Akan Kurejam Raksasa Kejam

Tuesday, May 29, 2012

Chupa chups

Hello. You masih membaca blog i?
Nervous tau bila malam tadi i buka fb, nampak aja upload gambar u kat wedding. Sekali imbas i ingat u yang kahwin. Baru nak ucap tahniah. Tahniah dalam sentap la tapi..

Hey, u know what. I save this picture. I hope yang sebelah kanan tu bukan aja. Tapi i. Heheheh. Berangan je la.

Hey, U ingat lagi tak gambar yang i ambil masa first i beli DSLR?and gambar tu i siap frame kan and u letak kt bilik u. Pls keep and Save it for your generation. Biar anak-anak u tahu betapa cantiknya mak dia dulu :)

Apepon, jaga diri baik-baik. Jangan lupa minum ubat batuk selalu. Awk tu mudah batuk-batuk! Jangan selalu minum ais. Kirim salam mak dan jangan lupa solat. Ok :)

Assalamualaikum.

budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 10:18 AM
0 orang tak puas hati

Rambot sama hitam. sideburn jarang-jarang.

gua pernah berangan , nak jadi anak raja.
semua budak kecik pon pernah berangan benda yang sama.
normallah!. kalau lu tak pernah berangan macam tu, gua rasa lu tak normal.

kat facebook. ramai betol orang argue,tak puas hati, bercakap sana sini pasal issue sultan beli no plat tu.
WWW1. apa yang kecoh sangat? tok menteri, tok bilal, tok batin, tok rimau beli nombor plat bukan2 rilek jek!??

oh maybe sebab dia SULTAN..
so dia takda hak nak beli no plat kot agaknya.
atau SULTAN tak boleh pakai no plat kesukaan dia.
kenapa bila sultan beli no plat orang cakap makan duit rakyat?

gua tak paham mentality orang kita ni. Orang melayu maksod gua. walaupon gua ada darah keturunan portugis dan german. tapi gua still akui gua melayu lagi. maksod gua tu.kenapa pemikiran orang melayu tu macam ni.
ada je benda tak suka, tak puas hati, cakap sana sini.
 betul juga kate Sultan tu. cakap tu berfikir, buat research dulu.
orang kita ni, cakap main hembus. tak reti nak fikir dan kaji dulu.

Lu tahu tak sultan ini adalah sultan kepada negeri johor? JOHOR. bukan JOHO.
cikgu sejarah mengajor lengkali jangan sibuk main lawan pemadam.
dari mana datangnya ekonomi ?
dari UMNO ke? dari PAS ke? Dari DAP ke? atau dari parti2 yang korang sibuk mengundi tu?
Lu tau dari mana datangnya Danga Bay? pasar karat? jb town? tuti frutti?
and lu sedar tak dari mana benda tu semua datang?
sultan dan semua ahli keluarga dan tenteranya ada kerajaan mereka sendiri.
kerajaan yang mereka takluki.
dia hidup dari duit dimana dia berusaha sendiri.
bukannya duit rakyat yang korang war-warkan tu.
biar lantak la dia nak beli apa sekalipon. dia bukan pakai duit korang.
dia juga layak jadi manusia macam kita. dia pon layak untuk bebas hidup macam kita.
kamon lah.

budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 6:33 AM
0 orang tak puas hati

Friday, May 25, 2012

I LOVE YOU MAMIYABI.

gua dah dapat rasakan. gua dah mula mencintai mamiya gua.
sekian terima kasih.
ini shoot main2 je ni.
ahai..ahai..
amboii..seri langka.. amboi.. seri langkaa...






budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 8:01 PM
0 orang tak puas hati

Tuesday, May 22, 2012

DEDOR

Gua belek2 gambo siang tadi. Gambo masa wedding andy dan adik andy si harry porter tu. gua dedor.
Gua dedor..

Stroke : OUT
White Balance : STANDART
Pose : OUT
Moment : STANDART

Paham tak maksudnya tu?
Gua rasa dah lama sangat tak ambil wedding yang betol2 wedding.
Tu lah, sibuk sangt dengan kamera film.

Gua harap jimbo tak terajang gua.
Gua dedor.
Gua dedor.

budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 8:19 AM
0 orang tak puas hati

Mami

Dah lama gua tunggu benda ni. Akhirnya wong kamera terbuka jua pintu hatinya utk jual dengan gua.
Terima kasih wong. Ilysm.
budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 3:02 AM
0 orang tak puas hati

Monday, May 21, 2012

The saddest landscape

Sebenarnya gua baru je dalam scene lomo lomo bagai ni. Bukan otai pon. Kamera and gadget yang gua guna pon jauh benar beza dia dari gadget2 bebudak lomo yang lain. Cuma tu lah, gua minat. Sbb gua sbenarnya nak explore semua benda tentang kamera. Gua bukan sesetengah photog yang cuma tahu nak kejar gaya dan nama. Bullshit.

Buang la ego tu..

Power mana digital kamera yang kita guna, takkan sama peginya dengan filem kamera. Takkan sama kualiti,warna,seni dia!

Gua tak sangka pulak bebudak band talib joe pon main kamera film. Mmg power budak2 ni. Hehe.

Apepon, gua tak sabar nak ngetest mamiya rb67. Large format woi!
budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 8:43 AM
2 orang tak puas hati

Wednesday, May 16, 2012

prostitude

baru-baru ni. gua rasa susah betul nak hidup.
maksudnya, gua rasa payah nak tidur.. dan berada di dalam keadaan selesa tanpa rasa was-was.
kaedahnya, tahun ni adalah tahun nomad bagi gua.
tahun ni saja, gua dah pindah lebih dari 2 kawasan, dan 3 buah rumah.
ini satu perkara yang rare sebab gua amat malas nak pindah rumah, dan gua jenis bukan suka tinggal satu2 tempat dalam tempoh masa singkat.

bermula dan Distort Punxsa. gua menetap hampir 2 tahun juga.
penduduk awal distort punxsa masa tu Kerk, Timmy, Rape ass, Zack Vallo, Nuan Terror, Es Parkcore dan Cileng ngepet. ramai jugak time tu!!
Distort Punxsa bertempat di  Pangsapuri Titiwangsa bandar baru uda johor.
rata-rata bebudak Uda Thraser mmg sangat sinonom dengan Distort Punxsa.
Kat distort punxsa ni macam-macam band pernah datang menetap,
dari irelad,ussr,german,Uk,sampai ke band jepun.
gua rasa kengkawan gua macam dipan,kesi,kemal,dan lain-lain pun pernah merasa hidup sebentar di distort punxsa. Dan makwe lama adalah orang paling kerap berada di distort punxsa sebagai tukang masak. Pehh..mmg rumah gua power.

Lepas hampir 2 tahun, masing-masing dengan haluan masing-masing, gua,es,nuan dan rape ass berpindah kat jalan bali pula. jalan bali tu berada kat area bandar baru uda juga. tapi kali ni berbeza, tak sama heaven macam distort punxsa. ia lebih kearah keharmonian hidup berjiran.
hidup berjiran ni yang bestnya bila kita nazak, jiran boleh datang jenguk. tapi yang tak bagusnya, hidup berjiran ni ibarat hidup dengan 18 orang keluarga angkat. masing-masing suka mengambil berat dan ambil tahu hal kita atas bawah. juga terdapat pakatan dimana satu pasukan makcik-makcik yang suka mengkaji identiti penduduk setempat. tak lama, dalam 8bulan juga duduk disitu. gua pindah lagi.

Masing-masing pindah tiba-tiba. pundek juga perasaan ni. jadi gua pindah secara solo. gua pindah sorang-sorang sewa bilik kat kondo dwi mahkota. amboi nama kemain gagah. alasan utk gua stay sini bukan sebab gua nak feel jadi anak orang kaya. tetapi gua cuma mahu keselesaan mutlak dan gua mahu hidup sorang. time ni makwe lama mintak break off. jadi gua lebih selesa hidup seorang. fakof la makwe lama. fakof.

makin lama gua duduk kondo tu. gua rasa makin sakit hati. gua rasa yang gua hidup sebumbung dengan kadazan dusun,sakai,minang dan lain-lain. memang gua rasa hidup dalam zaman batu. zaman tiada tulisan, zaman tiada dapur gas. zaman tiada tong sampah. dan zaman dimana belum wujud lagi penggunaan plastik bag. jadi gua dan lan HD mengambil keputusan untuk pindah rumah. pindah rumah yang lebih murah dan selesa, sesuai dengan taraf dan takrif kami berdua. kami budak punk biasa. bukan punk kondo. buang la ego sebagai punk kondo. kah kah kah.

gua pindah lagi. tahun ni lah. gua pindah tampoi. Taman Tampoi indah 2. ok la rumah tingkat 1. tak ada lift. tapi panjat tangga pun sikit je. keselesaan mungkin tak sama macam masa gua duduk di kondo dwi mahkota. tetapi cukup la untuk orang yang sederhana dan sangat merendah diri macam gua ni. tapi yang celakanya, rumah tau banyak putar belit cerita. macam-macam pancaroba. dan kesudahannya pemilik rumah tersebut mahu rumah itu semula. jadi gua dan lanHD cuma dapat duduk dua bulan lebih saja.
mmg pundek. dan pundek. penat tau pindah rumah lagi!!!

Tomi seorang lelaki cina biasa. Namun yang menjadi dia luar biasa. dia minat amy search, hillary ang, cromok, wings dan lain-lain band rock kapak malaysia. bagi gua, dia cina yang murtad, baru-baru ini dia dah cuba tanya-tanya gua tentang berkhatan. berkerut juga dahi dia bila gua terangkan bagaimana proses berkhatan sambil gua membuat sedikit demostrasi menggunakan pisang dan pisau lipat.
Tomi bercadang mahu join gua pindah rumah kali ni. dia sudah bosan duduk rumah ada patung berhala. justeru dia ni free thinker. no god,no worrior. jadi dia mencadangkan kami tinggal di tempat yang lebih confirtable sikit. biar mahal sikit yang penting selesa dan tiada masalah...

Jadi gua pun berpindah lagi......................

Gua berpindah ke satu tempat yg gua sengaja rahsiakan dimana. supaya peminat, kipas-susah-mati,dan follower2 gua tak dapat stalk dimana gua berada. ini bukan apa. gua memerlukan keselesaan dan kebebasan mutlak. gua tak suka hidup dibayangi aaron aziz lagi.

Rumah gua kt tingkat 7 sebuah kondo 24 tingkat. deposit sedap. 1+1. ok la tu. rumah not bad bersih, cuma tombol pintu ada sesetengah rosak dan ada lampu yang tiada suis. namun gua tak kisah. harapan gua inilah rumah terakhir zaman bujang gua. gua malas dah pindah-pindah lagi. penat nak angkat barang. gua banyak lagi benda nak kena buat selain pindah randah ni.
Deposit settle. rumah pun dah duduk. baru seminggu duduk rumah, rumah pulak takde bekalan electrik.
hampir seminggu juga keadaan berterusan. owner rumah pulak tak angkat call juga hampir seminggu.
bayangkan setiap hari gua tidur tanpa kipas dan cas hp. tidur tanpa seurat benang. saje je gua belanja sesiapa yang peratikan susuk tubuh gua yang monggel ini tidur. gua saja belanja. nak wat cam ne kan.
panas kot tidur tanpa kipas!

gua tak tahan, tomi membebel-bebel dalam bahasa cina. padahal nak tulis nama sendiri dalam tulisan cina pon tak reti. lan pula cuma buat muka pasrah. kami pergi ke management kondo utk kepastian.
setelah diteliti dan diselidik. rupanya owner rumah sebenar bukan brader yg kiteorg bayar deposit tu. rupanya brader tu cuma maintanance dan telah gelapkan duit deposit kami. dan owner rumah sebenar berada di batu pahat dan tak tahu menahu lansung tentang kehadiran kami dirumahnya. gua kena tipu.
celaka. celaka angat-angat.

gua ingat ini rumah last gua. bukan rupanya. nasib gua memang malang tahun ni. takde rezeki agaknya.
sudah tu. ada hikmah disebalik semua ni mungkin. dan gua dapat rumah area situ-situ jugak.
nak tak nak, gua terpaksa pindah lagi! tuan rumah lama tu cuma kasi tempoh seminggu utk kiteorang cari rumah lain dan pindah. dia taknak sesiapa menyewa kat rumah dia. trauma mungkin. jadi akhirnya gua stay kat area situ jgak tapi blok yang berbeza. yang bagusnya owner skarang ni beri gua percuma dua aircond dan segala peralatan rumah yang lain. mungkin ini hikmah yang tadi mungkin? tapi gua taknak puji apa2 sangat rumah paling latest gua ni. gua takut rumah ni juga menghampakan. ..kalau lepas ni ada masalah juga. gua rasa dah tiba masanya gua ,lan dan tomi tidur surau. agaknya itulah hikmah paling tepat. gua sepatutnya dah harus dekatkan diri dengan tuhan supaya perjalanan hidup lebih lancar..


budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 6:54 PM
5 orang tak puas hati

Sunday, May 13, 2012

LEICA S2-P

Leica S2-P (Platinum Service + Sapphire Glass) SLR Digital Camera (Body) (37.5MP)
          RM 108000

BLLERRRRGGGGHHHH

budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 11:59 AM
0 orang tak puas hati

Thursday, May 10, 2012

Lan Tandus

Tadi petang, lan HD nak hantar email.
email tu nak dihantar kepada ajk kembara mahkota johor.
utk jawatan videographer sepanjang kembara mahkota tu

Lan HD ni seorang yang pelupa. namun dia ni bagi gua bestie yang agak rapat dengan gua.
dulu-dulu gua ada jual berselisihan faham dengan dia. tapi maybe sebab itu juga gua jadi lebih kenal beliau.
beliau ni jenis anak-anak seni. cakap pun jenis deep deep je. orang macam ni mudah didampingi saka.

Lan HD bagi apek tu gambo. terkial-kial apek tu nak attach gambo masok dalam email.
gua nak bantu, haih sombong pula.
rambot apek tu dah jarang-jarang sikit. mungkin banyak makan ajinomoto.
dah wajib pergi buat treatment kt yu nam kaedahnya.

Lan HD : Sab, apa email lu.
Gua : apesal? kenapa nak email gua?
Lan HD :  Email gua, gua lupa password.
Gua : email gua macam pundek kot! chubbyharusdirejam!
Lan HD : lu takde email lain?
Gua :  ermm.. ada..


gua teruskan menaip. raut wajah si puaka tu berubah. macam sedang kemam sesuatu dalam mulut.
celaka betul, dah lama gua tak guna email ni. email pertama seumur hidup gua ni.
kalau diperatikan betul2 agak mual juga.
dan email ni adalah email rasmi blog ni.
pegi jahanam lah.

Email : converse_boyz501@yahoo.com

SIAL, SANGAT SIAL KAN?
budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 11:46 AM
4 orang tak puas hati

Wednesday, May 9, 2012

SELAMAT PENGATIN BARU ANDY BUNDLE


Walimatulurus ANDY & INTAN
Invite-Only Event · By Andy MacKaye
View Declines (1 unread)

Posts

budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 9:12 AM
0 orang tak puas hati

DIMANAKAH ARAH JIMBO TANPA TWITTER?

TL blog gua penoh dengan update dari Ulu Tiram Straight Edge.
jadi gua dah tau dimanakah arah jimbo tanpa twitter.
lepas ni gua dah boleh setat deal customer wedding via comment box.

Kembalilah jimbo di twitter.
rara nor terlalu rindukanmu.
keh keh keh
budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 8:39 AM
1 orang tak puas hati

Tuesday, May 8, 2012

FOR SALE : BLACKBERRY 9810 RM150.

gua dah pakai lebih dari 8 model blackberry.
bermula dari :
- Curve 8520 x2
- Curve 8900
- Curve 9300
- Bold 9000
- Bold 9700
- Bold 9800
- Torch 9810

ini cerita betol. sepanjang 8 model blackberry ni. gua amat seronok dan berterima kasih dengan syarikat blackberry kerana dapat buat hidup gua lebih bermakna sedikit.
tapi..
gua buang ego. dan gua akui. yang blackberry adalah handphone mudah alih pertama yang buat gua putus asa buat kali ke 8. ke 8 lapan model blackberry gua ni tetap mengalami masalah yang sama.
LAGGING, LAMBAT, SELALU KENA FORMAT, TAK BOLEH INSTALL BENDA BANYAK2.

gua dah give up dengan blackberry.
Selamat tinggal BBM, selamat tinggal autoteks, selamat tinggal trackball dan trackpad.


SAYA AKUI ANDA CUTE. TETAPI ANDA TELAHPUN MENGHAMPAKAN SAYA. SELAMAT TINGGAL.

budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 8:49 AM
6 orang tak puas hati

NOSTALGIA

masa tu, gua baru form 4@5. gua dah tak berapa ingat.
dalam kocek ada duit RM15 jek.
gua dari kulai.

tak banyak aktiviti boleh dibuat utk orang macam gua ni.
gua banyak habiskan masa melukis dirumah, membaca majalah yang sama secara berulang.
dan berfikir tentang apakah itu hardcore,punk,crusty dan metal.

dalam hidup gua ni, pengaruh metal lebih deras. tapi tak begitu meluas.
bagi seorang budak remaja sekolah menengah, ape je yang gua boleh fikirkan..
yang gua tahu, minat gua terhadap music agak mendalam daripada kawan2 gua yang lain.
secara am nya, kesemua kawan-kawan gua adalah mat rempit pure. memang pure!

berbekalkan duit RM15 tu. gua beli rokok batang dalam 5 batang. bawa sehelai baju kemeja kotak2 merah, dan seluar levis 501 pasar malam. straight cut.converse ciplak jenama all american classic.
gua sebenarnya nak pegi jubli intan. ada gig. gua tak tau time tu gig apa,siapa organizer, sama ada dicky ataupon jimbo. dua2 tu pon gua tak kenal.

band first gua dengar,untuk first gig gua. NOSTALGIA.

dan ahad lepas, gua pergi gig juga. dan gig tu. Last gig from comeback.  NOSTALGIA.
gua pun dah lupa lagu dia yang mana satu. sebab dah lama sangat band ni tak update apa2.
lagu dia gua dah ingat2 lupa.gua pergi pon sebab gua nak tengok band tu sahaja. just tengok even tak sing along sama-sama. apapun, ia ada juga memberi kesan sejarah dalam hidup gua.

5hb may 2012.
The Wall Batu Pahat.

Nikon EM | AF Nikkor 35mm f2D | Lomography 400 | c41

budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 7:47 AM
0 orang tak puas hati

Monday, May 7, 2012

CUBA CARI MANA KC KASEDAH

TENTULAH YANG PALING GEMUK DARI KIRI. KEH KEH KEH
budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 10:05 AM
0 orang tak puas hati

ANJAT PULA GUA. TIBA-TIBA FOLLOWER GUA TAMBAH 10 ORANG. GUA HARAP DALAM SCENE BLOGGER, TAKDE BOOT MACAM SCENE TWITTER. JANGAN MAIN-MAIN. BLOGGER NI IBARAT MAKWE LAMA!!

budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 10:04 AM
0 orang tak puas hati

Sunday, April 22, 2012

skate for health

Event-event skateboard ni memang gua tak pernah in-to.
bukan sebab ape. sebab gua suka jugak tengok budak main skate.
tapi gua tak boleh main.
bukan tak bole ok!
cuma tak seimbang je skate tu dengan fizikal lelaki eropah macam gua.
lagi satu, gua ni jenis panas baran dan cepat mengamuk.
gua bimbang gua smash skate tu kat lantai bila skill tak menjadi.

event skatecomp ni edi nursal yang buat.
blood, bestie, rakan karib, sama alat kelamin dan senang cerita bff bak kata budak budak perempuan.
jadi, gua sapot event kawan2.tak kisah la ape jenis event, even masak-masak atau main sembunyi ibu pon gua boleh join. gua jenis takde hal punya. asalkan kawan-kawan gua happy, tak sawan babi, itu dah memadai bagi gua. pernah juga gua mempunyai kawan yang menghidap penyakit cacat mental. itu pun gua still boleh in to.
kepala bana lah.

gua sebenarnya daripada Bandar dato onn. perumahan orang kaya., cewah.
gua ambil gambo pengantin kat sana. pengantin sempoi. tapi yen macam kaver2 je nak ambil gambo.
gua kena bekap yen sikit2. tapi gua tengok yen dah semakin mahir.
stroke2 dia pon kalah photographer saipul nang atau trisno quartis. bagus. ada peningkatan.
jadi gua banyak kacau2 sikit2 je.
balik pon jam 5 lebih kurang. gua terus pecut pegi taman mawar skatepark.

tak ramai orang. acara pon gua tak paham. entah ape tah dieorg ni buat untuk kumpol point.
memang la gua tak paham. sebab gua rasa ini kali pertama gua tengok skate comp.
jadi gua agak blur2 lah kan. aduhai pun.
tapi bila tengok lama-lama macam syok juga.
geram jugak kaki ni nak main.
kebetulan gua pakai kasut skate pada masa tu.
bukan sengaja! gua mmg suka kasut skate sebab selesa dan tak panas.
macam ringan je jalan.

acara sampai lebih kurang pukul 10 malam. macam2 acara ada. budak2 pon masing2 dah tekehel kaki, tulang lutut bergalih, kepala retak, alat kelamin bengkok dan macam2 lagi. tapi dieorg kental! kental sebab minat yang mendalam! bravo! ada bbq pulak lepas tu. pehh..
rata-rata pemakin skateboard kesemuanya kurus2. kalau skateboard mmg boleh menguruskan badan, satu hari nanti gua nak cuba juga. hehehe.

apepun, syabas untuk Edi dan teha dan kengkawan yang ada antaranya gua kenal.
syabas atas kejayaan anda semua. gua harap acara-acara seperti ni terus ada kat JB ni.

JB ni dah tak macam dulu. dah tak macam era kejatuhan ekonomi dulu. dan tak macam zaman dunhill 7 batang. dan takde dah zaman tu. gua harap, kita sebagai anak muda zaman skrang. menaikkan semula scene2 sebegini utk tatapan anak cucu kita akan datang. pehhh..gilebabi ucapan gua.


cuaca cantik. biasanya pepetang hujan. maybe diaorg doa tolak hujan.

Tak ramai makwe yang hadir. kebanyakkannya isteri orang.

ini syafik sarkawi, abang kepada tyha sarkawi. kira abang ipar edi nursal

Bekas johan pemain papa luncur wanita area senai-saleng.

rambut brader ni gua saspek rambot palesu.

ini dia orang kuat majelis. edi nursal.

amboi..seri langka. amboi..seri langka..

turut dijemput khas. pro skaters dari bangladesh. prakash dan isteri shiva.

antara pemain yang cedera berat iaitu urat peranakan gagal fungsi. dikejarkan ke klinik desa pasir gudang

ada juga angsa di skatepark ni.

mamat baju putih ni sebenarnya tattoo penuh. jeles gua tengok. jadi gua kaburkan sikit badan dia.


budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 12:45 PM
3 orang tak puas hati

BECOUSE, THIS IS THE ROUND WORLD

"Walau jauh mana perjalanan yang kita lalui akhirnya kita akan ditemukan atau dihentikan pada satu arah...kerana setiap perjalanan mesti ada perhentian. Sama ada terhenti ditengah jalan mahupun terhenti ke destinasi yang dirancang. Kanan atau kiri haluan yang diikuti...yang pasti ada sesuatu yang menanti...Dunia kita berbeza...walaupun berpijak dibumi yang sama hanya kerana haluan yang berbeza....Dunia kita TETAP berbeza." -xbelleiflex-


"DUNIA KITA BERBEZA, PERSAMAANNYA TERLALU SEDIKIT, KITA CUMA BERNAFAS UDARA YANG SAMA, BERPIJAK DITANAH YANG SAMA, YANG LAIN SEMUANYA BERBEZA. CARA KITA KENCING DAN BERAK PUN TIDAK SERUPA KAN?"
-KKSstaff-

"DUNIA KITA CUMA ADA BANYAK SIMPANG DAN JALAN. KAU PERGILAH BERENANG JAUH, AKU TERLALU BERAT UNTUK MENGAYUH. KAU PUNYA DUNIA BUKAN AKU TAK PERNAH LALU DAN TEMPUH. AKU JUGA BOLEH LAJUKAN DIRI AKU JIKA AKU MAHU. AKU ADA ENJIN TURBO!"-sesatsesaat-


"Gambar ini titik tolaknya. dimana dunia berubah sekelip mata selepas semua perkara dalam gambar ini terjadi. Disini aku jumpa kau. Disini aku cuma set masa dan waktu.Kita semakin kenal beberapa jam berkutnya. tapi sekarang tidak lagi. kan aku sudah cakap. DUNIA KITA BERBEZA dan tak boleh bersatu kerana dunia dan kita semakin MATANG dan BERUSIA"-XDIRISENDIRIX-

budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 11:12 AM
0 orang tak puas hati

Saturday, April 21, 2012

kejam

gua saje tag gambo kat nina samsudin.
sambil2 tag, ada banyak jugak info berguna kat wall budak pempuan ni.
tiba-tiba gua tergelak.
sebab beberapa rangkap ayat....
sebenarnya tak baik gua ketawakan orang lain.
lagi2 org yg gua tak kenal.
kejam kau cabi.


"owrh...ad rezeki i dtg saner oke..krim salam kulai...i dgr u business women skunk??KL.i study unikl...shisha???boleyh saje...u kat semban kew beb?"


gua tak tau kenapa gua tiba-tiba terketawa.
jangan salahkan gua lah pelis!!!!
kah kah kah.




budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 12:35 PM
3 orang tak puas hati

Thursday, April 19, 2012

PENAT

GUA PENAT DENGAN KAMERA.
GUA PENAT DENGAN KAMERA DIGITAL.
GUA PENAT DENGAN KAMERA FILEM.
SEMUA GUA PENAT.

GUA NAK MASUK KELAS MEMASAK.
SIAPA YANG ADA TAHU MANA-MANA KELAS MASAKAN MURAH-MURAH BOLEH ROGER GUA.
LEPAS MEMASAK GUA TAK TAU LA NAK MASUK SCENE APA LAGI.
GUA PENAT.
PENATTT.
GUA GUNA CAPSLOCK PON SEBAB PENAT NAK CARI BUTANG CAPSLOCK.
GUA PENAT NAK HIDUPKAN SUIZ LAMPU.
KEYBOARD GUA NI PON JENIS KEYBOARD PENAT.
budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 12:05 PM
0 orang tak puas hati

Tuesday, April 17, 2012

RASIS

Lu rasa dah power guna kamera?
Lu rasa dah hebat sangat setakat close-up gambar bunga?
atau lu rasa dah megah gantung kamera kt leher kemudian jalan-jalan shoping complex?

Buang la ego tu.
mari sertai kami.
pelbagai pengetahuan berguna.
dan ianya PERCUMA.
toksah keluar duit.
siap dapat makan minum.
sticker, baju, makwe. tu pun kalau lu pandai usha.

mari ramai-ramai ke workbout NIKON
*UNTUK PENGGUNA NIKON SAHAJA. PENGGUNA PENTAX, YASHICA, VIOGLANDER, ROLLEIFLEX,KENON, TIDAK DISARANKAN BERTANYA. INI BUKAN RACIST! JANGAN SALAH FAHAM. MINTAK TAUKE LU BUAT MACAMNI JUGA. TERIMA KASIH.


InSight
Nikon Club Get Together 2 - Johor Bahru (28 APR 2012)

Event Date:28/04/2012
Event Time:9:00 AM - 12:00 PM
Venue:Taman Merdeka, Johor Bahru
Registration Date:19/01/2012 to 28/04/2012
Description:
Nikon Club Get-Together - Johor Bahru



 _____________________________________________________

Date: 

28 APR 2012 (SAT)

Time: 
9.00am - 12:00pm

Venue:

Taman Merdeka, Johor Bahru
Fee: 
FREE (Open to all Nikon users)
_____________________________________________________

 

Nikon users are cordially invited to this exclusive gathering of Nikon users. This is the perfect opportunity for local Nikon users to get to know each other and most importantly to know about Nikon Club Malaysia. This gathering is open to all. Bring your Nikon gears and bring your friends. Come and find out how Nikon Club Malaysia can help you better connect to photography!

Pengguna kamera Nikon adalah dijemput ke majlis pertemuan silaturahim pengguna-pengguna Nikon. Ini adalah peluang keemasan bagi pengguna Nikon di Brunei berkenalan di antara satu sama lain. Selain daripada itu, anda juga dapat mengetahui arah-tuju Nikon Club Malaysia. Majlis pertemuan ini adalah terbuka kepada semua. Bawa bersama kamera/ peralatan Nikon dan janganb lupa kawan-kawan anda sekali. 
_____________________________________________________

Activities:
  • NikonClub Malaysia Briefing
  • Freebies to giveaway!
  • Model photo shooting
  • NCM Photo Contest
  • Light refreshments for registered participants only. 
_____________________________________________________


Members will need to login to register.

If you're not a member yet, join us now!

_____________________________________________________



FOR  NIKON REGISTERED MEMBERS ONLY.
PLEASE READ THE CONTENTS OF THIS HAND OUT  & DISCLAIMER CLAUSE CAREFULLY.
A.Disclaimer: 
Nikon (Malaysia) Sdn Bhd , the Nikon Club Malaysia Committee, the organisers and agents of this event are NOT responsible  for any lost of properties or injuries or life to any participants/members participating in this event. By registratingand signing for the event, you have read the terms and conditions of the event posted on the Nikon Club Malaysia website and you are fully aware and responsible for your own property and your wellbeing during the event. And you shall indemnify the Organizers and the agents for all damages incurred, if any.
  
B. R & R of Models Shooting Contest
1. This event is organised by Nikon Club Malaysia and open to registered members of Nikon Club Malaysia. Registered members must sign in for the event  to  participate in the models shooting contest. By signing in, members participating in this event shall abide to the R & R of this event. The organisers and the Committee of Nikon Club Malaysia reserves the rights to make changes to the program or decisions on all matters relating to the event without giving prior notice.
2. Models are assigned to designated spots at a venue. Each model maybe accompanied by a crew member provided by the organisers. The theme for this models shooting contest is OPEN and no restrictions to any form of digital manipulations.
3. Specific breaks (rest) times are given to the models and members are advised to cooperate and follow to the time schedule as provided for this event. 
4. Members are free to move around the route/venue designated with models and models may change location after each break but limited to 3 or less turns only.
5. Members may contest for the prizes of the models shooting session by posting as many images as one wish to the I AM MODEL SHOOTING heading under the Nikon Club Malaysia Member Post Gallery. Please ensure each posted image is titled or labelled with an identification. Members are reminded that your user name is posted and your email can be contacted by the Club. A winner can only win one (1) prize.  Closing date is one (1) week from the date of this event for the final judging of images.
Prizes:
3 Best Pictures: Each to receive a Coolpix S100.


Coolpix S100

Seven (7) Consolation Prizes: Each is to receive a limited edition D7000 thumb drive and  a Nikon camera strap.

D7000 thumbdrive


6. Winners will be announced on the Nikon Club Malaysia website (www.nikonclub.com.my) within two (2) weeks after  the event.Decisions by the judges are final. 
7. Copyright and Reproduction: The participants must be the original photographers and own the copyright of the images posted. The copyright of the image(s) remains with the photographer.  The Organizers reserve the absolute rights to exhibit or reproduce any acceptable entries in whatever way deemed fit for exhibition and for any print based publicity and promotional purposes without prior notice, consent or payment of fee whatsoever to the contestants.

FOR  NIKON REGISTERED MEMBERS ONLY.
PLEASE READ THE CONTENTS OF THIS HAND OUT  & DISCLAIMER CLAUSE CAREFULLY.

Untuk ahli Nikon berdaftar sahaja.
Sila baca isi kandungan risalah ini dengan sepenuhnya.
A.Disclaimer: 
  
Nikon (Malaysia) Sdn Bhd, jawatankuasa Nikon Club Malaysia, pihak penganjur dan ejen - ejen untuk program ini tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan, kecedaraan yang dialami peserta ketika menyertai program ini. Dengan menyertai program ini, anda dengan ini telah membaca segala terma dan syarat seperti yang dipaparkan di website Nikon Club Malaysia dan anda juga adalah dengan ini bersedia untuk bertanggungjawab bagi sebarang harta mahupun baranga yang dibawa anda sebaik mungkin. Dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kesulitan yang berlaku (Jika ada).

B. Terna dan syarat
1. Program ini dianjurkan oleh Nikon Club Malaysia dan terbuka kepada ahli berdaftar Nikon Club malaysia. Ahli berdaftar perlu mendaftarkan diri bagi program ini di website terlebih dahulu bagi melayakkan mereka menyertai program ini. Dengan menyertai program ini, anda dengan ini adalah bersetuju dengan semua terma dan syarat seperti yang telah ditetapkan. Pihak penganjur ada berhak untuk membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis dikeluarkan terlebih dahulu. 
2. Model akan diletakkan di lokasi - lokasi yang telah ditetapkan di kawasan sekitar program ini berjalan. Setiap model akan ditemani oleh krew dari pihak penganjur. Tema untuk program ini adalah terbukan dan tiada sebarang halangan manipulasi dikenankan. 
3. Model akan diberikan masa rehat ketika sesi penggambaran dijalankan dan para peserta diminta untuk bekerjasama dan mematuhi jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran program. 
4. Para peserta adalah bebas untuk bergerak di sekitar lokasi yang terdapatnya model dan model juga akan bertukar lokasi selepas sesi rehat tetapi hanya ditetapkan kepada 3 pusingan maksimum.

5. Para peserta akan bersaing untuk merebut hadiah bagi sesi penggambaran model tersebut dengan menghantarkan sebanyak gambar ke Nikon Club Website di bawah tajuk I AM MODEL SHOOTING. Adalah diingatkan, para peserta dikehendaki meletakkan username anda perlu memastikan bahawa anda dapat dihubungi bagi membolehkan proses penghantaran hadiah dilakukan. Setiap pemenang hanya akan memenangi 1 hadiah sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah 1 minggu selepas tarikh program dijalankan. 
6. Pemenang akan diumumkan di website Nikon Club Malaysia dalam masa 2 minggu dari tarikh program berlangsung dan keputusan panel hakim adalah muktaman. 

7. Hakcipta: Peserta perlulah menjadi pemilik gambar berkenaan dan mempunyai hakcipta bagi gambar yang dihantar. Hakcipta adalah kekal bersama jurugambar namun pihak penganjur adalah dengan ini berhak untuk menggunakan gambar - gambar ini bagi tujuan pameran atau promosi tanpa pemberian sebarang notis atau bayaran kepada para peserta. 

  
  
Terms and Conditions: No conditions attached. Just bring your Nikon camera and have fun!

Disclaimer:

By signing/participating in this event, you agree that Nikon Club Malaysia, Nikon (Malaysia) Sdn Bhd and Futuromic Photo AV Sdn Bhd,  Futuromic Photo AV (North Borneo) Sdn Bhd and agents/organisers of this event shall not be held responsible or liable for any loss or damage to property, accident, injury or death, whether direct or indirectly, caused by attending this event. And you shall abide to the rules, terms and conditions of this event as posted.


Dengan menandatangani/menyertai program ini, anda dengan ini adalah bersetuju bahawa pihak Nikon Club Malaysia, Nikon (Malaysia) Sdn Bhd, Futuromic Photo AV Sdn Bhd, Futuromic Photo AV (North Borneo) Sdn Bhd dan ejen/penanjur acara ini tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan individu, kecederaan, kematian, kemalangan atau kehilangan harta benda yang berlaku, secara langsung atau tidak langsung, semasa acara ini dijalankan. Anda juga dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang dinyatakan.

  


budak yang hantar ni chubbyharusdirejam pada 11:27 AM
0 orang tak puas hati
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Berdasarkan tajuk pada banner, semua orang pun tahu aku meminati Carburator Dung.

Pelanggan Mingguan

Sayang cabi klik sini

My photo
chubbyharusdirejam
View my complete profile

hensem,berkumis dan berkulit gelap.





Terdapat beberapa elemen mistik, hantu tanpa kepala, orang bunian dan beberapa cerita dongeng orang melayu yang sentiasa ditokok tambah untuk menjadikan cerita-ceriti ini lebih kepada cerita melayu dramatik

Follow @cbhrsdrjm

FLICKER
FACEBOOK


Blog Archive

  • ▼  2020 (1)
    • ▼  July (1)
      • KEHADIRAN SEORANG PAKCIK YANG TIDAK DITERIMA BUMI
  • ►  2018 (2)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2017 (19)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  April (4)
    • ►  February (1)
  • ►  2015 (10)
    • ►  October (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (88)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (21)
    • ►  August (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (10)
    • ►  January (7)
  • ►  2012 (107)
    • ►  December (16)
    • ►  November (13)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (15)
    • ►  April (13)
    • ►  March (15)
    • ►  February (9)
    • ►  January (9)
  • ►  2011 (89)
    • ►  December (17)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (31)
    • ►  August (11)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (72)
    • ►  December (2)
    • ►  November (6)
    • ►  October (9)
    • ►  September (17)
    • ►  August (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2009 (99)
    • ►  December (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (12)
    • ►  August (18)
    • ►  July (12)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (24)
  • ►  2008 (14)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)

Membaca sambil makan keropok

Blog Kesi Rabbit
Blog Edi laki bini
Blog Orang tua KLMJ
Blog isteri orang
Blog Perempuan hardcore


Orang Skodeng Gua
Korang yang ke
Website Hit Counter
Mahu beli kamera? mahu bincang harga? mahu murah? mahu best? mahu hantar sampai rumah? cibai..

jumlah pengikut ajaran sesat

www.chubbyharusdirejam.co.cc. Simple theme. Powered by Blogger.