Wednesday, December 12, 2012

iSmack!





Gua sebenarnya pernah minat bolasepak. Sejak kecil lagi. Masa tu gua rasa kagum dengan pak busu gua. Kerana pak busu gua kenal hampir semua pemain bolasepak malaysia. Walaupun pemain import. Gua pernah berangan betapa rasa bangganya kalau gua ditempat pakcik gua. Sebut saja bolasepak, semua dia tahu!

Masalahnya, dari zaman gua kecik lagi, abang gua suka ikut apa yang gua buat. Masa gua minat bolasepak tu, dia pun sibuk tengok bolasepak jugak, pengacau. Dan gua rasa menyampah. Sejak hari tu la gua rasa menyampah dan malas nak tonton bolasepak lagi. Apatah lagi nak menghafal nama pemain macam pak busu gua tu.

Bila gua dh besar ni, gua cuba untuk meminati bolasepak, namun tetap gagal. Gua dah cuba banyak kali, namun bolasepak bagi gua adalah satu benda yang membosankan.

Tapi itu bagi pihak gua, mungkin dalam seribu lelaki, akan ada 1orang lelaki yang tak minat apa yang orang lelaki lain minat. Nyatanya minat gua bukan bolasepak.
Tapi gua dikelilingi bolasepak, sedikit sebanyak gua ada tahu jugak. Pemain apa yang tengah popular sekarang, atau team mana yang best, team mana yang tak.

Sebenarnya gua bukan menulis untuk beritahu yang gua tak minat bola. Sebenarnya gua nak tulis pasal iSmack!

Ismack ni adalah cafe di sekitar johor bahru, berada berhampiran dengan pasar karat dan kombi. Cafe ni member gua punya. Ahmad syauqi atau nama glam fia "Po". Bukan Popo, but Po. Cafe ni direka khas untuk peminat bolasepak, and konsep dia "eat,drink and football". Amat sesuai untuk football holigan diluar sana!
Jadi, kalau korang rasa nak tengok bola dengan TV plasma LED 3D dengan santai dan sempoi, marilah ke iSmack!

4 comments:

Lynn La Loy リンダ said...

sini lah yg haku ajak haritu..depan kombi kan kan!

chubbyharusdirejam said...

Bukan la!!!! itu tempat shisha tu! ni lain!

Lynn La Loy リンダ said...

Lah lain ke? helamak!!! dah tu bawak lah kesini!!!

Kc Kasedah said...

kemal pun tak suka tengok bola. dan tak minat bola! haaa