Sunday, May 26, 2013

SITUATION

kita ada dua situasi sekarang.
aku bagi contoh cepat..
agar engko semua mudah faham.

Situasi pertama

Umairah berjalan-jalan di shopping complex bersama pakwenya. Sedang dia berjalan dia ternampak satu perempuan cantik yang dia pernah add kat facebook tapi tak pernah tegur. Dia buat muka sombong/pandang tempat lain sambil berlalu pergi dari orang yang dikenalinya itu.

Situasi Kedua.

Kawan kepada boyfriend umairah melansungkan rumahtangga hari ini. Umairah pun follow sekali boyfriend nya dirumah kawannya itu. Dalam kereta umairah sibuk balas-balas komen kat twitter dan instagram dengan beberapa orang kawan perempuan yang dikenalinya hanya dalam laman cyber. Sampai dirumah boyfriend dia punya kawan, rakan yang umairah sibuk balas-balas komen dilaman sosial tu tadi turut ada. Tak lama kemudian, group foto pon diadakan. Umairah termasuk sekali dalam frame kamera untuk group foto tersebut. Umairah pon balik. Boifriend umairah bertanya "Tadi jumpa kawan instagram tu tegur tak?".
jawap umairah "Tak pun, sebab dia dengan kawan-kawan dia, segan nak tegur." padahal tadi umairah dah ambil groupfoto sama-sama.

Sekarang kau nampak tak REAL WOMAN 2013? Aku rasa lelaki takde pun masalah nak tegur ke tidak seseorang yang dia tak pernah jumpa tapi pernah kenal kat laman sosial. berbeza dengan perempuan kan?

Monday, May 6, 2013

Selamat Pagi

Aku datang kerja awal harini..
sebabnya aku naik transport.
kebetulan abang driver tu keluar awal and nak sampai awal harini.
Aku pun follow jek.

jam menunjukkan baru pukul 7:55AM. Memang awal macam setan. Kebiasaanya aku tumpang Haziq pergi kerja. Paling awal sampai pun 8:15am.

Sampai di gate depan abang driver menurunkan Staff dari blok depan. Aku blok tengah. so aku sorang je abang driver hantar sampai blok tengah. Kebetulan harini kawan sekerja aku yang selalu turun sama dengan aku pon ambil medical leave.

Aku hisap rokok sebatang sementara belum masuk kerja tu. Mesin thumb print pulak rosak, jadi takde hal kalau aku punch card pukul berapa sekalipon.

Office aku berada di tingkat 2, tingkat 1 Pulak office bahagian operator. Aku bahagian Data Entry.
Aku masuk pintu depan, tapi aku tak naik atas lagi. Aku fikir sama ada nak naik atau tak. Sebab aku tak tau ada orang tak kat atas. Kalau takde orang baik aku tunggu bawah je sebab opis tu memang horror sikit.

Aku duduk kat anak tangga sambil bakar rokok. Dalam hati aku fikir apasal la lambat benor bebudak opis yang lain nak masuk keja. Bosan juga kat tangga ni. Lagi baik aku naik baring-baring dulu sambil tunggu 8:30am. Masalahnya aku "segan" seorang diri kat atas tu!!

Tengah-tengah aku sedap layan Marlboro softpack. Aku terdengar bunyi kerusi dan suara staff lain.
"fuh! dah sampai tempat kerja rupanya bebudak ni!" Aku lekas-lekas hisap rokok and terus je naik ke atas. Dapat tidur 30minit pon sedap ni dalam hati aku cakap.

Setibanya diatas, aku buka pintu office dan wish selamat pagi.
Aku terkejut.
Sebab takde sorang pon kat office, dan office masih gelap gelita.
Aku toleh kiri kanan. Memang takde orang.
Aku double confirm semula. aku panggil sorang-sorang nama staff kat situ tapi memang takde.
Aku dah rasa lain macam. Aku sempat letak bag dan terus meluru kebawah.
Sebenarnya aku nak lari, tapi demi gaya dan keunggulan aku buat-buat bjork turun tangga lek lek kacang.
Padahal jantung aku macam nak putus.

Punyalah riuh kat atas tadi, tapi kenapa aku bukak pintu tapi takde orang
pulak! ahhhh...

Aku lepak bawah, jantung aku masih belum normal lagi. Aku bakar rokok lagi sebatang. Lebih kurang 20minit kemudian baru lah budak office aku sampai.Aku naik atas dan buat kerja macam biasa. Aku malas nak layan perasaan macam gini. Bior la dia. mungkin dia nak bagitahu yang dia "ada" kat office aku ni.
Lantak la.. aku tak kacau engko, harap engko tak kacau aku. Itu saja.





Sunday, April 21, 2013

Gua dah seminggu kerja.
tapi gua tak tahu apa patut gua buat setiap pagi.
maka dengan itu gua memblogging.
Harap-harap bebudak IT tak block blogger.
cukup la engko dah block friendster dengan Twitter


Tuesday, April 16, 2013

Kak Sollehah Hebak

GILEBABI NI! GILEBABI!

"Sollehah Audio
No. 1 Online Seller in Malaysia for high-end Hi-Fi & AV equipment and its Accessories
Welcome to Sollehah high-end Hi-Fi & Home Entertainment e-Store. Buy with confidence as we have been selling many leading hi-fi brands online for over 10-years. Best to email our Website Administrator (rjzarina@yahoo.com) for any queries/questions or if you want to view more photos/pictures of the items that we advertised on Mudah.my website."

Dia ni ada berjuta LP, pelbagai Catridge, Stylus dan Amp-Amp hebat! Hebak mu kak! Hebak!

Barang yang dia jual? Klik sini

#TEAMKERJAOPIS

Hari ni dah masuk hari ke 3 gua masuk kerja opis ni.
Tak dinafikan memang banyak makwe denyut kerja opis.
tapi itu bukan halangan bagi gua.
Bukan senang gua nak terjerumuskan diri dalam kancah kerja gaya hidup berkampeni, cuma taraf kewangan kat malaysia ni memaksa semua orang macam gua ni buat dua kerja untuk hidup yang lebih stabil. Jadi terpaksalah gua memilih kerja opis. at least sabtu ahad gua masih boleh amek gambo orang kawin lagi.

Gua kerja kat syarikat logistic. pada mula nya gua ingat kampeni ni ada kena mengena dengan loji air ataupun indah water. nyatanya sangkaan gua tu salah. Kampeni logistic ni sebenarnya lebih kepada simpan barang orang lain kemudia pulangkan balik. lebih kurang macam tu lah..

Gua dapat office kat warehouse cokelat. Memang tetiap hari gua baru cokelat. Sedap macam nak makan. Kalau lu nak tau yang sebenarnya cokelat2 mahal tu semua asasnya ada kat gudang gua kerja ni. Cokelat macam Forrero Roche,kit kat, kinder bueno, hersheys atau Nutella sekalipon, semua bahan asasnya adalah serbuk cokelat jenama Delfi. Baru la gua tahu. Cuma cadbury je spesial sikit. dia ada serbuk cokelat sendiri. Patut la cokelat dia rasa lain sikit.

hari pertama je gua masuk awal. hari kedua dan harini gua masuk pukul 11am sebab gua kena buat akaun bank. untuk buat akaun bank pulak gua kena renew ic. ic malaysia ni memang pundek. memang jenis puaka. konon nak grand sangat pakai chip. tapi chip tu cepat rosak. baik pakai ic oldskull yang lama laminate tu. lagi mudah dan tahan lama.

Selamatlah KDN kat setia tropika tu pantas. gua buat ic semalam, harini dah siap.
cepat kan?

Apapun, doakan kejayaan gua dalam industri team kerja opis hour ni.

Monday, April 15, 2013

Ekspidisi Bukit Sisik

Sebenarnya aku tahu engkorang akan cakap "Eleh pegi bukit jek?"  "lahh bukit je ke.. ingatkan panjat gunung kinabalu" " Eh budak gemok boleh mendaki ke?" dan pelbagai lagi cemuhan orang bangsa kite ni yang tak berapa happy sangat tengok kita bergembira sikit. macam la dia best sangat.

Sebenarnya ekspidisi bukit sisik ni last minute punya plan jugak. ecely sebelum obscene lagi diaorang ni dah planning cuma aku cuma catch no balls.. last-last jadi jugak tu pon aku confirmkan 4 hari sebelum bertolak.

Bukit sisik ni letakkan di kawasan Air Terjun kota tinggi. Perjalanan mengambil masam cuma dalam lingkungan 45minit kalau jalan biasa, 15minit kalau lumba lari. Perjalanan juga boleh tahan mencabarnya.
Sebenarnya inilah kali pertama sepanjang hidup aku pergi mendaki. Dan ini merupakan petanda sejarah terbesor dalam hidup aku kalau engkorang nak tahulah kan..

Ekspidisi ini dianggotai Aku, Lyn, nina, minah, kobis, kamen, adik_ziha, kimi, rozman dan noh. Ketua kumpulan kami dengan tidak sengaja dijawat oleh Kimi. ini kerana kimi je yang dah banyak kali naik Bukit ni. Segala struktur mukabumi kat bukit sisik ni memang makanan dia dah. Power tak power lah kan.

So far aku seronok sebab aku tak pernah masuk hutan pertamanya. Apis pon tak pernah kena pacat tapi haritu 3 orang sekali terkena pacat. yang paling champion memang adik kamen la. pacat dia dah hisap darah sampaikan dia dengan pacat tu dah sama besar sizenya. memang champion.

Aktiviti malam kami dipenuhi dengan makan, makan dan makan. Lepas makan semua terbongkang. Tinggalkan aku seorang meredah hutan tu sorang-sorang sebab tak boleh tidur. Memang lepas ni aku tak percaya noh dengan kimi sebab dia janji tak kan tidur pada malam tu sudahnya aku sorang je yang tak tidur. Dalam hutan, aku tidur luar, kemudian tak boleh tidur. Mencabar kan?

Yang lagi buatkan ekspidisi bukit sisik ni lebih mencabar adalah Hujan. Hujan yang lebat maksud aku. Aku tak pasal-pasal tido masuk khemah budak pempuan. Hujan makin lebat, khemah masuk air. Tapi yang aku hairan Lin tetap tidur sehinggga mengences. Memang jenis tidur macam syaitan.

Aku berkhemas satu malam, dan esoknya balik dengan berpeluh-peluh sekali. Puas jugak aku hayati keindahan alam semesta.
Mummy Lyn amat bijak dalam memilih jenis beras

Ini lah ketua kumpulan kami. Kimi namanya. Bukan Kimidex pakwe Ckin dolah.

Sudah membeli belah. Kami rasa bahagia.

Ini adik kamen. Ziha mesti suka kalau tengok ni.

Kalau perati lama-lama si apis ni, mula lah nafsu amarah aku naik.

Nomel nomel

Aku marah kembor dua orang ni. Sebab dah 3 jam dia cuba pasang khemah tapi gagal.

Tak silap aku, kat kedai nama buah ni  Nenas kan? tapi disebabkan dalam hutan, aku tak tegur.

Pacat pertama yang singgah di kaki sang teruna. Teruna ke?

3 gadis Pingitan.

Ayam kangkang.

Nampak lucah tapi itulah kenyataan, kat hutan pon masih inginkan makanan barat.

Dah ramai wanita johor bahru tumpas dengan Senyuman manis Kimi/

Kami dah mahu pulang. Kami rasa bahagia.


Kan? betul kan aku cakap? Mudah naik nafsu amarah tengok apis ni.

Inilah yang dikatakan Feel The Nature

Thursday, April 11, 2013

Fali



Gua apply kerja kat tempat kerja Mira aziz.
Kemungkinan besar isnin depan gua dah start kerja.
tadi mira aziz call mintak Original Result SPM dengan Gambar.

Gua pergi kedai fali untuk ambil gambar. Fali adalah kedai gambar yang satu-satunya menyediakan perkhidmatan developt film dengan murah dan cantik. Fali adalah kedai cina. seorang cina tua yang berusia lingkuangan 60an. Dalam masa yang sama, gua developt film sekali.
Gua rushing. jadi lepas gua ambil gambar gua terus je blah.

Sampai rumah gua telitikan gambar gua tadi.

Memang cilake fali ni.
Kejadah apa gambar untuk mintak kerja pakai earring?


Bubar Parlimen

Sejak parlimen bubar ni memacam pulak email masuk.
Sms jangan cakap. kat wassap pon sama.

Gua tak berminat dengan politik. dan mungkin sampai tahun ke 400 hijrah pon gua tak daftar mengundi. Gua tak tahu parti mana yang elok dan cocok buat gua. Gua cuma harap parti kat malaysia ni pandai ambil alih negara. Tak kira lah parti apa sekalipon.

Semua parti bagi gua tak ada kurangnya. ada cacat dan celanya.
Company kecik macam warong pak itam pon ada politiknya. Ada yang betul ada yang tidak.
Dalam dunia ni mana yang perfect kan?

Cuma satu email ni gua tertarik.
dia kasi link video kat facebook.
Gua nak share. tapi adegan dalam video tu lebih kepada Brazzer dan Punyumunyu.
Jadi gua share kat blog je la.

Pada firasat gua ini MUNGKIN benar. Tapi kalau tak benar pon gua apa kisah. Cuma gua salute jugak la siapa yang dapat edit video ni sampai ke tahap ni.
Stay tune, jangan tahan kencing.



                                Kalau nak tengok muka direct, pegi ke minute 10:58


                                               dan ini orang yang disabitkan dalam video ni.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal orang ni. Pegi google "Mustafa ali". Aku pon baru tahu dia ni siapa.

Tuesday, April 9, 2013

Skate Comp

Sebenarnya event Skate comp adalah event yang paling rare nak mampus untuk aku join.
Satu sebab aku memang tak pernah/tak berpeluang main skate seumur hidup. Satu lagi sebab aku tak suka sukan ekstrim. Maklumla, aku ingin menjaga bentuk badan unggul yang sedia ada pada aku sekarang ni. atau dalam kata lainnya bentuk badan yang menjadi kegilaan ramai.

hai kepala bana betul.

Event skate comp pada kali ni anjuran kengkawan aku sendiri. jadi secara tak lansung aku pon join sekali. Support member-member. Sebenarnya skateboard pon salah satu cabang seni jugak kalau engkorang nak tahu. Seni papan seluncur. Tak semua orang boleh main skate. dan tak semua orang skate boleh main.
Aku pernah juga naik atas papan skate ni namun papan skate yang gagal menampung aku.

Apapun aktivi skateboarding ni sebenarnya satu aktiviti sukan yang hebat dan menyihatkan badan walaupun pada umumnya memang banyak jatuh-jatuh. tapi bagi aku semua tu passion seseorang tu jugak. So no mattter what you do. you do it with pride. amboih.

Aku tak tahu apa pantang larang semasa main skate ni. yang aku tahu, rupa-rupanya photographer tak dibenarkan pakai flash menjolok mata sehingga mengganggu konsentrasi pemain skate itu sendiri.
sorry.
\
kawan aku yang main skate tak ramai. ini antaranya

kobinasi gagal

pasangan skateboarders paling intim. mereka telah berumahtangga 2010.

ini je gamba yang aku sempat ambil rasanya.

\
Duck face

Apahal ambil gamba pejam mata? apahal?

Dubuk Face

Serati Duck Face

Thursday, March 28, 2013

Neraka

Hellexist dah record 6 lagu.
Semua 6 lagu ni ada install dengan bacaan panji-panji alam.
Jika betul-betul nak dengar resultnya, engkorang kena bersedia dengan kengerian tahap cipan yang bakal engkorang rasa dari track 1 hingga akhir.
Pasti engkorang akan menitiskan air mata even Air ketuban dengan setiap hentakan drum, deruman bass dan lemah longkai scalling pentatonic dan appregio. Pehh.. Pawer macam setan punya ni.

Recording habis seawal 5am tadi, drummer kami Ajen yaini adik kepada nas plague of happines nampaknya kejamg urat mata semata-mata nak menyirapkan single terbaru hellexist yang bertajuk "siulan anak muda".

Dapatkan dari wakil-wakil khas kami. Kalau pegi kedai kaset kota tinggi mungkin takde stok lagi wat masa ni. Siapa nak boleh direct roger gua.

"Sesungguhnya neraka itu u'jud!"

Monday, March 25, 2013

10 tahun

Aku Kat tioman, tersadar dari mimpi. Mimpi aku kali ni memang kepala bana sikit. Bukan mimpi hantu atau orang minyak. Bukan jugak mimpi nombor ekor. Tadi mimpi back tu the 10years ago. Shit

Bangun-bangun tido aku terus fikir. Kalau betul-betul aku balik ke 10 tahun lepas. Terus aku x lena tidur.

10 tahun lepas, aku tak kenal kesi, kemal, lyn, mira dan jugak timi fahmi.

10 tahun lepas aku masih form 5, masih jinak-jinak pergi gig, lepak kampung. Tiap malam duduk tembok sambil main guitar lagu-lagu dalam album XPDC-Metal 60s. Dan tengah show off kat member-member yang mana-mana masih belum dapat lahi power chords lagu Suffer-Cromok dan Smile like teen spirits-Nirvana

10 tahun lepas aku takde computer, motor, kereta dan telefon bimbit. Aku tak ada akaun Gmail yang pada zaman tu kena invited person saja baru leh buat akaun gmail bukan macam sekarang yang korang boleh sign in account baru tetiap hari. Aku ada yahoO masagger dan yang paling best cuma Mirc saja.

Aku mula takut bila fikir-fikirkan..

Tapi bila aku semakin fikir, aku senyun kejap. Kalau aku balik pada 10 tahun lepas pun, banyak faedahnya. Aku ada skills 10 tahun akan datang! Confirm-confirm saiful nang kat bawah-bawah aku je, confirm-confirm dalam hadcore history nama aku ada, dan confirm-confirm scebe punk aku tak poser. Pegghhh.. Banyak benefit dia jugak ni!!

Dan antara yang paling best adalah, kalau aku balik ke 10 tahun lepas, aku nak pergi skudai kiri, dan aku nak jaga hati makwe lama aku elok-elok supaya 10 tahun akan datangnya aku masih dengan makwe lama. Hai cilake betul.

Yang pasti, kalau benda ni benar-benar berlaku, aku dah tahu bila tsunami, bila gempa bumi, jalan cerita semua movie dan apa akan berlaku lagi 10 tahun lagi.

Power!

Saturday, March 23, 2013

Panggilan Pulau vol 1

Sebenarnya aku memang suka plan last minute. Plan yg last minute ni majoritinya lebih suksess berbanding plan yang berkurun-kurun lama.

Aku namakan plan last minit aku ni "Panggilan Pulau vol 1."

Plan last minute aku ni ditetapkan minggu lepas dan pergi minggu ni. Trip kali ini adalah pulau tioman. Sedih kan dah umur 27 tahun baru nak jejak ke tioman?

Sekarang ni aku rasa confuse, aku ni nak pegi pulau atau nak pergi pesta makanan. 1/4 beg aku dipenuhi jajan je. Yela kan, nama pun plan last minute. Duit pun last minute, jadi terpaksa tapau makanan murah-murah bawak ke sana.

Gambar akan menyusul kemudian. Chow!

Get a life

Kamon.. Dah 2013 ni.
Jangan la buat perangai 2010 lagi.
Get a life
-_-"

Thursday, March 21, 2013

Hosmet



Hari pertama aku pindah rumah. 1bulan rumah tak ada tong sampah. aku beli tong sampah dan satu plastik besar plastik sampah hitam kedai RM2. aku letak tong sampah tu kat sebelah pintu masuk dapur. Sampah penuh. 4bulan straight aku tukang buang sampah yang dipenuhi dengan sampah sarap dari housemate yang punya bilik tapi tak mampu beli tong sampah. Aku fade-up dan harini aku ambil tong sampah tu bawa masuk ke dalam bilik. 8 jam lepas tu housemate aku jumpa aku.

"Chab, mana tong sampah?"

Aku jawap cara sarkastik.

"Tong sampah aku bawa masuk bilik aku. Kenapa?"

Housemate jawap.

"Ohh, i nak buang sampah ni."

Housemate masuk terus ke bilik aku, dan buang sampah ke dalam bakul sampah yang letaknnya dalam bilik aku. Dan keluar semula dan terus on pc sambil main judi bolasepak. Dan pc itu juga kepunyaan aku.

Aku berpeluh kecil dan mata aku nampak redup macam dalam komik anime jepun.

_____________________________________

Menetap dirumah baru, invironment juga harus baru. Itu bagi aku. Jadi aku beli langsir supaya rumah aku nampak sikit rumah manusia. Aku tak minta duit sesiapa untuk beli langsir. Kebetulan mak aku ada langsir belen-belen dan aku letakkan ke setiap penjuru rumah. Aku ada TV , dan aku ada pemain DVD milik rina aziz. Dia selalu lepak rumah aku, dan dia hadiahkan DVD player dirumah aku agar dia juga senang untuk menonton movie kegemaran.

Housemate balik. Bawa banyak DVD cetak rompak. Housemate layan DVD sambil baring. Setiap hari aku akan kemaskan DVD yang housemate tonton dan letakkan semua DVD itu kedalam laci pada rak TV. Di rak TV ada 5 buah laci. Satu aku gunakan untuk letak barang yang tak guna, dan harini 4buah laci itu telahpun padat dengan DVD yang dibeli oleh housemate yang amat gemar menjadikan DVD cetak rompak sebagai koleksi.

Harini, aku malas kemas tempat DVD. Mira datang rumah dan rimas dengan situasi tu dan tolong aku kemas semua DVD yang berselerak. Malam itu housemate balik.

"Chub, u nampak DVD kat atas rak TV. DVD tu i beli semalam tetapi belum sempat tengok"

Aku jawap cara sarkastik

"Entah, kucing main kot"

Housemate jawap

"Oh, patut la DVD i banyak hilang"

Selama housemate duduk rumah ni, dia tak sedar pun DVD dia semua aku letakkan dibawah rak TV. Dan dia percaya, DVD yang dibelinya hampir 100pcs semuanya hilang disebabkan dua ekor kucing.

____________________________________

Aku sakit-sakit badan tengok TV sambil baring. Aku cadang nak share dengan housemate beli sofa murah kat tepi banggunan Mydin.

"Lingdan, jom donate bela sofa"

Housemate jawap

"Nak beli sofa ke chab, macam tak payah je"

Aku tanya lagi cara sarkastik

"Oklah, tak payah beli sofa. Donate beli carpet je, atleast boleh baring-baring tengok DVD"

Housemate jawap

"Tak payah la chab, macam membazir je"

Aku berpeluh lagi. Aku pergi bundle malam tu. kebetulan ada carpet murah kat big bundle Taman Johor, aku beli dah letakkan depan TV. Malam itu aku keluar bilik, housemate tengah baring depan TV sambil pekena Nescafe panas layan cerita hantu mak limah DVD rip. lepas satu cerita, dia tukar cerita lain. Aku peratikan je. Kemudian aku lekas-lekas masuk bilik dan tumbuk-tumbuk bantal sampai kekabunya semuanya diterbangkan angin.

_____________________________________

Aku kerja nak disiapkan. Banyak gambar pengantin yang perlu aku edit.
Housemate tekan bell menyuruh aku buka pintu. Aku bukan pintu dan housemate belikan aku air teh hijau jenama pokka. Aku senyum dan ingin sambung kerja semula. Housemate menyapa.

"Chab, pinjam pc kejap, i nak buka internet kejap"

Aku angguk-angguk dan meneguk air.

Selang setengah jam, aku mendapati housemate bermain dota. aku menyapa housemate. Aku nak pakai pc semula untuk sambung kerja. Housemate bangun dan berdiri sebelah aku sambil hisap rokok.

30minit sudah berlalu, housemate masih berdiri menghadap sebelah aku dan bakar rokok.

Aku jeling, kemudian aku bangun dan dia cepat-cepat duduk dan sambung main dota. Aku masuk bilik dan tumbuk-tumbuk bantal. Tapi kali ni kekabu bantal dan tak ada lagi.

_____________________________________

Sekarang aku sedar. Apa yang aku buat semuanya salah. Sepatutnya aku tak patut letakkan Tong sampah, TV, DVD dan PC kat ruang tamu. Dan aku sedar aku jugamemiliki housemate yang salah.

Tuesday, March 19, 2013

Gundam

Mira dapat buah tangan dari kampeni tempat kerja dia.
Tukang hantar buah tu call dan pada masa tu kebetulan mira ada kat rumah aku.
Mira suruh budak penghantar tu menghantar buah tangan itu kerumah aku.

Budak penghantar menghantar satu bakul berisi buah-buahan tempatan. Mira sign dan budak penghantar pun pegi.

Dalam bakul tu berisi anggur, oren, pelam dan betik. Aku tempting betul tengok pelam. Warnanya kekuningan, mesti isinya sedap dimakan.

Aku minta mira satu pelam, dan nak makan dalam bilik.
Aku masuk bilik dan cari pisau.
Aku tak sabar nak makan pelam tu, dan aku hilang sabar cari pisau.

Aku pandang pada shelf kat atas meja turntable.
Aku terpandang gundam.

Aku takde pilihan lain.

Aku potong pelam pakai pisau gundam. Habis potong, pisau tu pun patah. Aku letakkan kembali elok-elok kat tangan salah satu gundam aku.

Aku makan pelam sambil berlinang air mata.

Teruknya.. Sampai pisau pun aku takde kat rumag ni.

Sambil teresak-esak. Aku makan pelam tu pelan-pelan. Air mata masih basah dipipi.

Sekian.

asot

Majoriti kengkawan terdekat aku mempunyai 2 scene yang berbeza. Kalau dia tak kaki suka clubbing atau trance, dia mesti kaki gigs and concert. ada sebahagiannya pula memang party boys tapi still layan gigs or concert. Bergantung pada minat masing-masing la kan. Memang aku seronok hidup dalam karektor manusia yang berbeza-beza. banyak dapat belajor tau!

Ini berkaitan A.S.O.T (A Sound Of Trance)

Rata-rata yang pergi semua cakapa event ni terbaik! Mau taknya, banyak-banyak negara, malaysia dipilih menjadi negara rasmi untuk menjayakan ASOT kali ke 600 ni!! Gilebabeng, Lollapalooza pun aku rasa tak sampai ke tahap ni. Woodstock pon tak capai lagi rasanya. Jadi ini membuktikan bahawa scene trance lebih masyuk dari scene rock dunia. kah kah kah.

Apa yang buat aku hairan, dan aku rasa sedikit muskil. pasal event ASOT ni. Aku baru dapat berita dari kengkawan yang pergi, dalam event ASOT ni dan mengorbankan 17 nyawa 5 koma. WTF. ini event bunuh membunuh ke? Aku mulanya naik marah dengan berita ni. Mau taknya, orang nak have fun, apasal sampai ada orang terbunuh? Po tak percaya pasal rumurs ni. aku pulak percaya tak percaya je. sebab scene ni bukan scene aku. aku tak tau apa-apa. aku cuma dengar cerita je.

Aku pernah pegi gig Black metal zaman aku remaja dulu. Memang ganas macam setan gig tu. Seram betul bila aku tengokkan gelagat sorang-sorang. Ganas, seram, dan menakutkan. Tapi takde pon orang mati??

ASOT ni merangkul jumlah crowd paling banyak kat malaysia ni. Lebih kurang 30k. Jadi kemungkinan besar  kematian disebabkan pil khayal, minuman keras, ataupun dadah yang berlebihan, ataupun disebabkan terlalu sesak dan padat kat kawasan tu. tapi yang nyatanya, rata-rata kat situ memang dalam keadaan separa normal. maybe itu fun cara dia.

Yang aku hairan, event sebesar tu yang mendapat sponsor yang maha hebat, dengan DJ yang maha power dan sound system yang maha mantap. tetapi pada pergi badan bantuan dan kecemasan yang maha ramai? at least, mungkin boleh membantu sikit dalam kesesakan orang ramai tu pelbagai jenis bantuan. Mana pegi badan yang bertanggungjawap bagi memastikan event berjalan lancar? masa bentang kertas kerja dan buat sesuatu event tu takde ke satu perihal bab Keselematan?

yang aku lagi hairan dan hairan lagi. event trance 30k tu cuma melibatkan satu trak polis dan satu van ambulance.
Nice.




Nice.

Sunday, March 17, 2013

Catch No balls!

             

 Kawan ni, ada jenis yang memang boleh pakai. ada jenis tak boleh pakai lansung. ada jenis boleh pakai sikit-sikit, ada jenis boleh "pakai" pon ada. ada jenis meman macam pakaian, hari-hari bertukar. Dia sebenarnya susah nak ungkap guna bahasa cover line ni. Senang cerita macamni la. ada jenis kawan yang baik, ada jenis kawan yang pundek. Kawan yang baik ni nak carinya senang, kadang-kadang berkawan dua tiga hari pon dah leh jadi baik dah. kadang-kadang tak pernah jumpa, kenal kat twitter, pon boleh jadi kawan baik jugak. Cuma, baik dari segi macamana tu kita nak kena tahu tu.

              Aku bukan cakap aku ni jenis kawan yang baik sangat lah. Cuma aku jenis tak suka masuk campur sangat urusan-urusan kengkawan aku yang lain, lebih-lebih lagi yang melibatkan privacy setting. Aku pun secara sedar atau tidak, ada juga mengumpat kengkawan yang lain. What goes around comes around. Masalah yang aku hadapi sekarang ni adalah kawan yang mengumpat lalu menimbulkan fitnah pada diri orang lain. ini yang masalah. tapi masalah macamni rasanya aku dah hadapi zaman aku bebudak dulu. zaman tu sikit2 nak gaduh mulut. sikit-sikit nak bertumbuk. tapi itu dulu..

              Aku ni umur dah 27 tau. Aku dah tak suka sangat ambil port benda-benda remeh temeh. lagi-lagi pembawakan mulut ke mulut yang lama kelamaan menjadi satu batu penghalang dari sesuatu kepada sesuatu.  Catch no balls bak kata heh samer. Kalau kita rasa matang, uruskan cara baik. berbincang atau bertanya. Pada aku itu lagi elok dari sarkastik macam orang lain takde rupa. Berhujah sana sini macam orang lain takde diploma dan degree. lagi baik sesuatu itu diuruskan dengan cara yang lebih baik dan professional.
Kamon, Orang sulu dok tengah sibuk susun strategi nak serang malaysia. kita orang malaysia ni tak habis-habis nak tumbangkan antara satu sama lain. Mana pegi ironinya?

            Sebenarnya aku penat ni. Penat hari-hari basuh najis kucing. aku rasa dah tak larat. Sesiapa yang forever alone nak bela kucing sila roger aku. Sekor anak dan sekor emak. kena ambil dedua. Aku nak bela seekor je. Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen.

Muah muah.

Tuesday, March 12, 2013

paham?

photography ni passion engko tau tak..
macamana ek aku nak bagitahu engko.
dia sebenarnya bukan minat-minat biasa..
mungkin bagi aku la, tak tahu la bagi engko.

apa yang engko nampak, dari mata engko, kadang-kadang engko tak perasan benda yang engko nampak ni satu benda yang gilebabi cantik, menarik, dan artistik. tapi kadang-kadang dari benda photography ni engko boleh nampak semuanya.

bukan senang nak paham kan?

takpela, mungkin gambo dibawah akan akan buat engko paham.






Jadi sekarang engko paham?


Monday, March 11, 2013

KLMJ = KONTOL LALU MENGUSIK JIWA

Sengaja aku bukak2 CD bekap lame-lame..
tak sangka pulak terjumpa gambo ni..

KLMJ



Bunian

Aku mengamuk harini.
aku tak mahu pandang PC.
aku tak mahu jenguk dapur.
aku tak mahu pandang tong sampah.
dan aku tak mahu tengok tempat simpan kasut.

aku kusut. aku malas. aku menyampah.

Aku sebenornya hairan dengan siapa aku hidup selama ni.
adakah dengan manusia biasa ataupun haiwan?
Ye betul, aku memang hidup dengan 3 ekor kucing kampong biasa.
kucing kampong ni sepatutnya watakkanya seekor kucing yang hyperactive dan lebih bijak.
mungkin kucing kampong aku ada kacuk dengan kucing-kucing bandar sikit.
sebab tu perangai dia ada beza sikit.

Yang aku nak ketengahkan, bukan kucing kampong aku tadi.

Aku nak ketengahkan tentang roomate aku yang rumit.
Rumit sampai aku rasa nak pijak kepala bana dia.
Rumit dan Burit.

Satu harini aku cuma maki-maki je.. Berdosa sangat aku rasa harini.
aku maki pada manusia. manusia yang otaknya ada tupai aku rasa. yang ada banyak bakteria dan mahlok perosak dalam otak dia.

Aku ni seorang yang pemalas untuk kemas rumah. bahkan aku juga malas nak buat rumah aku bersepah.
Rumah bujang yang bersepah sebenarnya contoh yang tak baik bagi sesiapa makwe yang datang kerumah samada untuk datang melepak mahupun membuat aktiviti-aktiviti kemaksiatan bersama pakwenye. Aku tak suka bila kawan aku datang dan dia tak selesa berada dirumah aku. dan aku juga tak selesa balik rumah penat2 kemudian aku mendapati rumah aku tak ubah seperti pasar karat. Aku tak suka faham tak. aku tak suka.

engko tak pernah ke rasa best bila balik rumah, keadaan rumah engko bersih, DVD tersusun rapi. Rumah bau wangi, Lantai bersih, rak kasut tersusun. Kan ke heaven balik rumah macam gitu?? 
Harini aku balik rumah, aku tengok rak kasut aku dah bersepah sepah,meja makan aku penuh dengan barang2 rokok eletrik, Tempat TV aku pulak bersepah dengan DVD bebukan.
Aku tau ini bukan kerja kucing kucing aku. sebab sebelum keluar aku akan letak kucing kucing aku kat dapor supaya rumah aku tak berserak. ini kerja manusia!!

ini lah bahana bila duduk serumah dengan manusia yang takde otak. yang pengotor. yang takde rasa nak jadi manusia normal. suka duduk dalam longgokan sampah sarap. dan suka tidur dalam timbunan mee dan nasi goreng berulat. 

aku malas nak taip pepanjang. aku rasa engkorang pon paham keadaan sakit hati yang begini.