Dari awal gua guna twitter, gua memang tak lepaskan untuk tweet selamat pagi kepada semua warga Timeline.
Benda ni kira dan macam sinonim sangat dengan pentwitter tegar malaysia. Lagipun memang TL tu banyak orang ucap selamat pagi dan gua pun ucaplah jugak.
Bezanya twitter dari pendapat gua, dia dapat mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan lu dengan orang lain. Diamana, lu dapat kenal orang tu dari cara penulisan dia. Macamana dia kongsi sesuatu perkara dan keramahan dia.
Secara jujurnya, sebelum gua main twitter pun gua dah add kawan-kawan gua (budak scene khususnya) kat facevook. Tapi, gua tak kenal pun diaorang siapa, yang gua tahu cuma gambar dan beberapa aktiviti macam gig contohnya. Berbual, errmm lain macam pulak kalau tiba-tiba gua open chat dengan diaorang kan? Awkward yang lebih tepat.
Tapi sejak gua main twitter ni, gua rasa jadi lebih erat dan akrab. Gua bagi contoh ringkas. Wan Mijer.
Gua kenal time group Saya Suka Maki kelolaan Kerky Sugar (YAD). Group tu memang maki memanjang, tapi kitaorang masih tak kenal. Maksudnya betul-betul member cyber sahaja dan bukanlah member di alam yang sebenar. Tapi sejak gua follow dia kat Twitter, dia berbual gua menyampok, dia menyampok gua berbual, terus jadi akrab dan boleh lepak setable.
Contoh kedua, Yunie Minami. Rasanya dah lebih 6,7 tahun gua kenal dia. Tu pun sebab dia pernah couple dengan budak rumah gua. Tapi gua tak pernah tegur or berbual lepak dengan dia. Tapi disebabkan twitter jugak, gua sampaikan boleh tumpang tidur kat rumah dia time kereta gua rosak kat KL haritu. Means bukanlah terlalu akrab or BFF. But we connected. At least gua kenal dia dalam scene, dan luar scene gua masih kenal dia as a friend. Begitu tu dengan Kimi & Sikin. Gua tak pernah add kat facebook. Tak pernah jumpa. Tapi kat twitter jugak gua kawan rapat dan dalam dunia realiti juga masih berkawan rapat.
Contoh ketiga adalah budak-budak Scene DIY HC Punk Jb sendiri. Lyn, kamen, hapis dan Nina. Gua rasa dah add diaorang ni bertahun-tahun kat Facebook. Tiap kali gigs mesti muka-muka ni jugak yang gua nampak, tapi tak pernah bertegur pun. Tapi disebabkan twitter jugak terus akrab sampai harini.
Nak je aku cakap true friends come from twitter tapi kang orang kata aku poyo pulak. Kahkahkah.
Berbalik pada tajuk yang gua bagi kat atas tu, mungkin ini tips utk kiteorang kekal berhubung walaupun duduk berjauhan. Goodmorning Wishes.
Seriusly dah lama gila benda ni berpusing kat TL. Hampir setiap pagi. Just for notice that kiteorang semua dah bangun tidur dan masing- masing dah start kerja.
Pelik jugak kan. Benda simple macamni pun banyak pengaruh dan dah menjadi tradisi. Semoga kekal tradisi mention selamat pagi ni. Kah!
2 comments:
comel je korang. hahaha
Hikhok
Post a Comment