Wedding ni last minute punya wedding, pengantin ni pun ambil aku atas dasar member dia member aku jugak. So far aku rasa sangat seronok shoot diaorang dua orang.
Sebabnya kedua mempelai amat sporting dah jenis tak suka benda leceh.
Dia ambil pakej pun takde tawar yang bukan-bukan. Just tengok gamba, dia rasa ok. dan on je. Mudah tau.
Maksud aku, dia tahu tugas photographer dan dia respect.
Pada aku itu sangat penting sebab, photographer.. dia sebenarnya ego dah tak suka diarah. Bila diarah aku rasa lebih baik mempelai tu sendiri yang ambil gambar.And one more thing, kenapa kita boleh bayar mahal-mahal untuk Andaman dan pelamin, tapi kena bila bab photography je nak mintak murah? Tahu tak tanpa photography, pelamin dan mekap mahal awak tu takde makna?
Kampung Cahaya Baru masai ni letaknya jauh dari bandar. Dia lebih kurang penghujung juga selain daripada Kampung Pasir Putih. Orang-orang kat sini pun sporting, family diaorang pun nampak happy bergelak ketawa. aku suka suasana macam ni. At least kerja aku buat pun lebih menyeronokkan.
Sepanjang aku ambil gambar orang kawin, jarang sekali aku jumpa suasana macamni. Ada sekali tu pengantin yang aku ambil tu tumbang sebab pitam kerana keadaan terlalu sesak. Ada yang majlisnya grand bukan main, tapi jalan cerita majlisnya hambar. macam takde apa je. Ada pulak majlisnya biasa. tapi meriah sangat. Macam pengantin aku kali ni. Orang kata tak kira la berapa banyak kita modal untuk majlis persandingan kita, tak guna juga jika kita takde atucara majlis yang teratur dan sempurna.Benda ni kena seimbang. barulah hari keramat kita tu diabdikan dengan rasa yang teruja dan meriah.
Sini aku share sikit gamba beliau disertakan dengan exif data. Barulah kennyrokwel!
Exif : Nikon D3 | 16mm | f4 | 1/8000 | Iso Low1.0
Exif : Nikon D3 | 50mm | F2.2 | 1/250 | Iso Low0.5
Exif : Nikon D3 | 85mm | F4 | 1/320 | Iso 200
Exif : Nikon D3 | 50mm | f7.1 | 1/100 | Iso 400
Satu benda je i nak pesan kat you guys diluar sana. Kalau u guys bayor Epul nang pon tapi kalau you guys tak sporting, you guys jangan merungut kalau result you guys hanyalah gambar senyum semata.
No comments:
Post a Comment