Friday, November 9, 2012

ROCK KE WEH!

Ramai budak yang tanya gua,
"ROCKAWAY MACAMANA CABI? RAMAI ORANG TAK? BILA NAK UPLOAD GAMBO?"

Sebenarnya, gambo tu dah lama gua nak upload. cuma gua tak tahu samaada boleh upload atau tidak. satu keping gambo pon gua takde pass kat organizer Rockaway tu kaedahnya. untok apa gua jadi Jurugambar pada hari tersebot?

Disini gua nukilkan beberapa keratan, semoga terjawap sudah tanda tanya berapa ramai atau berapa hangat konsert rockaway lepas.

Hail! 

THE WEEKEND STAGE LAGI SESUAI UNTUK GUA RASANYA.

HENSEM JUGA BRADER PAKAI TOPI BIRU LAOT NI.

CUACA SEDANG2 ELOK, POWER BOMOH TOLAK HUJAN DIA

CROWD DARI JB, MASING-MASING MENGGAYAKAN STOK PAKAIAN RENANG

BUDAK PERAK DAPAT MAKWE ROCKAWAY

SIANG LAGI.

JUGA ADA PEMAIN BOLASEPAK PADA HARI ROCKAWAY

AMBOI KEMAIN BENGKOK LAGI

SUKAR NAK BEZA WATAK BERDASARKAN GAYA RAMBOT

MOSH PIT. GUA AJAK BURGER TAPI BEBUDAK NI TAK BERANI

SIKIT LAGI NAK HUJAN.

BOLEH TAK DEPAN KEMERA JANGAN PEJAM MATA. BOLE KE TAK????!!!

MASIH OI OI.

DUCKTOI NI DAH NAMPAK BERUMUR SIKIT. 

ANDA SEMUA PUASA!!?? 

BAND POPULAR.

SABOR, GUA BARU DAPAT RECOVER PASSWORD. GUA SEBENARNYA DAH LUPA PASSWORD BLOGSPOT NI. SABOR. BAWAK BERSABOR UNTOK ENTRY GUA YG LAIN. KEKEKEKE.

AKMAL DAN KESI.



AKMAL, lelaki muda biasa, printing dan DIY t shirt memang serah kat dia. 
Kalau sekali imbas nampak kelibat dia engko sendiri tak sangka dia ni sebenarnya dah akhil baligh.
itu tidak penting, yg penting AKMAL mempunyai seorang kesi menyayanginya.

Aku bukan nak cerita pasal akmal. Cuma aku hairan, susah sangat ke nak menyebut "AKMAL" atau "KEMAL", kenapa Salman panggil dia KAMAL. cilaka.

Hari ini mungkin hari untuk aku ngumpat engko AKMAL, tetiba teringat engko malam-malam buta macamni.
sudah la, bosan cerita pasal AKMAL, bukannya dia sejenis makwe denyut pon.

Sejak gua self employed ni, gua rasa banyak aktiviti yg gua boleh buat. sekali Sky Diving, dan Gusti, gua dapat habiskan masa dirumah tanpa rasa risau esok nak masuk shift pukol berapa.
FUCK KERJA BERKAMPENI! kah kah kah.

sebenarnya ini Gig Hadko pertama yang gua dah pergi sejak gua self employed ni. nyatanya gig punk gua belum lawat lagi. gua harap tak ada masalah gig start lewat lagi. so far, gig hadko haritu dieorang setat sharp2. jangan buat malu kaom.



Monday, October 22, 2012

lucky i still have the truly bestie.

Monday, October 15, 2012

#StopTweetAndLetsPicnic

Engko tweet sehari agaknya berapa patah perkataan?
tak bosan ke engko asik tweet dengan  halimunan??

kah kah kah.

ini cerita betul.
gua taknak jimbo kecam gua lagi sebab gua tak pernah sampai ke tempat lain selain KL dan JB.
sesekali ingin juga menghidu bau laut macam Tok.

#StopTweetAndLetsPicnic ini berlansung pada 1dan 2hb Disember 2012.
diharap para twitter tegar free that day.
takde alasan budget lari sebab beli tiket sigur ros..
atau alasan bonus tak masuk.
itu pundek namanya.
kerana gua dah start anounce #StopTweetAndLetsPicnic ni sejak bulan 9 lagi.
nak kene penendang?

Budget bagi #StopTweetAndLetsPicnic ini adalah hak anda sendiri.
anda sendiri yg menentukan budget untuk anda.
maksodnya.
Gua mungkin akan tido dalam kereta. atau pun rumah tumpangan kengkawan.
tapi mungkin anda ada agenda lain atau mahu tidur hotel atau mana2 tempat yg lebih selesa?

Transport tidak disediakan. Ini kerana gua rasa engkorang2 semua bukannya semua duduk JB. ada yg duduk Kolumpo, ada yg duduk sedenak, ada yang duduk nibong tebal. Terpulang pada engkorang decide nak naik apa. Budaya kongsi kereta amat digalakkan disini.

Makwe,tunang, bekas kekasih, crush atau apa sahaja talian yg kene mengena dengan engkorang , engkorang boleh bawak sekali. ini aktivitas bebas. gomen pon tak halang engkorang nak bawak siapa. inikan pula gua ye dok?
#StopTweetAndLetsPicnic ni bertujuan untuk menemukan semua Tahi twitter yg berada dalam TL gua.
ecely tak kisah kalo engko nak ajak sesiapa pun. yg gua tag cuma mana2 yg gua kenali je la.

gua pun pernah rasa nak libas keting anak ong, nak hentak bibir typo nina, dan hendak cabut misai saleman faris. engko tak rasa nak buat benda gitu jugak ke?

Jadi jumpa di #StopTweetAndLetsPicnic. INGAT. STOP TWEET. jangan ada yg mengada update tweet time tu! keh keh keh.



Saturday, October 13, 2012

Makanan Bukan Periuk Api.

Last food not bomb yang gua pergi adalah pada tahun 2007 kalau tak silap. masa tu zaman Distort Punxsa. iaini zaman kejatuhan Uda Thraser!

Skarang dah 2012. beruntung sebab dalam scene masih ada pemudi bernama dipan.
congratz and keep this things happen!










Wednesday, September 26, 2012

selamat pengantin baru sayang.











photographer dia bagus. means semua moment hebat dia boleh catch up dengan baik.
mungkin jurugambar dia bukan datang seorang.

Lama jugak gua tunggu waktu ni. akhirnya makwe lama gua yang gua selalu perkatakan ni telahpun selamat di jinjang pelamin. bravo kepada abang polis.

6 tahun lebih jugak gua cuba dan terus cuba untuk jadi budak punk paling berjaya.
nyatanya, tidak semua punk itu punk yang berjaya.
sesetengah punk itu gagal. gagal di alam fana.

start dari ini, gua kena ubah konsep lain. no more makwe lama. and happy to both of you.

anyway. selamat pengantin baru sun. 
:)

Tuesday, September 4, 2012

kenapa gua masih memakai nikon sehingga sekarang?

kenapa gua masih memakai NIKON sehingga sekarang?
Bukan sebab HIPS!
jangan pandai-pandai.


1991. Nikon F4 NASA.
NIKON F4 NASA . 20mm f2.8D & 35-105mm f2.8D
Dibuat khas untuk NASA. ini merupakan model Digital SLR (35mm) pertama dan sehingga kini NASA masih tak tukar hasselblad , mamiya, leica, pentacon or whatever (sengaja tak kaitkan Canon sebab nak jaga hati kengkawan)


1970 Nikon F3AF
NIKON F3AF
AF-Finder DX-1
NIKKOR 80mm f2.8 AIS AF

GILABABI MAHAL LAGI HARGA DUA MENATANG NI! ini kerana Nikon f3AF adalah keluaran Nikon Pertama yang menggunakan AF ( Autofokus) pada lens dan ini merupakan penemuan bersejarah dan masih tertulis dalam Anarchist cook book. kah kah kah.

ada orang minat kamera sebab jenama, ada orang minat kamera sebab nak gantung kasi kawan-kawan pandang bebulu, ada orang minat kamera kerana makwe jual kamera belanja cleavage gebu. gua minat kamera bukan sebab jenama sahaja, tapi sebab sejarah!! SEJARAH! sejarah mungkin berulang... walau engkau ku maafkan..oh kekasih.. tapi mungkin hanyaa sementaraa.. keikhlasan dihaaatiku....
berpanas hujan,, berrembun... tak pernah ku relakannn... agar dapatt memenuhi.. segala keinginannnn...hati.. kubina istanaa..cintaa.. dihiasii lukisannnnnn hidupp.. amboi amboi amboi...

Monday, August 13, 2012

#STOP114A



Hari Internet Blackout yang akan berlangsung hari ini (14 Ogos 2012) bagi membantah Seksyen 114A, bermula pagi ini sehingga pukul 12 malam esok.

Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada Hari Internet Blackout bagi mempertahankan hak kebebasan berinternet!!

Sunday, August 12, 2012

PIG SQUEL

diam.
dah 3 hari gua study ni.



SKANDAL

Gua bangun tidur, mamai-mamai lagi..
gua terus menuju ke bilik air lelaki bujang dan basuh muka.
gua pandang cermin ..
gua rasa lain.
lain dari hari-hari biasa gua pandang cermin tu.
oh gua baru refresh.
gua pandang tepat ke arah badan gua yang persis badan lelaki timur tengah ni.
masih ada beberapa kesan gigitan kat dada kiri gua..
"kasar juga orangnya" detik hati gua.
bahagia betul gua rasa.
gua senyum lebar je.

gua selesai mandi, gua terpandang ada kelip-kelip merah kat handphone gua.
petanda ada notification lah tu. gua malas buka dahulu.. saja kasi suprise.
dalam hati gua "mesti dia nak puji betapa hebatnya gua semalam,hikhikhik"
gua terus persiapkan diri, slow-slow gua capai selimut, slow-slow gua capai gumpalan2 baju.
cadar gua terik-terik kasi rata semula, bantal gua tepuk-tepuk biar nampak gebu dan berselera.
gua sembur fabreze sikit kasi bau sedap-sedap hidu. amboih.

malam semalam bagi gua malam yang hebat, tak pernah gua rasa sehebat ni. 
selama ni gua rasa biasa saja. jarang ada orang menganggap gua lelaki, selelaki semalam.
senak juga bila memikirkannya. ahh.. baik gua bersiap cepat, tempoh yang tinggal cuma 10minit saja untuk gua punchcard.

sampai di tempat kerja, gua memulakan aktiviti biasa. gua akan ke tandas, bakar rokok, barula gua buka satu persatu notification kat handphone gua. 
twitter dan facebook gua abaikan dahulu. gua cuma teruja nak buka sms je dulu.
berdebar nak buka sms ni, macam first time pegang handphone pula rasanya.

gua buka sms dengan hati girang.. selang beberapa minit... hati gua pasrah..
"Pasghahh!! kata lisa surighani"
sms itu berbunyi 

"You, i really happy and enjoy with you.. but then i hope you know that we cant going together. i have fiance, and u have girlfriend.. i hope you understand me sugar..."


mood gua berubah serta merta. rasa macam nak tampar diri sendiri. rasa macam nak jerit kat lubang tandas, rasa macam nak terajang timi. gua baru ingat ini mimpi yang nyata dan pasti........

Bersambung..

_________________________________________________________________________________

*penulisan ini adalah untuk buku yang Timi Fahmi bakal terbitkan yang berjudul "SKANDAL". akan release dalam bulan Septermber 2012. ini adalah satu sedutan dari babak buku tersebut. boleh dapatkan buku SKANDAL dari gobok buku dan kedai-kedai buku terpilih.


Friday, July 20, 2012

Glosoli

" Aku harap kau tabah kat situ. Aku tak boleh datang dekat. Aku cuma mampu perhatikan kau dari jauh. Jika kau jatuh sekalipun aku tak dapat bantu kau untuk bangun. Aku cuma boleh tekup muka aku untuk menahan sedih,dan mungkin sesekali aku harus menjerit untuk rasa ringan sedikit beban kepala melihat kau yang sedang sakit dengan ketentuan dunia "

Monday, July 9, 2012

Sirap Ros

eh eh sudah la. gua tak mahu serius sangat. blog gua ni baru gua perasan ada sentimen-sentimen berunsur perasaan. mana boleh macam gini. ini blog budak punk. ini bukan blog sajak.

ini apa ni? ini pengaruh kerana gua banyak berkawan dengan penulis ke? kah kah kah.

dah dah sudah. gua malas nak cerita panjang.
ceritanya begini. gua punya bekalan internet kat rumah dah ada, yang tak adanya pc gua saja.
berblogger menggunakan kaedah telefon bimbit sebenarnya satu perkara yang gagal.
sebab, kadang2 gua tak dapat bezakan samaada blogspot ataupon twitter.
gua rasa gua dah tertwit kat blogger dan terblog kt twitter.
ini tak boleh dibiarkan.

gua tak sabar nak tunggu bulan sebelas.
gua tak sabar nak tengok Jón Þór Birgisson aka Jonsi live depan mata.
gua nak pastikan sama ada dia benar2 juling air atau tidak.

bulan depan, bulan depan punya depan dan bulan depan punya depan punya depan mmg banyak nak guna duit. macam2 band turun malaysia. buat masa ni gua dah beli satu tiket je. yg lain tak tahu nak beli bila. komrads! jumpa kat konsert sirap ros!

Friday, July 6, 2012

Minggu paling bebas

Minggu ini aku rasa minggu paling bebas. Minggu untuk aku bebas berbicara. Minggu untuk aku bebas memilih jalan hidup sendiri. Minggu untuk aku bebas bergaul dengan orang sekeliling tanpa rasa ragu-ragu lagi.

Minggu ini aku rasa minggu paling bebas. Aku bebas ceritakan masalah diri sendiri. Aku bebas membuat keputusan hakiki. Aku bebas bergelak ketawa sana sini.

Minggu ini aku rasa minggu paling bebas. Aku bebas untuk menjadi orang yang aku ingin jadi. Aku bebas mengkaji dan berfikir hal duniawi. Aku bebas mengkaji masadepan meskipun mungkin tak tak se"indah" yang lau janji.

Minggu ini aku rasa minggu paling bebas. Jangan kecam aku lagi. Biarkan aku bebas begini. Aku tak mahu dikecam lagi.

Thursday, July 5, 2012

Sesat Sesaat

Aku rasa dah cukup takat ni. Bukan aku judge kau untuk hari ini. Aku judge kau untuk 5tahun lebih. Tak ada apa-apa yang boleh mengubah apa-apa. Tak ada.

Mungkin semalam, kau anggap aku berjenaka. Kau ketawa.
Mungkin semalam, kau anggap aku biasa, tapi ini berbeza.
Mungkin semalam, kau anggap aku berubah, tapi kau patut tahu aku perlu berubah untuk apa?

Maaf sebab aku terpaksa ikutkan cara kau, tetapi dalam hati aku tak pernah terima.
Maaf jika aku terpaksa untuk sayangi kau, dalam pada sedar kau cuma teman biasa.
Maaf jika aku berjanji sayang, semata-mata kerana aku tak ingin hidup tertekan sentiasa.

Cukuplah kau halakan jalan hidup aku,cukuplah engkau acukan kekusutan tanpa kau kaji diri aku. Cukuplah kah halakan tohmahan yang memudaratkan diri aku. Cukuplah engkau tahu aku juga perlu ruang untuk menjadi satu-satunya diri aku.

Tuesday, June 26, 2012

bini tua.

Hai bini tua.
maaflah sebab gua dah makin bizi dengan kerja.
tak sempat nak jenguk bini tua.

pagi ni gua baru sempat buka bini tua.
ada 2 orang skodeng gua.
heran la.
sebab bini tua gua ni cuma ada 53 follower.
takkan pagi2 dah baca bini tua gua padahal gua tak update apa2?

sorry bini tua.
internet gua baru ok.
harap lepas ni bini tua akan sentiasa update.
bye bini tua.
gua nak sambung stalk profile makwe lama..

Saturday, June 9, 2012

Musang king

Sebenarnya ini kali pertana seumur hidup gua makan durian dalam kuantiti yang banyak.

Dan ini juga kali pertama gua makan durian yang bernilai Rm130 utk 3biji.

Parahh.....
Gua cedera parah..
Harini badan gua cukup bau durian campur dengan georgio armani.
Gua pun naik hairan apesal dari semalam tak hilang lagi bau durian.
Gua rasa ada durian melekat lagi kat rambut. Baik gua basuh sekarang.

Saturday, June 2, 2012

Avarnt garde jazz

Gua baru balik dari event converse sebenarnya. Alah ada la sikit jam session. Takde bende pon. Gua pon tak tahu ape motif dia sebenarnya buat gig kt sini. Apepon gua enjoy the show.

Gua tertarik dengan band upstart incoperated. Harap-harap gua tak salah sebut. Sbb ini first time gua dengar nama band ni.Apa yang menariknya.band ni tak macam band-band lain. Genre dia avarn garde jazz. Pheww. Selama ni gua cuma tahu avarn garde metal je. Tapi kali ni brbeza.

Muzik macam ni lah bagus. Gua memang puji corak permainan dan alunan muzik dieorang. Berbakat dan berbeza. Bukan ketegori band yang main band ikut musim. Time musim indie, semuaaaaaa indieee. Time musim metalcore, semuaaa metalcore. Takde pendirian. Lebih kepada fesyen bagu gua. Maafkan lah typo gua. Gua bloggin pakai phone. Memang benci. Betol gua dengan handphone touch skrin!!! Asik salah taip je!!! Hishh!

Gua harap band band begini semakin banyak di malaysia, baru lah scene muzik malaysia ni tak ketinggalan.


Ini cerita lain, gua tengah cari ubat tido ni, yang tiada kandungan dadah. Sebenarnya esok gua kena kerja pagi tapi gua masih tak tidur lagi. Sebab itu gua masih blogging ni. Kalau ada boleh tinggalkan no telepon diruangan komen. Sekian.