Tuesday, March 20, 2012
Wednesday, March 14, 2012
gua tak suka tulis blog.
gua paling tak suka tulis blog.
sebabnya, bila gua tulis blog, gua susah nak berhenti menaip
gua rasa macam stim pula bila pegang keyboard.
stim dia tak macam baru lepas inzal, cuma stim menaip dengan laju tanpa typo.
ecely gua pernah diinvite jadi typer kat satu agensi pelancongan johor.
gaji basic rm750, ada alaun makan Rm70 dengan kenderaan RM200.
tapi tula, gua takde lesen kan. jadi gua macam jual mahal.
lepas tu skrg menyesal sendiri.
itu saja.
gua tak suka tulis blog.
Monday, March 12, 2012
IDOLA KECIL
gua dah lama sangat tunggu thrash tua ni punya gig.
gua rasa hampir 15 tahun gua "kenal" band ni.
baru in first time gua dengar gig atau lebih sesuai guar gelarkan konsert dari dia.
julung-julung kalinya mempersembahkan!

ye, cromok. satu band thrash metal tanah air paling awal yang gua dengar.
gua rasa, dulu gua penah review kenapa gua masih stick dengan band ni.
walaupun gua dah semakin ke arah crusty punk poser, tapi gua tetap ingat pada yang lebih "tua". memang dia bukan pioneer macam led zappelin,black sabbath, megadeth, metallica tapi dia first metal band yang menjadikan gua seperti sekarang. gua akui, sebelum dengar cromok, gua juga layan scoint,screen,budak kacamata dan kumpulan spoon. bastet.
1st album yang gua dengar masa tu gua baru darjah 4 sekolah kebangsaan tenggaroh timur 1.
gua curi kaset abang member gua. gua tak tau kaset ni kaset apa.
cuma gua berminat untuk lukis gambar unicorn kt cover kaset tu je. kaset tu 1st album yang boleh dianggap demo yaitu album image of purity part 1.
first gua dengar lagu dia, gua terdetik "apebende mamat ni nyanyi ni!!"
second gua dengar lagu dia, gua rasa "peh,sedap gila drumm dia"
third gua dengar lagu dia, gua teruk feel layan scalling pentatonic dan appregio Karl (ex-cromok as known as D'cromok since 1998).
dan hari-hari seterusnya gua terus "ketagih" thrash metal.
start dari album pertama, gua terus mencari kaset-kaset dan album-album cromok yang lain.
setiap hari jumaat, kampung gua ada pasar malam. kat situ memang berlambak orang jual kaset.
dan 1st album cromok yang gua beli sendiri berasal dari pasar malam.
kaset tu jenis kaset dubbing yang harga dia rm5.00 sahaja.
balik pasar malam gua kena bantai dengan abah gua sebab abah gua kasi RM5.00 suruh beli kebab tapi gua beli kaset semata-mata.
gua rasa macam bersalah pulak beli kaset cetak rompak, padahal gua kena support original sebab gua seorang yang sangat pentingkan kualiti bunyi. bayangkan bunyi dabel padel pada kaset dubbing? dengar pon sipi-sipi je brader! mana puas!!
album yang lainnya, semua gua beli original. puas gua bila dengar karl punya solo, puas gua bila dengar sam punya bas, dan dabel padel dari miji. memang puas dan inzal.
jadi, ini adalah peluang gua untuk lihat sendiri idola gua dari kecik sampai sekarang.
biar la ada konsert paramore, prodigy,anna rafali, a to z ke apebende gua tak pegi, tapi konsert ni gua wajibkan diri gua untuk hadir.
terima kasih pakcik sam,miji dan sessionist hillary ang.
ex-cromok Din,Karl.
terima kasih banyak2.
jumpa 8 april ni.
gua nak sing a long lagu maram perapu kepunden maram sekeper!

lebih info tentang band ini? sila rujuk sini ODAHONE
Sunday, March 11, 2012
CEPAT MARAH
gua baru balik rumah.
macam biasa, bila gua turun motor je gua akan pegang hp.
kendian ada makwe philiphine lalu depan gua.
gua pura-pura main sms sedangkan gua saje je nak berenti kt situ.
gua angkat2 kenin kt makwe philiphine tu.
gua naik tangga.
gua dengar ada suara lelaki membebel-bebel.
risau juga gua, mana la tahu telinga gua tak boleh bezakan suara mengilai dengan membebel.
seram juga.
sampai tingkat satu,
gua nampak sorang pakcik.
sah la pakcik ni tadi yang membebel!!
gua tarik nafas lega. gua kesat hingus sikit.
pakcik tadi panggil gua.
"bro,bro.. tolong aku ambil kunci jap beroo"
"mana kuncinya pakcik?"
"tu, kat tepi tangga tu"
gua heran jugak. ape kejadah pakcik ni kat dalam rumah, kunci dia pulak kt tangga.
ape kejadah ni.
gua ambilkan la kunci tu. gua pass kat pakcik
"macamana kunci pakcik kat luar padahal pakcik kt dalam?"
pak cik tu tak endahkan gua.
dia masih membebel..
gua lost.
rumah pakcik tu betul2 berhadapan dengan rumah gua.
sampai pintu depan rumahm gua buka gate.
pakcik tu panggil gua lagi.
dia suruh gua bukakkan pulak.
GUA NAIK BERANG.
"tadi suruh ambilkan kunci! skrg suruh buka pula!"
di gengaman pakcik tu plastik merah.
dalam plastik merah tu ada macam cecair.
gua perati betul2 plastik tu.
gua menyumpah.
BABI.
PAKCIK NI ISAP GAM.
Thursday, March 8, 2012
MORRISON
cerita dia macam ni.
ada sorang lelaki tua, pegang tongkat..
sorang perempuan tua, papah lelaki tua yang bawa tongkat tadi.
duduk kedai makan.
table sebelah gua.
perempuan tu lapkan peluh lelaki tua.
" takde la jauh mana maknya, mydin ke kedai umi ni..."
"ahh bapaknya, memang tak jauh la.. kenapa..."
"takde la maknya, baru berapa tapak berjalan dah berpeluh..."
"sabar la bapaknya, dah tua dah kita.. biasa la tu.."
"eh, saya ingat umur saya baru 36..."
"apa lah awak ni!"
masing2 ketawa-ketawa kecik.. tangan si perempuan tua tu tak lepas pun gengaman kt tangan si lelaki tua..
aduhai sweet betul dia orang ni.
balik tu, gua terus buka lagu james morrison. bukan jim morisson, tapi james morrison.
pieces dont fit anymore.
takde kena mengena sebenarnya lagu tersebut dengan pakcik tu.
tp gua dengar lagu ni sampai gua teringat pakcik dan makcik tu.
jaga diri ya pakcik dan makcik .
Wednesday, March 7, 2012
Sunday, March 4, 2012
i bought this. :)
Nikon L35AD / Nikon L35AF
Nikon L35AD
Specification :
- 35mm film camera
- Lens: 35mm f/2.8 with autofocus from 0.8m to infinity. It had 5 elements in 4 groups. 46mm filter thread.
- Exposure: Fully automatic, range EV 6 (f/2.8 at 1/8 sec.) to EV 17 (f/17.5 at 1/430 sec.) with ASA/ISO 100 film
- Film Speed Range: ASA/ISO 50-1000.
- Features: Integral flash.
- Power: two AA alkaline batteries.
Saturday, March 3, 2012
DILOKAPKAN JANJI.
"GUA BERAK, KENGKAWAN TENGOK,
KENGKAWAN BERAK, GUA TENGOK.
TANDAS LOKAP MANA ADA PINTU!"
#DILOKAPKAN JANJI. 17HB MARCH 2012. RM5.
TWITPAPJOHOR
tak banyak boleh diceritakan tentang #TwtupJohor ni.
yang gua tahu, gua lebih suka tulis #TwtupJohor dari #TwtupJOHO.
sebenarnya gua join event twtpap ni bukan sebab car boots sales or ape.
ecely gua ingin jumpa rakan2 twitter gua.
kalau zaman ym dulu kan ada gathering bagai.
zaman skrg mana ada orang sangat kat chatroom tu.
kalau ada pon semua dah bajek "otai" konon2 bill gates cipta room YM tu bapak dieorg.
so, apa lagi pengganti YM kalau bukan Timeline Twitter.
ecely yg join tu bukan semua ada twitter, ada sorang dua kastemer gua tu tanya juga apa itu hashtag dan timeline. gua sengih je.
gua jual SLR dan Kamera2 film lama2. saje je gua open booth tumpang saudagar garam.
pada mulanya gua cuma mahu penuhi aktiviti gua dari gua duduk rumah lebih baik gua buat aktiviti berguna.
tkde kastemer pon yang beli kamera gua,tapi ada juga org yg beli pre-sales utk gig art of noise vol2.and ada satu mamat singapore booking satu shanghai dengan rollei 35s. itu pun atas tujuan collector bukan utk guna.
Inilah kamera-kamera lama yang gua jual. meskipun murah nilainya, tetapi tinggi tarafnya berbanding kamera digital yang lain.
ini saudagar garam, pencinta buku-buku dan novel tempatan.
Thursday, March 1, 2012
gua bukan into sangat scene politik. serius. gua cuma bagi pandangan dari sudut "anak muda"
Anak muda rakyat malaysia sering menganggap politik ini semua sama.Tiada kejujuran dan keikhlasan untuk bantu rakyat. Persoalannya wajah dunia politik kita ini tidak pernah mengalami perubahan selama 54 tahun. Bagaimana ditafsirkan parti politik ini semuanya sama jika hanya satu parti sahaja yang memerintah negara pd masa kini. Beri peluang kpd parti lain utk membuktikan mrk juga layak memimpin negara ... Apa macam?
Wednesday, February 29, 2012
#cerpentwitter.
*DIINGATKAN:
cerita ini rekaan, diulangi REKAAN. jangan 100% percaya. dah nama pon cerpen. kalau nak tulis benda bEtul, lebih baik tulis dalam Novel. paham.gua buka pintu.
tiada siapa diruang tamu.
gua letak selipar di rak tepi pintu.
aiman meluru keluar.
keluar dari bilik gua.
muka cemas.
mata tak tengok gua pun.
dia bercakap bahasa yang kurang gua faham.
mungkin sebab dia bercakap terlalu pantas dan gelabah.
gua buka pintu bilik gua.
shasha baru lepas sarung seluar.
shasha sudah biasa dengan gua.
jadi kami tidak hairan jika salin baju bersama.
shasha masih lagi mencari butang kancing seluarnya.
jantung gua laju. tiba-tiba speedometernya bertambah.
shasha berdengus.
"i mengantuk lah u"
jantung gua laju.
shasha macam speechless.
gua tak tau mana nak tuju.
gua pura-pura ambil gitar masuk dalam bilik.
nak letak guitar ketepi sliding door, tapi shasha juga mahu ke tempat yang sama.
kami berlaga sikit-sikit.
gua letak gitar dulu, shasha mengalah ketepi.
bilik panas, gua berpeluh.
jantung gua masih laju, jadi peluh 2x ganda lebih cepat memproses.
gua seakan buntu dalam bilik sendiri.
gua duduk depan pc.
telinga gua merah.
jarang telinga gua merah.
melainkan kalau gua betul-betul rasa marah.
shasha keluar bilik.
pada awalnya gua cuma mahu tutup pintu bilik saje.
tetapi terkuat pula.
kadangkala, emosi mempengaruhi juga.
gua hampir lupa apa patut gua buat di rumah.
gua bukak folder lagu.
gua bukak lagu band violator. album first dia.
gua suka album first dia sebab album ni mastering di japan.
sound dia super.
kuat juga gua buka.
masa tu jam 08:00.
seisi rumah mungkin tersadar.
saja gua buka kuat-kuat.
sebab gua mudah alih perhatian dengan benda-benda bising.
gua mohon,bunyi bising kali ini, akan buat marah gua mudah reda.
shasha ketuk pintu.
eh, belum balik lagi dia rupanya.
gua buka pintu.
shasha cari handphone dalam bilik gua.
gua control, buat macam takda apa-apa,
gua sampuk dia "i tak nampak handphone pon, mungkin jatuh bawah katil"
gua paling ke screen samsung Syncmaster 931BW.
monitor pc gua ni dah lama tak lap.
berhabuk semacam.
shasha memeluk gua,
shasha nak memberitahu gua yang dia mahu pulang.
dan ironinya, gua ingin dia lekas pulang.
gua tak mahu sesiapa nampak atau tahu apa yang gua cuba sembunyikan 10minit lalu.
shasha ucap selamat tinggal.
" i balik dulu ya,"
satu ciuman dipipi gua.
50% marah gua reda.
berubah pula hati gua.
kali ini gua harap shasha tak balik segera.
#
#
#
#
#
#
shasha tutup pintu.
gua masih di dalam.
monitor SyncMaster 931bw masih menyala.
mouse masih tidak berhenti bergerak.
tak tau gua sedang cari apa.
sebenarnya gua mencari apa sebab gua perlu rasa marah.
sebenarnya gua nak tahu, mengapa gua perlu rasa curiga.
sebenarnya gua tak faham, apekah jasad gua sengaja buat jantung gua laju ataupun apa.
gua lihat shasha dari tingkap.
shasha buka pintu kereta, gayanya macam tidak ada apa berlaku sahaja.
senang menjadi seperti shasha.
karektor idaman semua manusia yang kekurangan.
shasha reverse kereta, dan terus maju kehadapan sebelah tangan.
sebelah lagi memegang rokok.
puntungnya sudah jatuh, terkena pintu sebelah kanan.
gua duduk.
kat sudut katil.
sudut ni paling banyak buat dosa.
sudut ni yang paling kerap menerima tekanan.
paham-paham saja.
dua tapak tangan gua,
sama besar dengan satu perut wanita.
wanita ramping maksudnya.
gua lekapkan dimuka.
gua rasa suam-suam.
gosok-gosok sikit di muka.
berminyak. waktu2 begini bagusnya ada kertas bedak minyak.
gua tutup mata,
bayangan masih datang.
gua tutup mata,
marah gua meluap.
gua tutup mata.
tak sedar dah berkaca.
gua tutup mata,
harapan gua, esok semuanya gua sudah lupa.
#cerpentwitter.
its cute. super cute.



see. dari kecik u memang gedik. hehe. but then, i hope so u boleh gedik dengan bakal husband u tu nanti. i harap dia akan lebih memahami u. tak macam i. teruk kan?
Tuesday, February 28, 2012
puding cherry
lu tau kan gua punya jaga lu.
kadang2 gua pun tak jaga makwe gua macam gua jaga lu.
sebenarnya gua nak lu berjaya.
gua nak lu jadi manusia.
gua taknak lu sia-siakan hidup lu.
gua taknak lu hanyut.
hidup ni sedap pada awalnya.
lama-lama baru la rasa masin , pahit, tawar, rebeh.
mungkin ini entry perasaan dalam banyak2 entry gua.
sebenarnya gua tak hairan pon apa persepsi orang lain terhadap gua.
yang nyata,
gua hug lu setiap kali gua jumpa lu.
gua cium lu tiap kali gua rasa rindu.
mana pernah gua pedulikan orang sekeliling.
pernah ke gua kisah ape pendapat orang lain?
lu bukan ada kt hati je, lu dah masuk dalam usus dan tulang belakang gua.
apa2 gua akan cari lu.
apa2 gua akan dahulukan lu.
ada masalah, gua akan jumpa lu.
lu mana nampak!
lu nampak apa?
skandal2 lu. yg slama ni janji manis je?
secret2 admire lu. yg konon2 tunggu lu sampai tua?
boifren lu yg sangat tak kisah pasal life lu?
ptuihhh!
kalau satu hari lu tiba2 cacat. lu rasa ada ke orang nak tolakkan kerusi roda untuk lu?
gua nak tengok ada ke tak orang yang lu percaya sangat tu tolong tolak kerusi roda lu.
gua cuma pesan kt lu satu benda tu je.
dan gua hope sangat lu tak buat benda tu sbb gua tak suka.
sebab tu dikira amanah gua pada lu.
lu jaga la amanah tu.
gua mana boleh tengok lu hari2.
gua taknak persepsi lu berubah.
gua taknak lu rasa bersalah.
gua taknak lu marah.
kita bukan kawan. kita bukan makwe pakwe.
kita bukan teman serumah. kita bukan adik beradik pon.
kita dah lebih dari itu..
sakit lu, susah lu, makan lu, minum lu, ubat lu, susu lu, nestum lu, ape kejadah kat diri lu..semua tu gua rasa tanggungjawap gua juga selain mak dan kakak2 lu.
mungkin benda tu gua rasa sorang.
mungkin benda tu antara benda2 rumit untuk difikirkan.
mungkin jugak benda tu tak penting untuk lu tahu.
sebab tu gua tulis dalam blog gua, dan bukannya blog lu.
sakit tau hati gua ni.
sakit tau.
lu buatla apa lu rasa nak buat.
lu bergembira la selagi boleh gembira.
ketawa selagi boleh ketawa.
gua rasa lu dah "dewasa" .
gua pun ada hala tuju yg gua kena kejar.
lu jaga la diri bebaik.
i love u.
bye.
Monday, February 27, 2012
tak tahulah, tapi gua rasa ini mutual friend yg banyak.
gua bukak page mira ajis. tak bermakna gua stalk dia. gua cuma tertarik pada mutual friend account ZM. itu saja.

klik untuk besarkan gambar.
Monday, February 13, 2012
Thursday, February 9, 2012
METABOLISME
Teruk betol jadual tidur gua ni.
gua dah makin alpa dan lalai dengan tidur.
gua tidur dari jam 9malam hingga 10pagi keesokan harinya.
hancur...
sebenarnya kadar metabolisma badan gua dah semakin merundum.
gua semakin gemuk, kerja semakin bertimbun, duit semakin tak cukup.
ini semua metabolisma punya pasal.
mulai esok.
+gua nak makan carrot
+gua nak buat jadual hidup, bukan jadual kerja
+gua nak main basketball join tok rimau.
+gua taknak makan daging.
+gua taknak kudel kudel.
+gua taknak guna telefon bimbit.
+gua nak beli joran
harap2 esok gua berubah jadi orang lain.
hikhikhiks.
Subscribe to:
Posts (Atom)

