Friday, November 22, 2013

Hua Mui

Rasanya kat johor bahru, kedai makan yang top tu banyak. Dan antara yang paling top kat joho bahru adalah Hua Mui.

Restoran Hua mui ni dah wujud dari zaman sebelum merdeka lgi. Merupakan antara restoran tertua dan paling banyak meninggalkan kesan sejarah dia sampai sekarang ni. 

Aku antara pelanggan tetap Hua mui dari mula aku makan kat sini sehingga la sekarang. Aku paling suka nasi goreng dengan ayam monggolian. Teh dan kopinya juga sedap. Oh ye, hua Mui ni restoran HALAL walaupun ownernya cina. Tukang masak dan pekerjanya semua melayu. Apa yang buat restoran ni istimewa selain daripada makanannya yang simple dan enak adalah interior dan extirior designnya yang memang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

 Cuma masalahnya sekarang, kualiti makanan dan layanannya dah bertambah mundur dan lemah. Ini mengecewakan aku. Dah lebih 5-6 tahun ke sini, dan aku rasa tahun ni paling nampak yang kualiti Hua Mui ni semakin merosot.

Haritu aku makan makanan kegemaran aku kat sini. Mongolian chicken with rice. Kalau dulu dikira Rm8 untuk satu set. Tapi sekararang dah dikira asing. Ayam sahaja Rm10 dan nasi putih RM1.50. Bezanya potion ayam yang ditambah. Dan aku tak rasa ada perbezaan kuantiti lansung. Nasinya sejuk dan keras. Berbeza dengan dulu

Dan harini aku makan lagi di restoran Hua mui dan aku mengharapkan yang terbaik. Seperti sebelum ni. Tapi, masih dalam keadaan yg sama malah semakin teruk.

Harini aku makan kari ayam dan nasi. Aku membayangkan kari ayam ala kampung yang kuahnya pekat dan terasa karinya. Tapi apa yang aku dapat cuma semangkuk kari yang diisi kepak ayam, air dan minyak. Tak rasa lansung karinya dan minyak tu buat aku dua kali tersedak. Selamat minyak tak keluar ikut hidung. Kalau tidak mesti perit. 

Yang kiri itu minyak, yang kanan itu kari. Aku cuba asingkan dan tengok sendiri betapa banyak minyak dia. Aku dah asingkan tapi masih rasa minyak semata-mata. Tak ada rasa kari! 

Yang aku hairan, pelanggan still tak putus-putus walaupun servisnya sangat teruk. Aku kerap ucap terima kasih pada waiter kat situ, tapi balasan yang aku dapat cuma angguk yang tak berapa ketara. Senyum atau jawapan "sama-sama" lansung aku tak dengar.
Dan dari dapur aku dah dengar bunyi bising para waiter dan pembantu yang bercakap kuat sehingga menganggu persekitaran. Aku syak, pelanggan lain tak dengar, mungkin aku sorang yang dengar. Mungkin la. Mungkin. 



Aku suka kedai ni dulu, kalau aku tak suka, aku dah lama maki waiter tu. 
aku cuma harap satu hari Hua Mui ni dapat tarik minat aku semula. Aku harap sangat. Long live Hua Mui Restoran! 

No comments: