Tuesday, December 11, 2012

Cermin mata

Sejak berhenti kerja ni gua terlalu banyak sangat masa melalok kat rumah. Ini jenis self employed apa benda ni?

Cermin mata gua dah lebih 2 tahun tak berganti. Sedor tak sedor, dah 2tahon jugak gua pakai cermin mate ni. 

Sebenarnya, since gua darjah 6 lagi emak gua dah belikan gua cermina mata. Pada zaman tu, semua budak yg pakai cermin mata dikira sebagai budak nerd,anak mak, si manja dan lain-lain gelaran yang boleh buat gua panas hati kalau ada budak yang tiak gua dengan nama-nama macamtu, 

Akibatnya, gua form 2 gua dah tak pakai cermin mata sampai la gua abis sekolah. Sebenarnya gua punya rabun tak kritial pon. Cuma ada sikit rabun jauh dan silau. 

Tapi, sejak gua kenal computer sampai skarang, mata gua makin lama makin  sludge. Makin lambat untuk memberi tindak balas. Gua acap kali tersalah masuk simpang, juga tersasar ke garisan kuning kalau ada kereta depan angkat lampu tinggi. Sejak dari itu baru gua sedar yang gua memerlukan cermin mata. 

Nasib baik bila dah besor ni takde orang yang cakap gua nerd,anak mak bla bla bla bila gua pakai cermin mata. Kalau ada jugak, memang gua penerajang je. Bukan diaorang tak tahu yang gua ni jenis panas baran.

Cermin mata pertama yang gua beli adalah cermin mata kaler hitam ni. Cermin mata ni jenama Neff. Gua beli zaman neff ni belom naik pon. Gua kirim timi. Timi, alah timi yang takde lesen kereta tu?


Cermin mata ni bagusnya, tak mudah patah. Banyak kali jugak jatuh, tak termasuk yang terduduk dan terpijak. Berkualiti dan murah. Tak silap gua siap convert duit malaysia tak sampai RM100 pon. Ok la kan?

Dan hari ini gua rasa dah tiba masanya untuk gua biarkan dia berehat. Cukup lah 2 tahun perkhidmatan. Dia punya bingkai pun dah senget2 dan longgar. Terima kasih sebab banyak membantu selama ini. 

Tadi, gua jenjalan pasar karat. Jumpa pulak brader bundle jam yang kedai lama dia kat kotaraya tu. ingat lagi brader tu kat gua. Padahal gua pernah belikan jam untuk makwe lama kat kedai dia. Yang bagusnya kedai dia ni, banyak barang2. Rare selain baju dan seluar. Jadi gua berkenan kat satu frame kat kedai dia. Pun murah dan berkualiti. Bundle memang jarang menghampakan.


Monday, December 10, 2012

BBQ @Kombi.

Gua sebenarnya baru balik makan satay.
Kebetulan member gua Kay sms.
"chab, jom lepak Kombi, ada show malam ni"
Gua terus lincah lepak kombi.

Sampai kombi, gua tengok macam tutup, tauke kombi duduk luar dengan pintu separa bukak.
gua dah mula muskil. gua park kereta, gua masuk dalam.
ada dua brader tahan gua.
"Bang, masuk bayar"

Lah. bayar rupanya. ok la.. gua tak kisah pon..
"berapa tiket brader?"
"RM25 bang"
Terkujat kejap gua. selama gua lepak kombi, ada event apa2 sekalipun. tak penah pulak tiket sampai harga Gig besar.

Rupanya, event harini, bukak sekadar gig, tapi ada makan-makan.
silapnya gua dah makan tadi. Tapi apakan daya. gua makankan jugak.

Gig semalam gua tak tahu nama apa, yang gua tahu ada 16 band main.
antaranya Redemption, rocket to mecca, greenlove,akar kayu, roadstalk dan beberapa band yang gua tak tahu namanya apa.Event dalam flyers orang cakap start 4.30pm. tapi gua sampai masa tu 8.30pm. dan baru 1 band main.
inilah dia.. inilah dia simptom gig start lambat dah makin menjadi trend ni. gua ingat gig punk je macamni.

ROCKET TO MECCA 

SEAKAN BINTANG

ROOTSTALK

THE MIXED

REDEMPTION

GREENLOVE

TAUKE KOMBI

ABANG JAMBU

Saturday, December 8, 2012

PET FINDER

Memang gua minat binatang.
Dari kecik lagi gua dah dikelilingi binatang.
termasuk binatang bernama Abang.
jadi event2 binatang ni gua memang suka.
kebetulan Lyn atau nama sebenar dia Lindan hantor kucing dia masuk pertandingan.
tu yang gambar first tu gambo kucing lyn la tu. ada lagi sekor warna putih. kedua-duanya maintanance tinggi sama macam arwah kucing gua yang bernama panda nabila tu. kekwat sangat you olss..

Masuk kat event ni, mata gua kelabu tengok binatang-binatang comel. tak ketinggalan makwe-makwe comel. kalau la panda nabila masih hidup, sudah tentu gua akan dikelilingi makwe-makwe comel jugak. 

Kat dalam pertandingan ni, macam2 kucing atau anjing ada. dan macam-macam nama tuan dia kasi dia. paling berat nama yang gua dengar adalah Puteri Alisha Aamani yaini seekor kucing persian flat face, berat jugak nama tersebut untuk diberikan kepada seekor binatang seperti kucing. lebih sesuai nama tu letak kat nama anak sulung beliau. cilake sungguh.
























Visit Malaysia - Pulau Pinang











Update beserta gambo akan menyusul, gua tak bawak digital. gua mengharapkan gambo film  siap cepat. zass!!

Friday, December 7, 2012

Pengantin

Petang tadi petang paling tak best pada diri gua.

Gua sms pengantin.
"Marliani, saya nak double confirm. Malam ni jam 8 kan? Dirumah irfan?"

Irfan adalah pasangan pengantin gua pada tahun lepas, merupakan adik iparnya.

Jawap pengantin.
"zul, awak datang jam 8 ya."

Gua balas.
"baiklah! :)"

Jam 8 malam tepat, gua sampai bandar baru uda. Disinilah tempat dimana adik iparnya bernama irfan berkahwin. Disini la tempat dimana gua ambil gambar beliau. Ianya sekitar awal tahun lepas.

Gua call pengantin.
"sy dah sampai di rumah bandar baru uda. Macam sunyi je"

Pengantin menjawap.
"Hah! Bukan kat uda zul! Rumah saya di Taman Ledang!"

Gua reply.
"oh yeke, maaf. Saya ingat kat uda. Baiklah, beri alamat, 10minit saya sampai."

Dalam hati gua terdetik jugak. "alah, biasala nikah melayu, pak imam mesti datang lepas isyak. Tak penah dalam sejarah pak imam sengaja lewatkan azan"

Gua sampai rumah pengantin, gua nampak irfan. Gua tegur dan salam dia. Kami berbual. Gua tanya pada dia.
"Pak imam dah sampai?"
Dia jawap. "ehh? Ada kat dalam tu. dah habis akad nikah dah."

Laju betul peluh gua keluar. Time tu baru pukul 8:20malam. Gua berlari masuk ke rumah pengantin. Jantung gua terberhenti. Nafas gua laju. Gua dah terbayang benda buruk akan berlaku!!

Pak imam dah salam-salam seisi rumah. Termasuk gua. Terdengar bisikan para saudara pengantin menyebut2 nama gua. Gua panik. Muka gua dah macam takoyaki.
Gua terus salam pengantin lelaki dan memohon maaf diatas kelewatan. Dan mungkin gua akan spoil kan semua orang pada hari ini.

Setelah gua bertahu hal sebenar, nampaknya pengantin gua "ok". Gua taktahu samaada dia betul-betul ok atau tidak. Dari riak mukanya nampak happy sahaja. Maklum la, dah berumah tangga. Namun, dalam hati siapa yang tahu.

Gua rasa berslah sangat.Ini lah kali pertama dan gua harap kali terakhir kecuaian dalam diri gua. Dan gua harap tak akan berulang lagi. Maaf pengantin :(

Kat bawah ni anak irfan. Comel kan?tak sangka gua jurugambar yg ambil gambar emak dan ayahnya dulu.

Monday, December 3, 2012

Icelandic

Dalam misi perjalanan dari pasir gudang ke kolumpo, gua bersama nas dan family belah singapore dia. Nas adalah vocal kepada kumpulan kugiran plague of happines, manakala ahli keluarga singapore dia mungkin ada kena mengena dengan band My precious ataupun pazahora. Gua tak tahu pun sebenarnya. Gua jurugambar untuk majlis akad nikahnya sahaja. Dan majlis seterusnya adalah giliran jimbo.

Ahli keluarganya senyap sepi, jam dah menunjukkan pukul 10malam. Gua terpaksa temankan nas supaya pemanduannya lancor, bimbang pulak kalau dia tekan minyak habis, gua kalah dengan kelajuan.

Dalam perjalanan, nas banyak bercerita tentang pengalamannya touring merata tempat, benda ni buat gua berfikir panjang. Segan gua nak kasitau yang gua tak pernah touring sorang-sorang. Inikan sampai ke negara orang?

Paling luar negara bagi gua adalah singapore, dan paling luar negeri bagi gua adalah kolumpo!

Gua rasa poser, sedangkan timi cacat pun pernah keluar negara. Inikan gua yang cukop sifat!?

Picnic yang gua anjurkan pada 1hb lepas dipenang dah cancel, gua pasrah sikit sebenarnya, gua ingt dengan picnic ni dapat jugak lah gua keluar negeri lain selain kolumpo dan johor. Rupanya gua masih dia kolumpo dan johor. Gua tak pernah pergi ke terengganu, perak, perlis, kelantan, apatah lagi amsterdam.

Esok, gua mengambil keputusan untuk pergi ke penang jugak seorang diri. Ini touring pertama gua. Di negara sendiri, pegi jahanam orang nak kata apa. Yang gua pasti. Akan ada touring seterusnya, sampai la last touring yang gua idam-idamkan, iaitu di icelandic.

gua nak rasa sendiri char kuey teow penang. Gua nak rasa sendiri betapa denyutnya makwe-makwe feringgi, dan plaza gurney.

Pulau pinang! Abang datang!

Monday, November 26, 2012

Ulthrash malaya

Aku dah banyak kali pesan kat syamil, patin, fadh dan apis spek. Jangan sesekali menggilai bolasepak. Tengok budak-budak lu dah buat onar? Kah kah kah. Gua kalau tahu mereka-mereka ni salah seorang kelab penyokong ultramalaya tu tahu la gua jitat kepala bana sorang-sorang!

Masa gua kecik-kecik dulu, gua pernah meminati bolasepak. Tapi, gua rimas dengan abang gua. Apa yang gua minat,semua dia nak ikot. Macam pundek. Jadi gua mengambil keputusan untuk minat benda lain. Sampai la keharini.

Ada jugak member-member yang cuba hasut gua dengan pancing ajak lepak mamak padahal nak ajak gua tengok bola , tapi gua enggan. Gua macam dapat hidu niat dieorg ni.

Sebenornya tak jadi masalah pun jika minat bola. Kengkawan gua pun rata-ratanya minat bola. Gua sapot kengkawan gua jugak kengkadang. Cuma si bodoh piang ultraman malaya ni buat gua rasa menyirap. Taksub sangat! Taksub dengan pasukan malaysia pulak tu. come on! Zaman kegemilangan pasukan malaysia ni sama macam zaman kegemilangan A.R Badul jugak. Dah berlalu..

Gua rasa, ultra malaya gampang ni lmesti ada kena mengena dengan politik. Gua rasa la kan..

Saturday, November 24, 2012

Sigur Ros

Masa tu tahun 2006, Gua minat habis kat Björk dan Mogwai..
Masa tu zaman-zaman Emo malaysia! memasing pakai stoking belang-belang hitam merah, tapi gua malas nak amek port bebudak ni. pernah jugak gua terfikir nak pakai kepak malaikat tu, tapi gua batalkan je niat bodoh tu. Ecely tahun 2004 gua dah layan My chemical romance yang sebenarnya.

Gua bukak youtube, and dia akan bagi link-link yang best kat sebelahnya.
Gua bukak Sigur ros.
Deep. Melayang dan power!
terus dari situ gua minat sigur ros.

Zaman gua kerja hotel, lagu wajib seharian sebelum tido adalah Glosoli by Sigur ros.
Jadi memang gua amat tunggu la band ni main kat malaysia. and gua rasa satu benda yang mustahil.
Tapi skrg tahun 2012 kan. takde apebende lagi yang mustahil!

Sigur ros live at Singapore!!

+Concert start 8pm sepatutnya, Tapi pukul 6pm gua dah terpacak kat Fort canning
+Ramai jumpa member,crush,makwe lama. Memasing jenis dah beli awal lepastu pasrah sebab kat KL pun dia buat jugak last minute.
+Sound sedap, yang membuatkan semua rasa puas. Harap sound kat Urbanscape pon mantap macam ni.
+Lokasi concert atas bukit. Jadi takde masalah bagi yang rendah untuk lihat dengan lebih jelas. Ala-ala Heima pon ada jugak
+9,00pm start. maknanya dah lebih 3 jam gua berdiri kat depan stage takut orang lain berebut tempat.
+Hoppipolla dimainkan pada 1 jam terakhir. memang lagu tu yang ramai orang tunggu. Sumpah sebiji macam dalam album!
+ Last song adalah Untitled 8, and masa tu hujan renyai, Climax lagu tu pada minit yang ke 4 hujan lebat, crowd taknak bergerak. semua bukak baju hujan. feel disimbahi hujan sambil layan sigur ros memang satu ejakulasi yang hebat!!