Sunday, February 12, 2017

Selamat Tinggal Lan Buyut

Perginya seorang sahabat yang di sayangi.

Aku dengan Lan bukanlah serapat sahabat baik. Tapi, sepanjang perkenalan kami, kalau nampak di traffic light pon kami horn sesama sendiri sambil tunjuk jari Rock, kalau terjumpa kat Mall kami sanggup patah balik untuk berbual walaupun tak sampai 5 minit, cucuk perut sesama sendiri antara teknik gurauan antara kami, tiada sedikit pun kata-kata dia yang menyakitkan hati atau buat aku atau orang lain marah.

Lan seorang yang humble, berwajah ganas tetapi mempunyai hati yang cukup lembut. Dia seorang yang ceria dan selalu mengusik. Aku senang dengan dia. Kami berkawan agak lama, lebih kurang 5 tahun. Cukup sebab kenapa aku rasa begitu kehilangan. Itu baru aku, entah macamana perasaan kawan2 band dia, kawan2 sekolah atau kawan2 dari kecil yang masih berkawan baik dengan dia sampai hari ini. Macam aku cakap, aku rasa takde siapa menyimpan marah atau dendam dekat Lan. Sebab dia baik, sangat baik orangnya.
Gambar ni aku memang tampal kat dinding bilik aku. Aku jarang tampal gambar kengkawan aku kecuali kawan kawan yang aku hargai. Lan berkemeja berdiri sebelah kiri aku.




Kemalangan mungkin sekadar punca, hal yang sebenar adalah sudah memang ditakdirkan, sudah memang ketentuan Allah. Dia pergi pada hari ini 12 february 2017 @ 04:00AM.

Lan, semoga roh kau tenang disana kawan. Aku mendoakan Allah ampunkan segala dosa dan tempatkan kau ditempat orang-orang yang beriman. Kami akan rindukan usikan kau lan, kami akan rindukan kau cuit-cuit baju kami tiap kali kita jalan2, dan antara kami akan toleh belakang untuk cari siapa yang mengacau, dan bila nampak kau kami tahu takde orang lain yang suka mengusik macam
zaman budak-budak ni. Cuma kau sorang Lan. Kau satu-satunya kawan kami yang memghiburkan.


Last aku bergambar dengan dia, time ni Plague punya show kat Pots kitchen. Farewell my brother.

Salam sayang,
Jumpa nanti.
Lan Buyut
1986-2017

Friday, February 10, 2017

Kakchom Hikers - Gunung Pulai

Mendaki bukanlah satu aktiviti kesukaan aku. Lebih-lebih lagi aku jenis orang yang tak suka kan benda-benda mistik (lagi2 dalam hutan), jadi memang aku elak utk melakukan aktiviti sebegini,

Walaubagaimanapun, seumur hidup aku, aku pernah panjat gunung dan bukit juga. Bukit pertama yg aku panjat / mendaki / berkhemah adalah Bukit Sisek di Kota Tinggi. Aku pernah update kat blog aku dulu, engko boleh klik sini.  Gunung kedua yang aku pernah (daki sahaja) adalah Gunung Arong.
Sudah la mendaki, dalam masa yang sama berlakon. Nampak.. punya la power  sambil mendaki dan berlakon ni. Bukan semua orang mampu lakukan k. Boleh klik sini untuk menonton. 

Namun begitu, bulan lepas aku cuba untuk mendaki Gunung Pulai buat kali pertama.

Gambar hiasan


Sejak mula mendaki Gunung Pulai, aku jadi seorang yang BERBEZA! Aku pon tak tahu kenapa tapi sejak kali pertama aku mendaki kat Gunung Pulai, aku terus jadi seronok dan gembira. Aku pun tak tahu apa punca, mungkin sebab selama ni aku mendaki dengan berpenat lelah, tapi sekarang aku boleh mendaki dengan tenang tanpa mengeloh. Ya, mungkin sebab aku dah start berlari, metabolisme aku dah start "bangun", 5KM mendaki gunung pulai bagi aku sama je macam aku berlari 10KM. Dah smooth untuk badan aku. Itu baru aku, yang lain-lain tu lagi selamba makan kacang sambil mendaki agaknya. 

Sambutan pon agak menggalakkan dan dalam masa yang sama aku tubuhkan group whatsapp baru bernama KAKCHOM HIKERS!

Gunung Pulai ada dua jalan, engko boleh pilih nak mendaki ikut route Offroad atau Onroad. So far aku sejak pertama kali daki aku ikut offroad, turun ikut tar (Onroad). Kalau track onroad ni, tiap2 pagi ada pakcik chinese mendaki turun naik. Memang power pakcik2 tu. 

So sejak aku tahu yg aku "boleh" mendaki, harini je genap 5 kali aku daki Gunung Pulai dalam tempoh satu bulan! Ya tuan-tuan dan puan puan, Lima kali. Actually, ini sahaja aku punya cross training yang aku boleh buat. Berlari ni benda yang aku dah buat selalu sejak tahun lepas, so alhamudlillah aku jumpa benda baru lagi untuk aku belajar,iaitu mendaki.


Antara geng-geng lari yang terjebak mendaki

Macam biasa, bila aku ambil gambar, gambar aku tak ada.


Hipster perhutanan

Inilah air terjun gunung pulai, manakala yg berdiri tegak itu pula adalah bomoh hutan

View dari puncak. Kan? Biasa je. But still sedap mata memandang. 

Wife i comel. Thats why i sayang.

Pakar pengkaji jejak haiwan liar.


Yang buat aku seronok mendaki ni adalah kawan-kawan terutamanya. Aku sangat bersyukur, sekeliling aku ramai kawan-kawan yang supportive, membantu, ikhlas dan sangat baik. Mereka-mereka ni lah penyebab untuk aku terus bersukan, menyihatkan badan dan membantu aku untuk jadi lebih sihat. Tak lupa, isteri tercinta. Muah.
Gunung pulai ni track dia tak extreme mana (tu apa yg aku dengar orang cakap la sebab aku tak banyak daki gunung jadi aku tak tahu yang extreme tu macamana), Dakian engko pon tak la strunggle mana kalau nak dibandingkan dengan Arong. Jadi mungkin sebab tu aku happy je tiap kali mendaki. 
The biggest reason untuk mendaki di Gunung Pulai adalah View (yg tak seberapa) dan air terjun sedap.


Hahhh sedap juga sejuk air terjun ni. Habis kecut segala.
So far, sejak aku mendaki. Aku selalu sediakan flyers dan sebarkan kat laman sosial. Tujuan aku, aku nak semua orang rasa keseronokan yang aku rasa tak kira macamana bentul fizikal dan kekuatan daya tahan engko. Aku happy. Alhamdulillah, second trip dakian aku berjaya kumpul 26 orang peserta, dan kali ke 4paling banyak aku kumpulan 55 oran peserta mendaki. Ramai weh. Aku pon tak sangka seramai tu.


Antara 55 peserta / pendaki yang support event Kakchom Hikers.


Aku tahu, ada antara kawan aku yang tak setuju dengan cara aku ajak orang mendaki, yelah semakin ramai random people yang aku ajak ( beginner) semakin lambat trip kitaorang sampai ke atas. Dan diaorang pon terpaksa jadi sweeper. Dan aku jarang jadi sweeper sebab aku takut tinggal belakang sekali. Haha. Sorry gais, aku try figure out macamana next time.

Cukup 5 kali aku daki Gunung Pulai, aku cuba nak mendaki gunung lain pula. So for next trip, kami akan ke Muntahak pula 18 february ini!


Thursday, February 9, 2017

How to clean your casette player

There is 3 easy step and less expensive cleaner for your casette player.

This is another alternative to make your casette head clear and less buzzing. 
I using Pre-injection swab instead of fully alcohol. Its more convenient and affordable. 

Price around Rm10, you can get from drugs store like Watson or Guardian. 

1. This is Pre injection swap as cheap as RM7.90 for 100pcs.


2. I use plastic pick to make more easy for cleaning progress
3. Then clean around head, rec head (if u use two or three head casette player), and dont forget the alluminium roller (important! This part is just like no function but its actually main things to make you casette sound more clean). 



Tuesday, February 7, 2017

Kasut Berjasa!

Kasut ni benda yang paling aku tak pernah / jarang beli baru. Boleh dikira guna jari berapa kali je aku beli kasut baru. Aku lebih rela beli bundle sebab dah memang aku ni pesen tak suka pakai kasut sama setiap hari. Kasut sukan? lagilah tak pernah beli baru ataupun kat bundle.
oh ya, aku pengguna kasut sepenuh masa. Aku jarang guna selipar kecuali dalam masa2 terdesak sahaja. 

Bila aku nak start berlari, kawan kawan aku suruh aku beli kasut baru. Aku puas bidas kat kawan aku, " Kasut lari mahal lah, aku beli bundle je", tapi diaorang semua tak bagi aku beli bundle. Aku tanya kenapa? Diaorang pon tak tahu nak explain macamana. Dia cuma suruh aku pergi kedai sukan dan tanya jurujual sendiri.

Rupa-rupanya, kaki kita banyak type. Dan pemilihan kasut yg salah akan membuatkan kita sakit ataupun lagi teruk boleh buat kaki kita rosak. SERIUSLY!

So after mendapat nasihat kedai sukan dan beberapa orang rakan, demi meneruskan niat berlari aku. Aku gagahkan diri ke JPO kedai NIKE factory, dan aku; pon beli kasut ni. Ini Nike Zoom Structure 19. 
Aku lebih berkenan pattern Pegasus, tapi tapak aku jenis High arch. So pattern ni paling sesuai, murah dan mentibang laut warnanya.



Engko jangan tanya aku kenapa aku beli kaler hijau pantul cahaya ni. Hanya kasut ni je yang paling murah kat Nike tu. Murah sebab warna dia kurang sambutan. Tapi who cares? aku nak buat lari je pon bukan nak buat pergi pasar malam.Sudah la waktu aku nak beli ni, jalahn ke JPO jam hingga lebih 4 jam aku que. Nampak. punya la semangat.

Kasut ni banyak kenangan kat aku. Ini kasut lari pertama aku beli, ini kasut yang buat aku tahu macamana nak lari (jauh), Dan inilah kasut yang mengajar aku erti survival. Hari ini, genap 8 bulan kasut ni bersama aku. Dan tiba masanya untuk aku simpan supaya ia terus menjadi kenangan. Kahkahkah

Kasut lari juga ada Milege. Sebab kasut lari direka khas untuk berlari dan tapak dan sole dalamannya hanya mampu menampung sejumlah kilometer sahaja. Untuk Nike Structure, estimate milege kasut ini adalah sekitar 400KM. So apa jadi kalau pakai lebih? Dia macam tayar kereta juga. Bila tayar dah over pakai, dia jadi botak, dia kurang confortable dan kurang grip. Sama macam kasut lari juga.

Aku kurang pasti fungsi benda Hexagon tu, tapi pada pendapat aku makin banyak hilang semakin kurang la cengkamnya.


Harini, cukup aku gunakan dia semaksimum. Total kasut ni punya milege yang telah aku guna adalah 822KM. Sudah tiba masanya dia berehat. 

Terima kasih untuk 8 bulan yang berharga!


Goodbye honey.


Jadi, semperna 2017, aku hadiahkan diri aku sendiri kasut kesukaan aku. Ya, aku tahu designnya memang tak cantik. Tapi dia sangat selesa dan berprestasi tinggi. Welcome Hoka Oneone Clifton 2!

Baru guna semalam, masih belum dapat dia punya selesa lagi. Rilek, kasi aku masa aku review lebih.

Aku harap ia kekal sampai tapak habis. Tengok fizikal tapak ni, mungkin aku boleh guna lagi 10 tahun dia punya tebal.
Actually, sizing dia agak pelik. Nike aku guna UK11/290, tapi Hoka aku guna UK11.5/300


Sunday, January 8, 2017

2017 yang baik

Antara azam 2017 aku dalah aku nak cuba lari half marathon, dan semalam aku dah berjaya capai awal azam 2017 aku. Kebetulan aku dapat memasuki acara AIA night run sebab aku menang peraduan yang dianjurkan team Treximo.

Pace Chaser (betul ke?) mostly geng-geng lari aku juga. Tapi diaorang dah tahap hebat-hebat belaka la. 


So far, aku happy sebab dapat tamatkan larian. Happy sebab aku tak pernah percaya orang macam aku yang gemok sejak azali ni mampu lari sejauh ini.

Btw, pada pendapat aku. Semua orang mampu lari sejauh mana yang dia nak. Yang menjadi penghalang adalah niat dan kau punya kekuatan mental dan fizikal. Kalau kau seorang yang positif dan selalu berfikiran yang baik insyallah akan baik penghujungnya. Itu pendapat aku.


Starting point! Entah kat mana aku pon aku tak tahu.

Waktu aku kat garisan permulaan, hati aku berdebar-debar. Aku teringat segala kata caci makian waktu zaman sekolah dulu. Waktu zaman sekolah aku selalu kena ejek, lagi2 bab sukan. Lari tempat terakhir, Tak pandai main bolasepak, aku cuma mampu main catur sahaja yaini sukan yang lansung tidak mengeluarkan peluh. unless kalau engko main catur kat tengah-tengah padang bola tengahari la.

5km awal, aku tak fokus lansung. Aku asik fikir je. boleh ke tak boleh ke tak. Dan semua orang yang memotong aku, aku rasa diaorang mampu, aku memang dari dulu takkan boleh mampu. Dan maybe km ke 10 aku dah give up dan balik. Lepas 5km, aku nampak ada yang jalan, ada yang main handphone. Aku punya mood terus down. Down sebab aku teruja dengan larian ni kenapa diaorang tenang2 je macam malas lari. Then aku baru realise, yelah, aku first time. Diaorang dah berapa kali tak tahu. Sebab tu aku sorang nampak panik. Kahkahkah

After 10km, aku tak rasa pon. Maksudnya biasa aku lari kat bandar, 7km aku dah rasa jauh sangat. Tapi bila "Race" aku rasa kejap je. Eh, dah 10km dah?
After 12km, route nampak boring. Mau taknya, kau lari betul2 tengah2 highway. Memang takde apa-apa. Pandangan kau pula nampak infiniti je. Takde apa-apa yang menarik untuk kau kejar.

Ohhh ini la yang diaorang cakap mental, mental, mental tu. Mental sebab 12km kau rasa dah nak give up sebab stuktur jalan dia yang kosong macam tu je. Cuma nampak orang lari-lari patah balik.

Aku rilek, kebetulan aku ada bawak garam gantian yg bentuk pil tu. Aku berhenti jap kat water station dan selak sebiji walhal aku tak tahu sangat pon fungsinya. Then aku teruskan larian,

kawan kawan aku yang pada awal larian tadi menderu2 kat depan masing2 dah jalan. Aku masih boleh lari, aku teruskan je sebab aku yakin kejap lagi diaorang mesti akan memotong aku. Dan now aku berada di km ke 16. Ada lagi 5 km.

Ini paling struggle buat aku. Gigi aku dah mula sakit. Sakit sebab gigi aku berlubang dan kalau panas sangat aku memang akan sakit gigi. So basically, bila badan kau dah lari lebih 15km, confirm panas badan kau ni lain macam. So gigi aku start sakit dan aku rasa memang tak dapat habis kan. Aku cuba slow walk lebih kurang pace 10".

Aku teruskan sampai KM  ke 17 dan now aku punya kepala pula pening. Haih macam-macam hal.

Aku kena habiskan, aku dah lari sejauh ni. Takkan aku nak give up. Aku cuba buktikan orang gemuk macam aku ada kesedaran dan mampu habiskan half marathon.a Aku tak fikir panjang, aku capai earphone dan aku mainkan lagu dari band Fall of Efrafa -From el ahrairah to cry. Then aku lupakan sakit pening aku dan aku kena teruskan larian. Aku kena!

Akhirnya, aku berada di KM ke 20. Perasaan aku tak happy sangat. Aku tak tahu kenapa tapi aku serius menangis. Nasib baik takde orang sekeliling aku. Aku menangis sebab aku rasa sedih. Kenapa 30 tahun ni aku baru sedar yang aku mampu berlari. Kenapa aku tak buktikan dari zaman aku sekolah lagi yang aku mampu.

1st place jatuh kepada pakcik chinese ni. Aku anggar umur dia lewat 40an. Tapi dia lari 21km 1jam lebih je brader. 


Pengalaman mengajar kau pelbagai erti kehidupan, bergantung pada engkau bagaimana nak mencari dan menilai sendiri.

Aku tamatkan 21.2km dengan masa 2.56minit. Aku tak rasa gembira mana pon. Aku cuma rasa bersyukur sebab Allah izinkan aku berlari dan tamat seperti kehendakNya. Alhamdulillah syukur.

Permulaan 2017 aku nampak baik. Aku harap ia akan kekal baik seterusnya.

Tukang bagi semangat kat i setiap hari. Yom dahi sini. wuwuwuuwuww

Friday, December 30, 2016

Penutup azam 2016

Darjah 6, aku pakai seluar bapa aku saiz 36. Aku jadi pengawas sebab badan aku lagi besar dari budak-budak lain.

Tingkatan 5, aku kena pakai seluar Dockers untuk dijadikan seluar sekolah. Style memang style, tapi sebab tak ramai budak 17 tahun pakai seluar saiz 42 masa tu. Jadi kedai jual baju sekolah jarang ambil saiz tu.
Lepas sekolah, aku punya saiz pinggang maintain 40-42. Ada sekejap tu 38. Tu zaman kejatuhan kerja kat Angsana gaji RM680 sebulan. Kurus sikit sebab ikat perut kot. Then sambung 40-42 sampailah umur aku 28 tahun.
Muka macam cekodok. Seluar boot cut low rise senak adik abang.
Ni aku pada tahun 2007. Berat time ni maybe dalam 100kg, pinggang size 38 sebab ikat perut. Kah kah kah
Aku dah biasa jadi gemuk. Aku tak hairan pun.
Being fat is cool. Di mana kau selalu dibelanja makan oleh kawan-kawan kerana kawan-kawan suka tengok kesungguhan kau menikmati makan.
“Cab, jom makan. Aku belanja. Aku selera tengok kau makan.”
Ayat ni, aku tak pernah tolak. Aku akan tulis “ON!” Huruf besar berserta tanda seruan.
Being fat is cool dimana bila seseorang itu sedih, kau boleh buat jenaka yang orang boleh terhibur dengan mudah.
Being fat is cool sebab aku rasa aku lebih ‘chick magnet’ dari kawan-kawan aku yang badan sedap dan ada rupa. Ya, chick magnet bukanlah bermaksud aku ramai girlfriend, atau ramai perempuan tergilakan aku.
Maksud aku, aku lebih ramai kawan perempuan. Kawan lelaki mungkin 40% manakala kawan perempuan 60% termasuk 15% makcik-makcik. Mungkin sebab dia rasa aku mudah bergaul atau sebab aku tak macam lelaki lain. Aku gemuk.
Being fat is cool bila mana dalam banyak-banyak kawan, kau selalu diingati sebab fizikal kau yang lebih ‘nampak’ dari orang lain.
Tapi jadilah gemuk yang berkualiti, disukai orang, dan tidak menyakiti hati masyarakat. Jagalah kebersihan, bergayalah sikit, tampil kemas, wangi dan jangan sesekali jadi pemalas. Kalau jadi gemuk tapi pemalas, toksah la jadi gemuk. Jadi je bison.
TAPI, Being fat is not cool when you realise that you’re not healty as others.
SAKIT BELAKANG antara sebab utama aku rasa aku perlu bersenam untuk menurunkan berat badan. Sakit belakang yang aku alami sejak 5 tahun lepas cukup buat aku bosan.
Sampai satu tahap, aku nak keluar dari kereta pun aku terpaksa mengesot supaya tak terasa sangat sakit membongkok. Aku cuba tidur terlentang. Mengiring. Tapi tetap akan datang semula sakit belakang yang tak tahu punca ni.
Aku puas tanya doktor adakah aku ada masalah slip disc tapi doktor hanya kata, “Diet, bersenam, turunkan berat. Tulang belakang pun hari-hari angkut beban boleh rosak tau.”
Sakit kepala aku. Aku shoot wedding for almost 8 years. From day first, aku sedar yang aku tak boleh jadi photographer lebih dari 9 jam. Sebab aku akan mula rasa pening kepala.
Kemungkinan oksigen dalam badan aku tak stabil atau apa. Aku tak pasti yang tu. Beg kamera aku sentiasa ada ubat tahan sakit dan panadol. Yup, antibodi aku lemah. Aku cepat pening kalau buat kerja yang mengambil masa yang lama.
Incontinence Faeces. Bahasa Melayu dia ialah berak tak lawas. Pada mulanya aku rasa normal, jadi lama-kelamaan aku jadi tak puas buang air besar. Aku buang air besar setiap pagi. Dan aku rasa masih belum kosong perut ni sehinggalah aku ambil masa yang lama dalam tandas.
Benda ni aku baru sedar awal tahun lepas. Dan aku ambil remeh sebab itu perangai aku dari kecil. Aku tak suka ambil tahu bab kesihatan.
Aku mula bersenam sebab aku semak kandungan gula aku agak tinggi. Tekanan darah pun sama. Aku dah lama tak berpeluh yang real. Peluh yang dahsyat maksud aku. Peluh yang kau kerah dan bukannya berpeluh sebab panas.
Aku cuba badminton dalam bulan Nov 2015. Tiap Selasa dan Khamis memang cari aku kat court. Ramai nasihat aku badminton ni sukan bahaya. Lagi-lagi untuk orang yang berbadan besar macam aku. Tapi aku degil sebab badminton la satu-satunya sukan yang aku boleh (pandai sikit) main selain dari sukan catur yang lansung tak berpeluh. Dan awal 2016 aku tercedera. Kaki terpusing sebab salah step dan getah kasut dah haus. OK, aku trauma! Sakit sangat.
Kemudian aku berhenti bersukan selama 2 bulan. Tak ada langsung sukan dan aku sedang berada dalam keadaan yang begitu selesa ataupun engkorang boleh panggil ‘comfort zone’.
Perasaan ni aku dah rasa sejak aku kecil. Dan aku mula risau kalau aku kembali seronok dengan comfort zone ni dan terus tak ingat pasal kesihatan.
Faisal, budak rumah aku. Hari-hari berlari. Aku tertarik dengan cara dia yang senyap-senyap tapi he make something interesting. Lari. Satu hari Faisal ajak aku lari. Mijer pun ajak aku lari. Dan kawan-kawan lain macam Po, Mahdy, Alia dan lain lain. Dan aku cuba untuk lari.
So gay. 
- Ini faisal, budak rumah aku. Dia pon asalnya 90kg tapi now dah 70 kot.
bawah ni gambar before

Kiri sekali faisal, dan sebelah tu aku.Masing-masing menggemok sampai hilang leher.
Tak pernah terfikir dalam hidup aku, aku mampu lari. Malahan masa sukan sekolah pun 100 meter aku dan mencungap nafas bunyi anjing. Tapi larian pertama aku adalah 10km. Dan balik dari 10km aku rasa kaki aku tertinggal katCrown Danga Bay.
Then, I keep running. Kena ingat. Lari tak boleh buat kau jadi kurus. Dia boleh bantu kau jadi sihat.
Jadi kalau nak hilangkan berat bada, sifir dia macam ni:
70% diet dari permakanan.
30% dari senaman.
Jadinya, jaga pemakanan paling penting.
No lost weight for 1 month. Aku dah mula rasa give up. Jadi betullah orang kata, kalau kau dah gemuk dari kecil, kau takkan boleh kurus sampai bila-bila.
Nope, its wrong. Sebenarnya dalam apa juga benda kau cuba nak buat, kau kena belajar. Yes aku belajar untuk hidup sihat. Pada aku, sihat juga punk. Dan punk itu sihat.
Aku baca mana-mana info kesihatan. Aku elak makanan yang berkalori tinggi. Aku cuba ikut calorie consumption per day aku. Kau boleh Google calorie calculator untuk kau tahu berapa jumlah kalori dalam sehari yang kau patut makan.
Mudah je sebenarnya cuma nak belajar benda yang kau tak pernah ambil tahu tu yang jadi susah. Jadi kenapa aku tak fikir dari dulu. Dan 30 sen baru nak sibuk-sibuk belajar. Kah kah kah!
Raya, 2015 - Rumah Jibam

Konsep penurunan berat PADA PENDAPAT aku, kau cuma perlu elak gula dan kawal kalori seharian kau.
Kenapa gula? Aku tak ada jawapan saintifik dan lengkap. Kau boleh baca kat Google secara terperinci. Aku penat taip ni.
Aku kurangkan pengambilan gula seharian. Aku lebihkan air masak. Aku apa yang dicadangkan kat internet yang manusia perlu 3L air masak setiap hari. Aku ambil 3-4L. Then, EAT CLEAN.
Bahagian ni paling susah. Tapi bahagian ini yang paling nampak impaknya.
Di hari biasa aku cuma makan lauk sahaja. Dan aku memilih. Benda bergoreng aku cuba elak. Tapi kedai makan kat Malaysia ni, jarang tak ada goreng-goreng ni. Jadi kalau aku ingat aku elak. Kalau aku tak tahan aku bedal la sikit buat jamah-jamah.
Aku turun 10kg dalam masa 2 bulan. Aku macam nak sujud syukur. Dari berat aku 128kg, kini berat aku 118kg.
Kemudian aku cuba elak nasi walaupun nasi tak salah. Cuma dia ada kandungan gula. Yup. Langsung tak salah kau makan nasi sebab nenek moyang kita sihat walafiat makan nasi.
Cuma aku kalah kalau makan nasi sebab bila aku makan nasi, aku akan berselera macam bela saka. Jadi aku berhenti terus. Mula-mula memang mengigil, tapi sekarang dah setahun aku elak nasi. Alhamdulillah aku rasa biasa je.
Aku tukar gula kepada stevia. Dan aku elak minum air tin. Aku makan lebih clean, aku makan dada ayam dan sayur pada setiap hari bekerja. Di hujung minggu aku makan chicken chop dan pasta. Aku tak timbang berat selama sebulan. Dan tak lama lepas tu bulan puasa.
Aku hanya berbuka kurma dan kuih. Sebab aku tak nak perut aku sarat. Sebab lepas berbuka aku kena lari 6km-8km setiap Isnin, Selasa dan Khamis.
Larat ke tak ada tenaga? Boleh ke bersukan bulan puasa? Aku pun hairan. Mungkin fadhilat kau berpuasa kot. Walaupun aku tak makan aku masih ada tenaga untuk berlari. Dan aku jarang bangun sahur.
Lepas lari baru aku makan. Dan aku baru tahu, metabolisma aku tengah lari, dan jika aku makan, dan makanan tu akan terus dibakar. Mungkin tak 100% tapi badan aku bakar cepat.
Lepas raya aku timbang dan aku rasa macam nak cium pipi semua orang. Berat aku dah jadi 98kg.
Daripada 118kg ke 98kg pada aku banyak. Sangat banyak. 20kg weh.
Aku teruskan berlari. Aku tak makan nasi. Aku cuba dan terus cuba untuk eat clean. Dan aku telah pun bebas daripada masalah sakit belakang, sakit kepala mahupun Incontinence Faeces. Aku rasa lebih bersemangat dan ceria.
Sekarang berat aku dah 90kg. Daripada pinggang saiz 42 – 35, baju XL ke L. L tu pun sebab aku memang jenis bidang besar pasal darah timur tengah yang mengalir dalam darah aku.
Aku hilang 30kg dalam setahun (anggaran tepat adalah 7 bulan). Berat ideal yang sepatutnya adalah 80kg. Another 10kg to remove! Big thanks to my wife  yang terpaksa bangun pagi sejak kami berkahwin untuk menyediakan makanan “sihat” untuk bekal makan tengahari aku.
Wedding akak aku, February 2016

Tak lupa ‘Team Lari’ hari selasa, ‘Team Treximo’ yang ramah dan selalu tunggu aku sebab aku lari lambat.
Ya, tak banyak mana penurunan berat kalau nak dibandingkan dengan team Kevin Zahri. Tapi aku masih rasa tersangat bersyukur sebab aku tak pernah pakai seluar saiz 34 sejak daripada sekolah menengah.
Dan sekarang aku dah boleh sarung dengan selesa. Aku tak pernah target apa-apa kecuali kesihatan aku semakin baik. Itu sahaja.
Ya, mungkin aku belum layak untuk beri testimoni tips pengurusan badan sebab aku masih belum capai berat badan ideal. Tapi sekurang-kurangkan aku berjaya buat diri aku selesa sikit dan beransur sihat macam orang lain.
Aku kongsikan apa yang aku dah buat sebab dah lebih 5 orang tanya. Dan sebenarnya inilah salah satu azam 2016 aku yang aku rasa aku dah berjaya capai. Ya, memiliki berat 90KG adalah azam 2016 aku.
Syukur Alhamdulillah.
Ya its me 2017. Part peha tu memang ada kecik sikit. Pinggang pon sama. Tang perut kena workout lebih lagi.

Kalau kau nak cuba turunkan berat dan cuba untuk jadi lebih sihat, jom ikut aku setiap Selasa kat Nongchik Riverside. Jangan risau, aku tak pernah tinggalkan sesiapa yang lari lebih lambat dari aku.
Malah aku akan sedaya upaya beri kau semangat sebab aku tak nak kau jadi orang yang tak jaga tubuh badan yang tuhan beri macam aku.

Friday, April 15, 2016

Love bite



Sambil i memandu sebelah tangan,
dan sebelah lagi memegang peha makwe i.
gua tenung geram peha gebu makwe i.
makwe i nampak asyik dan pejam mata.
kami kemalangan.

Thursday, April 14, 2016

Real

Oh ya,

Aku sudah 2 minggu tak makan nasi (Real punya!)
Aku sudah 2 bulan comsume 4 sudu gula sehari
Aku dah 4 bulan main badminton setiap Isnin dan khamis.

berat aku Disember 2015 = 116KG
berat sekarang April 2016 = 108KG


Alhamdulillah turun 8KG

real woi real!

Rezeki

Aku kerap bizi sejak dua menjak ni. Aku tengah setting best punya satu kampeni UAV dan Fotografi.
Aku harap kampeni ni akan maju selaras dengan globalisasi.

Cilantro Global SDN BHD bunyik dia mmg macam kampeni besar ala ala Berjaya Holdings, tetapi hanyalah sebuah kampeni yang beru dibina menggunakan ayat SDN BHD sebagai satu nama yang aku fikir boleh dijadikan sebab kenapa kerajaan harus yakin ambil bisness dengan aku. kah kah kah.
Sebenarnya takde beza banyak pon SDN BHD dengan ENTERPRISE sebab Rezeki tu kan milik tuhan?

Kampeni baru aku ni bertapak di BBU, belakang Mydin dan Osman restoran. Ya.. macam tak percaya, 5 tahun lepas aku berpeleseran kat sini dengan budak budak Uda Thrasher, tapi tahun ni aku dan kawan aku berjaya built satu kampeni dan sewa office kat situ di aras dua, banggunan atas yang yang. Alhamdulillah. Sekali lagi aku cakap, rezeki tu kan milik tuhan? Kalau dia nak bagi tu anytime dia kasi. Engko jangan sombong taknak doa je!

Pada awalnya aku dengan Sodik (partner aku) makan kt warong pak itam dan mak wa. Sambil sambil makan tu kiteorang jenguk kedai baru berhadpaan dengan restoran tu.

"Lawo kedai depan ni Sodik"
"Haah. style eh kalau kita bikin office . kedai kaler kuning tu pehhh" - sambil tunjuk tangan
"Berapa agak2 sewa eh.."
"entah, cuba engko call"

sambil sambil makan tu, nafsu membuak2 nak tahu berapa agaknya sewa kedai kat area BBU yang serba mahal harga rumahnya ni eh.

"Bro, sebulan cuma RM1xxxx je.. Kebas juga nak bayar" aku cakap
"boleh tu kalau kita share partner"

Aku berdua diam. diam sambil makan nasik sama asam pedas kepala ikan pak itam. Masing2 tengah fikir panjang. sehinggalah kami berbuat keputusan untuk LETS DO IT walaupun knowledge tentang office ni semua zero. Benefitnya sebenarnya banyak cuma ianya ada bila kita fikirkan.

Then terusla aku sama sodik mengatur strategi dan perancangan untuk membina satu ruang sendiri di BBU. Aku teruskan job foto dan sodik teruskan job UAV nya.

Sehinggalah terbentuk Cilantro Global SDN BHD.

Aku merahsiakan perkara ini dari segelintir kawan kawan aku. Bukan sebab aku sombong xnak bagitau orang. Tapi bagi aku benda ni macam skuad terjah. Jatuh bangunnya aku masih x nampak. Dan benda belum siap 100%. Aku malu nak bagitau orang sebab kengkawan aku cukup kenal siapa aku. Aku selalu bebual macam best tapi hasilnya tak best mana. Jadi aku cuba ubah mentaliti itu kepada aku buat sampai best, sampai orang tak tahu best tu tahap mana.

So semasa aku menaip ni, aku sedar takde orang guna blogspot dalam hidupan seharian dia. Jadi tak heran pon kalau aku menulis tentang kampeni rahsia aku ni sebab takde orang baca pon. Kah kah kah

Ini adalah logo asal. Memamg tak lawa pon, Tapi aku tengah dalam nak buat logo baru yang lebih menarik dan efisyen walawehhh

Social Media freak

Hidup dalam zaman laman social ni engko kena pandai mainkan peranan ikut tempat.
Contohnya bila kat facebook, engko kena berperwatakan baik, bercakap sopan dan mengiyakan je apa orang cakap. Di twitter pulak engko boleh terkinja2 macam anjing, maki orang tak tentu fasal dan lepaskan geram dekat followers.

Aku hairan segelintir pengguna media social yang terlalu obses ni. Sebenarnya kat mana pon kita, eloknya kita jadi diri kita sendiri. Apa lancau nak kena ikut telunjuk orang lain ye dak?
Dan aku hairan juga kat facebook, penggunanya terlalu sempit akal dan buntu pemikiran sampaikan segala apa yang orang cakap dia nak percaya bulat2.

Gampang.

Wani, 23 tahun. Tweetfamous.
Dia membabikan seorang kawan dia yang berbangsa cina secara gurau kasar. Kawan dia ketawa dan mereka berdua happy dapat bergurau sesama sendiri.

Pap!! Paparazzi facebook jumpa, print skrin. Dan sebarkan kat facebook dengan caption. "Tengok orang melayu ni rasis, dia mengatakan Babi adalah Cina. Effectnya. Semua comment kat facebook akan jadi seperti "bodoh punya orang, tak guna melayu rasis, ahh cina mmg makan babi apa nak heran" dan beberap lagi komen bergambar yang acah cool.

Lancau.

Engko boleh je jadikan media social tu permainan. Tapi engko sibuk nak jadikan ia sebahagian dari hidup engko. Engko sama media social engko boleh pergi mati.


Thursday, February 25, 2016

Eh lupa update blog untuk 2016

Hello 2016!

1.  Diet sihat, fuck malas
2. Badminton every week
3. Cardio 3 times per week
4. Full time lover

Tuesday, October 27, 2015

#husnuzon

Aku baru cuba-cuba sembahyang 5 waktu setelah aku rasa dah lama sangat Tuhan "bagi muka" kat aku tapi aku tak pernah beri ruang untukNya. 
Baru sebulan. Dan perubahan yang aku rasakan sangat berbeza dengan hari2 aku yg sebelumnya.
Antaranya : 
  • Berlapang dada - Selesa, macam takde masalah. Kalau ada pon, rasa simple je nak settlekan.
  • Secure - Rasa macam secure nak kemana-mana tapi, make sure solat lah.
  • Perjalanan hari tu lebih bermakna - Aku lepak, tapi aku solat bila masuk waktu, kadang-kadang lambat juga. Lepas solat kembali lepak, Aku rasa setiap yang aku borak tu mendatangkan manfaat je
  • Kurang marah - Itu ketara. 
  • Berfikiran positif - Aku perasan kadang-kadang banyak sangat benda negatif yang aku fikir kini aku dapat neutralkan dan selalu berfikiran positif
  • Bersemangat - Bersemangat utk aku mulakan hari. Mencurahkan idea dan sebagainya.
  • Rezeki murah - Bab ni, dari dulu Allah bagi kat aku tapi aku tak perasan. Kengkawan juga cakap benda yang sama. hmmm
  • Sentiasa cukup masa - Kalau dulu, aku rasa selalu takde masa, tak cukup masa, lokek dengan masa. Tapi, sekarang aku rasa sangat lapang untuk lakukan apa je. yang penting jangan delay.
  • Tidur yang nyenyak - Biasanya aku isyak lambat, kadang-kadang je ikut waktu. Dan bila aku solat sebelum tidur, aku rasa tidur aku lebih lena dan mudah. Cuma susah bangun tu sebab kemalasan diri sendiri
  • Tempat mengadu - Kalau kau marah, kau mengadu dengan Allah. Kau mengadu je apa-apa sekalipun. Lepas kau adukan semua tu, kau akan rasa lega. Dan InsyaAllah akan ada jalan penyelesaiannya.
Haritu, aku cuba baca yassin. Alhamdulillah aku masih boleh mengeja bahasa jawi walaupun terkial-kial. Aku sebak sebab sepanjang Yassin tu ada kat rumah aku, ini baru pertama kali aku cuit dan baca.Banyak benor habuknya!

Aku bukan bercerita untuk beritahu semua orang bahawa aku mula ingat tuhan, Aku bercerita sebab mungkin aku dapat kesedaran untuk aku beritahu apa yg aku rasa sebab aku dah mula rasa berdosa. Kau nak kata aku poyo pon lantaklah, sebab dulu-dulu aku pon cakap orang lain poyo tapi aku tak pernah cuba. Sekarang aku cuba dan insyaAllah aku akan teruskan sampai bila-bila. 

Sunday, July 26, 2015

Kawan

Dalam setahun berapa ramaikah kawan baru yang engko kenal dan nisbahkan dengan berapa ramai kawan lama yang telah pergi dari hidup engko.

Kawan baru aku lebih 20 orang. Kawan lama aku ada dalam 5 orang. 5 orang kawan lama telahpun maju kehadapan. 20 orang kawan baru masih samar. Dan engko dalam ketegori samar.

Dimana engko bila 20 orang kawan baru kau meninggalkan engko dan maju? Adalah engko masih dengan 20 atau 30 lagi kawan baru yang samar?


Saturday, July 25, 2015

REGIME DIET 100 DAYS NO NASI!

REGIME DIET 100 DAYS NO NASI!
bibah bagitahu aku benda ini.. Aku macam berminat.
Kebetulan ada satu makwe comel baru kenal tempoh hari. Mungkin ini pembakar semangat. KAH KAH KAH aku gurau.

Sunday, July 12, 2015

Makanan Bukan Periuk Api

Untuk mengelakkan kekeliruan atau tanda tanya kepada engkorang. Aku tulis entry ni. Sebab aku nak engkorang faham apa itu MBPA atau MAKANAN BUKAN PERIUK API. Harapan aku dengan adanya entry ni fikiran engko lebih terbuka dari terpelosok kat tepi cuping telinga

MBPA bermaksud Makanan bukan periuk api. Terdiri daripada mereka-mereka yang sependapat dengan aku bahwa kita semua harus berkongsi kesamarataan dan sedikit rezeki Allah untuk diagihkan kepada meraka yang memerlukan.

Bagi makan je? Kalau macamtu makin ramai la orang akan jadi peminta sedekah, gelandangan. Sebab orang-orang macam kau akan tolong
-Ya. Mungkin itu pendapat engko. Tapi pendapat aku berbeza. Dan suka aku terangkan, kita bukan just BAGI makan. Kita juga bagi pakaian dan alat kelengkapan diri (Homeless kit). Dan apalah yang salahnya kita beri diaorang makan. Bukan setiap hari pun. Sebulan sekali. Jadi dengan sebulan sekali punya makanan free jadi sebab kukuh kenapa diaorang perlu terus jadi gelandangan? Dan, kitaorang tak pernah bagi duit. Kiteorang offer pendidikan percuma. Juga bercakap dengannya dan cuba berkawan dengan golongan-golongan ini agar mereka tahu masih ada orang yang tidak mengasingkan diaorang macam apa yang engko anggap.

Ada dapat fund dari mana-mana pihak, sponsor anything?
-Kami melakukan aktiviti ini secara KOLEKTIF. Dimana kitaorang keluarkan flyers kepada meraka yang nak bersedekah (dalam bentuk makanan, pakaian dan sebagainya yang bukannya wang) dan Alhamdulillah rezeki Allah tu luas, Ramai yang menghulurkan bantuan. Dan kami juga donate antara kami juga untuk menyediakan Makanan kepada mereka.

Kau buat sebab apa? Sebab suka2? sebab nama? atau sebab PUNK?
- Kami buat semua ni atas dasar HUMANITY. tiada perbezaan agama, tiada perbezaan darjat dan tiada perbezaan kaum dan tiada lansung kaitan dengan PUNK. Ada antara kami pun berbackground berbeza dan apa yang kami cuba sampaikan adalah persefahaman, kemanusiaan sejagat.

Siapa pengerusi MBPA? Penolong pengerusi? Bendahari?
- TIADA. Tiada sesiapa pengerusi, bendahari etc. Semua di KOLEKTIF SARATA adalah SAMA. Kamu juga boleh jalankan aktiviti seperti kami. Tak perlu register atau apa2. Ini misi kemanusian, Bukan apply nak join parti politik

Selain daripada beri makan tu semua, apa lagi yang korang buat?
- Kami ada buat tuisyen percuma di tempat tempat yang telah ditetapkan. Tarikh dan masa kami juga tak fixed. Sesiapa sahaja boleh turut serta. Selain tu, kami juga ada buat diskusi untuk mengajak gelandangan ni jadi seperti orang lain. Bekerja, berkeluarga dan hidup sempurna seperti kita. Buang la mentaliti bagi makan , bagi makan, bagi makan. Kalau nak tahu lebih lanjut, marilah turut serta. Jangan asik nak kondem apa je orang buat baik atau buruk.

Engkorang buat ni fulltime ke?
- Tak, kami bekerja. Masing-masing bekerja. Sebab itu masa utk event MBPA ni berubah-ubah. Kitoerang kena make sure antara kitaorang semua free that day utk kita buat program ni.Sebab itu kadangkala kita buat pada hari biasa dan bukannya sabtu atau ahad.

Masih ragu? Call aku +60177844790 atau datang sendiri ke event kami MBPA lebih baik. At least engko tahu apa yang kami buat dan bukannya sekadar dengar dari mulut orang atau kaji sendiri dan kemudian beranggapan benda negatif semata. Bukalah minda. Salam Ramadahan dan Aidilfitri.




Tuesday, June 23, 2015

Gift

Pernah malu dengan Tuhan? (Allah)

Aku pernah. Macamni.
Aku selalu berdoa, mintah tuhan macam-macam. Mintak hidup selesa, Minta job, Minta rezeki dipermudahkan. Mintak kamera, Minta makwe. Macam-macam aku minta.

Percaya tak, Tuhan bagi aku lebih dari itu.

Tuhan bagi aku duit, sampaikan aku rasa tak perlu jadi kaya kalau berterusan macamni. Cukup sekadar aku ada duit untuk aku penuhi hidup aku. Tuhan bagi. Dia bagi banyak. Dia bagi banyak sampai aku lupa nak sharekan sikit pada orang tua aku.

Aku dahulu down, Makwe pon takde. Macamana nak ada makwe kalau rupa dan perangai tak elok mana. Tuhan bagi aku. Lebih dari itu. Sampaikan aku boleh kira dengan jari berapa ramai makwe yang jadi makwe aku. Aku lupa tu semua. Aku berbuat dosa besar. Aku tak pernah cuba untuk menerima. Tapi aku jadi seorang pemilih.

Tuhan bagi aku keselesaan, Aku beli macam-macam benda yang aku suka. Vinyl, TV, kelengkapan rumah sampaikan dalam tempoh sekejap aku punya bilik sarat dengan barang. Sampaikan aku lupa kat mana tikar sejadah. Dan aku tak pernah tahu kat mana arah kiblat.

Aku malu betul dengan tuhan. Malu. Aku doa, Dia bagi aku macam-macam. Tapi ...
Satu hari aku nak solat pon aku takde masa, Aku sering lupa. Aku selalu abaikan. Tetapi, lembutnya hati tuhan aku, walaupun hambanya selalu lupakan dia, Dia tetap ingat dan dengar doa hambanya.
Sampai bila nak jadi macamni. Atau nak tunggu Allah tarik semua nikmat baru aku sedar diri?

Aku minta maaf tuhan. Aku mintak ampun dan maaf :(

Doa

Tahun ni tahun muhasabah diri. Cuba berpuasa penuh. Cuba untuk solat cukup (Masih belum), Cuba untuk memandang dalam sudut jauh.

Doakan aku 3 perkara boleh?
1. Lot kedai kosong di Pekan Rabu
2. Project bulan puasa berjalan lancar
3. Beri Mak duit belanja tanpa henti.

Insyallah lepas kau doakan ni hidup aku tambah tenang.
Muah ciked.

cabi

Thursday, February 19, 2015

Wanita. semoga semua baik-baik sahaja.

Kalau kengkawan engko kata "Si Perempuan tu dah bercerai dengan si Lelaki ni. Si Lelaki ni ada betine lain..."
so engko akan jawap "Kesiannya si Perempuan tu.. Jahatnya si lelaki ni"
Padahal engko tak tahu lagi pucuk pangkal kenapa penceraian itu berlaku. Dan sikit pun engko tak terlintas nak fikir kenapa sampai Lelaki ni bercerai kerana seorang Perempuan yang lain.

Kalau engko terus berfikiran begitu. Minda Melayu kau kuat. Sangat kuat.
Semangat dan panji-panji melayu kau utuh.
Dan kau seorang yang akan berasa bangga bila membaca buku sejarah Hang Tuah dan kempimpinan sistem pentabiran Melaka. Ya itu kau.

Aku bercakapa wakil lelaki. Tolong buka minda dulu sebelum membaca.

Pernahkan engko terfikir apa yang seorang Lelaki fikir tentang kriteria seorang perempuan?
Pertama. Perempuan = Kebersihan, Wangi, Rajin, Pegemas dan Peka.
Dan bila salah satu perkara diatas tiada pada seseorang Perempuan itu. Lelaki sebenarnya tak kisah. TAK KISAH. Sebab tak semua lelaki berfikir mereka akan dapat satu pakej wanita yang lengkap. Tak ada sayang. Tak ada.
Tapi bila dua kriteria diatas tiada pada seseorang wanita. Lelaki agak goyah. Andai kata SEMUA kriteria diatas tak ada pada seorang perempuan. Lelaki takkan terus beredar. Dia akan cuba ubah. Cuba cuba cuba sampai la berubah. Kriteria itu KHAS utk seorang wanita bagi memikat daya tarikannya kepada seorang Lelaki. Jika semua itu tiada. Apa guna jadi wanita?
MAAF kalau bahasa aku kasar. Kita dah lama sangat berbahasa lembuat sampai orang tak faham atau was-was. Bahasa kasar lebih telus yang sebenarnya.

Kedua. Sangsi. Kesangsian seorang wanita sebenarya penyebab kebosanan seorang lelaki.
Mungkin kau pernah dengar ini "Perempuan, memang itu sifatnya. Sentiasa sangsi dan berjaga2". Tapi tahukah engko bahawa maksud SANGSI dengan TIDAK PERCAYA itu berbeza? Kita fikir satu benda ringkas. Kau percaya utk hidup bersama. Tapi untuk apa engko percaya utk hidup bersama orang yang engko TIDAK PERCAYA?

ketiga.  Menjadi lebih baik. Pelontar semangat untuk berjaya.
Tahukah anda Wanita merupakan satu pelontar semangat untuk kaum Lelaki? Tanpa anda, mungkin seseorang lelaki itu akan terus jatuh atau tidak berubah apa-apa. Apa perlu anda buat selain daripada lelaki yang perlu sentiasa memuji anda cantik setiap hari utk buat anda bahagia?
Kata-kata semangat dan Doa. Ini satu benda penting utk Lelaki anda. Berdoa lebih baik. Bukannya setiap sangkaan buruk. Sampai bila anda hendak hidup dibawah takuk SANGKAAN BURUK?

Dan kenapa Lelaki mencari seorang yang lain dalam hidupnya yang dah mencapai jinjang pelamin?
Sebab lelaki gatal? Sebab lelaki kuat seks? Sebab lelaki suka bertukar-tukar buah dada.
Tidak sayang. Tidak. Tidak semua Lelaki sama seperti rancangan TV. Lelaki punya perasaan. Lelaki punya hati. Lelaki punya sayang. Bertahun bercinta dengan anda sehingga ke jinjang pelamin. Pembohong jika dia melupakan semua itu hanya kerana seorang wanita asing?PEMBOHONG.

Lelaki perlukan seorang yang bukan sahaja boleh MENCINTAInya. Tetapi yang boleh membahagiakan hidupnya. Cinta tak bermaksud Bahagia. Cinta tu tak bermaksud bila kau cinta mati kat dia hidup dia akan bersinar-sinar. TIDAK. Cinta tu adalah teknik pertama untuk melangkah kepada Bahagia dan Bahagia itu akan datang sendiri jika engko sama-sama mencarinya. Jangan sangka anda cuma perlua ada sayang. Adakalanya sayang itu cuma satu corak penunjuk kasih tapi tak ada nilai jika tidak disulam dengan sesuatu yang mendatangkan manfaat. Apa erti cinta tanpa Agama? Apa erti cinta tanpa Memahami? Apa erti cinta tanpa kerelaan hati dan keihlasan engko menerima?

_________________________

Si Lelaki ada kekasih hati dalam tempoh dia berumahtangga. Si Lelaki lafaz cerai kepada si Isteri.
Kawan kepada isteri semuanya menyalahkan si Lelaki. Kerana disini nampak betul kekejaman si Lelaki.

Si Lelaki dapat tahu berita tu. Apa yang si Lelaki tu buat adalah pergi Masjid dan berdoa. Berdoa agar dipermudahkan jalan hidupnya. Apa yang si Isteri buat? Bercerita kepada teman dan kawan-kawannya perihal si lelaki. Apa yang teman dan kawan-kawannya kata? Si Lelaki memang tak guna! Tak guna! Tak guna!

Si Lelaki seorang yang humble dan perahsia. Si Lelaki seorang pendiam dan tak suka bercerita.
Si Lelaki segerakan pernikahan bersama Kekasih barunya.

Bekas isterinya seorang yang Pemalas, Kurang ajar, Tak berterima kasih dan sensitiasa mencari kesalahan yang dia sendiri tak tahu benar atau tidak. Dan ini berlaku setelah lebih 10 tahun mereka kenal dan 2 tahun mereka berumahtangga. Apa yang dia dapat setelah 2 tahun berumahtangga? Cuma dosa pertengkaran sahaja. Kenapa Lelaki ini mempunyai kekasih baru? Kerana kekasihnya seorang pemujuk. Kekasihnya seorang yang sentiasa memberi jalan positif terhadapnya. Dan kekasihnya seorang yang berkeras untuk TIDAK menerima cadangannya untuk penceraian terhadap isteri pertamanya.

Dan sehingga kini, orang yang kenal sahaja tahu jalan ceritanya. Dan dia tetap mengambil tahu dan tidak senang-senang melupakan isteri pertamanya. Dan dia cuma berharap isteri pertamanya sedar atas usaha dan lelah bekas suaminya untuk menjadikannya puteri satu-satunya.

.