa mcm gua taknak makan ayam.gua rasa gua nak jadi vegan pulak.tapi tak tau dalam jangkamasa brapa lama. pfftt.

beginilah lebih kurang keadaan anjing tadi, berbaju hitam dan berseluar yankee.

Wednesday, September 28, 2011

Lekat dan ingat

lekat dan ingat.
cara ni oldskull sebenarnya.
masa gua kecik2, mak gua selalu pesan.
bunyi dia macam ni...

"Kalau dah benda senang pon tak bleh ingat, tulis kat kertas tampal kat dinding biar senang sikit ingat!"

jadi sebenarnye benda yg mak gua cakap tu betul.
dan berguna sekarang.

Dulu, gua anggap gua boleh ingat semua benda.
masa muda2 dulu boleh la nak ingat itu ini.
masa sekarang ni, makin dewasa, makin banyak benda yang gua kena pikir.
kadang2 makan pon gua lupe kaedahnye...
jadi, makin hari, gua makin banyak benda nak buat, makin banyak benda nak ingat.
memang gua tak dapat ingat semua.
jadi gua gunakan kaedah mak gua tadi, didlam kehidupan seharian.
tapi bukan gua buat setiap masa, tapi kadang2 je.
namun begitu, benda2 yg KLMJ, gua tak perlu buat sbnarnye, sebab benda2 mcm tu kalau tak nak ingat pon still ingat jugak. celaka benar.

Tulis dan Tampal ni gua dh lama buat, cuma kadang2 gua lebih beriman kepada organizer.
tapi skrg gua rasa organizer tak membantu sangat sebab organizer gua ni besar gedabak.
jadi tak sesuai utk gua buka selalu.
ecely gua tak suka buku besar dan tebal. zine pon gua suka yg tipis2 tapi isinya padat.
jangan macam din paiman, zine tebal2 diisi dengan pengalaman pahit bersama makwe lama. tapi lantak dia lah, buku dia pon sbnarnye! keh keh keh.
jadi,secara automatiknya buku yang besar dan tebal akan membuatkan gua mual2 dan tumpah darah. jadi gua lebih prefer cara ni.


Monday, September 26, 2011

The Taqwacore



taqwacore ni ade 2 series.
satu versi movie. satu lagi versi documentary. sebenarnya ia pada mulanya sebuah novel bertajuk "THE TAQWACORE,REBIRTH OF PUNK ISLAM"
ia berkisarkan tentang perjuangan punk islam yang rata2 dilakonkan oleh "punk" sendiri.
bermacam2 fahaman,pengajaran dan kolektif yg boleh dipelajari disini.dan ini sebenarnya true story! bukan rekaan dan band2 yang tersenarai memang band2 yang wujud.
semuanya terpulang kepada anda sendiri yang menilai sejauh kesahihan perjuangan "taqwa" mereka.
dan mesej besar yang mereka sampaikan adalah satu. "TAWAKKAL"
gua kasi rate 9.5/10!


Sunday, September 25, 2011

putih telur.

bagi gua, perfume ni sebenarnya ada satu simbolik pada sesetengah individu.
perfume ni bagi gua pelengkap hidup.
maksudnya bukan la takde perfume kita mati / histeria.
maksudnya perfume ni boleh buat hidup kita lebih ceria sebenarnya.

masa gua sekolah, gua biasa letak bedak kat kocek bawah lencana.
tujuannya selain daripada mengelakkan muka berminyak, ia boleh dijadikan peganti perfume tatkala panas terik kat perhimpunan, masing2 dah bau cuka getah tapi gua steady dengan bau bedak. memang kalau dipikirkan gua sepatutnya jadi pondan ataupun gay. tapi bagi gua, gua selesa dengan keadaan tu. mula2 tu mmg gua sorg je buat camtu,kawan2 gua semua macam bahan gua dia kata gua mamat cool, tetapi setelah gua terangkan kaedah penggunaanya, baru la beliau sedar ape yg gua lakukan, kemudian lama2 satu group gua letak bedak kat kocek bawah lencana sekolah atas tujuan yang sama. dan group gua juga yang biasanya wanted kes mabuk disekolah,terajang cikgu dan raba punggung cikgu praktikal. itu cerita lain.

gua masih lagi, perfume pertama kesukaan gua masa sekolah menengah adalah dashing. masa tu itu je la yang gua tau. bau lelaki, tapi tak tahan lama. tapi ok, pagi2 gua lalu depan kelas, ramai juga makwe2 yang histeria dengan bau dashing gua. bau dia berpengaruh. sebab lama2 gua pakai siap ada orang kenal bau perfume gua.

perfume ni dipadankan dengan deodorant. fungsinya menghindar bau odor dari meresap dibaju atau tshirt yang kalian pakai. jadi mmg setiap bulan gua akan beli dua benda penting ni. bukan bermaksud gua punya badan bau bangkai kucing, tapi memang bagi gua semua lelaki patut guna utk mendapatkan imej kelakian meskipun boleh menjatuhkan Punk point gua. ahh..pegi mampus.

dalam family gua sendiri pelik dengan gua, gua suka bau2an sebenarnya. gua tak suka bau2 yang menyakitkan hidung. secara umumnya mmg hidung gua agak sensitip dengan bau. terlalu kot rasanya. sampaikan gua boleh bezakan bau tanah dengan bau air sungai. ini kire macm gift jugak lah.ini cerita betul. and hidung amat peka dengan bau2 persekitaran. kalau gua sesat dalam hutan, maybe gua boleh jadi anjing utk cam bau jalan tar.

perfume ni sebenarnya benda yg kompleks. tak semua perfume tu kena dengan diri kita dan perwatakan kita. ada sesetengah perfume tu mmg ngam dengan diri kita, ada sesetengahnya menyakitkan deria bau orang lain. jadi senang cerita, setiap orang ade perfume yang khas utk dirinya sendiri.

sebenarnya tak ramai antara kawan2 gua yang minat perfume ni. ada sesetengahnya lebih selesa dengan deodorant sahaja, ada sesetengahnya mmg tak pakai apa2. itu hak individu tu sendiri. kadang2 ada yang badan bau cam firaun pun ttp taknak beli deodorant utk penjagaan diri. kengkawan nak tegur, segan, isu sensitif. jadi lantak kau lah sana.

gua mmg minat perfume ni dari dulu lagi. gua start membeli perfume berjenama masa gua lepas sekolah. sebab bagi gua perfume berjenama ni tak membazir. memang mahal kalau nak dibandingkan dengan perfume bazar karat, tp yang bagusnya dia leh pakai lama. bayangkan perfume original sebotol 100ml boleh mencecah sehingga 5bulan kalau pakai dengan cermat,manakala perfume third party sebulan 2 botol. mana lebih menjimatkan?
bagi gua..ia memang berbaloi..

selain tu, perfume ni boleh membuatkan seseorang tu mempunyai keyakinan diri, keyakinan diri sendiri dan keyakinan diri berhadapan dengan orang lain. tengok pada individu tu sendiri la.tap bagi gua bila kita rasa selesa dengan bau kita, ttb keyakinan diri tu akan timbul mendadak dan time tu la tangan gatal nak usha awek bbm. tp ada sesetengah orang tak pakai baju mcm orang sakai pun still ada keyakinan diri macam timi fahmi.

antara perfume yang gua suka bau dia dan tahan lama adalah dari jenama Dunhill, Paco Rabanne, Yves Saint Luauren, ataupun Salvatore Ferragamo. perfume2 jenis ni mmg agak lasting dan amat sesuai dengan lelaki yang mengunakannya dengan pengunaan kerap. yaini setiap hari. lelaki kerja ofis contohnya amat sesuai menggunakan perfume dari jenama dunhill kerana perfume jenama dunhill ni jangkahayat ketahanan dia sama dengan waktu bekerja yaini 8jam. so dalam 8 jam tu lu akan rasa keyakinan. Biasanya dunhill amat populer dengan Desire Red nya. tapi skang ni gua tengok dah ramai sangat orang pakai desire red ni, sampaikan gua pegi kedai mamak ada 2,3 table la pakai bau yang sama. cehh!

bagi yang mudah berpeluh pula,sesuai menggunakan perfume dari jenama Polo sports, Paul smith, Givenchy, Aramis ataupun Jeans Paul Gultier. perfume jenis ni banyak keluarkan produk anti peluh yang mana kalau bau peluh lu macam celaka pun dia boleh combine jadi bau yang sedap2. kombinasi bau perfume dan peluh menjadikan satu bau yg rare bila orang lain terhidu. so takde la impak sangat bau peluh tu brader!

setakat ni, gua cuma penah test dunhill desire red, desire blue, paco rabanne XS, paco Rabanne 1million, Giorgio Armani black code, Sean John, Esprit,CkONE, CkONEsummer, CKenternity, dan yg paling latest Lancome Hypnose Man. yang lain2 gua tak tau macamana pegi dia. sebab dalam dunia ni ade beribu jenis perfume. tah mana satu yg sesuai kite tak tahu.
Sbnarnya gua suka perfume yang bau manis2.. United colour of Benetton COLD,Paco Rabanne 1million tu antara yang terhebat, dan keduanya Jeans Paul Galtier dan Hypnose. kesemua ni gua rsa perfume seumur hidup gua. gua takkan tukar ke lain lagi sebab perfume2 lain semuanya macam tak ngm dengan hidung gua.kadang2 perfume ni kita beli bukan utk orang lain, utk diri sendiri jugak. jadi pemilihan kena betul. jgn pikir beli perfume utk orang lain suka. beli utk sendiri suka.
susah sebenarnya nak buat pemilihan dari segi perfume ni. lagi2 gua ni seorang yang agak cerewet.

jadi, sebenarnya tak salah kot seorang lelaki yang sukakan perfume ni, buang la ego tu nak cakap konon2 lelaki true tak pakai perfume. buat laut je la persepsi tu. sebagaimana perempuan, lelaki juga harus menjaga kebersihan,kesihtan,kecantikan dan diri kita sendiri. tak guna rupe handsome, badan sasa tapi disebalik tu penuh dengan cacamarba.gua punk perfume, gua peduli hape. aceh!

makwe lama suka sangat bila gua pakai parfume ni, katanya bau lelaki2 eropah. keh keh keh. tapi skrg ni dah ramai sangat followernye. haih.

yang ni legend, dari zaman bapak gua lagi. harga dia pun murah even 100ml. bau dia mmg sedap. biasa guna utk kerja memang berbaloi dengan harga $12.

Yang ni kire parfume orang bujang la, orang dah kawin tak sesuai pakai Lancome Hypnose men ni, ini keluaran Rare sebab Lancome tak banyak keluarkan perfume untuk lelaki.

paco rabanne 1million kamsutra edition. parfume pun ade kena mengena dengan sex skills ke?
bila gua pakai Ferragamo black ni gua rasa diri gua kacak, walaupun pada zahirnya adalah sebaliknya. ceh!

Wednesday, September 21, 2011

Monochrome


tak tau la pehal lagu ni selalu buat gua tertidur. tak penah dengar sampai habis gua dah tertido.
kali ni gua cuba untuk TIDAK tidur. kamon cabi. kamon!

diskangkung

" Waiter : Evening sir, can i take ur order?"
"Customer : cakap melayu je la be, kawe omputih ni tak bape fasih sebenornye"
"Waiter : ok bang, boleh minta order bang?"
"Customer : be, kangkung belacang ade be?"
"Waiter : sory bang, kangkung tak ada, kalau western dengan chinese specialities tu ade lah.."
"Customer : pulok, abis ape yg kawe leh makan ni be, cube kasi "sagesion"
"Waiter : sini populer fried kuey teow cantonese style bang, ramai yg datang order fried kuey tiow ni, kira sini punya specialities lah..."
"Customer : let me think first.. emmmm, kalau goreng2 macam ayam goreng kunyit ade tak be?"
"Waiter : takde bang, kan saya dah cakap sini ada western and chinese food je, buffet je yg ada ayam goreng kunyit bagai tu..."
"Customer : ah sudah, beh tu mu nak kasi kawe makan gapo gini,western kawan takmoh la.."
"Waiter : yg tadi tu tak minat? fried kuey teow cantonese style?"
"Customer : be, ni nak ngoyat sikit ni.. kawe tak pandai makan barat2 ni be.. tak tau gayanya.."
"Waiter : eh, bang. fried kuey teow cantonese ni bukan makanan barat bang!"
"Customer : Beh tu, gapo dio?"
"Waiter : friend kuey teow cantonese tu, kuey teow goreng kantonis lah...kuey teow,kuey teow? macam char kuey teow tu?me yg petak2 tu?"
"Customer : lahhh, kawe ingat daging kibas masak ape ke tadi. kuey teow goreng ghupenye!! nape tak cakap melayu jee...fried,fried, ingat apeee...boleh la satu, bole la..
"Waiter : humph...."

gua rasa, dalam perkara ni gua tak bersalah, sebab gua cuma tukar "goreng" kepada "fried" je.. takkan la tu pun lu tak paham?????? duhh!!!

Saturday, September 17, 2011

housemate baru

harini, gua dapat housmate baru. satu nama dia kambing, satu nama dia chubby, satu lagi nama dia rina. cool kan nama dia? ketiga2 ni penakut, tak pandai berenang, dan mudah tergelincir.
gua harap dia selesa dirumah baru dan tak kencing bersepah.
we love both of u.

serbenarnye dia ada kacuk anggory, cuma yg warna cokelat tu kurang kembang bulu dia. so tak banyak gamba arnab yg cokelat tu.sial jek, dengan arnab pun nak racist.


amboi, kemain depan camera nak plessing..

sanggup berhimpit2 semata2 nak ambil gambar.

yg warna hitam tu susah nak dibezakan dengan beg tangan

dimakan buaya. benda biasa bagi si kambing ni.

ini gua tak tau apesal nama dia kambing. maybe sebab dia ada janggut maybe?

ape angan2 kau tido tiba-tiba ni? nak kena tapak kaki?


SOFTBOX

gua sering menghadapi masalah cahaya ketika sesi fotografi.
mengikut pendapat pakar, fotografi ini cahaya. cahaya ini fotografi.
jadi untuk menjadi seorang yg bjork dalam fotografi, wajib kena pandai kawal cahaya.

gua sebenarnya masih tahap sekolah kebangsaan lagi dalam fotografi.
kadang2 gamba2 yg gua ambil tu gua tengok macam ok, tapi hakikatnya tidak.
kadang2 gamba2 tak sengaja ambil tu lagi better dari yg dirancang ambil.
jadi bagi gua, gua kena study bertahun2 lagi utk mahir dalam fotografi dan camera.

antara benda yg agak penting dalam pencahayaan fotografi adalah softbox.
softbox ini berfungsi sebagai pemantul cahaya, atau pembalik cahaya.
softbox ni penting pada sesi outdoor dan studio.
dimana cahaya tidak telus ke subject, dan boleh diubah gaya dan posisi utk mendapatkan shading yang menarik.

buat masa skrang gua baru cuba mahirkan guna softbox jenis umbrella. sebab gua tak pasti bila gua boleh try softbox jenis lain. banyak juga boleh buat dengan umbrella ni. antaranya kita boleh dapatkan gamba yg soft kadar pencahayaan dia, dan cahaya boleh pantul lagi wide(luas)..
dan selain itu boleh juga digunakan utk payungkan pengantin kalau tiba2 hari hujan.
+
+
+
+
+
+
dan gua baru semalam cuba satu softbox ni, agak susah dijumpai. dan tak semua orang memiliki softbox ni. so benda ni agak rare. boleh sewa dari gua kalau betul2 berminat. sesuai utk outdoor,studio,malam berinai,qiamulail dan macam2 lagi kegunaannye yg gua tak dapat explore habis. sebarang pertanyaan boleh hubungi gua.

Friday, September 16, 2011

syurga dan neraka


bila gua tengok gambar ni, gua rasa tenang, terpancar penuh keceriaan dan gelak ketawa.. memang gua sukekan kanak2. lagi2 kanak2 yg bijak. gua berangan nak ada anak bijak macam budak ni.boleh teman gua seharian, boleh bergurau senda. haih, bila la gua nak beristeri.



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*








TAPI BILA GUA TENGOK GAMBA NI, GUA RASA NAK MARAH. GUA RASA NAK MENGAMUK. GUA RASA NAK CAPSLOCK! GUA RASA NAK TERAJANG TINGKAP, GUA RASA NAK TUMBUK MUKA BUDAK. BABI BETUL.

Sepetang bersama makwe garang

sebenarnye banyak kelebihan cuti pada hari khamis.selain daripada senang nak buat urusan dengan pekan rabu atau jabatan2 kerajaan, cuti pada hari khamis jugak memberi penuh makna sebab kalau gua nak pegi mana2 tak jamm, kedai mana2 pon bukak, jadi mudah sebenarnye nak menguruskan kehidupan seharian.
ingat best sangat ke keje office masuk 9am balik 5pm pastu sabtu ahad cuti?
fakof. gua fuck kerja opis. lagi2 jadi peon macam timi.

Hari cuti gua sangat kosong dan menghampakan.
kebiasaanye hari cuti gua dipenuhi dengan tidur dan terkangkang dirumah.
benda2 riadah ni memang gua tak ambil port.
gua punk tidur.

hari khamis punya heaven datang bila gua pegi bundle.
bundle tak ramai penyelam. dan gua agak selesa berpeluh cari baju tanpa risaukan awek2 pandang gua selekeh sebab berpeluh. biasanya hari khamis awek2 tak turun bundle cari tshirt polkadot.awek2 turun bundle biasanya hari minggu atau hari enam. pehh..singapore gila bahasa..
biasanya hari khamis ni mamat2 macam andy je yg rajin geledah bundle termasuk gua.
hari2 kerja gua malas nak menyemakj kat bundle ni, lagi2 hari cuti budak keje opis.
mmg semakin berpeluh la dibuatnye.

bundle sasaran gua biasanya bundle2 besar. ini kerana, semakin besar bundle, semakin bodoh penjual bundle tersebut. ini kerana baju2 yg patut mahal dia jual rm5, tapi baju2 yg macam celaka dia jual mahal2. tak masuk akal baju obey posse yg kain dah koyak belakang dia jual RM150! baik gua suruh Kamsan (bukan nama sebenar) fraud credit card dari beli obey kat bundle.
antara bundle2 besar kat jb ni majoritinye big bundle lah.
memang besar gila, tak menang tangan. ini antara cawangan bundle terbesar dan tertua kat johor bahru. bundle yg brani jual fruit and loom dengan harga rm10 utk 4 helai. condition semua 90% macam baru. kan ke heaven tu! silap2 baju yg cadang nak buat baju tido boleh buat baju jalan atau baju untuk lepak dengan makwe kat taman bunga istana..
kualiti dia amat baik. tapi kena pandai pilih la, orang yg jenis pemalas tapi mengharapkan baju Rare2 memang tapak kaki je pengubatnye. kena rajin cari, bongkar, terbalikkan, lambung, campak dan ape juga cara utk mencari baju yg cantik dan rare.

rata2 bundle sangat banyak jual baju2 yg berpotensi, kain2 yg berkualiti.
antara jenama baju yg agak banyak dijumpai kat bundle adelah GILDAN, Fruit on The Loom, UNIQLO.. baju2 ni biasanya ada dalam ketegori rm5. tengok pada design dan jenis kain. tapi mmg rata2nya rm5 lah. cuba bayangkan, baju paling murah kat uniqlo beharga $14, baju tu plain, pre-shrunk, dah takde ape2 yg menarik. bila dijadikan Ringgit malaysia dah berapa dah? tapi kat bundle dapat rm5 solid.kalau nasib baik, dapat yg under designer lain macam Keith Haring, Andy warhole, Graniph, baju macam tak penah guna. macam tak penah lekat kat badan sesape pon. silap2 boleh pakai lagi 10 tahun. siap semua dengan design cantik2. Kalau lagi bernasib baik, dapat la baju Barbara Kruger, Burberry, Lacoste dan American Apparel.tapi tula dia.. kalau pemalas mmg tak dapat la. kena belek. nak tak nak kena belek jugak.

selain dari baju2 jenama tu, banyak juga bundle jual baju2 dan seluar yg berjenama besar kat malaysia ni, macam Quiksilver, billabong, arnold palmer, hang ten,Levis, Dickies, Dockers, Wrangler dan lain2.sebenarnye bagi yg tak pernah "menyelam" bundle, dieorg tak tau benda2 ni wujud dalam scene bundle. kadang2 orang tak tau yg slama ni gua pakai DKNY, Renoma, Ferragamo semua tu bundle. lu ingat gua anak datok ke jalan2 nak pakai tshirt2 branded? takde maknenye..

Untuk mahir dalam arena pembundlelan, sedikit sebanyak kita kena tau ape yg patut dan ape yg tak patut kite beli kat bundle tu. antara benda yg patut kite beli adalah baju yg sempurna materialnya, maksudnye tak koyak,tak pudar dan tak berbau lipas. bila jumpa baju yg cantik dan tertarik, jangan terus beli. cuba dulu kat fitting room, mana tau dada muat , sampai kat perut terkantoi pula,or kalau beli seluar, jangan terlalu percaya sangat size dia. sebab dalam bundle ade beribu-ribu seluar yang perlu dieorg tagging, pekerja dieorg bukan ramai macam butik. so kite kena pandai2 la agak size kite atau nak senang lagi pergi test kat fitting room, tahan peluh sikit la. kalau gua biasa pegi bundle muke hensem, balik bundle muka dah macam siamang dah dengan berminyak bagai. itu lumrah. kalau stakat pegi bundle nak melawa, better lu pegi sungai segget. bagi gua biar pon rupa gua macam menatang, yg penting gua puas hati dengan pemilihan gua. biarpun harga dia cuma rm10, tapi gua akan telitikan samada dia worth it tak dengan kualiti dia. memilih sebenarnye gua ni. barang2 bundle macam topi yg dh patah, baju yg dan kembang, atau seluar jeans yg dah koyak kelengkang tu even rm5 tak payah la beli, sebab benda tu dah uzur sangat. so kena pandai menilai zahir dan batin barang2 bundle ni.

bagi yg suka cari kasut kat bundle, pemilihan kasut amat penting, make sure lu tengok kedua2 belah kasut, kanan dan kiri. sebab sesetengah bundle mengambil barangan original reject, kadang2 sizenye lain, kadang2 gam dia tak kuat. memang nampak luaran macam baru. dan kena ingat, kasut bundle pun ade yg bukan original. paling banyak kasut sukan macam nike dan adidas. ade yg adidas jual kat pop kaki tapi dijual jugak kat bundle dengan harga yg lebih tinggi. part tu kena hati2. sebab kite tak leh salahkan bundle tu kalau kite beli barangan cetak rompak, dia penjual bundle yaini barang terpakai, segala ape yg kite beli atas tangggunjawap kite sendiri menilai. kasut skate pun ada yg cap ayam punya, utk menilai sama ada kasut skate tu original ke tidak, tekan pada lidah belakang kat tumit kasut tu. kalau keras, itu original, kalau lembik itu kebiasaannye sama material yg dijual kat pop kaki atau silverplanet. itu bagi kasut skate je la yg aku tau. and ada satu masa tu gua hampir terbeli satu new balance, kaler mmg sangat cantik, jap gi gua selak bawah kasut tu kat tapak dia tulis new star. tapi lambat, bentuk sebiji new balance. kualiti kasut pun lebih kurang sama materialnya. kan kejadah tu namanya..

kat bawah ni Big Bundle taman johor. bundle ni jarang menghampakan gua. dia tak pernah membiarkan gua balik dengan tangan kosong. paling tak pon gua akan capai satu alas meja beharga rm3 utk dibawa pulang. kalau hari baik, gua bawak balik dolce and gabbana.
zass!!