Saturday, October 5, 2013

Ucapan Selamat Pagi berunsur tweet berantai yang kami buat setiap pagi.

Dari awal gua guna twitter, gua memang tak lepaskan untuk tweet selamat pagi kepada semua warga Timeline.
Benda ni kira dan macam sinonim sangat dengan pentwitter tegar malaysia. Lagipun memang TL tu banyak orang ucap selamat pagi dan gua pun ucaplah jugak.

Bezanya twitter dari pendapat gua, dia dapat mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan lu dengan orang lain. Diamana, lu dapat kenal orang tu dari cara penulisan dia. Macamana dia kongsi sesuatu perkara dan keramahan dia.

Secara jujurnya, sebelum gua main twitter pun gua dah add kawan-kawan gua (budak scene khususnya) kat facevook. Tapi, gua tak kenal pun diaorang siapa, yang gua tahu cuma gambar dan beberapa aktiviti macam gig contohnya. Berbual, errmm lain macam pulak kalau tiba-tiba gua open chat dengan diaorang kan? Awkward yang lebih tepat. 

Tapi sejak gua main twitter ni, gua rasa jadi lebih erat dan akrab. Gua bagi contoh ringkas. Wan Mijer. 
Gua kenal time group Saya Suka Maki kelolaan Kerky Sugar (YAD). Group tu memang maki memanjang, tapi kitaorang masih tak kenal. Maksudnya betul-betul member cyber sahaja dan bukanlah member di alam yang sebenar. Tapi sejak gua follow dia kat Twitter, dia berbual gua menyampok, dia menyampok gua berbual, terus jadi akrab dan boleh lepak setable. 

Contoh kedua, Yunie Minami. Rasanya dah lebih 6,7 tahun gua kenal dia. Tu pun sebab dia pernah couple dengan budak rumah gua. Tapi gua tak pernah tegur or berbual lepak dengan dia. Tapi disebabkan twitter jugak, gua sampaikan boleh tumpang tidur kat rumah dia time kereta gua rosak kat KL haritu. Means bukanlah terlalu akrab or BFF. But we connected. At least gua kenal dia dalam scene, dan luar scene gua masih kenal dia as a friend. Begitu tu dengan Kimi & Sikin. Gua tak pernah add kat facebook. Tak pernah jumpa. Tapi kat twitter jugak gua  kawan rapat dan dalam dunia realiti juga masih berkawan rapat. 

Contoh ketiga adalah budak-budak Scene DIY HC Punk Jb sendiri. Lyn, kamen, hapis dan Nina. Gua rasa dah add diaorang ni bertahun-tahun kat Facebook. Tiap kali gigs mesti muka-muka ni jugak yang gua nampak, tapi tak pernah bertegur pun. Tapi disebabkan twitter jugak terus akrab sampai harini. 

Nak je aku cakap true friends come from twitter tapi kang orang kata aku poyo pulak. Kahkahkah. 

Berbalik pada tajuk yang gua bagi kat atas tu, mungkin ini tips utk kiteorang kekal berhubung walaupun duduk berjauhan. Goodmorning Wishes. 
Seriusly dah lama gila benda ni berpusing kat TL. Hampir setiap pagi. Just for notice that kiteorang semua dah bangun tidur dan masing- masing dah start kerja. 
Pelik jugak kan. Benda simple macamni pun banyak pengaruh dan dah menjadi tradisi. Semoga kekal tradisi mention selamat pagi ni. Kah! 

Tuesday, October 1, 2013

Powermac G5

Gua baru angkat menatang berat haramjadah ni kat Razaisyam.
Spec dia memang outdate la senang cerita. tapi perfomance dia memang umphh!
Gua ingat nak bikin dual monitor untuk edit gambo dengan video.
Memang ngam ho!

apapun gua baru angkat, bulan depan mungkin baru bayar.
Sekarang gua nak cari monitor apple seken.
Kat mana ada jual?


Nomad

Pindah rumah ni benda paling benci dalam hidup gua.
Sejak gua hidup berdikari ni, gua dah pindah lebih 4 biji rumah dan 1 bilik.
Banyak yang sebenarnya. sebab gua jenis jantan yang tak suka berpindah randah.

Rumah baru gua terletak satu blok dengan rumah Lynlaloy dan Apis kobis.
Secara tidak lansung kami berjiran. Senang lepak bersama dan tak perlu 24jam asik lepak perabih duit kat kedai makan. Line up rumah baru sama je macam rumah lama. Cuma tambah lagi sorang je. Jadi gua masih lagi menghadapi hidup berkongsi barang dengan satu mamat ni. itu cerita lain. gua takde pilihan.

Masa gua pindah tu pun ramai kengkawan turun padang tolong gua pindah sekali. Jarang jumpa kengkawan yang sanggup susah payah habiskan waktu cuti + penat semua sebab nak tolong lu. Ini kire satu penghargaan sepanjang tempoh gua pandai berkawan. Jadi gua rasa tak silap la bab ni. Kalau nak harapkan kawan yang just "kawan" memang tunggang terbalik lu tanggung la sorang-sorang.

Harapan gua agar rumah sewa baru gua ni kekal sampailah gua dapat loan buat pinjaman hartanah beli rumah sendiri yang gua confirm jauh dari bandar. Dan semoga Guard rumah sewa baru gua ni tak sepalat guard rumah lama gua yang menganggap diri dia warden asrama. kepala bana.