Wednesday, December 26, 2012

Mandi

Dah banyak kali jugak member2 gua yang merungut bila menunggu gua mandi. Mandi maksud gua bukanlah mandi wajib . Tapi mandi seharian. Yang mana rutin semua orang yang harus mandi selepas dan sebelum tidur. Cuma maybe masa yang gua ambil lebih sikit je dari budak lelaki lain.,

Sebenarnya, "menyabun" bukan alasan yang tepat kenapa gua mandi lambat dari orang lain. Dan menyabun bukannya satu benda yang "best" sangat untuk dibuat dalam bilik mandi. Cilake. 

Sebelum mandi biasanya gua akan duduk di toilet bowl, bakar rokok. Gua bukan buang air besar pon yang sebenarnya. Gua cuma hisap rokok je. Tabiat ni memang dari sekolah menengah lagi gua dah buat. Jadi dah menjadi kebiasaan bila gua nampak tandas je gua terus berahi untuk hisap rokok.

Selepas hisap rokok, gua akan melucutkan pakaian satu persatu sambil menghadap cermin dan membayangkan yang dihadapan cermin tu adalah Michel Scotfield. Pakaian gua akan gantung kat penyangkut khas yg letakkanya disebelah cermin bilik air.

Selepas bukak baju dan posing, gua pun buka paip shower. Gua akan dahulukan mandian gua itu dengan membasahkan kaki, time basah kaki tu barulah gua kena fikit chorus lagu apa yang sesuai untuk mandian gua kali ni, biasanya lagu "pieces dont fit anymore" punya chorus yang gua akan nyanyi. Lagu lain pun ada jugak tapi kadang-kadang la.

Lepas basuh kaki, gua akan ambil sponge dan basahkan. Kemudian letakkan sedikit sabun liquid yang lembut. Sebenarnya ada 2 ketegori sabun badan, satu sabun lembut, satu sabun kasar. Sabun lembut ni macam Johnson baby, lux, dovy atau dengan kata lain sabun yang tak ada scrub. Lepas tu gua akan basahkan badan semua. Ia mengambil masa lebih kurang 3minit. Lepas tu barulah gua sabun. Sabun kali pertama ni memang untuk memhilangkan kotoran biasa yang terlekat pada kulit. Bulu2 kucing ke, habuk ke, minyak hitam ke. Tempoh yang diambil lebih kurang 10minit.

Selepas sabun kali pertama ni, gua akan bilas badan sebersihnya. Kemudian gua akan pakai syampo. Sejak dari 2004 kalau tak silap, gua tak permah menukar jenama syampo. Gua menggunakan syampo jenama Tresemme. Syampoo lain tak serasi dengan kulit kepala gua. Sebab kepala gua jenis berminyak. Jadi syampoo ni je yang gua rasa paling berkesan dan sejak gua guna syampo ni gua tak pernah ada kelumumur.

Lepas syampo pulak, gua akan scrub badan. Scrub badan ni pulak bukan jenis scrub yang macam yeye sangat tu. sabun jenis scrub macam Ginvera Scrub Green Tea yang biasa gua guna. Apa yang bestnya sabun scrub ni, dia akan buat lu rasa selesa bila pakai baju. Sebab sabun liquid biasa Ph dia rendah, so kadang2 boleh buat kulit kering lepas mandi. Dan sabun scrub ni fungsinya untuk melembutkan kulit selain tu boleh membuang sel kulit mati. Seminggu sekali baru la gua pakai scrub yang "heavy" sikit. Biasanya gua pakai yang jenama watson je. Itu pun dah cukup bagus. Lepas pakai kulit rasa macam kulit baby!

Lepas dari scrub badan dan syampoo. Gua akan bilas kali kedua, gua akan capai Dental Floss. Dental floss ni bagi gua sangat penting. Sebabnya, walaupun canggih macam setan pun berus gigi tu, dia tetap takkan dapat keluarkan saki baki kat celah2 gigi tu. so Dental floss ni lah yang buat benda tu. Lepas "floss" gigi, gua akan sapu rambut guna perapi pulak. Benda ni buat 3 kali seminggu je, tk payah kerap sangat. Dan sambil tu gua akan berus gigi.tempoh yang diambil lebih kurang 10minit.  Lepas berus gigi gua akan cuci rambut kering2dan hair dryer sampai kering dan lap badan.

Gua harap dengan keterangan gua ni, membe2 gua tak merungut lagi kenapa gua lewat mandi.
Ecely gua akan buat semua ni time gua tak terkejar2 masa. Time nak cepat kengkadang gua acah-acah mandi jek!

1 comment:

nabihah said...

ni belaja mandi ke hape