Wednesday, December 19, 2012

Kucing Garong


Sebenarnya gua dah bela lebih dari 5 ekor kucing. 1 ekor flatface, 3ekor Domestik long hair, 1 kucing kampong biasa. Setelah gua buat kajian sendiri, sebenornya kucing kampong ni 10x kali lebih bijak dari kucing-kucing "educated" yang lain. 
Sekor tu mati kat luar rumah , sekor mati sebab terjatuh, 2 lagi hilang kena curi. Kali ni  je yang kekal sampai hari ini. Ni pon sebab kucing yang gua bela ni kucing kampong je. Sebab tu kalau hilang pon tak ada orang nak ambil peduli. 

Kucing pertama gua nama dia Tim Tom. Kucing ni pattern dia sama macam DLH (Domestic long hair), cuma maybe dah banyak kacuk. Still bulu panjang tapi tak begitu fluffy.Kucing  ni gua jumpa kat blok depan rumah gua. Gua tak tahu lah kucing tu sudah bertuan atau tidak. kucing tu ikut gua balik rumah. Gua tak kurung dia pon sebab rumah bawah. TimTom ni sifatnya setia. Dia akan setiap hari tunggu gua balik rumah. Dia akan makan, kemudian meleset, dan akan hilang keluar. Tapi setiap malam dia akan balik untuk tidur kat tilam gua. Satu hari tu dia tak tunggu gua balik pun. Tiba-tiba dia balik rumah , gua bagi dia makan, dia tak makan, dia main-main dengan makanan dia. gua dah rasa tak sedap hati. esoknya gua nampak dia kat bawah pokok depan rumah. Dah mati. Sedih. 
Ni gambar hiasan, TimTom Pattern dia lebih kurang ni. cuma ni kucing orang lain.
TimTom -R.I.P 2009


Kucing kedua gua adalah seekor DLH juga. Tapi pattern Fluffy gila. Dan gemok macam setan. Pemalas. dan gemar duduk sorang-sorang. Kucing ni nama dia Hayley. Sempena kedatangan Paramore pertama dia Malaysia. Kucing ni gua terserempak kat tengah jalan. Gua nampak menarik, gua terus angkut bawa balik. For sure kucing ni orang punya sebab keadaan dia sangat terjaga. Cuma gua tak tahu mana satu rumah tuan dia. Dari orang lain ambil, lebih baik gua bela. Niat gua cuma nak bela je sebab gua kasihan. Tak lama gua bela dia, gua pindah rumah., Gua bawak dia sekali. Seminggu selepas gua pindah, Kucing ni hilang. Ura-ura tuan rumah cakap kucing ni kena jual dengan Housemate gua yang sebenarnya, Cuma gua takde bukti je nak tuduh dia. Cerita dia ada dalam blog ni jugak. Pepandai la carik.


Hayley - Missing 2010

Kucing Ketiga gua ni Nama dia Vivi. Seekor kucing betina kacukan. Siamese + DLH. Manja gila. Dan sangat ayu. Pada gua, vivi ni seekor kucing yang amat disenangi. Semua kengkawan gua sukakan dia. sebab perangai dia yang manja. Kucing ni hilang dalam rumah baru gua juga. Satu hari tu dia demam, gua bawa pergi klinik. Keadaan dia macam tak normal. dia lompat ke katil pon terjatuh. Memang macam tak bermaya. Gua balik kerja je dia hilang. Gua saspek orang curi. Keesokan harinya gua nampak dia kat tingkat bawah dalam keadaan sangat menyedihkan. Dia jatuh dari balkoni. Sejak hari tu, gua dah takut nak bela kucing. Gua rasa macam takde luck sebab kucing yang gua bela tak kekal. kalau tak mati, hilang. sentap betul.

Vivi - R.I.P 2010
Paling Besar, Paling pemalas, Paling kuat makan dan Paling kuat tido. Ini kucing ke4 Gua. Panda nama dia. Tapi makwe gua kasi dia nama panjang sikit "Panda Nabila". Macam cilake jugak padahal kucing ni Jantan.
Kucing ni baka Flatface original. Ada gigi taring tersembut belah kiri. Dan hidung tenggelam.
 Kucing ni kawan gua yang kasi sebab dia tak ada masa nak bela. Anggaran umur dalam 1 Tahun kucing. Kucing ni setiap hari tido bawah ketiak gua. Pendek kata dia tak akan boleh tidur kalau gua tak ada kat rumah. Memang manja. Tapi sayangnya pemikiran dia lemah dan cepat lupa. Satu hari kawan gua masuk rumah dan lupa tutup pintu. 5min je dia dah hilang. Lama gua dah bela panda ni. Dekat 1 tahun juga.Macam-macam klinik haiwan gua dah pergi buat rawatan itu ini. akhirnya hilang macamtu je.



Panda - Missing 2011

Gua makan kat tepian tebrau. lepas je gua bayar, gua nak masuk kereta, Ada seekor kucing mengiau kat gua. Bila gua angkat dia je, dia senyap dan jilat-jilat. Gua kesian. Kucing ni nampak bijak. Bila gua letak kat seat kereta je, dia duduk dan tengok depan. Wahh! Pandainya! Kucing ni kucing biasa. Warna dia kelabu. Gua suggest nama dia Grey, Tapi masa tu Lan HD yaini roomate gua cakap tak sedap. Lagi sedap letak nama melayu. Jadi gua cadang kasi nama Salji. Salji ni jenis kucing aktif, Perangai ada sikit-sikit macam anjing. Kalau orang baling barang, dia akan kejar,gigit dan bagi balik kat si tukang baling. Pandai kan?
Ini lah kucing gua salji. Stray cat yang bijak. Sampai la ke hari ni gua bela dia.


Tak lama lepas gua bela salji ni, Gua jumpa lagi seekor kucing biasa yang manja kat pasir gudang. Kucing ni Lan HD yang nak bela. Kucing jantan. Kononnya boleh la dia berkawan dengan salji kat rumah. Gua pun ambil lah.. Glensard nama dia. Sengaja gua letak nama glensard sebab time tu gua minat gila babi dengan Glen Hansard. yang si Glensard ni pulak jenis suka meleset sampai orang naik rimas. Tapi kadangkala dia la kucing yang boleh buat orang lain rasa sayang pada binatang. Sebab Glensard ni jenis kucing yang wataknya lebih comel dari kucing lain. :)
Glensard ni hilang sebab tak kunci pintu. Dia keluar rumah sampai ke kedai bawah. Sudahnya dah sebulan gua tak nampak tiba-tiba gua nampak dia kat kedai bawah. gua bawa balik. Tapi dia dah tak kenal tuan dan rumah. Perangai dia pun dah lain. Gua fikir, ada baiknya gua biarkan je dia kat bawah. Kat bawah pun ada kedai makan, At least dia boleh makan. Dan kebetulan time tu Salji ni pregnant, jadi gua takut juga kalau Glensard makan anak salji ke apa. Kucing jantan tak suka anak kucing kan? lebih-lebih lagi yang ada becak-becak 3 kaler tu.

Tahun ni gua dapat 2 lagi kucing percuma. Kucing ni anak kucing salji tu. Baru sebulan dia dilahirkan.
Gua letak nama seekor tu Jonsi dan seekor lagi Berc. Ini pengalaman pertama gua bela kucing dan kucing tu menghasilkan kucing yang lain. Seronot! seronot!
Black Berc
Jonsi


Laci dapur yang telahpun dijadikan kediaman rasmi untuk Jonsi dan Berc.




Gua harap kucing-kucing ni akan terus hidup dengan gua sampai bila-bila. Daripada gua sayangkan makwe lama yang tak ada paedah tu, lebih baik gua sayangkan kucing. Ada juga paedahnya.







No comments: