Monday, February 18, 2013

Siri bercakap dengan Cabi Edisi febuari Episod 1


Friday, February 15, 2013

TAKE A STAND 7

Aku dah lama tak pegi gigs yang sebenarnya.. entahla, sejak-sejak aku berenti kerja ni, pantang ada gig aku akan sampai.. tak kira lah gig kecil ke besar. yang penting have fun! sebenarnya "pergi gigs" bukan menthod utama untuk menjadi salah seorang "hadko/crust punk" macam sesetengah orang cakap tu. engko duduk rumah menulis macam din akor tu pon masih lagi crust walaupun berjiwa sentimental. Aku tak pegi gig pun, aku still usha-usha page orang-orang yang lain. Nak tahu apa perkembangan, nak tau apa band-band yang letup, atau pun kehidupan semasa bebudak scene yang jarang aku tahu kabar beritanya. Bukan apa, kat gigs ni la kebiasaanya aku akan jumpa kengkawan dan taulan yang paling utama. akan jumpa member2 yang dah bertahun-tahun tak jumpa, akan jumpa kawan-kawan baru atau lama. Kat gig, bukan sekadar layan muzik atau nak menempa nama sebagai "Budak gig". Tolong la ubah persepsi kolot tu. buruk perangai kau tau..

Gigs Take a Stand 7 mengetengahkan 1 band indonesia Matyr (bandung) bersama 3 local band I am, Chandeliers Ablaze dan Forever young. Bukan young and dangerous eh! So far aku sempat tengok 3 band terakhir je. Masing-masing memang sound best, mau tak best kalau dah amp Marshall Jcm dedua. drum pun sedap, band main mantap! Aku tengok sampai habis sesambil amek gamba tu. Memang aku takleh lekang dengan kamera tiap kali aku pegi mana-mana gig.

Masalahnya sekarang..

CROWD. ye crowd. Tak kisah ramai atau tidak gig tu, penuh atau tidak tempat atau venue. ini masalah CROWD. aku ingat lagi tahun 2003 atau 2004. Kat mana-mana tempat gig, crowd memang sangat sporting. Gaduh tu lumrah. Moshing terkena hidung sampai berdarah itu memang treadmark. Chaos, itu yang buatkan gig tu lagi mantap dan semarak! Tapi crowd yang aku lihat hari ni. macam tak semangat. Band yang datang dari jauh, dari bandung. terpaksa naik flight, tidur tak tau kat mana, main bersungguh-sungguh untuk hiburkan peminat. Tapi crowd nampak kaku. Macam takde perasaan. Aku kira, ada dalam tak kurang 10 orang yang mosh, tak sampai 5 orang yang headbanging dan yang lain cuma berdiri peluk tubuh. Mungkin itu nampak biasa bagi aku yang dah pun berumur, tapi akan nampak luar biasa bagi band yang datangnya dari jauh yang mengharapkan sambutan yang menggalakkan dari crowd disini. 

Entah la, mungkin scene hadko dulu dah tak sama dengan scene hadko sekarang. Aku lihat pon rata-rata pegi gigs cuma nak dengar lagu, dengar  maksud aku, cucuk earphone, pejam mata dan dengar lagu. itu rasa aku la. taknak tau apa mesej yang band tu nak sampaikan, apa motif band tu buat itu ini. yang mereka tahu, have fun and dapat gelaran "budak scene" dari rakan sebaya.  Ok aku taknak komplen sangat, nanti kang bila orang soal balik aku dah tak dapat jawap. Okbai.
I AM

MARTYR
CROWD YANG DAH PENCEN




Monday, February 11, 2013

Khazanah

Semalam aku mengemas bilik. macam-macam khazanah ada kat dalam tu. Habuk dia kalau kumpul-kumpul boleh sambong buat dreadlock. aku cari-cari dan terjumpa dalam 1 roll Film 120 belum cuci tapi dah guna. Aku pun tak ingat bila punya ni sebab dan lama. ada kesan habuk sikit kat film tu. ah aku hantar je la cuci, kalau lepas cuci mesti aku tahu gamba ni bila dan bila. Lepas aku cuci, aku dapat semua gamba tu exposed, cuma satu je gamba yang jadi. dan gamba tu cuma gamba timi dengan hunneh. aku maki-maki diri sendiri. Seingat aku gambar ni diambil menggunakan Mmiya RB67, Kodak ectacolor 120, Filmbag 6x7. Diambil masa adik timi kawin. Tengok tu, masing-masing macam menyimpan sesuatu dalam mulut. Misteri.. memang Misteri.


Sunday, February 10, 2013

Seksi Ovari

Aku tadi baru lepas menulis Novelette FREECABI edisi The Untold Story. Setapak kehadapan sikit je dari zine Freecabi reman 7 hari aku. Alhamdulillah, lebih 200 copy dah jual. Maksudnya even penulisan aku banyak mencarut, tapi ada juga orang yang boleh terima. Mencarut is not a crime.
Jari aku sakit. Mungkin dah lama sangat tak menaip secara laju dan rakus.Novelette Freecabi -The untold story ni akan rilis by April rasanya. bergantung kepada kerajinan aku menulis. Novelette ni siri tulisan panjang, aku yakin kali ni bukan 5minit bacaan macam zine Freecabi. tapi mungkin mengambil masa seminggu untuk habis baca, itu pun kalau engko khusyuk dan tawadok.
Aku saja nak bagi tagline ni biar pembaca sangsi.

"Malam tu aku tak tidur. aku rasa cukup puas, seperti baru moles-moles dengan makwe dalam kamar gelap ditemani cahaya lilin aromatheraphy."





Tadi siang aku baca Seksi Ovari by Fazleena Hisamudin. Memang betul-betul seksi. Penulisnya juga cantik. Tapi aku tak tau cantik ke tidak ovari dia. Aku rasa yang buat aku tertarik sebab penulisnya cantik mungkin.
Cover dia aku rasa menawan, dan gambar pertama zine tu buat aku tertawan. dia bukan zine ecely, dia novelette. aku agak betul la ejaan aku ni. novelette ni dia nipis sikit je dari novel sebenar yang boleh buat tukul kepala budak tu. Seksi ovari ni bukan Novel cerita, ia lebih kearah puisi ringkas dan padu.
Aku agak, penulisnya kecewa dan mungkin ada sikit sentap dengan boyfriend dia yang merupakan suami orang. itu Aku agak je!! Jangan terlalu ambil serius.
Apapun aku nak repeat balik Seksi Ovari tu malam ni. Aku suka satu part tu.

"kita tak pernah cuba menjadi diri sendiri
termasuk waktu tubuh kita saling mencabuli"

OK, Ini real



Saturday, February 9, 2013

Popping Up JBC

Popping Up JBC ni sebenarnya satu haram pun aku tak tahu. Yang aku tahu ia menempatkan lebih 10 DIY clothing dalam Johor Bahru. Label-label yang gua nampak dan tahu sikit-sikit macam Rebirth, Stickybox dan satu brand baru ni TIMS. Popping up ni maksud dia apa sebenarnya?
Ok, Popping Up JBC ni dibuat kat tempat yang paling famous amos kat JB.
KOMBI.

Perlukan Point Hipster +100? Singgah sini dan layan Nasi lemak ayam power!

TIMS ni sebenarnya nampak macam cacat dan busuk. Tapi sebenarnya dia lebel kawan gua. Boleh dikatakan kawan baik gua. Kawan yang mana bila gua maki dia, dia akan maki gua semula dan kemudian esok lusa baik semula. Yang gua maki bakul-bakul pun dia terima dengan hati ikhlas dan redho.
Tims ni bermaksud Tak Ini Makwe Saya.
Jangan percaya sangat. TIMS ni banyak maksod yang sebenornya!
Yand dia kasitahu aku TIMS ni maksodnya This Icecream Meltin Sweetheart.
Maksudnya, ice cream ini mencair dan melekit kat badan. lebih kurang macamtu lah.

Tims ni baru bukak Label dia 3bulan. Nampak gayanya berjalan lanchor.
So pada Popping Up JBC ni , dia bukak booth sekali kat sini. Sambutan menggalakkan. Ramai kengkawan yang hadir. Apa yang penting. its fun and Free.
Benda free ada yang tak fun ke?

Rooftops ni jangan memain.

Budak kanan sekali tu budak Fixie KL.

Ini lah wajah Tims. Seorang lelaki tua yang koneknya dah kecut.

Kengkawan dari Vietnam yang depan sekali tu.

Orang kuat, kuat berpeluh, kuat menulis dan kuat marah.

Macam biasa, terdapat live perfomance. 

Orang penting ni, Akem nama dia. Manja orangnya.

Juga ada kengkawan dari Nigeria, Fadh.


BIDAN TERJON!

Asian Punk Fest Jakarta 2013
Aku sebenarnya bidan terjun. Bidan terjun tahu!?








Sedikit review dari mat saleh mana entah di Asian Punk fest 2013. aku rasa terhibur!

Asian Punk Fest 


Friday, February 8, 2013

Lembab, kesat dan melecet

Sejak 2007 lagi. masa tu aku belum duduk punksa. aku dah dengar Fall of efrafa. Zaman tu dimana zaman aku menggilai atmospheric dan post-post rock if these tree could talk, explosion in the sky, mogwai dan sigur ros. Tapi dalam masa yang sama aku pernah impikan band-band post rock sebegitu mempunyai vocal, dan dari Fall of efrafa (FOE) aku dah makin galak dengan downtune, sludge and doom. pengaruh metal dia tu berat.. dan boleh bawak kepada melayang layang. Scene DIY hardcore punk malaysia pada zaman tu takda lagi muzik-muzik macam ni. Masa tu Coma pun baru nak hidup rasanya, Ssslothhh (indonesia) pun belum wujud lagi, atau mungkin ada band lain yang aku tak tahu.
Pernah jugak aku fikir nak buat band-band macamni. Tapi berat sangat. terlalu berat nak dalami.
Fall of efrafa bukan satu band kecik-kecik anak yang sebenarnya. bagi aku dia satu band yang hebat dengan elemen-elemen muzik yang memang syahdu (pada telinga aku), Album owsla dan elil antara album kegemaran aku. Yang lain tu aku boleh masuk jugak, cuma aku takde koleksi sebenar band tu fullset. Yang aku fedap, wak kencahana yang mati-mati Wolfbrigade tu boleh ada full set. cilakak.
Selepas kejatuhan Fall of efrafa, aku dapat buat satu band ala-ala  tu. tapi tak menjadi pun sebenarnya, jadi pun sikit-sikit je. Betul kata orang, nak main band meniru macamni memang penghujung dia kadang2 gagal. Abysmal Fornikate ditubuhkan pada era 2008-2009 kalau tak silap, kemudian 2010 baru aktif sikit. Ada cover satu lagu Tragedy je tiap kali perform gig. Tu pun sebab line up tak berani nak cover lagu FOE.
Alex CF merupakan line up utama Fall of efrafa, Artistic, Mysterius dan Sangat sangat Deep! Dia tu memang orang seni. macam2 benda2 seni dia buat specimen kostume2 raksasa pelik2. ishh.. orang putih punya seni lain betul dengan orang kite pun seni. seni dia lagi halus!! super halus!!
Lepas dia quit FOE, dia buat band lain macam Light Bearer, Momentum dan Eleleth. Semua band-band tu adalah band sludge metal,doom,downtune. Dia jugak amat meminati explosion in the sky, tragedy,bolt thrower, from ashes rise and the king Discharge!


Fall of efrafa with Icos


Momentum


Light Bearer 

Art of Alex CF

Aku fikir, kalaula hellexist nak tukar main Sludge Metal. Aku orang pertama yang akan kucup dahi wak dengan jimbo.

Monday, February 4, 2013

Jakarta

Aku baru balik Jakarta ni.
Ye jakarta! apahal? ingat aku takde passport ke?
sebenarnya ini pengalaman pertama aku ke luar negara.
Luar negara maksod aku tu tak termasuk singapore la.
singapore tu tak dikire luar negara.

Aku bukan pegi suke- suke..
aku bukan pergi honeymoon.
aku pegi sebab aku main untuk band Hellexist kat sana.
Band black metal ulu tiram.
jangan main-main, ganas macam setan ni.

Sebenornya, ini jugak kali pertama aku naik Kapal terbang.
Perasaan nebes tu takde, tapi perasaan kapal terbang terhempas tu memang setiap minit aku fikir.
Cibai, ini semua pengaruh television.

Aku bertolak 9 orang, jimbo, wak, zam, ajen, din, gop, apek, leng dan aku sendiri.
ni kali pertama aku duduk dalam kapal terbang.
dalam drama, kapal terbang ni nampak best.
tapi hakikatnya rupanya kapalterbang ni tak ubah macam bas.
cuma seatnya 3x3 jek.
iye, sama macam naik bas.

Mungkin, engko akan cakap aku jakun, kemal sampai europe tak kecoh pon,
aku sampai indonesia jek dah kecoh satu dunia.
cibai, kemal dengan aku size bebird pun lain-lain kan, so mana boleh engko nak samakan kemal pegi europe dengan cabi pegi indon? aku ulangi, cibai.

Aku rasa betul-betul punk.
Punk hari biasa tak sama macam punk masa aku  kat indonesia

Kete ni tak lepas masuk malaysia. Sebab kalau kereta ni masuk malaysia, myvi lagi best dah tak best lagi dah.

aku sengaja amek gambar ni. sengaja nak kasi ladynoe jeles.

Van tadika. tak tahu nak kelaskan van atau kereta.

Indahnya ciptaan tuhan. Gambar typical kepada penumpang kapal terbang.

ini toilet airport singapore. bersih dan cantik. sayangnya tiada punca air paip.

Baru sampai di changi airport. masing-masing watak ceria.

anggota black metal tempatan

saga FLX lagi up sikit dari vios.

Tiada kerja yang lebih mulia daripada kerja kerana Allah Ta'ala.

Bas ni kalau masuk puspakom, aku tak tahu apa puspakom akan buat

Street art dimana-mana. tak pernah jumpa street art macamni kat depan jaya jusco atau city square.

warong-warong begini sangat similiar di jakarta.

Bas dua tingkat berkembar ni bukan utk membawa penumpang. tapi untuk butik pakaian.

Diamana mana ada jual Teh sosro.

Kalau kat Thailand dipanggil Tuk-Tuk, kalau kat indon aku panggil vespa tayar tiga je.

Busker bukan kat luar je, tapi kat dalam bas. abaikan pemuda belah kanan yang tengah melompat tu.

Ini nama dia angkut. van biasa yang dah ditebuk pintu dia dan diubah suai supaya boleh memuatkan lebih 10 orang didalamnya. RP2000 sekali naik.

Model tudung jakarta.

Tour Guide.

Masih ceria waktu nak balik malaysia. masing-masing lompat gaya anggun