Wednesday, February 29, 2012

#cerpentwitter.

*DIINGATKAN:
cerita ini rekaan, diulangi REKAAN. jangan 100% percaya. dah nama pon cerpen. kalau nak tulis benda bEtul, lebih baik tulis dalam Novel. paham.





gua buka pintu.
tiada siapa diruang tamu.
gua letak selipar di rak tepi pintu.

aiman meluru keluar.
keluar dari bilik gua.
muka cemas.
mata tak tengok gua pun.
dia bercakap bahasa yang kurang gua faham.
mungkin sebab dia bercakap terlalu pantas dan gelabah.

gua buka pintu bilik gua.
shasha baru lepas sarung seluar.
shasha sudah biasa dengan gua.
jadi kami tidak hairan jika salin baju bersama.
shasha masih lagi mencari butang kancing seluarnya.

jantung gua laju. tiba-tiba speedometernya bertambah.

shasha berdengus.
"i mengantuk lah u"
jantung gua laju.
shasha macam speechless.
gua tak tau mana nak tuju.
gua pura-pura ambil gitar masuk dalam bilik.
nak letak guitar ketepi sliding door, tapi shasha juga mahu ke tempat yang sama.
kami berlaga sikit-sikit.
gua letak gitar dulu, shasha mengalah ketepi.

bilik panas, gua berpeluh.
jantung gua masih laju, jadi peluh 2x ganda lebih cepat memproses.
gua seakan buntu dalam bilik sendiri.

gua duduk depan pc.
telinga gua merah.
jarang telinga gua merah.
melainkan kalau gua betul-betul rasa marah.

shasha keluar bilik.
pada awalnya gua cuma mahu tutup pintu bilik saje.
tetapi terkuat pula.
kadangkala, emosi mempengaruhi juga.

gua hampir lupa apa patut gua buat di rumah.
gua bukak folder lagu.
gua bukak lagu band violator. album first dia.
gua suka album first dia sebab album ni mastering di japan.
sound dia super.
kuat juga gua buka.
masa tu jam 08:00.
seisi rumah mungkin tersadar.
saja gua buka kuat-kuat.
sebab gua mudah alih perhatian dengan benda-benda bising.
gua mohon,bunyi bising kali ini, akan buat marah gua mudah reda.

shasha ketuk pintu.
eh, belum balik lagi dia rupanya.
gua buka pintu.
shasha cari handphone dalam bilik gua.
gua control, buat macam takda apa-apa,
gua sampuk dia "i tak nampak handphone pon, mungkin jatuh bawah katil"
gua paling ke screen samsung Syncmaster 931BW.
monitor pc gua ni dah lama tak lap.
berhabuk semacam.

shasha memeluk gua,
shasha nak memberitahu gua yang dia mahu pulang.
dan ironinya, gua ingin dia lekas pulang.
gua tak mahu sesiapa nampak atau tahu apa yang gua cuba sembunyikan 10minit lalu.
shasha ucap selamat tinggal.
" i balik dulu ya,"
satu ciuman dipipi gua.
50% marah gua reda.
berubah pula hati gua.
kali ini gua harap shasha tak balik segera.
#
#
#
#
#
#
shasha tutup pintu.
gua masih di dalam.
monitor SyncMaster 931bw masih menyala.
mouse masih tidak berhenti bergerak.
tak tau gua sedang cari apa.
sebenarnya gua mencari apa sebab gua perlu rasa marah.
sebenarnya gua nak tahu, mengapa gua perlu rasa curiga.
sebenarnya gua tak faham, apekah jasad gua sengaja buat jantung gua laju ataupun apa.

gua lihat shasha dari tingkap.
shasha buka pintu kereta, gayanya macam tidak ada apa berlaku sahaja.
senang menjadi seperti shasha.
karektor idaman semua manusia yang kekurangan.
shasha reverse kereta, dan terus maju kehadapan sebelah tangan.
sebelah lagi memegang rokok.
puntungnya sudah jatuh, terkena pintu sebelah kanan.


gua duduk.
kat sudut katil.
sudut ni paling banyak buat dosa.
sudut ni yang paling kerap menerima tekanan.
paham-paham saja.

dua tapak tangan gua,
sama besar dengan satu perut wanita.
wanita ramping maksudnya.
gua lekapkan dimuka.
gua rasa suam-suam.
gosok-gosok sikit di muka.
berminyak. waktu2 begini bagusnya ada kertas bedak minyak.

gua tutup mata,
bayangan masih datang.
gua tutup mata,
marah gua meluap.
gua tutup mata.
tak sedar dah berkaca.
gua tutup mata,
harapan gua, esok semuanya gua sudah lupa.

#cerpentwitter.




its cute. super cute.




see. dari kecik u memang gedik. hehe. but then, i hope so u boleh gedik dengan bakal husband u tu nanti. i harap dia akan lebih memahami u. tak macam i. teruk kan?


Tuesday, February 28, 2012

puding cherry

lu tau kan gua punya jaga lu.
kadang2 gua pun tak jaga makwe gua macam gua jaga lu.
sebenarnya gua nak lu berjaya.
gua nak lu jadi manusia.
gua taknak lu sia-siakan hidup lu.
gua taknak lu hanyut.
hidup ni sedap pada awalnya.
lama-lama baru la rasa masin , pahit, tawar, rebeh.



mungkin ini entry perasaan dalam banyak2 entry gua.



sebenarnya gua tak hairan pon apa persepsi orang lain terhadap gua.
yang nyata,
gua hug lu setiap kali gua jumpa lu.
gua cium lu tiap kali gua rasa rindu.
mana pernah gua pedulikan orang sekeliling.
pernah ke gua kisah ape pendapat orang lain?
lu bukan ada kt hati je, lu dah masuk dalam usus dan tulang belakang gua.
apa2 gua akan cari lu.
apa2 gua akan dahulukan lu.
ada masalah, gua akan jumpa lu.
lu mana nampak!

lu nampak apa?
skandal2 lu. yg slama ni janji manis je?
secret2 admire lu. yg konon2 tunggu lu sampai tua?
boifren lu yg sangat tak kisah pasal life lu?
ptuihhh!

kalau satu hari lu tiba2 cacat. lu rasa ada ke orang nak tolakkan kerusi roda untuk lu?
gua nak tengok ada ke tak orang yang lu percaya sangat tu tolong tolak kerusi roda lu.



gua cuma pesan kt lu satu benda tu je.
dan gua hope sangat lu tak buat benda tu sbb gua tak suka.
sebab tu dikira amanah gua pada lu.
lu jaga la amanah tu.
gua mana boleh tengok lu hari2.
gua taknak persepsi lu berubah.
gua taknak lu rasa bersalah.
gua taknak lu marah.

kita bukan kawan. kita bukan makwe pakwe.
kita bukan teman serumah. kita bukan adik beradik pon.
kita dah lebih dari itu..
sakit lu, susah lu, makan lu, minum lu, ubat lu, susu lu, nestum lu, ape kejadah kat diri lu..semua tu gua rasa tanggungjawap gua juga selain mak dan kakak2 lu.

mungkin benda tu gua rasa sorang.
mungkin benda tu antara benda2 rumit untuk difikirkan.
mungkin jugak benda tu tak penting untuk lu tahu.
sebab tu gua tulis dalam blog gua, dan bukannya blog lu.

sakit tau hati gua ni.
sakit tau.

lu buatla apa lu rasa nak buat.
lu bergembira la selagi boleh gembira.
ketawa selagi boleh ketawa.
gua rasa lu dah "dewasa" .
gua pun ada hala tuju yg gua kena kejar.
lu jaga la diri bebaik.
i love u.
bye.

Monday, February 27, 2012

tak tahulah, tapi gua rasa ini mutual friend yg banyak.


gua bukak page mira ajis. tak bermakna gua stalk dia. gua cuma tertarik pada mutual friend account ZM. itu saja.

klik untuk besarkan gambar.

Monday, February 13, 2012

"YOU, BOLEH AMBILKAN I NASIK DENGAN SAYUR ULAM RAJA?"
"NASIK DENGAN SAYUR JE? IKAN TAKNAK?"
"YOU, I TAK MAKAN IKAN LAH...."
"OH YE, I LUPA" *sambil cedokkan sardin keatas pinggan
"YOUUU!!!! GRRRRR"

Thursday, February 9, 2012

METABOLISME


Teruk betol jadual tidur gua ni.
gua dah makin alpa dan lalai dengan tidur.
gua tidur dari jam 9malam hingga 10pagi keesokan harinya.
hancur...

sebenarnya kadar metabolisma badan gua dah semakin merundum.
gua semakin gemuk, kerja semakin bertimbun, duit semakin tak cukup.
ini semua metabolisma punya pasal.

mulai esok.
+gua nak makan carrot
+gua nak buat jadual hidup, bukan jadual kerja
+gua nak main basketball join tok rimau.
+gua taknak makan daging.
+gua taknak kudel kudel.
+gua taknak guna telefon bimbit.
+gua nak beli joran

harap2 esok gua berubah jadi orang lain.

hikhikhiks.

Wednesday, February 1, 2012

samsung bahari menggugat.

Dalam 2 bulan juga hati gua tak senang.
bukan sebab weird sound in the sky tu jek..
tapi sebab gamba2 wedding yang tak siap2...
semua skali ada 7 orang pengantin.
bukan semuanya gua kena buat storybook.
storybook tu keje jimbo.
gua cuma buat sticky album.
ingat senang ke buat sticky album?
pening woii!!

mula-mula, lu kena pilih gambo.
kene macam gua ni pesen suka ambil gambo pakai shutter najib datang.
jadi memang beribu la gambo gua.
jadi dari beribu tu gua kena compress jadi lebih kurang 400 utk gua buat pemilihan terakhir.
shutter najib datang tu maksudnya shutter bersambong,
makin laju shutter kamera, gua rasa makin hebat.
bayangkan kalau gua pakai d3s, 11fps.
memang gamba sarong cincin je gua rasa ada 200 keping gambo statik.
jadi, pemilihan gambo je ambil masa dalam 1jam utk pilih.
tu pon kalau gua tak ngntuk.

selepas pilih, kena pastikan gamba satu2 tu ok.
ok tu maksudnya, takde mata berkelip, takde telinga nampak separuh, dan lain-lain.
editing pulak biasanya bab2 buang jerawat, dan adjust tone colour.
ingat senang ke jadi photographer woi!!!!

siang gua kerja hotel, biasanya malam gua baru sempat editing.
ada beberapa jam je masa untuk gua editing.
jadi sebab tu kadang-kadang storybook dah siap tapi sticky album baru nak mula.
gua mmg betul2 pelokek masa.

semalam, semuanya dah siap..
gua menarik nafas lega.
jadi gua transfer kesemua gamba siap edit tu kat external hard disc..
gua lega..
gua bancuh kopi jantan, minum pelan2 sambil layan telenovela.
memang feel perasaan dia.
dan 2 bulan gua tak rasa macam ni.
time ni la gua ada masa nak baring2, santai2, berenang,tali skipping dan lain-lain lagi.

tiba masa gua kena print out semua gamba pengantin tu.
semua sekali ada 1400 pcs lebih kurang.
sampai kedai printing, gua tunggu lama juga untuk transfer gamba tu ke pc kedai printing.
tiba-tiba kakak tu panggil gua.

"woi budak, lu punya external hard disc kena format lah!"

gua macam terkejut, sempat juga gua tampar kakak printing tu.
gila ke ape kena format. gua maki pc kakak printing.
nampak sangat pc dia memang lauya.

gua balik rumah. cucuk external hard disc.
keluar perkataan ni "pls format your device before use"
gua macam nak jerit.
apehal siaaa!!!

gua hantar samsung, repiar semula external gua,
sebab external hard disc gua masih ada warranty lagi 6 bulan.
gua harap,semuanya lancar.
lepas 2 jam gua hantar ke samsung.
tauke tu telepon gua.
dia cakap, dia tukar hard disc baru.
hard disc gua takleh read.
dan yang lagi sadis,
semua artwork dalam tu crap.
tak dapat diselamatkan.

gua hantuk kepala kt dinding 8 kali.
gua makan sabun buku.
gua terajang panda.

gua stress. walaupun hard copy dia gua dah simpan.
tapi gua stress.
sebab gua lupe backup yang dah siap edit tu.
jadi gua kena ambil masa lagi 2 bulan untuk edit semula.

gua dah bercadang nak lari dari malaysia.
gua dah dapat bayangkan para pengantin akan hantar tonto cari gua.
gua dalam bahaya.
...
beginila rupa hard disc samsung celaka tu. ini lah padah beli barang murah. inilah padah!

Tuesday, January 31, 2012

PUNK VS PINK

masih lagi di takuk lama.
lepak-lepak kedai mamak.
bincang pasal band 2minit..
tengah2 bincang.
mengumpat orang sana 1jam..
mengumpat orang sini 1jam..

masing-masing peragakan baju tragedy, ace, pisschrist, wolfbrigade.
macamana scene punk malaysia nak maju kalau tak habis-habis mengumpat?

TRULY PUNK MAKCIK-MAKCIK.

PLAGIAT



MONDAY, OCTOBER 24, 2011

Tips BlackBerry: Pastikan Credit Tidak Ditelan

Share/Bookmark
Kan sakit hati kalau tibe tibe credit kite hilang tanpe sebab kan. Setting nie akan membantu mereka yang menggunakan Prepaid. Kalau korang tanye kat Maxis Centre or Celcom Centre or Digi Centre pon diorang tak tau nak jawab pasal nie. ^_^
Nota: Untuk memudahkan pencarian. Bagi OS6 dan keatas. Taip sahaja di standby mood BlackBerry anda. Bagi yang pakai OS5 kebawah. Sila cari di Option.


Advance Option : TCP IP
APN Setting Enable : Tandakan
APN:BlackBerry.net (kene sebijik sebijik macam nie)
APN: Authentication Enabled : Jangan Tanda


Advanced Options: Browser Push
Enable Push : Tandakan
Enable MDS Push: Jangan Tandakan
Enable WAP Push: Tandakan
Allow WAP Push Application: Jangan Tandakan



Service Book: DELETE 3 INI SAHAJA (Kalau salah delete. Sila matikan BB anda dan cabut battery dan tunggu sehingga 10 minit sebulum on kan semula)
  1. WAP BrowserConfig - DELETE
  2. WAP2 Transport - DELETE
  3. WAP Push Config - DELETE



Additional: Bagi Tweetheart yang menggunakan UberSocial sebagai Applikasi pilihan anda, sila ikut setting ini.

UberSocial : Options
Tandakan pada BIS. Jangan set bende nie kepada Auto Network.

GUA RASA, TAK SALAH PLAGIAT BENDA YANG BERGUNA. AT LEAST, KITA BOLEH SHARE SUMTHING YANG BERGUNA TOGETHER. INI ADALAH PLAGIAT GUA YANG KEDUA. GUA RASA BLOG BUDAK NI AWSOME DARI BLOK YANG TAK HABIS2 KRITIK ORANG LAIN. GOOD JOB!

IKHSAN DARI : FAHMIELINK

Sunday, January 29, 2012

apa yang bestnye cybercafe, dia ada ekon sejuk tanpa bayar bil electric berlebihan.

gua online kat cc ni. bezanya. bila gua sampai cc macam2 gua rasa nak search. bila gua kat rumah gua rasa bosan sangat sampai semua gaya duduk gua tak selesa.

pandai tauke cc ni bela jin, maksudnya jin dia pandai tarik hati pelanggan bukan macam jin2 Zaman skarang. taunye nak rasuk makwe2 asrama je.
cehh..

MAMAK OSMAN BUKAN SAJA PANDAI TEBAR ROTI, TETAPI PANDAI JUGA TANGKAP ULAR.






MUNGKIN DAH SEMAKIN MATANG.
ATAU DAH TAU BUAT KEPUTUSAN SENDIRI.
MUNGKIN JUGAK DAH BESAR PANJANG.
BAK KATA MAK GUA, KALAU KAHWIN DAH BERANAK PINAK.
MUNGKIN JUGAK, PARAS UMUR YANG INGINKAN SENTIASA KEJUTAN DAN KESERONOKAN.
MUNGKIN JUGAK MEMANG DAH PATUT TUKAR HABITAT HIDUP, DAN BERTUKAR-TUKAR PANDANGAN DAN PERSEPSI LAIN.

JAGA DIRI BAIK-BAIK.
MUNGKIN SILAPNYA GUA TAKDE ADIK SEBENAR ATAU TEMAN YANG BETOL2 KARIB..

INGAT TU. JAGA DIRI BAIK2.

Saturday, January 28, 2012

pasir gudang holocoust

lepas baca artikel kat NASA, pasal "confirm sun rise on west" dengan Youtube pasal "weird sound in the sky in 18 country. gua baru rasa nak ambil gambar betapa cantiknya muka bumi. padahal selama ni ada je moment macam ni. cuma tak kuasa ambil. tapi skrang ni gua rasa nak ambil semua, tanda gua sebenarnya tahu bersyukur kebesaran ilahi.


kemain lawa lagi pasir gudang petang-petang.



KONON2 BILIK KEDAP BUNYI, PADAHAL CAKAP KT TELEFON PON BOLEH DENGAR SAMPAI LUAR.




bilik lama ni memang selesa, ada balkoni, ruang besar , boleh bela kucing dan ada alasan kukuh untuk tidak bunuh diri. tapi yang tak selesanya harga sebuah bilik berbalkoni dan kipas siling ni sama macam harga rumah sewa jalan bali. gua ambil keputusan untuk berpindah daripada gua terus mengabdikan diri pada kapitalis macam ni. goodbye lan juling.

Monday, January 9, 2012

wong soon hoon


" boss, lu ada 85mm?"
"ADA MOK. MESTI ADA PUNYA BUNN.."
" lu biar betul.."
"GUA ADA MEDIUM FORMAT PUNYA, LU NAK TRY KE KALO?"
"ish. gilebabi sangat kombinasi lu ni boss.. ni macamana buat ni?"
"LU AMBIL MEDIUM FORMAT LENS, POTONG BAWAH DIA, TUKAR MOUNT"
"celaka, benda macam ni pon lu buat macam mainan."

follow wong on twitter : WongKamera


Saturday, January 7, 2012


benda ni selalu jadi kt gua masa wedding. now gua rasa ada solution.

Tuesday, December 27, 2011

banyak betul Jimbo tulis blog. ada dalam 10 entry sehari.

gilebabi lah, kalau dah title blog boleh jadi timeline.

Sunday, December 25, 2011

abang

budak : Abang, abang pandai main game tak?
brader : hah, game ape??
budak : game lumba kereta..
brader : mana la gua pandai. tanya soalan lain.
budak : kalau abang tak pandai, kite boleh ajarkan.
brader : gua bizi amek gamba ni! jangan macam2!
budak : oh yeke.. haa takpelah..
brader : dah! meh sini sebelah abang kita ambil gambar.

ceria betul budak ni, padahal bukan kenal gua pun. namun dia tetap peluk kemas perut gua. cehh..