Monday, December 3, 2012

Icelandic

Dalam misi perjalanan dari pasir gudang ke kolumpo, gua bersama nas dan family belah singapore dia. Nas adalah vocal kepada kumpulan kugiran plague of happines, manakala ahli keluarga singapore dia mungkin ada kena mengena dengan band My precious ataupun pazahora. Gua tak tahu pun sebenarnya. Gua jurugambar untuk majlis akad nikahnya sahaja. Dan majlis seterusnya adalah giliran jimbo.

Ahli keluarganya senyap sepi, jam dah menunjukkan pukul 10malam. Gua terpaksa temankan nas supaya pemanduannya lancor, bimbang pulak kalau dia tekan minyak habis, gua kalah dengan kelajuan.

Dalam perjalanan, nas banyak bercerita tentang pengalamannya touring merata tempat, benda ni buat gua berfikir panjang. Segan gua nak kasitau yang gua tak pernah touring sorang-sorang. Inikan sampai ke negara orang?

Paling luar negara bagi gua adalah singapore, dan paling luar negeri bagi gua adalah kolumpo!

Gua rasa poser, sedangkan timi cacat pun pernah keluar negara. Inikan gua yang cukop sifat!?

Picnic yang gua anjurkan pada 1hb lepas dipenang dah cancel, gua pasrah sikit sebenarnya, gua ingt dengan picnic ni dapat jugak lah gua keluar negeri lain selain kolumpo dan johor. Rupanya gua masih dia kolumpo dan johor. Gua tak pernah pergi ke terengganu, perak, perlis, kelantan, apatah lagi amsterdam.

Esok, gua mengambil keputusan untuk pergi ke penang jugak seorang diri. Ini touring pertama gua. Di negara sendiri, pegi jahanam orang nak kata apa. Yang gua pasti. Akan ada touring seterusnya, sampai la last touring yang gua idam-idamkan, iaitu di icelandic.

gua nak rasa sendiri char kuey teow penang. Gua nak rasa sendiri betapa denyutnya makwe-makwe feringgi, dan plaza gurney.

Pulau pinang! Abang datang!

No comments: