Saturday, October 5, 2013

Ucapan Selamat Pagi berunsur tweet berantai yang kami buat setiap pagi.

Dari awal gua guna twitter, gua memang tak lepaskan untuk tweet selamat pagi kepada semua warga Timeline.
Benda ni kira dan macam sinonim sangat dengan pentwitter tegar malaysia. Lagipun memang TL tu banyak orang ucap selamat pagi dan gua pun ucaplah jugak.

Bezanya twitter dari pendapat gua, dia dapat mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan lu dengan orang lain. Diamana, lu dapat kenal orang tu dari cara penulisan dia. Macamana dia kongsi sesuatu perkara dan keramahan dia.

Secara jujurnya, sebelum gua main twitter pun gua dah add kawan-kawan gua (budak scene khususnya) kat facevook. Tapi, gua tak kenal pun diaorang siapa, yang gua tahu cuma gambar dan beberapa aktiviti macam gig contohnya. Berbual, errmm lain macam pulak kalau tiba-tiba gua open chat dengan diaorang kan? Awkward yang lebih tepat. 

Tapi sejak gua main twitter ni, gua rasa jadi lebih erat dan akrab. Gua bagi contoh ringkas. Wan Mijer. 
Gua kenal time group Saya Suka Maki kelolaan Kerky Sugar (YAD). Group tu memang maki memanjang, tapi kitaorang masih tak kenal. Maksudnya betul-betul member cyber sahaja dan bukanlah member di alam yang sebenar. Tapi sejak gua follow dia kat Twitter, dia berbual gua menyampok, dia menyampok gua berbual, terus jadi akrab dan boleh lepak setable. 

Contoh kedua, Yunie Minami. Rasanya dah lebih 6,7 tahun gua kenal dia. Tu pun sebab dia pernah couple dengan budak rumah gua. Tapi gua tak pernah tegur or berbual lepak dengan dia. Tapi disebabkan twitter jugak, gua sampaikan boleh tumpang tidur kat rumah dia time kereta gua rosak kat KL haritu. Means bukanlah terlalu akrab or BFF. But we connected. At least gua kenal dia dalam scene, dan luar scene gua masih kenal dia as a friend. Begitu tu dengan Kimi & Sikin. Gua tak pernah add kat facebook. Tak pernah jumpa. Tapi kat twitter jugak gua  kawan rapat dan dalam dunia realiti juga masih berkawan rapat. 

Contoh ketiga adalah budak-budak Scene DIY HC Punk Jb sendiri. Lyn, kamen, hapis dan Nina. Gua rasa dah add diaorang ni bertahun-tahun kat Facebook. Tiap kali gigs mesti muka-muka ni jugak yang gua nampak, tapi tak pernah bertegur pun. Tapi disebabkan twitter jugak terus akrab sampai harini. 

Nak je aku cakap true friends come from twitter tapi kang orang kata aku poyo pulak. Kahkahkah. 

Berbalik pada tajuk yang gua bagi kat atas tu, mungkin ini tips utk kiteorang kekal berhubung walaupun duduk berjauhan. Goodmorning Wishes. 
Seriusly dah lama gila benda ni berpusing kat TL. Hampir setiap pagi. Just for notice that kiteorang semua dah bangun tidur dan masing- masing dah start kerja. 
Pelik jugak kan. Benda simple macamni pun banyak pengaruh dan dah menjadi tradisi. Semoga kekal tradisi mention selamat pagi ni. Kah! 

Tuesday, October 1, 2013

Powermac G5

Gua baru angkat menatang berat haramjadah ni kat Razaisyam.
Spec dia memang outdate la senang cerita. tapi perfomance dia memang umphh!
Gua ingat nak bikin dual monitor untuk edit gambo dengan video.
Memang ngam ho!

apapun gua baru angkat, bulan depan mungkin baru bayar.
Sekarang gua nak cari monitor apple seken.
Kat mana ada jual?


Nomad

Pindah rumah ni benda paling benci dalam hidup gua.
Sejak gua hidup berdikari ni, gua dah pindah lebih 4 biji rumah dan 1 bilik.
Banyak yang sebenarnya. sebab gua jenis jantan yang tak suka berpindah randah.

Rumah baru gua terletak satu blok dengan rumah Lynlaloy dan Apis kobis.
Secara tidak lansung kami berjiran. Senang lepak bersama dan tak perlu 24jam asik lepak perabih duit kat kedai makan. Line up rumah baru sama je macam rumah lama. Cuma tambah lagi sorang je. Jadi gua masih lagi menghadapi hidup berkongsi barang dengan satu mamat ni. itu cerita lain. gua takde pilihan.

Masa gua pindah tu pun ramai kengkawan turun padang tolong gua pindah sekali. Jarang jumpa kengkawan yang sanggup susah payah habiskan waktu cuti + penat semua sebab nak tolong lu. Ini kire satu penghargaan sepanjang tempoh gua pandai berkawan. Jadi gua rasa tak silap la bab ni. Kalau nak harapkan kawan yang just "kawan" memang tunggang terbalik lu tanggung la sorang-sorang.

Harapan gua agar rumah sewa baru gua ni kekal sampailah gua dapat loan buat pinjaman hartanah beli rumah sendiri yang gua confirm jauh dari bandar. Dan semoga Guard rumah sewa baru gua ni tak sepalat guard rumah lama gua yang menganggap diri dia warden asrama. kepala bana.




Wednesday, September 25, 2013

Berita Gembira


GADGET ANAK MUDA.

Sony dah main giler ni!!
Terbaru dia keluarkan kamera full frame compact. Sony RX1 dan RX1s. Macam biasa dia pakat berdua dengan Zeiss (Carl zeiss Tessar). Itu pun gua dah naik darah.
Terkini dia keluarkan pulak Sebiji lens Modul untuk Handphone!!

Telahpun dijual di kedai-kedai kamera besor macam Shashinki.
Bendealah puaka ni dapat menghasilkan gambar sebesar 20megapixels CMOS sensor!!
Kepala bapa dia anjing tanah?
Sekarang gua tengah fikir macamana dia satukan applikasi Camera pada handphone dan dimasukkan ke dlam Sensor CMOS dan boleh jadi gambar. Ini benda pelik tau!

Bintang haram jadah ni diberi nama Sony DSC-QX100 Digital Camera Module for Smartphones!
SONY DSC-QX100
Guna battery tau. Jangan memain. Dia punya material pulak macam body camera. Ringan tapi mantap.

Ini merupakan edisi Cyber-Shot. Semua orang tau Sony Cyber-shoot memang boleh pegi.

Macamni keadaan dia bila dipasang. Macam kamera digital.

Ini cara dia dipasang. Macam biasa dia test dengan Handphone sony. Tapi iphone boleh ngam. Android takleh la sebab dia cap ayam. Nuff said.

7 element, F1.8 Carl Zeiss Tessar 25-250mm ,EXMOR R sensor, Full HD. Gilebabi pundek.
PRICE AT SHASHINKI : MYR 2128.00

Murah habess! Boleh beli DSLR ye dok? Tapi kalau lu jenis yang suka habiskan duit mak ayah ataupun pinjaman PTPTN, lu boleh la angkat sebiji untuk riak kat member-member kolej lu. At least lu update lebih dari diaorang. Oh lupa nak bagitau. Kalau hitam ni macam ganas sangat, dan tak sesuai untuk awek-awek hispter. Ni dia ada keluar Versi yang murah dan Lebih elegan khas untuk makwe-makwe demokrat.

SONY DSC-Q10

HAA.. ni murah sikit. But masih mempunyai ciri-ciri yang sama. Cuma bezanya Coated bukan Carl Zeiss

Kalau nak pakai, lu ON, kalau taknak pakai OFF la. Tak kan itupun gua nak ajor.

Keadaan dia bila dipakai dengan Handphone. Lagi cantik kalau handphone tu kaler putih la.

Built in WIFI, ditambah pula dengan EXMOR R CMOS Sensor. 

Sesuai untuk budak sekolah menengah yang mungkin terniat untuk merakam 3GP kepada kualiti yang lebih baik iaini 1080p Full HD.
PRICE AT SHASHINKI : MYR 1128.00

Haa. kalau nak tahu lebih lanjut, tarik cursor lu pergi ke nama model tu dan paste kat google. Gua tak pandai nak terangkan panjang lebar. Kalau gua pandai dah lama gua kerja dengan Wikipedia. 

Tuesday, September 24, 2013

FEMME

" Femme" ,
Tahun 2010. Gua pernah main band untuk DIY Femme Fest.

FEMEN (Femme) merupakan sebuah kumpulan bantahan feminis Ukraine berpangkalan di Kiev dan Paris, ditubuhkan pada tahun 2008. Organisasi ini menjadi terkenal di peringkat antarabangsa untuk menganjurkan kontroversi topless protes terhadap Pelacur seks,GRO, institusi agama, agensi-agensi perkahwinan antarabangsa, seksisme dan pelbagai kerja yang dikatikan dengan topik sosial lain di peringkat kebangsaan dan antrabangsa. Pada Oktober 2012 organisasi ini mendakwa ia mempunyai kira-kira 40 aktivis di Ukraine, dan lebih 100 orang telah menyertai protes di luar negara serta puluhan ribu penyokong melalui private sosial network "Vkontakte"

Yang gua tau, femme ni menegakkan hak sebagai seorang perempuan.
Tak kira la apa pun, perempuan pun patut dapat hak yang sama macam lelaki.
Tapi kali ni macam over pulak.
Tak tau la, maybe orang akan cakap aku Facist kot? Sebab tak boleh accept?

Menegakkan hak kaum wanita tu bagi aku memang tak salah.
Tapi menegakkan hak dan menghina agama lain tu bagi aku "sick".

"No god No warrior"
"Fuck islamist"
"Religion is Slavery"

Macam tak kena je quotes tu untuk aku.
Suka hati la kalau nak cakap aku facist,
Cuma aku tak pernah nak salahkan kau walau apa pun kau buat,
Aku pun bukan bagus.
Dan aku pun tak Punk.
Plus, aku pun lelaki yang sama.
Lelaki yang akan panjang umur bila tenung tetek selama beberapa minit.
Normal what?











Bagi aku, Dunia ni betul-betul dah nak akhir zaman. Agama dipermainkan. Diputarpusingkan. Dan diaibkan. Dah tak ada apa yang relevan lagi dah. Jangan salah tafsir, Kang satu scene berpecah belah.
apa pun, We dont fuck the "femme", but we support religious rights!


Thursday, September 19, 2013

TIPS UNTUK KAPEL 2013

LULU

Pagi semalam, bangun tidur.
Siap-siap nak pergi kerja memang gua biasanya akan buka pintu bilik sambil siap-siap.
Tujuan gua buka pintu bilik ni bukan sebab apa.
Sebabnya gua nak kasi kucing gua ni masuk.
Ini Lulu. Seekor kucing kampung biasa bewarna hitam dan berbulu kilat.
Nakal dan kadang-kadang boleh buat kau rasa terhibur dengan kedegilan dia.

Suka menjengah dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi

Tapi .

Takde siapa pun masuk bilik gua. Gua pun dah terlambat dan gua terus keluar.
Sambil-sambil keluar tu, gua bunyi suara kucing juga kasi dia dengar.
Tapi senyap je takde siapa sahut pun.
Gua rileks, gua keluar jugak.

Harini gua balik rumah, masih tak ada bunyi kucing, ataupun binatang yang selalu main-main kat kaki gua.
Tak ada dah. Entah mana dia pergi gua pun tak tau. Pak guard, jiran depan rumah, Housemate, semua gua dah tanya. Jawapan diaorang semua sama. Terkeluar time buka pintu dan tak balik rumah.
Padahal selama ni dia ada juga terkurung kat luar rumah. Dia akan stay mengiau kat depan rumah sampailah gua buka pintu. Cuma kali ni tak.

Gua dan janji dengan diri sendiri, kalau kucing kali ni pun hilang. Sampai bila-bila pun gua takkan bela kucing lagi. Sebab dah banyak sangat gua bela kucing. Semuanya kalau tak hilang, orang akan curi. Harap gua dapat sesuaikan diri duduk rumah tanpa bunyi kucing mengiau.Sebab gua dah terbiasa dengan environment ni.

Sedih tau kucing hilang ni. Semua Punk pun akan sedih kalau pet dia hilang.

Berentilah prejudis kepada kaum lelaki. Sebenarnya orang lelaki ni bukan nak awak perfect macam bidadari, cukuplah sekadar awak tu pandai jaga diri dan ada rasa indiependent sikit. At least kalau lelaki tu dah takde nyawa, awak boleh tolong jagakan anak-anak dia. Ni kalau awak nak jaga diri sendiri pun susah, how come awak nak jaga suami dan anak-anak kelak?

Wednesday, September 18, 2013

Hu Ha Hu Ha

Jangan tipu, walaupun umur cecah 30 tapi sekali sekala kau mesti teringkat zaman dulu-dulu. Zaman selalu buat bising. Hu Ha Hu Ha orang kata?

Mujur, umur aku 27 tahun tapi masih dapat lalui lagi zaman ni. 
Dalam pada masa yang sama. kawan-kawan aku yg lain pulak dah beranak pinak.











Percayalah cakap aku yang satu hari nanti semua ni akan hilang, maksud aku dan menemui jalan masing-masing, beranak pinak dan membina keluarga sendiri. Dan pada masa tu semua yang ada diatas akan cari semula blog aku ni untuk imbas kembali gambar-gambar sebelum dia sampai ke arah tu. Dan pada masa tu pulak aku dah pindah ireland ikot jontos sebab dah bosan dengan gomen,.Kah kah kah.

Dan sekarang kau faham, fotografi bukan sekadar "Snap" semata-mata.

Tuesday, September 17, 2013

Turtle JR.


Sebenarnya gua dah fikir lama benda ni. Cuma gua belum buat lagi. Sebab nya gua ni jenis cerewet dan kuat membebel. Gua risau juga bila nanti kang Junior photographer gua sentap dan balik kampung pulak.

Sebenarnya macam gini.

Tujuan untuk gua ambil Junior photographer bukan suka-suka.
Selain dapat menambah pendapatan, Gua juga tak risau nak ambil dua atau tiga job serentak.
Langkah ni diambil bagi mengelakkan customer mengeluh sebab gua tolak job beliau kerana kekurangan photographer.And sebagai junior photogpher pun akan dapat benefit. Selain daripada dapat belajar benda baru, dapat gaji., Kau jugak boleh dapat customer lain ataupun makwe makwe imajinasi.

Gua pulak dah sign agreement dengan OPSJ as a /Videographer/photographer. So kalau ada event skateboarding, gua kena attend. and bagi Junior photographer untuk menjalankan tugas. Bergantung kepada permintaan customer dan ibu pejabat Jasmine and sun iaitu Pohon Minda.

Rata-rata pengantin, dia nak Owner tu sendiri ambil gambar.
Macam masa gua baru join Pohon minda, Semua orang nak Jimbo jugak yang ambil gambar.
Sebab stroke, posing dan cara dia berbeza. And now, kengkawan atau sesiapa yang pernah ambil gambar dengan gua pulak, nak gua je ambil gambar. Kadang-kadang benda ni jadi masalah bila mana gua takde staff or partner yang boleh gantikan tempat gua.

Pemilihan akan ditinjau dan ditapis oleh pihak gua sendiri.
Sesiapa yang berminat, patut rasa bersyukur sebab gua yang jadi QC dan bukannya jimbo.
Kalau Jimbo yang jadi QC kau, memang kau akan menangis bila balik rumah.
Kah kah kah

Jadi ini terbuka kepada semua yang berminat, Terma dan syarat telah diberikan. Harapan gua ada respon dari sesiapa. Tak kirala lu baru sebulan masuk kerja, atau pun dah lama. You are welcome.
Cuma gua galakkan kepada orang yang dah bekerja., Bukannya yang full time photographer. Bagi la peluang untk merka yang buat 2  atau 3 kerja sehari ni utk dapat side income lain :)


Epit Daighila dah tunang woi!

Epit main drum laju. Pernah sekali aku tengok dia main drum sambil makan kuaci. Hebat.

Aku suka hiasan rumah najwa ni. Simple. Rumah melayu original dengan sedikit sentuhan futuristik. kemain

Ini najwa. tunang epit. Sekali imbas mirip syarifah aini

Najwa lagi, Sabor kejap lagi aku update gambo epit.

Makcik epit tak silap aku. sporting.

Turut hadir, atuk epit. Masih bertenaga walaupun umur sudah lebih 80s. 

Belah kanan : Epit, belah kiri mestilah tunang epit. 

Gamba terakhir sebelum aku balik rumah layan DVD.

Monday, September 16, 2013

Handphone kena curi
Kereta kena gesel
Hutang tak jelaskan
Kereta timing chain rosak
Motor excident
Housemate tak repair motor
And now kena notis pindah rumah

How lucky me? 

Alhamdulillah.

Wednesday, September 11, 2013

HEY YOU GUYS! WE GOT PROMOTION HERE! SPREAD THIS!

Wedding Promotion!

Live. Concert. Brand & Labels Photography.
Dah baca? Faham? Apa lagi? Sila lah membuat panggilan. Jangan ketinggalan!

Sigma

Result from Sigma 24-70mm f2.8 DG HSM 
Sekadar contoh ketajaman lens.

Aku takde lens nak pakai untuk wedding. Ni je lens yang termampu aku pakai. Kalau takde lens ni, memang takde wedding. Kalau takde wedding makan hutan piutang bertokok tambah la jadinya. Susah jadi melayu ni, hidup bergelumang dengan hutang je sampai mati. No, gambar diatas bukan lens yang aku cakap. itu Lens Canon 35mm. Takde kena mengena dengan sigma.

Aku tak review apa-apa pon pasal lens ni,cuma bila dah guna aku rasa saja je nak review.
So inilah hasilnya. Gambar diatas adalah dari Slashgear.com . Dia test Sigma 24-70mm @ 24mm f2.8. Kalau kau zoom memang nampak gambar dia ada effect "blur" sikit pada center. Berbeza kalau kau pacak Nikon 24-70mm Nano. Benda ni buat hati aku tak sedap.

Aku ni teliti sikit dalam pemilihan dan penggunaan barang. Kalau barang tu tak menepati citarasa aku even kalau orang lain tengok dia akan cakap "ok lah tu". aku memang takkan pakai lama.
Lens ni sharp dia kat F4. F2.8 dia kau tak payah nak test memang ikut nasib. Kadang sedap, kadang tak sedap. 

Dan harini baru aku terbaca review ni.

"On our FX test camera, the lens did not really show impressive performance, however on DX the results are a lot more solid and convincing.
Center and border sharpness is generally very good, but there’s a visible drop in sharpness wide open and the extreme corners need smaller apertures to show good resolution."

Apalah makna 24mm kalau pacak kat body DX. Maksud aku kalau pakai DX baik pakai 17-50mm sigma ye tak?  tapi kelebihan dia ada kat situ rupanya:(

Tuesday, September 10, 2013

SA

Cabi : Ehemm
SA : Aik, Ajaib cabi wassep kite.. Haha!
Cabi : Mana ada wassep. saya cuma batuk je!
SA : Poyo, haha. Ada apa cabi?
Cabi : Saya nak tanya awak soalan ni, awak dah sedia ke belum nak jawap?
SA : Apa dia, ye saya dah bersedia.lol.
Cabi : Pernah tak awak rasa yang twitter ni sebenarnya punca banyak benda yang awak buat tak menjadi?Macam awak lagi fikir nak tweet apa harini daripada berfikir macamana nak majukan diri. Dan awak tweet dan tweet sampai awak lupa harini nak kena buat apa dan awak dah mula abaikan hari hari penting yang patut awak sambut selain daripada tweet. Sekarang faham? Thats the random question, jangan fikir apa2.
SA : Bagi saya tak, sebab saya takdelah tweet 24/7 & saya tak guna tweet as a medium untuk luahkan isi hati saya sepenuhnya. huhu. Menjawap ta soalan awak tu?
Cabi : Er.. menjawap juga.

SA adalah shortform untuk Sarahlina Adam. Seorang cikgu bahasa inggeris dan mungkin boleh anda jadikan rujukan dan ajukan pelbagai soalan yang dia akan jawap dengan ikhlas dan hati yang terbuka.

Semalam gua lepas mengikuti seminar tentang bagaimana cara kerja dengan hati yang ikhlas. Sebab tu tiba-tiba gua nak tanya soalan tu dengan SA. Mungkin sebab gua rasa dah banyak sangat benda gua abaikan dan gua lagi banyak masa main handphone daripada berfikir soal dunia.

Buang ego, lu pun mesti pernah fikir benda yang sama kan?

Friday, September 6, 2013

Jantung pisang

Zaman Mak bapak aku.
Dengan RM0.10 sen kau dapat Nasi goreng.
Silap-silap dengan Air sirap.
Rm0.10 boleh simpan dalam tabung.
Bekalan sekolah cuma Rm0.20

Zaman aku. 
Nasi goreng Rm0.30 sen, Air RM.0.20.
Kadang-kadang aku sengaja bawa air sendiri. So dapat lah nasik goreng yang harga Rm0.50.
Bekalan sekolah cuma Rm0.50.

Zaman anak sedara aku.
Nasi goreng dah start RM1.00 Sepinggan.
Air RM0.50. Cukup dua teguk, air pun habis.
Bekalan sekolah cuma Rm2.00

Zaman terkini.
Nasi goreng da cecah RM2.50
Air sirap kerja kawin Rm0.80.
Ini harga luar bandar! Harga bandar pulak air dah jejak Rm1.20.
Nasi goreng RM3.00 tapi ada daging seketul dua.
Bekalan sekolah RM5.00.
Tak ada simpanan.

Dan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun lagi. Kemungkinan bekalan sekolah RM15 pun tak cukup.
Harga minyak mahal.
Harga gula mahal.
Harga minyak masak pun mahal.
Harga transportation mahal.
Harga kawin lagilah mahal.

Nilai tukaran $1SGD = RM3MYR

Satu benda yang aku kagum dengan malaysia ni.
Perubahan gaji tak ketara.
Zaman mak aku kerja kilang dapat gaji Rm800.
kalau overtime jejak Rm900.
Zaman tu boleh beli Ais kepal Rm0.80.
Rokok dunhill Rm3.80 20 batang
Rm0.70 naik bas dari rumah ke pusat bandar.
Teksi tak pakai meter.
Zaman aku, gaji basic RM1000.
Sewa bilik Rm350.
Minyak every day RM10 kalau pegi balik kerja. RM20 kalau jalan-jalan bandar sikit.
RM 10.50 untuk Dunhill 20 batang.
Taxi naik je dah kena cas Rm3.00. Dari rumah ke angsana boleh jejak Rm10.

Bezan gaji aku dengan mak aku lingkuangan Rm200-250 je.
Tempoh yang diambil adalah lebih 25 tahun.
Kedaikan barang dan minyak pulak berapa?
and now harga ringgit turun. Berapa tinggal duit kita?

Rumah kat johor baru. 50% milik rakyat singapura.
Sebab apa?
Sebab kerajaan kita bijak bestari.
Sudahnya kita semua menyewa pulak dengan orang singapura.
Dan endingnya.Johor bahru milik singapura.

Sampai sekarang aku tak faham apa yang orang semua Workship dengan "SYSTEM".
Sampai butakan mata konon nak hidup selesa.
Wake up. This is real life.


Thursday, September 5, 2013

We love asia?


Band macam Lamb of god tak dapat maasuk malaysia sebab nak menjaga sensitivity rakyat malaysia.
Habis tu rakyat malaysia tak sensitip ke dengan Artis yang sama nama dengan ketegori Anjing? Dengan DJ2 barat yang confirm-confirm membuatkan peminat lupa dunia dan akhirat? Yang membuatkan percentage tinggi untuk memajukan scene pil khayal dan arak di malaysia?

Oh mungkin pada konsert pitbull nanti, takde drug, takde alcohol dan takde perempuan seksi pakai skirt nampak betis sampai camel toe.
Oh mungkin pada konsert nanti, pendapatan negara akan bertambah dan jumlah kemasukan pelancong/pelencong makin tinggi.
Oh mungkin pitbull tak guna ayat Al-quran dalam lagu dia tapi dalam lirik dia? oh tak kaji lagi.
Oh mungkin sebab pitbull punya lagu pakcik-pakcik kaki disco suka dengar?
Oh ok, kita cerita pulak pasal DJ DJ yang dibawah.
Rakyat malaysia memang tak faham ke atau buat-buat tak tahu yang DJ Antoine, DJ silva dan DJ Day post teramatlah berbeza dengan DJ Dave?
Oh ke memangnya event-event DJ ni semuanya berkisar tentang kebudayaan rakyat malaysia dan agama islam?
Oh DJ dia tak rambut panjang mungkin, Tak bawak music berat. Takde bunyi guitar nyaring?



COME ON LAH JAKUN AKA JAKIM. MALAYSIA SEEING.


Wednesday, September 4, 2013

Lamb of chop. Em dapnye dapnye.

Sana sini heboh pasal JAKUN haramkan Lamb of god.
Kau tahu berapa lama aku dah tunggu lamb of god main kat malaysia??
Ok aku akui aku bukan Fans berat Lamb of god. Aku cuma banyak dengar album pertengahan. Aku tak explore lagi album lama. 

Aku dengar, salah satu sebab kenapa Lamb of god tak dapat main kat malaysia sebab nama dia "Kambing Tuhan" bila ditranslate bahasa melayu. And bagi aku itu tak jadi masalah sebab dia tak mengaitkan mana-mana pihak. Sebab bagi dia, tuhan tu apa pun aku tak tahu. 
Ad secondly sebab surah al-rahman. Satu lagu pada tahun 2008 LOG main live and starting lagu tu ada surah al-quran. Ok yang itu aku ada pelik sikit sebab aku tak tahu mana satu lagu LOG yang ada surah tu. Sebab kalau aku refer Youtube, surah al-rahman for starting lagu tu macam clean sangat, masuk lagu je terus terjunam bunyi dia. maksud aku, macam tak real. Or mungkin memang ada lagu tu cuma aku yang tak habis explore. 

Oh yang engko kecoh pasal starting yang ada surah Al-Rahman tu ye? Kejap, ahmad dhani ada cover lagu kumpulan Queen yang tajuk dia "mustapha" tu kan? Siap keluar radio lagi?  Kenapa jakim lepaskan pulak? Kan orang kafir jugak yang start nyanyikan.  Dan ahmad dhani sebagai orang islam menyanyikan semula lagu itu seolah-olah menyokong seorang kafir menyayikan dan menyebut kalimah Allah SWT. Ke Sebab nama ahmad dhani bukan ahmad lamb of god? 

Aku dh taip semua ni kt fb, tapi aku delete semula, sebab FB aku ada customer yang mungkin akan pandang serong aku. Kang tak pasal-pasal dia claim aku syiah pulak.

Macamni, even kalau benar pun band tu datang ke malaysia, dan main lagu yang ada surah al-quran tu, aku rasa tu silap pihak penganjur. Pihak penganjur yang patut rasa bersalah dan didenda. And sebagai pihak penganjur, kena beritahu band tersebut lagu apa yang sesuai dimainkan di malaysia. Penganjur pun harus sedia maklum rakyat malaysia ni cepat terasa, kuat merajuk dan manja.

And tentang lagu yang ada ayat al-quran tu, sesiapa boleh bagi aku lirik dia? Sebab banyak juga band-band black metal yang lagu dia ada azan,ada ayat-ayat dalam bahasa arab, tapi kebanyakkan lagu dia bukan MENGHINA islam, tapi banyak berkisahkan tentang perang salib dan kekejaman yahudi membunuh islam, dan bagi aku itu satu benda yang tak salah. Mungkin cara penyampaian dia buat orang rasa tak sesuai. Pernah dengar Impiety? Ada satu lagu dalam album Kaos Kommand 696 kalau tak silap aku ada Laungan azan dan muzik gospel, kau tahu liriknya apa? Lirik dia menceritakan pasal perang syahid. Tak menghina atau mensensitipkan sesiapa pun.

Sebenarnya, orang malesia ni sibuk sangat dengan imej. Dari imej la orang ada judge.Lagi ditokok tambah banyak benda supaya dapat menjadi satu topik hangat. Engko tengok la Dani Filth ni, kalau Dani filth ni berimej seperti dibawah, aku rasa Cradle of filth pon ramai makwe kolej suka. Tak gitu?

Dani filth yang pernah menjadi modal bagi setiap gadis-gadis extreme metal barat.

Dani filth yang akan membuatkan pakcik-pakcik jakim mengucap panjang sambil menjerit "syaitann!!!"


EXCUSE ME SIR, YOUR MALAYSIAN IS SHOWING.