Thursday, February 16, 2017

Diet

Hah. Ini menu diet "sihat" yang selalu bini aku masakkan untuk aku.
Sengaja aku kongsikan disini sebab last time, ada 3-4 orang kawan dari twitter tanya aku soal diet.

Aku bukannya pakar sangat pon, tapi yang aku pilih untuk makan ni (walaupun sbnrnya bini aku yg pilih) adalah menu paling ringkas dan senang jumpa kat mana-mana.

Permasalahan kita (sila baca: orang melayu), kita tak suka benda complicated. Kalau kita refer google atau resepi-resepi makanan sihat, sometimes dia ambil masa yang lama untuk penyediaan.

Menu-menu dibawah, ringkas, simple, senang masak. takpayah bergaduh laki bini.



Ciku,Rock melon. Ni favourite Fruit aku. Manakala Telur rebus 3 biji dan salad ni sebagai pemenuh rasa. So far aku makan lunch ni je alhaldulillah bertahan sampai malam. Malam dalam 8pm biasanya aku akan makan lagi benda2 ringkas ataupun aiskrim (sepatutnya xleh makan aiskrim)

Bini aku memang memahami, Bendi ni juga sayur kegemaran aku. Aku boleh makan seberapa banyak tanpa jemu. Dada ayam grill tu aku makan dengan sis barbeque.

Ni Roti dari Konjac. Konjac ni pembuat makanan low calories. Bini aku jual benda ni. Roti Konjac, tomato, salad, slice chicken with Cheese. Umphhh sedap!!


Seminggu sekali aku akan pekena salmon, kadang2 dua kali. Tengok pada selera dan harga salmon yang kejap murah kejap mahal nak harom. Kacang pis hijau tu sedap kalau dia basah2.
Aku merungut kat bini aku, dada ayam kecik sangat. So dia bekalkan aku lebih. Dengan roti Wholemeal Bread + egg. Dan Kacang panggang.


Aku tahu, maybe kadang takde selera nak makan sayur 24 jam. Jadi aku hisaplah rokok sebagai pembuka selera. Huhu

Wednesday, February 15, 2017

Garit

Berpeluh peluh aku cari parking, kawasan taman perling ni parking dia memang sumpah haramjadah sikit. Lagi-lagi waktu lunch hour. Kalau engko rasa Fattah amin tu lahabau, yang ni 10 kali lagi lahabau.

Aku tak begitu sihat hari ini. Aku decide untuk ambil MC. Company yang aku kerja ni, tak bagi aku medical card. Jadi urusan klinik. ubat-ubatan haruslah aku dahulukan dengan duit sendiri. Aku pula tak begitu banyak wang, jadi aku terpaksa juga pergi ke Klinik Taj di Taman Perling untuk dapatkan Ubat dan MC yang murah sikit dari Klinik lain.

Aku takde pilihan, aku terpaksa parking berhampiran tempat motor. Aku tahu aku salah, aku cuma perlukan at least 10minit sahaja untuk parking. Dan aku terpaksa parking disitu. Walaubagaimanapun, aku tidaklah parking sehingga menganggu pengguna motosikal.

Selesai aku parking, ada sebuah Produa Kelisa parking belakang kereta aku. Pemandunya seorang cina tua yang terkial-kial untuk masuk gear. Aku abaikan pakcik tadi, aku terus menuju Klinik.

Selesai ambil ubat dan MC, aku segera ke tempat parking kereta semula. Aku kena cepat, aku takut aku kena saman MBJB. Kebetulan Majlis Bandaraya Johor Bahru ni memang terkenal dengan sifat tegas dan garang. Tengok sahajalah karya Earnest yang dia padam dan digantikan dengan karya Ah long tempatan ni. Cukup membuktikan bahawa MBJB memang cekap dan kepala bana.

Aku lihat dari jauh, pakcik tua tadi kembali ke keretanya, kelihatan dia mahu keluar dari kotak parking. Tiba-tiba "Duuppp", dia gesel kereta aku.

Aku dengan wajah tenang, menghampiri kereta aku dan pakcik tua tu. Aku tak marah. Sikit pon tak marah. Sebab aku kasihan, dia seorang tua. Mungkin matanya sudah tak nampak. Bergarit kesan calar di kereta aku. Pakcik tau tu masih lagi mundar mandir dalam kereta. Dia seakan buntu bagaimana cara nak keluar dari kotak parking. Aku masih berdiri sahaja betul2 sebelah bumper kereta aku yang bergarit tu. Aku menjengah kereta pakcik tu dan buat isyarat yang kereta aku calar dan aku adalah owner kereta. Aku cuma guna bahasa isyarat je kerana pakcik tu tutup ke empat empat tingkap keretanya

Tiba-tiba, pakcik tu terus tekan "lock" pintu kereta. Eh kenapa pulak, ingat aku nak samun dia ke?

Then aku abaikan, aku catch no balls.



Aku masih berdiri. Dah 5 minit ni pakcik tu mundar mandir. Aku tunggu sebab aku ingatkan pakcik tu akan keluar parking dan parking depan sikit untuk settlekan hal dia langgar kereta aku ni. Aku siap bagi isyarat macam petunjuk untuk memudahkan keretanya keluar.

Tak lama lepas tu, dia berjaya keluar parking. Ya tuan-tuan dan puan puan, pakcik tu berjaya keluar parking dan terus pergi meninggalkan aku tanpa sepatah kata pon.

Aku masih berdiri. Aku jadi blur.

Kereta aku bergarit, Aku tolong pakcik yang tukang garit kereta aku. Dan pakcik tu blah.

WHAT THE FUCK IS GOING ON???

Kerata bergarit nampak kesannya, Hati bergarit tak siapa yang tahu. Begitulah perasaan aku sekarang ni.

Monday, February 13, 2017

Repost entry 2012

Wan mijer gigih keluarkan iphone 4s beliau nak menunjuk2 pada aku..
Tanya dia : fuhhh...mantap!

Aku jawap: ohh ini sarah fauzan, kawan aku. 
Tanya dia: fuhh jambu gila.

Aku jawap: kau cuba simbah muka dia dengan teh o beng, bila luntur mekap dia mesti kau tak selera.
Tanya dia : tak apa, cleavage lebih penting dari paras rupa?

Aku jawap : sudahnya bila kau simbah, tisu dalam sarung marukalnya pun turut basah dan sikit demi sedikit cleavagenya juga akan susut.
Tanya dia : oh yekee... 

kami ketawa, berdekah-dekah. Kemudian, kedengaran azan asar berhampiran kedai Mijer.
Kami berdua terdiam. Ambil wudhu dan terus solat

20 september 2012

Kakchom Hikers Logo

Jadi, hasil editing dan idea dari google, terjadinya  logo dibawah.
Mungkin kita akan buat keychain, stiker, kain lampin, airbrush dan sebagainya.
Siapa nak sticker percuma, kena join hiking okey!






Sunday, February 12, 2017

Hardcore Punk Runners!

"Setiap selasa, cari aku kat nongchik riverside"

Memang aku jawap mcmni je kepada semua orang yang tanya macamana aku boleh start berlari / jogging.

Mana pernah aku suka dengan aktiviti penat-penat ni, tapi demi kesihatan dan demi masedepan (?), aku cuba berusaha jadikan diri aku sihat sikit. Jadi, sukan yang aku pilih adalah berlari.

Tean Treximo dah bertapak sejak 2015. Konsep Team Treximo lebih kepada fun run dan mengajak semua orang berlari agar sentiasa sihat dan cergas. Ikhlas definisinya.
Dan senang hati aku ceburi sukan ni bersama team ni. Aku boleh kata, aku sentiasa happy tiap kali berlari, kawan-kawan disana juga jenis happy go lucky. Kami bahagia. 

Sudah hampir setahun aku teruskan minat berlari aku ni. Dari aku duduk tempat 10 belakang, sampaikan aku boleh jadi sweeper untuk jaga orang belakang. No, aku bukan cakap yang dulu aku lari lambat sekarang aku lari cepat sangat. Pace aku sebenarnya tak pernah jejak 7". Paling cepat 7.45". Senang kira 8" sahaja. Standart pace untuk semua orang. Dari pace 10-11" sampai ke pace 8" pada aku itulah pencapaian terbaik aku. Aku cuba kekalkan, dan ia sebenarnya baik untuk jantung aku dan kesihatan aku insyaAllah.

Kekerapan aku berlari, sedikit sebanyak mendorong kawan-kawan aku yang lain untuk berlari juga. Masakan tidak, aku seorang lelaki gemuk yang mempunyai berat lebih 100KG mampu berlari, kenapa engko tidak kan? Ada kawan rapat yg nak join aku sebab aku lari, ada yang bukan disebabkan aku pun tapi dia cuba lari. Jadi aku perasan ramai juga kawan-kawan aku yang dah start berlari di timeline aku. Aku gembira makin ramai kawan-kawan yang sedar kebaikan berlari selain aku. 

Dalam scene hardcore punk, kesihatan tu merupakan salah satu dari unsur-unsur seorang Punk. Aku tak describe diri aku sebagai Punk sebab aku masih lagi belum yakin dengan tanggungjawap itu. Namun, kawan-kawan hardcore punk, semakin ramai berlari dan menjalankan aktiviti sihat. Yang biasa aku nampak diaorang update aktiviti sukan adalah Reza Compulsion to Kill, Amri Matahari, Kesi Kasedah, Dipansiar, Yunie Minami, Iyan loser dan baru-baru ni Nobit Taib Andak. Power memang power. Mastika tak nampak semua tu, yang mastika nampak bebudak pakai underground baju hitam ada gambar salib terbalik ni semuanya black metal bakar Alquran. Tak berguna. Hisap dadah dan sebagainya. 

Gampang.

Hari ini, Vokalis band aku sendiri iaini Jimbo Parkinson/Hellexist yaini seorang Fulltime Father/Grinder/Punker bersama Johntoz Barber mantap Desa Jaya,muat naik  gambar larian dia 5KM. Aku pernah tanya dia dulu 5KM ni dia lari ke berjalan (Dulu-dulu dia jalan), tapi dia kata dia lari straight! Fuhh, aku bangga. Aku bangga line up aku cekal sampai ke tahap ini. Aku harap semoga jim terus berlari dan mengamalkan gaya hidup sihat dan kaklin pula akan sediakan menu sihat yang baru untuk PM Cafe (ok aku dh mula boring sebut ayat SIHAT ni). Baru lepas ni Hellexist boleh buat show 5 jam tanpa semput. All hail!

(NOTAKAKI : Aku risau Wak kenchana je ni, Dia semakin galak beli CD game ni, kah kahkah)


Selamat Tinggal Lan Buyut

Perginya seorang sahabat yang di sayangi.

Aku dengan Lan bukanlah serapat sahabat baik. Tapi, sepanjang perkenalan kami, kalau nampak di traffic light pon kami horn sesama sendiri sambil tunjuk jari Rock, kalau terjumpa kat Mall kami sanggup patah balik untuk berbual walaupun tak sampai 5 minit, cucuk perut sesama sendiri antara teknik gurauan antara kami, tiada sedikit pun kata-kata dia yang menyakitkan hati atau buat aku atau orang lain marah.

Lan seorang yang humble, berwajah ganas tetapi mempunyai hati yang cukup lembut. Dia seorang yang ceria dan selalu mengusik. Aku senang dengan dia. Kami berkawan agak lama, lebih kurang 5 tahun. Cukup sebab kenapa aku rasa begitu kehilangan. Itu baru aku, entah macamana perasaan kawan2 band dia, kawan2 sekolah atau kawan2 dari kecil yang masih berkawan baik dengan dia sampai hari ini. Macam aku cakap, aku rasa takde siapa menyimpan marah atau dendam dekat Lan. Sebab dia baik, sangat baik orangnya.
Gambar ni aku memang tampal kat dinding bilik aku. Aku jarang tampal gambar kengkawan aku kecuali kawan kawan yang aku hargai. Lan berkemeja berdiri sebelah kiri aku.




Kemalangan mungkin sekadar punca, hal yang sebenar adalah sudah memang ditakdirkan, sudah memang ketentuan Allah. Dia pergi pada hari ini 12 february 2017 @ 04:00AM.

Lan, semoga roh kau tenang disana kawan. Aku mendoakan Allah ampunkan segala dosa dan tempatkan kau ditempat orang-orang yang beriman. Kami akan rindukan usikan kau lan, kami akan rindukan kau cuit-cuit baju kami tiap kali kita jalan2, dan antara kami akan toleh belakang untuk cari siapa yang mengacau, dan bila nampak kau kami tahu takde orang lain yang suka mengusik macam
zaman budak-budak ni. Cuma kau sorang Lan. Kau satu-satunya kawan kami yang memghiburkan.


Last aku bergambar dengan dia, time ni Plague punya show kat Pots kitchen. Farewell my brother.

Salam sayang,
Jumpa nanti.
Lan Buyut
1986-2017

Friday, February 10, 2017

Kakchom Hikers - Gunung Pulai

Mendaki bukanlah satu aktiviti kesukaan aku. Lebih-lebih lagi aku jenis orang yang tak suka kan benda-benda mistik (lagi2 dalam hutan), jadi memang aku elak utk melakukan aktiviti sebegini,

Walaubagaimanapun, seumur hidup aku, aku pernah panjat gunung dan bukit juga. Bukit pertama yg aku panjat / mendaki / berkhemah adalah Bukit Sisek di Kota Tinggi. Aku pernah update kat blog aku dulu, engko boleh klik sini.  Gunung kedua yang aku pernah (daki sahaja) adalah Gunung Arong.
Sudah la mendaki, dalam masa yang sama berlakon. Nampak.. punya la power  sambil mendaki dan berlakon ni. Bukan semua orang mampu lakukan k. Boleh klik sini untuk menonton. 

Namun begitu, bulan lepas aku cuba untuk mendaki Gunung Pulai buat kali pertama.

Gambar hiasan


Sejak mula mendaki Gunung Pulai, aku jadi seorang yang BERBEZA! Aku pon tak tahu kenapa tapi sejak kali pertama aku mendaki kat Gunung Pulai, aku terus jadi seronok dan gembira. Aku pun tak tahu apa punca, mungkin sebab selama ni aku mendaki dengan berpenat lelah, tapi sekarang aku boleh mendaki dengan tenang tanpa mengeloh. Ya, mungkin sebab aku dah start berlari, metabolisme aku dah start "bangun", 5KM mendaki gunung pulai bagi aku sama je macam aku berlari 10KM. Dah smooth untuk badan aku. Itu baru aku, yang lain-lain tu lagi selamba makan kacang sambil mendaki agaknya. 

Sambutan pon agak menggalakkan dan dalam masa yang sama aku tubuhkan group whatsapp baru bernama KAKCHOM HIKERS!

Gunung Pulai ada dua jalan, engko boleh pilih nak mendaki ikut route Offroad atau Onroad. So far aku sejak pertama kali daki aku ikut offroad, turun ikut tar (Onroad). Kalau track onroad ni, tiap2 pagi ada pakcik chinese mendaki turun naik. Memang power pakcik2 tu. 

So sejak aku tahu yg aku "boleh" mendaki, harini je genap 5 kali aku daki Gunung Pulai dalam tempoh satu bulan! Ya tuan-tuan dan puan puan, Lima kali. Actually, ini sahaja aku punya cross training yang aku boleh buat. Berlari ni benda yang aku dah buat selalu sejak tahun lepas, so alhamudlillah aku jumpa benda baru lagi untuk aku belajar,iaitu mendaki.


Antara geng-geng lari yang terjebak mendaki

Macam biasa, bila aku ambil gambar, gambar aku tak ada.


Hipster perhutanan

Inilah air terjun gunung pulai, manakala yg berdiri tegak itu pula adalah bomoh hutan

View dari puncak. Kan? Biasa je. But still sedap mata memandang. 

Wife i comel. Thats why i sayang.

Pakar pengkaji jejak haiwan liar.


Yang buat aku seronok mendaki ni adalah kawan-kawan terutamanya. Aku sangat bersyukur, sekeliling aku ramai kawan-kawan yang supportive, membantu, ikhlas dan sangat baik. Mereka-mereka ni lah penyebab untuk aku terus bersukan, menyihatkan badan dan membantu aku untuk jadi lebih sihat. Tak lupa, isteri tercinta. Muah.
Gunung pulai ni track dia tak extreme mana (tu apa yg aku dengar orang cakap la sebab aku tak banyak daki gunung jadi aku tak tahu yang extreme tu macamana), Dakian engko pon tak la strunggle mana kalau nak dibandingkan dengan Arong. Jadi mungkin sebab tu aku happy je tiap kali mendaki. 
The biggest reason untuk mendaki di Gunung Pulai adalah View (yg tak seberapa) dan air terjun sedap.


Hahhh sedap juga sejuk air terjun ni. Habis kecut segala.
So far, sejak aku mendaki. Aku selalu sediakan flyers dan sebarkan kat laman sosial. Tujuan aku, aku nak semua orang rasa keseronokan yang aku rasa tak kira macamana bentul fizikal dan kekuatan daya tahan engko. Aku happy. Alhamdulillah, second trip dakian aku berjaya kumpul 26 orang peserta, dan kali ke 4paling banyak aku kumpulan 55 oran peserta mendaki. Ramai weh. Aku pon tak sangka seramai tu.


Antara 55 peserta / pendaki yang support event Kakchom Hikers.


Aku tahu, ada antara kawan aku yang tak setuju dengan cara aku ajak orang mendaki, yelah semakin ramai random people yang aku ajak ( beginner) semakin lambat trip kitaorang sampai ke atas. Dan diaorang pon terpaksa jadi sweeper. Dan aku jarang jadi sweeper sebab aku takut tinggal belakang sekali. Haha. Sorry gais, aku try figure out macamana next time.

Cukup 5 kali aku daki Gunung Pulai, aku cuba nak mendaki gunung lain pula. So for next trip, kami akan ke Muntahak pula 18 february ini!


Thursday, February 9, 2017

How to clean your casette player

There is 3 easy step and less expensive cleaner for your casette player.

This is another alternative to make your casette head clear and less buzzing. 
I using Pre-injection swab instead of fully alcohol. Its more convenient and affordable. 

Price around Rm10, you can get from drugs store like Watson or Guardian. 

1. This is Pre injection swap as cheap as RM7.90 for 100pcs.


2. I use plastic pick to make more easy for cleaning progress
3. Then clean around head, rec head (if u use two or three head casette player), and dont forget the alluminium roller (important! This part is just like no function but its actually main things to make you casette sound more clean). 



Tuesday, February 7, 2017

Kasut Berjasa!

Kasut ni benda yang paling aku tak pernah / jarang beli baru. Boleh dikira guna jari berapa kali je aku beli kasut baru. Aku lebih rela beli bundle sebab dah memang aku ni pesen tak suka pakai kasut sama setiap hari. Kasut sukan? lagilah tak pernah beli baru ataupun kat bundle.
oh ya, aku pengguna kasut sepenuh masa. Aku jarang guna selipar kecuali dalam masa2 terdesak sahaja. 

Bila aku nak start berlari, kawan kawan aku suruh aku beli kasut baru. Aku puas bidas kat kawan aku, " Kasut lari mahal lah, aku beli bundle je", tapi diaorang semua tak bagi aku beli bundle. Aku tanya kenapa? Diaorang pon tak tahu nak explain macamana. Dia cuma suruh aku pergi kedai sukan dan tanya jurujual sendiri.

Rupa-rupanya, kaki kita banyak type. Dan pemilihan kasut yg salah akan membuatkan kita sakit ataupun lagi teruk boleh buat kaki kita rosak. SERIUSLY!

So after mendapat nasihat kedai sukan dan beberapa orang rakan, demi meneruskan niat berlari aku. Aku gagahkan diri ke JPO kedai NIKE factory, dan aku; pon beli kasut ni. Ini Nike Zoom Structure 19. 
Aku lebih berkenan pattern Pegasus, tapi tapak aku jenis High arch. So pattern ni paling sesuai, murah dan mentibang laut warnanya.



Engko jangan tanya aku kenapa aku beli kaler hijau pantul cahaya ni. Hanya kasut ni je yang paling murah kat Nike tu. Murah sebab warna dia kurang sambutan. Tapi who cares? aku nak buat lari je pon bukan nak buat pergi pasar malam.Sudah la waktu aku nak beli ni, jalahn ke JPO jam hingga lebih 4 jam aku que. Nampak. punya la semangat.

Kasut ni banyak kenangan kat aku. Ini kasut lari pertama aku beli, ini kasut yang buat aku tahu macamana nak lari (jauh), Dan inilah kasut yang mengajar aku erti survival. Hari ini, genap 8 bulan kasut ni bersama aku. Dan tiba masanya untuk aku simpan supaya ia terus menjadi kenangan. Kahkahkah

Kasut lari juga ada Milege. Sebab kasut lari direka khas untuk berlari dan tapak dan sole dalamannya hanya mampu menampung sejumlah kilometer sahaja. Untuk Nike Structure, estimate milege kasut ini adalah sekitar 400KM. So apa jadi kalau pakai lebih? Dia macam tayar kereta juga. Bila tayar dah over pakai, dia jadi botak, dia kurang confortable dan kurang grip. Sama macam kasut lari juga.

Aku kurang pasti fungsi benda Hexagon tu, tapi pada pendapat aku makin banyak hilang semakin kurang la cengkamnya.


Harini, cukup aku gunakan dia semaksimum. Total kasut ni punya milege yang telah aku guna adalah 822KM. Sudah tiba masanya dia berehat. 

Terima kasih untuk 8 bulan yang berharga!


Goodbye honey.


Jadi, semperna 2017, aku hadiahkan diri aku sendiri kasut kesukaan aku. Ya, aku tahu designnya memang tak cantik. Tapi dia sangat selesa dan berprestasi tinggi. Welcome Hoka Oneone Clifton 2!

Baru guna semalam, masih belum dapat dia punya selesa lagi. Rilek, kasi aku masa aku review lebih.

Aku harap ia kekal sampai tapak habis. Tengok fizikal tapak ni, mungkin aku boleh guna lagi 10 tahun dia punya tebal.
Actually, sizing dia agak pelik. Nike aku guna UK11/290, tapi Hoka aku guna UK11.5/300


Sunday, January 8, 2017

2017 yang baik

Antara azam 2017 aku dalah aku nak cuba lari half marathon, dan semalam aku dah berjaya capai awal azam 2017 aku. Kebetulan aku dapat memasuki acara AIA night run sebab aku menang peraduan yang dianjurkan team Treximo.

Pace Chaser (betul ke?) mostly geng-geng lari aku juga. Tapi diaorang dah tahap hebat-hebat belaka la. 


So far, aku happy sebab dapat tamatkan larian. Happy sebab aku tak pernah percaya orang macam aku yang gemok sejak azali ni mampu lari sejauh ini.

Btw, pada pendapat aku. Semua orang mampu lari sejauh mana yang dia nak. Yang menjadi penghalang adalah niat dan kau punya kekuatan mental dan fizikal. Kalau kau seorang yang positif dan selalu berfikiran yang baik insyallah akan baik penghujungnya. Itu pendapat aku.


Starting point! Entah kat mana aku pon aku tak tahu.

Waktu aku kat garisan permulaan, hati aku berdebar-debar. Aku teringat segala kata caci makian waktu zaman sekolah dulu. Waktu zaman sekolah aku selalu kena ejek, lagi2 bab sukan. Lari tempat terakhir, Tak pandai main bolasepak, aku cuma mampu main catur sahaja yaini sukan yang lansung tidak mengeluarkan peluh. unless kalau engko main catur kat tengah-tengah padang bola tengahari la.

5km awal, aku tak fokus lansung. Aku asik fikir je. boleh ke tak boleh ke tak. Dan semua orang yang memotong aku, aku rasa diaorang mampu, aku memang dari dulu takkan boleh mampu. Dan maybe km ke 10 aku dah give up dan balik. Lepas 5km, aku nampak ada yang jalan, ada yang main handphone. Aku punya mood terus down. Down sebab aku teruja dengan larian ni kenapa diaorang tenang2 je macam malas lari. Then aku baru realise, yelah, aku first time. Diaorang dah berapa kali tak tahu. Sebab tu aku sorang nampak panik. Kahkahkah

After 10km, aku tak rasa pon. Maksudnya biasa aku lari kat bandar, 7km aku dah rasa jauh sangat. Tapi bila "Race" aku rasa kejap je. Eh, dah 10km dah?
After 12km, route nampak boring. Mau taknya, kau lari betul2 tengah2 highway. Memang takde apa-apa. Pandangan kau pula nampak infiniti je. Takde apa-apa yang menarik untuk kau kejar.

Ohhh ini la yang diaorang cakap mental, mental, mental tu. Mental sebab 12km kau rasa dah nak give up sebab stuktur jalan dia yang kosong macam tu je. Cuma nampak orang lari-lari patah balik.

Aku rilek, kebetulan aku ada bawak garam gantian yg bentuk pil tu. Aku berhenti jap kat water station dan selak sebiji walhal aku tak tahu sangat pon fungsinya. Then aku teruskan larian,

kawan kawan aku yang pada awal larian tadi menderu2 kat depan masing2 dah jalan. Aku masih boleh lari, aku teruskan je sebab aku yakin kejap lagi diaorang mesti akan memotong aku. Dan now aku berada di km ke 16. Ada lagi 5 km.

Ini paling struggle buat aku. Gigi aku dah mula sakit. Sakit sebab gigi aku berlubang dan kalau panas sangat aku memang akan sakit gigi. So basically, bila badan kau dah lari lebih 15km, confirm panas badan kau ni lain macam. So gigi aku start sakit dan aku rasa memang tak dapat habis kan. Aku cuba slow walk lebih kurang pace 10".

Aku teruskan sampai KM  ke 17 dan now aku punya kepala pula pening. Haih macam-macam hal.

Aku kena habiskan, aku dah lari sejauh ni. Takkan aku nak give up. Aku cuba buktikan orang gemuk macam aku ada kesedaran dan mampu habiskan half marathon.a Aku tak fikir panjang, aku capai earphone dan aku mainkan lagu dari band Fall of Efrafa -From el ahrairah to cry. Then aku lupakan sakit pening aku dan aku kena teruskan larian. Aku kena!

Akhirnya, aku berada di KM ke 20. Perasaan aku tak happy sangat. Aku tak tahu kenapa tapi aku serius menangis. Nasib baik takde orang sekeliling aku. Aku menangis sebab aku rasa sedih. Kenapa 30 tahun ni aku baru sedar yang aku mampu berlari. Kenapa aku tak buktikan dari zaman aku sekolah lagi yang aku mampu.

1st place jatuh kepada pakcik chinese ni. Aku anggar umur dia lewat 40an. Tapi dia lari 21km 1jam lebih je brader. 


Pengalaman mengajar kau pelbagai erti kehidupan, bergantung pada engkau bagaimana nak mencari dan menilai sendiri.

Aku tamatkan 21.2km dengan masa 2.56minit. Aku tak rasa gembira mana pon. Aku cuma rasa bersyukur sebab Allah izinkan aku berlari dan tamat seperti kehendakNya. Alhamdulillah syukur.

Permulaan 2017 aku nampak baik. Aku harap ia akan kekal baik seterusnya.

Tukang bagi semangat kat i setiap hari. Yom dahi sini. wuwuwuuwuww

Friday, December 30, 2016

Penutup azam 2016

Darjah 6, aku pakai seluar bapa aku saiz 36. Aku jadi pengawas sebab badan aku lagi besar dari budak-budak lain.

Tingkatan 5, aku kena pakai seluar Dockers untuk dijadikan seluar sekolah. Style memang style, tapi sebab tak ramai budak 17 tahun pakai seluar saiz 42 masa tu. Jadi kedai jual baju sekolah jarang ambil saiz tu.
Lepas sekolah, aku punya saiz pinggang maintain 40-42. Ada sekejap tu 38. Tu zaman kejatuhan kerja kat Angsana gaji RM680 sebulan. Kurus sikit sebab ikat perut kot. Then sambung 40-42 sampailah umur aku 28 tahun.
Muka macam cekodok. Seluar boot cut low rise senak adik abang.
Ni aku pada tahun 2007. Berat time ni maybe dalam 100kg, pinggang size 38 sebab ikat perut. Kah kah kah
Aku dah biasa jadi gemuk. Aku tak hairan pun.
Being fat is cool. Di mana kau selalu dibelanja makan oleh kawan-kawan kerana kawan-kawan suka tengok kesungguhan kau menikmati makan.
“Cab, jom makan. Aku belanja. Aku selera tengok kau makan.”
Ayat ni, aku tak pernah tolak. Aku akan tulis “ON!” Huruf besar berserta tanda seruan.
Being fat is cool dimana bila seseorang itu sedih, kau boleh buat jenaka yang orang boleh terhibur dengan mudah.
Being fat is cool sebab aku rasa aku lebih ‘chick magnet’ dari kawan-kawan aku yang badan sedap dan ada rupa. Ya, chick magnet bukanlah bermaksud aku ramai girlfriend, atau ramai perempuan tergilakan aku.
Maksud aku, aku lebih ramai kawan perempuan. Kawan lelaki mungkin 40% manakala kawan perempuan 60% termasuk 15% makcik-makcik. Mungkin sebab dia rasa aku mudah bergaul atau sebab aku tak macam lelaki lain. Aku gemuk.
Being fat is cool bila mana dalam banyak-banyak kawan, kau selalu diingati sebab fizikal kau yang lebih ‘nampak’ dari orang lain.
Tapi jadilah gemuk yang berkualiti, disukai orang, dan tidak menyakiti hati masyarakat. Jagalah kebersihan, bergayalah sikit, tampil kemas, wangi dan jangan sesekali jadi pemalas. Kalau jadi gemuk tapi pemalas, toksah la jadi gemuk. Jadi je bison.
TAPI, Being fat is not cool when you realise that you’re not healty as others.
SAKIT BELAKANG antara sebab utama aku rasa aku perlu bersenam untuk menurunkan berat badan. Sakit belakang yang aku alami sejak 5 tahun lepas cukup buat aku bosan.
Sampai satu tahap, aku nak keluar dari kereta pun aku terpaksa mengesot supaya tak terasa sangat sakit membongkok. Aku cuba tidur terlentang. Mengiring. Tapi tetap akan datang semula sakit belakang yang tak tahu punca ni.
Aku puas tanya doktor adakah aku ada masalah slip disc tapi doktor hanya kata, “Diet, bersenam, turunkan berat. Tulang belakang pun hari-hari angkut beban boleh rosak tau.”
Sakit kepala aku. Aku shoot wedding for almost 8 years. From day first, aku sedar yang aku tak boleh jadi photographer lebih dari 9 jam. Sebab aku akan mula rasa pening kepala.
Kemungkinan oksigen dalam badan aku tak stabil atau apa. Aku tak pasti yang tu. Beg kamera aku sentiasa ada ubat tahan sakit dan panadol. Yup, antibodi aku lemah. Aku cepat pening kalau buat kerja yang mengambil masa yang lama.
Incontinence Faeces. Bahasa Melayu dia ialah berak tak lawas. Pada mulanya aku rasa normal, jadi lama-kelamaan aku jadi tak puas buang air besar. Aku buang air besar setiap pagi. Dan aku rasa masih belum kosong perut ni sehinggalah aku ambil masa yang lama dalam tandas.
Benda ni aku baru sedar awal tahun lepas. Dan aku ambil remeh sebab itu perangai aku dari kecil. Aku tak suka ambil tahu bab kesihatan.
Aku mula bersenam sebab aku semak kandungan gula aku agak tinggi. Tekanan darah pun sama. Aku dah lama tak berpeluh yang real. Peluh yang dahsyat maksud aku. Peluh yang kau kerah dan bukannya berpeluh sebab panas.
Aku cuba badminton dalam bulan Nov 2015. Tiap Selasa dan Khamis memang cari aku kat court. Ramai nasihat aku badminton ni sukan bahaya. Lagi-lagi untuk orang yang berbadan besar macam aku. Tapi aku degil sebab badminton la satu-satunya sukan yang aku boleh (pandai sikit) main selain dari sukan catur yang lansung tak berpeluh. Dan awal 2016 aku tercedera. Kaki terpusing sebab salah step dan getah kasut dah haus. OK, aku trauma! Sakit sangat.
Kemudian aku berhenti bersukan selama 2 bulan. Tak ada langsung sukan dan aku sedang berada dalam keadaan yang begitu selesa ataupun engkorang boleh panggil ‘comfort zone’.
Perasaan ni aku dah rasa sejak aku kecil. Dan aku mula risau kalau aku kembali seronok dengan comfort zone ni dan terus tak ingat pasal kesihatan.
Faisal, budak rumah aku. Hari-hari berlari. Aku tertarik dengan cara dia yang senyap-senyap tapi he make something interesting. Lari. Satu hari Faisal ajak aku lari. Mijer pun ajak aku lari. Dan kawan-kawan lain macam Po, Mahdy, Alia dan lain lain. Dan aku cuba untuk lari.
So gay. 
- Ini faisal, budak rumah aku. Dia pon asalnya 90kg tapi now dah 70 kot.
bawah ni gambar before

Kiri sekali faisal, dan sebelah tu aku.Masing-masing menggemok sampai hilang leher.
Tak pernah terfikir dalam hidup aku, aku mampu lari. Malahan masa sukan sekolah pun 100 meter aku dan mencungap nafas bunyi anjing. Tapi larian pertama aku adalah 10km. Dan balik dari 10km aku rasa kaki aku tertinggal katCrown Danga Bay.
Then, I keep running. Kena ingat. Lari tak boleh buat kau jadi kurus. Dia boleh bantu kau jadi sihat.
Jadi kalau nak hilangkan berat bada, sifir dia macam ni:
70% diet dari permakanan.
30% dari senaman.
Jadinya, jaga pemakanan paling penting.
No lost weight for 1 month. Aku dah mula rasa give up. Jadi betullah orang kata, kalau kau dah gemuk dari kecil, kau takkan boleh kurus sampai bila-bila.
Nope, its wrong. Sebenarnya dalam apa juga benda kau cuba nak buat, kau kena belajar. Yes aku belajar untuk hidup sihat. Pada aku, sihat juga punk. Dan punk itu sihat.
Aku baca mana-mana info kesihatan. Aku elak makanan yang berkalori tinggi. Aku cuba ikut calorie consumption per day aku. Kau boleh Google calorie calculator untuk kau tahu berapa jumlah kalori dalam sehari yang kau patut makan.
Mudah je sebenarnya cuma nak belajar benda yang kau tak pernah ambil tahu tu yang jadi susah. Jadi kenapa aku tak fikir dari dulu. Dan 30 sen baru nak sibuk-sibuk belajar. Kah kah kah!
Raya, 2015 - Rumah Jibam

Konsep penurunan berat PADA PENDAPAT aku, kau cuma perlu elak gula dan kawal kalori seharian kau.
Kenapa gula? Aku tak ada jawapan saintifik dan lengkap. Kau boleh baca kat Google secara terperinci. Aku penat taip ni.
Aku kurangkan pengambilan gula seharian. Aku lebihkan air masak. Aku apa yang dicadangkan kat internet yang manusia perlu 3L air masak setiap hari. Aku ambil 3-4L. Then, EAT CLEAN.
Bahagian ni paling susah. Tapi bahagian ini yang paling nampak impaknya.
Di hari biasa aku cuma makan lauk sahaja. Dan aku memilih. Benda bergoreng aku cuba elak. Tapi kedai makan kat Malaysia ni, jarang tak ada goreng-goreng ni. Jadi kalau aku ingat aku elak. Kalau aku tak tahan aku bedal la sikit buat jamah-jamah.
Aku turun 10kg dalam masa 2 bulan. Aku macam nak sujud syukur. Dari berat aku 128kg, kini berat aku 118kg.
Kemudian aku cuba elak nasi walaupun nasi tak salah. Cuma dia ada kandungan gula. Yup. Langsung tak salah kau makan nasi sebab nenek moyang kita sihat walafiat makan nasi.
Cuma aku kalah kalau makan nasi sebab bila aku makan nasi, aku akan berselera macam bela saka. Jadi aku berhenti terus. Mula-mula memang mengigil, tapi sekarang dah setahun aku elak nasi. Alhamdulillah aku rasa biasa je.
Aku tukar gula kepada stevia. Dan aku elak minum air tin. Aku makan lebih clean, aku makan dada ayam dan sayur pada setiap hari bekerja. Di hujung minggu aku makan chicken chop dan pasta. Aku tak timbang berat selama sebulan. Dan tak lama lepas tu bulan puasa.
Aku hanya berbuka kurma dan kuih. Sebab aku tak nak perut aku sarat. Sebab lepas berbuka aku kena lari 6km-8km setiap Isnin, Selasa dan Khamis.
Larat ke tak ada tenaga? Boleh ke bersukan bulan puasa? Aku pun hairan. Mungkin fadhilat kau berpuasa kot. Walaupun aku tak makan aku masih ada tenaga untuk berlari. Dan aku jarang bangun sahur.
Lepas lari baru aku makan. Dan aku baru tahu, metabolisma aku tengah lari, dan jika aku makan, dan makanan tu akan terus dibakar. Mungkin tak 100% tapi badan aku bakar cepat.
Lepas raya aku timbang dan aku rasa macam nak cium pipi semua orang. Berat aku dah jadi 98kg.
Daripada 118kg ke 98kg pada aku banyak. Sangat banyak. 20kg weh.
Aku teruskan berlari. Aku tak makan nasi. Aku cuba dan terus cuba untuk eat clean. Dan aku telah pun bebas daripada masalah sakit belakang, sakit kepala mahupun Incontinence Faeces. Aku rasa lebih bersemangat dan ceria.
Sekarang berat aku dah 90kg. Daripada pinggang saiz 42 – 35, baju XL ke L. L tu pun sebab aku memang jenis bidang besar pasal darah timur tengah yang mengalir dalam darah aku.
Aku hilang 30kg dalam setahun (anggaran tepat adalah 7 bulan). Berat ideal yang sepatutnya adalah 80kg. Another 10kg to remove! Big thanks to my wife  yang terpaksa bangun pagi sejak kami berkahwin untuk menyediakan makanan “sihat” untuk bekal makan tengahari aku.
Wedding akak aku, February 2016

Tak lupa ‘Team Lari’ hari selasa, ‘Team Treximo’ yang ramah dan selalu tunggu aku sebab aku lari lambat.
Ya, tak banyak mana penurunan berat kalau nak dibandingkan dengan team Kevin Zahri. Tapi aku masih rasa tersangat bersyukur sebab aku tak pernah pakai seluar saiz 34 sejak daripada sekolah menengah.
Dan sekarang aku dah boleh sarung dengan selesa. Aku tak pernah target apa-apa kecuali kesihatan aku semakin baik. Itu sahaja.
Ya, mungkin aku belum layak untuk beri testimoni tips pengurusan badan sebab aku masih belum capai berat badan ideal. Tapi sekurang-kurangkan aku berjaya buat diri aku selesa sikit dan beransur sihat macam orang lain.
Aku kongsikan apa yang aku dah buat sebab dah lebih 5 orang tanya. Dan sebenarnya inilah salah satu azam 2016 aku yang aku rasa aku dah berjaya capai. Ya, memiliki berat 90KG adalah azam 2016 aku.
Syukur Alhamdulillah.
Ya its me 2017. Part peha tu memang ada kecik sikit. Pinggang pon sama. Tang perut kena workout lebih lagi.

Kalau kau nak cuba turunkan berat dan cuba untuk jadi lebih sihat, jom ikut aku setiap Selasa kat Nongchik Riverside. Jangan risau, aku tak pernah tinggalkan sesiapa yang lari lebih lambat dari aku.
Malah aku akan sedaya upaya beri kau semangat sebab aku tak nak kau jadi orang yang tak jaga tubuh badan yang tuhan beri macam aku.