Saturday, November 24, 2012

Sigur Ros

Masa tu tahun 2006, Gua minat habis kat Björk dan Mogwai..
Masa tu zaman-zaman Emo malaysia! memasing pakai stoking belang-belang hitam merah, tapi gua malas nak amek port bebudak ni. pernah jugak gua terfikir nak pakai kepak malaikat tu, tapi gua batalkan je niat bodoh tu. Ecely tahun 2004 gua dah layan My chemical romance yang sebenarnya.

Gua bukak youtube, and dia akan bagi link-link yang best kat sebelahnya.
Gua bukak Sigur ros.
Deep. Melayang dan power!
terus dari situ gua minat sigur ros.

Zaman gua kerja hotel, lagu wajib seharian sebelum tido adalah Glosoli by Sigur ros.
Jadi memang gua amat tunggu la band ni main kat malaysia. and gua rasa satu benda yang mustahil.
Tapi skrg tahun 2012 kan. takde apebende lagi yang mustahil!

Sigur ros live at Singapore!!

+Concert start 8pm sepatutnya, Tapi pukul 6pm gua dah terpacak kat Fort canning
+Ramai jumpa member,crush,makwe lama. Memasing jenis dah beli awal lepastu pasrah sebab kat KL pun dia buat jugak last minute.
+Sound sedap, yang membuatkan semua rasa puas. Harap sound kat Urbanscape pon mantap macam ni.
+Lokasi concert atas bukit. Jadi takde masalah bagi yang rendah untuk lihat dengan lebih jelas. Ala-ala Heima pon ada jugak
+9,00pm start. maknanya dah lebih 3 jam gua berdiri kat depan stage takut orang lain berebut tempat.
+Hoppipolla dimainkan pada 1 jam terakhir. memang lagu tu yang ramai orang tunggu. Sumpah sebiji macam dalam album!
+ Last song adalah Untitled 8, and masa tu hujan renyai, Climax lagu tu pada minit yang ke 4 hujan lebat, crowd taknak bergerak. semua bukak baju hujan. feel disimbahi hujan sambil layan sigur ros memang satu ejakulasi yang hebat!!









Thursday, November 22, 2012

SIGUR RÓS – Live In Singapore Singapore




"Lu dengar ni, Band icelandic. Sedap buat tidur" - Arif Hellexist 2006
Susah kalau nak sebut satu-satu lirik dia, tapi irama dia dah cukup bermakna, pengertian dia? Kena google translate 2 kali baru dapat tahu. simpan dalam hati je lah."

Hari ni, 8pm, Fort canning Singapore. Sebenarnya, dek kerana terlalu teruja gua dah beli Tiket masa Bulan 9 lagi, sebab mati-mati gua ingatkan dia tak masuk malaysia. Rupanya ahad ni dia main kat Urbanscape.
Takpela, at least gua dapat tengok dulu walaupun terpaksa bayar lebih dan kena renew passport! Argh!!
Harap-harap ahad nanti kesi dah tak Mute gua dari Twitter. jangan risau kesi, gua takkan up gambo hari jumaat ni, gua mesti la up gambo hari sabtu. Kat singapore mana ada line Digi!

keh keh keh
keh keh keh.

Wednesday, November 21, 2012

Tuesday, November 20, 2012

Total Disaster

Stroke Wide lens gua dah semakin hambar.
Gua kena banyak tumpukan perhatian.
Assigment semakin memerlukan wide angel yang mantab!!


Promosi Foto Studio @Pohonminda!

Ni gua nak kasitahu sikit.
Bukan berdosa, tapi kan ke tak elok ambil gambo sendiri depan cermin.
Sampai senget-senget mulut tu gua nengokkan.

Ni gua ada bawak pakej bagus punya, untuk engkorang yang gemar bergambar.
Dengan harga yang boleh dianggap "Mampu Milik", Abadikan kenangan manis anda dalam bentuk Jpeg atau RAW hanya dengan harga RM99 per sesi!!

Aturkan apa sahaja tema, Apa jenis gaya, Atau apa juga aksi yang engko nak pamirkan. Dan jadikan ia satu potret indah untuk dihayati sampai tua.

Sesi fotografi Studio ini dalam lingkungan 30 minit. Boleh pilih samaada nak Black atau White backdrop.
Gmbar akan disediakan dalam bentuk DVD soft copy dan 5pcs gmbar 4R.

Untuk sebarang pertanyaan, Sila layari WWW.POHONMINDA.COM atau WWW.FACEBOOK.COM/ZULKIFLIEMAAROF.

TERIMA KASIH DAUN KELADI!!

Sunday, November 18, 2012

Selamat Malam Sayang.


Gua.
Takde apa-apa nak update niari.
Gua cuma nak ucap selamat malam.
And..
Band ni best.
itu saja.
Bye.

Thursday, November 15, 2012

Salam Sejahtera



OUTDOOR PROMOTION @PohonMinda

+1hour Photoshoot
+Shoot and Burn
+DVD softcopy
+Unlimited Photos.

-Family Potrait
-Wedding outdoor
-Birthday Event
-Couple Photoshoot
-Picnic
-New Born Baby
-Anniversary
-Modelling

ONLY AT RM200!!

SAVE YOUR DATE.

Zouk!

Last gua pergi zoo adalah tahun lepas. Maksodnya gua dah skip 11bulan daripada menziarahi haiwan-haiwan di dalam zoo johor.

Balik daripada lunch kat Rahmat kampong pasir putih, gua rasa tepu. Tepu tu rasa dia macam kosong.
Kosong.. Kosong..
Rasa kosong ni tak sedap. Tak sesedap rasa sotong, ataupon lontong.

Kebetulan hari ini maal hijrah. Semua budak cuti. Semua pusat hiburan cuti, rumah urut je yg gua rasa mungkin masih beroperasi. Jenis tak takot tuhan. Tak bimbang yakjud dan makjud.. Laknatullah betol.

Gua dan mijewww berhajat untok melawat zoo johor. Gua intrested. Gua dah dapat bayangkan betapa banyak bubis yang akan terlanggar di triceps gua ni. Maklom la cuti sekolah. Lagipon dengor2 zoo johor dah renovate.

Sesampai di zoo johor. Gua rasa hampa. Bukan hampa sebab tak ramai makwe, tapi hampa dengan kebinatangan kakitangan zoo tersebut. Mana satu yang binatang ni? Yg dalam sangkar ke atau yang membela binatang dalam sangkar tersebot??

Burung unta,bulu pun dah tinggal sikit. Busuk. Nyawa-nyawa ikan. Dan dah tak kuat berlari

Monyet- sekali imbas dah macam timi. Tak terurus dan menggelibas. Macam kebulur pon ada.

Singa laut - mati

Buaya - masih dalam keadaan sama macam dulu. Mulut terngaga, mata sebelah buta. Rabun warna

Rakun - mati

Harimau - bulu dah mula gugur, keting nampak ramping, pun busuk kandangdia. Air minuman dia dah berkeladak. Jgn ckp nak minum,nak buat mandi pun silap2 hewan tu taknak.

Iguana - tinggal sekor je yg aku nampak.

Kura-kura - pebende masih bela kura-kura ni? Kura-kura kat istana garden pon ada!!

Angsa - ni kat kampong gua pon bersepah, tak payah la letak kat zoo.

Rusa - belah depan ada rusa, belah belakang pon ada lagi. Tukar la hewab lain. Antelope ke, illama ke, kibas ke. Boring tau tak!!

Gua pelik, apa yg zoo johor renovate. Yg gua nampak cuma signboard baru je, tu jek. Gajah dan kuda lansung gua tak nampak. Burung pon dah tinggal sikit. Gua tahu la bayaran masuk murah, silap-silap gaji pekerjanpon murah. Tapi jaga la haiwan tu elok-elok. Kalau rasa tak boleh jaga, lepaskan. Tengok macam timi tu, masa kat zoo tak terjaga, bila dilepaskn lama kelamaan dia pandai la sesuaikan diri hidup di ibu kota.

Baru gua perasan, Jahanam juga logo Zoo Johor ni. Ada rupa macam rusa, ada nampak macam lipas. hai entah la. Boleh kreatif sikit tak?

Tuesday, November 13, 2012

TT

Ada budak SMS gua satu ketika dulu.
"Cabi, jom TT malam ni. bebudak group semua turun"

gua terpinga-pinga. TT tu apa??

Setelah gua selidik, TT ni bermaksod "Teh Tarik". Bahasa TT di amat sinonim dengan budaya lepak di kedai mamak oleh golongan Jurugambor. Baru gua faham.


Dah banyak kali gua dapat invite TT ni sebenarnya. Tapi gua tak pegi pon. Gua dulu rajin juga turut serta. tapi lately , Gua tolak cara baik. Bukan gua sombong, atau gua berlagak taiko. TT yang selama ni gua join, kebanyakkannya bukan TT. Tapi lebih kepada TG yaini yang bermaksod "Tayang Gadget".

like seriusly, setiap kali TT dianjurkan, kebanyakkannya akan bawak gadget masing-masing. Kalau yang ada pro body tu, siap battery grip dia bawak. kalau ada telephoto 800-1500mm pon dia akan usung sekali, lambak atas meja. Selain daripada bimbang Staff2 tu terjatuh, masuk habuk, gua juga bimbang mata-mata perompak, dan gua jugak agak segan sebab semua pelanggan kedai mamak tersebut akan pandang-pandang.
apa yang gua dapat dari TT. adalah Show off.

Gua ada terbaca satu Status Sarkastik dari abe epul nang. Dia tulis macam ni

Tiba-tiba rasa sentap petang ni. Ada orang kata saya tak suka join TT (Tehtarik = lepak2) dan tidak berkongsi ilmu kerana sibuk cari duit.

Reaksi saya :

1. Betul saya tak suka TT dan lepak-lepak
2. Kalau saya kongsi ilmu pun yang mana nampak dia nampak lah, yang mana tak nampak atau memilih untuk tidak nampak maka tak nampaklah. Saya tak kisah pun...Allah yang tahu.
3. Ada banyak cara berkongsi ilmu. Dan TT antara yang paling tak effisyen kerana banyak sembang, kutuk orang dan tayang gadget (riak)

Usul saya kepada mereka : Boleh rujuk "sejarah" yang tertinggal kot-kot boleh jumpa sesuatu yang tertinggal pandang.

p/s tak sangka sangat ada persepsi macam ni"

Plz be nice. gua harap tiada pihak yang terasa,. Gua cuma bercakap side gua. Mungkin side orang lain berbeza. Gua berharap sangat TT yang akan datang berunsurkan idea, skills, kongsi pengalaman atau membincangkan hal dunia sekali pon. gua rasa gua lebih berminat.

Friday, November 9, 2012

ROCK KE WEH!

Ramai budak yang tanya gua,
"ROCKAWAY MACAMANA CABI? RAMAI ORANG TAK? BILA NAK UPLOAD GAMBO?"

Sebenarnya, gambo tu dah lama gua nak upload. cuma gua tak tahu samaada boleh upload atau tidak. satu keping gambo pon gua takde pass kat organizer Rockaway tu kaedahnya. untok apa gua jadi Jurugambar pada hari tersebot?

Disini gua nukilkan beberapa keratan, semoga terjawap sudah tanda tanya berapa ramai atau berapa hangat konsert rockaway lepas.

Hail! 

THE WEEKEND STAGE LAGI SESUAI UNTUK GUA RASANYA.

HENSEM JUGA BRADER PAKAI TOPI BIRU LAOT NI.

CUACA SEDANG2 ELOK, POWER BOMOH TOLAK HUJAN DIA

CROWD DARI JB, MASING-MASING MENGGAYAKAN STOK PAKAIAN RENANG

BUDAK PERAK DAPAT MAKWE ROCKAWAY

SIANG LAGI.

JUGA ADA PEMAIN BOLASEPAK PADA HARI ROCKAWAY

AMBOI KEMAIN BENGKOK LAGI

SUKAR NAK BEZA WATAK BERDASARKAN GAYA RAMBOT

MOSH PIT. GUA AJAK BURGER TAPI BEBUDAK NI TAK BERANI

SIKIT LAGI NAK HUJAN.

BOLEH TAK DEPAN KEMERA JANGAN PEJAM MATA. BOLE KE TAK????!!!

MASIH OI OI.

DUCKTOI NI DAH NAMPAK BERUMUR SIKIT. 

ANDA SEMUA PUASA!!?? 

BAND POPULAR.

SABOR, GUA BARU DAPAT RECOVER PASSWORD. GUA SEBENARNYA DAH LUPA PASSWORD BLOGSPOT NI. SABOR. BAWAK BERSABOR UNTOK ENTRY GUA YG LAIN. KEKEKEKE.

AKMAL DAN KESI.



AKMAL, lelaki muda biasa, printing dan DIY t shirt memang serah kat dia. 
Kalau sekali imbas nampak kelibat dia engko sendiri tak sangka dia ni sebenarnya dah akhil baligh.
itu tidak penting, yg penting AKMAL mempunyai seorang kesi menyayanginya.

Aku bukan nak cerita pasal akmal. Cuma aku hairan, susah sangat ke nak menyebut "AKMAL" atau "KEMAL", kenapa Salman panggil dia KAMAL. cilaka.

Hari ini mungkin hari untuk aku ngumpat engko AKMAL, tetiba teringat engko malam-malam buta macamni.
sudah la, bosan cerita pasal AKMAL, bukannya dia sejenis makwe denyut pon.

Sejak gua self employed ni, gua rasa banyak aktiviti yg gua boleh buat. sekali Sky Diving, dan Gusti, gua dapat habiskan masa dirumah tanpa rasa risau esok nak masuk shift pukol berapa.
FUCK KERJA BERKAMPENI! kah kah kah.

sebenarnya ini Gig Hadko pertama yang gua dah pergi sejak gua self employed ni. nyatanya gig punk gua belum lawat lagi. gua harap tak ada masalah gig start lewat lagi. so far, gig hadko haritu dieorang setat sharp2. jangan buat malu kaom.



Monday, October 22, 2012

lucky i still have the truly bestie.

Monday, October 15, 2012

#StopTweetAndLetsPicnic

Engko tweet sehari agaknya berapa patah perkataan?
tak bosan ke engko asik tweet dengan  halimunan??

kah kah kah.

ini cerita betul.
gua taknak jimbo kecam gua lagi sebab gua tak pernah sampai ke tempat lain selain KL dan JB.
sesekali ingin juga menghidu bau laut macam Tok.

#StopTweetAndLetsPicnic ini berlansung pada 1dan 2hb Disember 2012.
diharap para twitter tegar free that day.
takde alasan budget lari sebab beli tiket sigur ros..
atau alasan bonus tak masuk.
itu pundek namanya.
kerana gua dah start anounce #StopTweetAndLetsPicnic ni sejak bulan 9 lagi.
nak kene penendang?

Budget bagi #StopTweetAndLetsPicnic ini adalah hak anda sendiri.
anda sendiri yg menentukan budget untuk anda.
maksodnya.
Gua mungkin akan tido dalam kereta. atau pun rumah tumpangan kengkawan.
tapi mungkin anda ada agenda lain atau mahu tidur hotel atau mana2 tempat yg lebih selesa?

Transport tidak disediakan. Ini kerana gua rasa engkorang2 semua bukannya semua duduk JB. ada yg duduk Kolumpo, ada yg duduk sedenak, ada yang duduk nibong tebal. Terpulang pada engkorang decide nak naik apa. Budaya kongsi kereta amat digalakkan disini.

Makwe,tunang, bekas kekasih, crush atau apa sahaja talian yg kene mengena dengan engkorang , engkorang boleh bawak sekali. ini aktivitas bebas. gomen pon tak halang engkorang nak bawak siapa. inikan pula gua ye dok?
#StopTweetAndLetsPicnic ni bertujuan untuk menemukan semua Tahi twitter yg berada dalam TL gua.
ecely tak kisah kalo engko nak ajak sesiapa pun. yg gua tag cuma mana2 yg gua kenali je la.

gua pun pernah rasa nak libas keting anak ong, nak hentak bibir typo nina, dan hendak cabut misai saleman faris. engko tak rasa nak buat benda gitu jugak ke?

Jadi jumpa di #StopTweetAndLetsPicnic. INGAT. STOP TWEET. jangan ada yg mengada update tweet time tu! keh keh keh.



Saturday, October 13, 2012

Makanan Bukan Periuk Api.

Last food not bomb yang gua pergi adalah pada tahun 2007 kalau tak silap. masa tu zaman Distort Punxsa. iaini zaman kejatuhan Uda Thraser!

Skarang dah 2012. beruntung sebab dalam scene masih ada pemudi bernama dipan.
congratz and keep this things happen!










Wednesday, September 26, 2012

selamat pengantin baru sayang.











photographer dia bagus. means semua moment hebat dia boleh catch up dengan baik.
mungkin jurugambar dia bukan datang seorang.

Lama jugak gua tunggu waktu ni. akhirnya makwe lama gua yang gua selalu perkatakan ni telahpun selamat di jinjang pelamin. bravo kepada abang polis.

6 tahun lebih jugak gua cuba dan terus cuba untuk jadi budak punk paling berjaya.
nyatanya, tidak semua punk itu punk yang berjaya.
sesetengah punk itu gagal. gagal di alam fana.

start dari ini, gua kena ubah konsep lain. no more makwe lama. and happy to both of you.

anyway. selamat pengantin baru sun. 
:)

Tuesday, September 4, 2012

kenapa gua masih memakai nikon sehingga sekarang?

kenapa gua masih memakai NIKON sehingga sekarang?
Bukan sebab HIPS!
jangan pandai-pandai.


1991. Nikon F4 NASA.
NIKON F4 NASA . 20mm f2.8D & 35-105mm f2.8D
Dibuat khas untuk NASA. ini merupakan model Digital SLR (35mm) pertama dan sehingga kini NASA masih tak tukar hasselblad , mamiya, leica, pentacon or whatever (sengaja tak kaitkan Canon sebab nak jaga hati kengkawan)


1970 Nikon F3AF
NIKON F3AF
AF-Finder DX-1
NIKKOR 80mm f2.8 AIS AF

GILABABI MAHAL LAGI HARGA DUA MENATANG NI! ini kerana Nikon f3AF adalah keluaran Nikon Pertama yang menggunakan AF ( Autofokus) pada lens dan ini merupakan penemuan bersejarah dan masih tertulis dalam Anarchist cook book. kah kah kah.

ada orang minat kamera sebab jenama, ada orang minat kamera sebab nak gantung kasi kawan-kawan pandang bebulu, ada orang minat kamera kerana makwe jual kamera belanja cleavage gebu. gua minat kamera bukan sebab jenama sahaja, tapi sebab sejarah!! SEJARAH! sejarah mungkin berulang... walau engkau ku maafkan..oh kekasih.. tapi mungkin hanyaa sementaraa.. keikhlasan dihaaatiku....
berpanas hujan,, berrembun... tak pernah ku relakannn... agar dapatt memenuhi.. segala keinginannnn...hati.. kubina istanaa..cintaa.. dihiasii lukisannnnnn hidupp.. amboi amboi amboi...

Monday, August 13, 2012

#STOP114A



Hari Internet Blackout yang akan berlangsung hari ini (14 Ogos 2012) bagi membantah Seksyen 114A, bermula pagi ini sehingga pukul 12 malam esok.

Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada Hari Internet Blackout bagi mempertahankan hak kebebasan berinternet!!

Sunday, August 12, 2012

PIG SQUEL

diam.
dah 3 hari gua study ni.



SKANDAL

Gua bangun tidur, mamai-mamai lagi..
gua terus menuju ke bilik air lelaki bujang dan basuh muka.
gua pandang cermin ..
gua rasa lain.
lain dari hari-hari biasa gua pandang cermin tu.
oh gua baru refresh.
gua pandang tepat ke arah badan gua yang persis badan lelaki timur tengah ni.
masih ada beberapa kesan gigitan kat dada kiri gua..
"kasar juga orangnya" detik hati gua.
bahagia betul gua rasa.
gua senyum lebar je.

gua selesai mandi, gua terpandang ada kelip-kelip merah kat handphone gua.
petanda ada notification lah tu. gua malas buka dahulu.. saja kasi suprise.
dalam hati gua "mesti dia nak puji betapa hebatnya gua semalam,hikhikhik"
gua terus persiapkan diri, slow-slow gua capai selimut, slow-slow gua capai gumpalan2 baju.
cadar gua terik-terik kasi rata semula, bantal gua tepuk-tepuk biar nampak gebu dan berselera.
gua sembur fabreze sikit kasi bau sedap-sedap hidu. amboih.

malam semalam bagi gua malam yang hebat, tak pernah gua rasa sehebat ni. 
selama ni gua rasa biasa saja. jarang ada orang menganggap gua lelaki, selelaki semalam.
senak juga bila memikirkannya. ahh.. baik gua bersiap cepat, tempoh yang tinggal cuma 10minit saja untuk gua punchcard.

sampai di tempat kerja, gua memulakan aktiviti biasa. gua akan ke tandas, bakar rokok, barula gua buka satu persatu notification kat handphone gua. 
twitter dan facebook gua abaikan dahulu. gua cuma teruja nak buka sms je dulu.
berdebar nak buka sms ni, macam first time pegang handphone pula rasanya.

gua buka sms dengan hati girang.. selang beberapa minit... hati gua pasrah..
"Pasghahh!! kata lisa surighani"
sms itu berbunyi 

"You, i really happy and enjoy with you.. but then i hope you know that we cant going together. i have fiance, and u have girlfriend.. i hope you understand me sugar..."


mood gua berubah serta merta. rasa macam nak tampar diri sendiri. rasa macam nak jerit kat lubang tandas, rasa macam nak terajang timi. gua baru ingat ini mimpi yang nyata dan pasti........

Bersambung..

_________________________________________________________________________________

*penulisan ini adalah untuk buku yang Timi Fahmi bakal terbitkan yang berjudul "SKANDAL". akan release dalam bulan Septermber 2012. ini adalah satu sedutan dari babak buku tersebut. boleh dapatkan buku SKANDAL dari gobok buku dan kedai-kedai buku terpilih.