Thursday, September 29, 2011

kadang-kadang cemburu jugak lihat family orang lain.Okbai.

Urban Menthod Disorder

gua punya anak saudara sekarang semua sibuk bergaya.
masing2 nak ketengahkan gaya masing2.
masing2 nak memperagakan baju zara,guess,fendi dan pelbagai lagi jenama yang mgkin bagi mereka sangat hips dan urban.PEGI JAHANAM.
habis duit akak2 gua dikerjakan oleh anak2 sendiri.
gua macam nak pelempang je sorang2.

gua sangka,Trend Oakley Frogskin ni dah hampir senyap.
rupa-rupanya makin hebah. dan macam makanan ruji. dah macam makan nasik.
siap ada kombo, Oakley Frogskin+gshock+tali pinggang.sama kaler!
keluar tanpa cermin mata oakley adalah perkara yang memalukan bagi golongan anak muda zaman skrg.
even nak pegi pasar,rumah terbuka,pegi surau,pegi pasar malam,pusing2 taman bunga mahupun berkelah..pasti takkan lepaskan Oakley frogskin di gengaman.
kepala hotak dia.
tak tau la apesal,tapi gua mcm tiba2 takbleh blah tgok anak sedara gua yang bangga betul dengan Frogskin dia. apesal? boleh tukar kaler ke? boleh keluar lampu? boleh ubati penyakit?

ini trend 2011 brader! oakley frosking,gshock watch,dan tranparent belt. tak lupa,bag dslr sentiasa dibahu.dah tak lupa,touch up bedak kat muka supaya sentiasa tampil unggul dimata makwe sigs. -nama terpaksa dirahsiakan-



Sepotong Kek untuk Hantaran

Gua rasa gua dah makin kritikal.
gua dah makin teruk dan manuk.
lu tau manuk tu ape? lu tau?

kat jalan raya malaysia ni, ada macam2 benda sebenarnya.
kadang2 time kita tengah bawa kereta/motor santai usha awek kt pantai lido,
tiba2 terlanggar lobang,tiba2 terngesot sampah kat depan radiator,
tiba2 terlanggar tin minuman.
sesetengah rakyat malaysia memang binatang sifatnya..
gua paling pantang orang buang sampai keluar dari kenderaan.
dan gua lagi menyampah kalau orang buang sampah dalam kereta gua.
kaedahnya, jangan bawa sampah ke dalam kereta. tinggalkan sampah sarap sebelum naik kereta.
ini benda serius!

gua dalam perjalanan mahu ke pasir gudang.
gua melangkah ke pasir gudang dengan penuh semangat.
semangat sweet cafe.
gua henjut 140km/j.
jalan tak rata.
jalan berturap.
gua maki menteri kerjaraya.
gua maki budak2 mbjb.
gua maki plustrafik.
sepanjang perjalanan tu gua tak berhenti membuat dosa-dosa kecil..
"gedeguk" gua macam terlanggar sumthing.
peluh gua dah mula menitis.
jantung gua berdegup kencang seperti mahu menjalani malam pertama bersama isteri.
tapi kali ni lain.
gua macam langgar orang.

gua berhentikan kereta gua, tarik handbrek dan letak gear kat P.
memang kereta gua pondan. kereta automatic.
5,6 kali juga gua pusing kat kereta tu.
tak nampak mayat sesiapa.
gua cuba usha bumbung kereta, pon takde pontianak.
jadi gua ambil keputusan untuk berjalan belakang sedikit.
mana tau tiba2 gua terlanggar rara nur.

gua nampak kelibat hitam.
terjelepuk ditengah jalan.
bau hamis..dan agak leper..
sebab gua masih ingat tadi belakang gua ada lori pasir.
gua amati betul2..gua sedih..
gua jadi bersalah.
gua amati betul2..
memang gua dah langgar dia!
dia dah MATI!!!!

gua cuma sempat termenung kat tengah jalan.
gua cuba untuk cari jalan untuk meletakkan jenazah dia di bahu jalan.
gua pikir panjang.
sepanjang gua pikir tu, ada dalam 8biji lori tanker dah langgar mayat tu..
tpi gua still pikir.
lastly,gua cari kayu.
gua usir mayat tu ketepi.
mayat tu dah menjadi kepada banyak bahagian.
gua tak sempat kira. sebab gua nampak mayat tu dah lumat..
gua tutup hidung, dah cuba juga usir mayat tu ketepi..
bila dah berada dibahu jalan, gua sempat lagi lihat muka mayat tu..
sama macam timi.
gua cuma sedih je dengan nasib dia.
dan gua rasa bersalah...memang anjing ni takde otak..
tapi tak patut gua langgar anjing ni.
dia binatang kot.
gua ni ALF.
ape kate orang lain terhadap gua?
gua memperjuangkan hak asasi haiwan, tapi gua langgar haiwan.
ape cerita ni?
tapi bagi gua, benda dah lepas.
tak perlu gua kenang..dia pun dah jadi mendiang.
jadi gua sempat tutup dengan daun pokok, dan gua harap mayat dia ditempatkan ditempat binatang2 syurga.
gua harap, kalau lepas ni ade sesape lagi terlanggar binatang macam anjing,kucing,gagak,selembu,seladang, flamigo ataupun memerang, jangan la biarkan binatang tu kene grind kat tengah jalan.
dah langgar tu, pandai2 la letak kat tepi jalan...
at least takde la jadi daging kisar..justeru tak la mengotorkan tayar kereta orang lain.
tapi kalau boleh elakkan langgar la,elak kalau boleh..
hargailah nyawa mereka. mereka pun ada anak bini nak jaga.

KipasLipas : Gua rasa tahap animal right gua ni dah tinggi sangat, over pon ada jugak. gua dah mula rasa kesian kat ayam ni. lagi2 ayam selasih. gua dah rasa mcm gua taknak makan ayam.gua rasa gua nak jadi vegan pulak.tapi tak tau dalam jangkamasa brapa lama. pfftt.

beginilah lebih kurang keadaan anjing tadi, berbaju hitam dan berseluar yankee.

Wednesday, September 28, 2011

Lekat dan ingat

lekat dan ingat.
cara ni oldskull sebenarnya.
masa gua kecik2, mak gua selalu pesan.
bunyi dia macam ni...

"Kalau dah benda senang pon tak bleh ingat, tulis kat kertas tampal kat dinding biar senang sikit ingat!"

jadi sebenarnye benda yg mak gua cakap tu betul.
dan berguna sekarang.

Dulu, gua anggap gua boleh ingat semua benda.
masa muda2 dulu boleh la nak ingat itu ini.
masa sekarang ni, makin dewasa, makin banyak benda yang gua kena pikir.
kadang2 makan pon gua lupe kaedahnye...
jadi, makin hari, gua makin banyak benda nak buat, makin banyak benda nak ingat.
memang gua tak dapat ingat semua.
jadi gua gunakan kaedah mak gua tadi, didlam kehidupan seharian.
tapi bukan gua buat setiap masa, tapi kadang2 je.
namun begitu, benda2 yg KLMJ, gua tak perlu buat sbnarnye, sebab benda2 mcm tu kalau tak nak ingat pon still ingat jugak. celaka benar.

Tulis dan Tampal ni gua dh lama buat, cuma kadang2 gua lebih beriman kepada organizer.
tapi skrg gua rasa organizer tak membantu sangat sebab organizer gua ni besar gedabak.
jadi tak sesuai utk gua buka selalu.
ecely gua tak suka buku besar dan tebal. zine pon gua suka yg tipis2 tapi isinya padat.
jangan macam din paiman, zine tebal2 diisi dengan pengalaman pahit bersama makwe lama. tapi lantak dia lah, buku dia pon sbnarnye! keh keh keh.
jadi,secara automatiknya buku yang besar dan tebal akan membuatkan gua mual2 dan tumpah darah. jadi gua lebih prefer cara ni.


Monday, September 26, 2011

The Taqwacore



taqwacore ni ade 2 series.
satu versi movie. satu lagi versi documentary. sebenarnya ia pada mulanya sebuah novel bertajuk "THE TAQWACORE,REBIRTH OF PUNK ISLAM"
ia berkisarkan tentang perjuangan punk islam yang rata2 dilakonkan oleh "punk" sendiri.
bermacam2 fahaman,pengajaran dan kolektif yg boleh dipelajari disini.dan ini sebenarnya true story! bukan rekaan dan band2 yang tersenarai memang band2 yang wujud.
semuanya terpulang kepada anda sendiri yang menilai sejauh kesahihan perjuangan "taqwa" mereka.
dan mesej besar yang mereka sampaikan adalah satu. "TAWAKKAL"
gua kasi rate 9.5/10!


Sunday, September 25, 2011

putih telur.

bagi gua, perfume ni sebenarnya ada satu simbolik pada sesetengah individu.
perfume ni bagi gua pelengkap hidup.
maksudnya bukan la takde perfume kita mati / histeria.
maksudnya perfume ni boleh buat hidup kita lebih ceria sebenarnya.

masa gua sekolah, gua biasa letak bedak kat kocek bawah lencana.
tujuannya selain daripada mengelakkan muka berminyak, ia boleh dijadikan peganti perfume tatkala panas terik kat perhimpunan, masing2 dah bau cuka getah tapi gua steady dengan bau bedak. memang kalau dipikirkan gua sepatutnya jadi pondan ataupun gay. tapi bagi gua, gua selesa dengan keadaan tu. mula2 tu mmg gua sorg je buat camtu,kawan2 gua semua macam bahan gua dia kata gua mamat cool, tetapi setelah gua terangkan kaedah penggunaanya, baru la beliau sedar ape yg gua lakukan, kemudian lama2 satu group gua letak bedak kat kocek bawah lencana sekolah atas tujuan yang sama. dan group gua juga yang biasanya wanted kes mabuk disekolah,terajang cikgu dan raba punggung cikgu praktikal. itu cerita lain.

gua masih lagi, perfume pertama kesukaan gua masa sekolah menengah adalah dashing. masa tu itu je la yang gua tau. bau lelaki, tapi tak tahan lama. tapi ok, pagi2 gua lalu depan kelas, ramai juga makwe2 yang histeria dengan bau dashing gua. bau dia berpengaruh. sebab lama2 gua pakai siap ada orang kenal bau perfume gua.

perfume ni dipadankan dengan deodorant. fungsinya menghindar bau odor dari meresap dibaju atau tshirt yang kalian pakai. jadi mmg setiap bulan gua akan beli dua benda penting ni. bukan bermaksud gua punya badan bau bangkai kucing, tapi memang bagi gua semua lelaki patut guna utk mendapatkan imej kelakian meskipun boleh menjatuhkan Punk point gua. ahh..pegi mampus.

dalam family gua sendiri pelik dengan gua, gua suka bau2an sebenarnya. gua tak suka bau2 yang menyakitkan hidung. secara umumnya mmg hidung gua agak sensitip dengan bau. terlalu kot rasanya. sampaikan gua boleh bezakan bau tanah dengan bau air sungai. ini kire macm gift jugak lah.ini cerita betul. and hidung amat peka dengan bau2 persekitaran. kalau gua sesat dalam hutan, maybe gua boleh jadi anjing utk cam bau jalan tar.

perfume ni sebenarnya benda yg kompleks. tak semua perfume tu kena dengan diri kita dan perwatakan kita. ada sesetengah perfume tu mmg ngam dengan diri kita, ada sesetengahnya menyakitkan deria bau orang lain. jadi senang cerita, setiap orang ade perfume yang khas utk dirinya sendiri.

sebenarnya tak ramai antara kawan2 gua yang minat perfume ni. ada sesetengahnya lebih selesa dengan deodorant sahaja, ada sesetengahnya mmg tak pakai apa2. itu hak individu tu sendiri. kadang2 ada yang badan bau cam firaun pun ttp taknak beli deodorant utk penjagaan diri. kengkawan nak tegur, segan, isu sensitif. jadi lantak kau lah sana.

gua mmg minat perfume ni dari dulu lagi. gua start membeli perfume berjenama masa gua lepas sekolah. sebab bagi gua perfume berjenama ni tak membazir. memang mahal kalau nak dibandingkan dengan perfume bazar karat, tp yang bagusnya dia leh pakai lama. bayangkan perfume original sebotol 100ml boleh mencecah sehingga 5bulan kalau pakai dengan cermat,manakala perfume third party sebulan 2 botol. mana lebih menjimatkan?
bagi gua..ia memang berbaloi..

selain tu, perfume ni boleh membuatkan seseorang tu mempunyai keyakinan diri, keyakinan diri sendiri dan keyakinan diri berhadapan dengan orang lain. tengok pada individu tu sendiri la.tap bagi gua bila kita rasa selesa dengan bau kita, ttb keyakinan diri tu akan timbul mendadak dan time tu la tangan gatal nak usha awek bbm. tp ada sesetengah orang tak pakai baju mcm orang sakai pun still ada keyakinan diri macam timi fahmi.

antara perfume yang gua suka bau dia dan tahan lama adalah dari jenama Dunhill, Paco Rabanne, Yves Saint Luauren, ataupun Salvatore Ferragamo. perfume2 jenis ni mmg agak lasting dan amat sesuai dengan lelaki yang mengunakannya dengan pengunaan kerap. yaini setiap hari. lelaki kerja ofis contohnya amat sesuai menggunakan perfume dari jenama dunhill kerana perfume jenama dunhill ni jangkahayat ketahanan dia sama dengan waktu bekerja yaini 8jam. so dalam 8 jam tu lu akan rasa keyakinan. Biasanya dunhill amat populer dengan Desire Red nya. tapi skang ni gua tengok dah ramai sangat orang pakai desire red ni, sampaikan gua pegi kedai mamak ada 2,3 table la pakai bau yang sama. cehh!

bagi yang mudah berpeluh pula,sesuai menggunakan perfume dari jenama Polo sports, Paul smith, Givenchy, Aramis ataupun Jeans Paul Gultier. perfume jenis ni banyak keluarkan produk anti peluh yang mana kalau bau peluh lu macam celaka pun dia boleh combine jadi bau yang sedap2. kombinasi bau perfume dan peluh menjadikan satu bau yg rare bila orang lain terhidu. so takde la impak sangat bau peluh tu brader!

setakat ni, gua cuma penah test dunhill desire red, desire blue, paco rabanne XS, paco Rabanne 1million, Giorgio Armani black code, Sean John, Esprit,CkONE, CkONEsummer, CKenternity, dan yg paling latest Lancome Hypnose Man. yang lain2 gua tak tau macamana pegi dia. sebab dalam dunia ni ade beribu jenis perfume. tah mana satu yg sesuai kite tak tahu.
Sbnarnya gua suka perfume yang bau manis2.. United colour of Benetton COLD,Paco Rabanne 1million tu antara yang terhebat, dan keduanya Jeans Paul Galtier dan Hypnose. kesemua ni gua rsa perfume seumur hidup gua. gua takkan tukar ke lain lagi sebab perfume2 lain semuanya macam tak ngm dengan hidung gua.kadang2 perfume ni kita beli bukan utk orang lain, utk diri sendiri jugak. jadi pemilihan kena betul. jgn pikir beli perfume utk orang lain suka. beli utk sendiri suka.
susah sebenarnya nak buat pemilihan dari segi perfume ni. lagi2 gua ni seorang yang agak cerewet.

jadi, sebenarnya tak salah kot seorang lelaki yang sukakan perfume ni, buang la ego tu nak cakap konon2 lelaki true tak pakai perfume. buat laut je la persepsi tu. sebagaimana perempuan, lelaki juga harus menjaga kebersihan,kesihtan,kecantikan dan diri kita sendiri. tak guna rupe handsome, badan sasa tapi disebalik tu penuh dengan cacamarba.gua punk perfume, gua peduli hape. aceh!

makwe lama suka sangat bila gua pakai parfume ni, katanya bau lelaki2 eropah. keh keh keh. tapi skrg ni dah ramai sangat followernye. haih.

yang ni legend, dari zaman bapak gua lagi. harga dia pun murah even 100ml. bau dia mmg sedap. biasa guna utk kerja memang berbaloi dengan harga $12.

Yang ni kire parfume orang bujang la, orang dah kawin tak sesuai pakai Lancome Hypnose men ni, ini keluaran Rare sebab Lancome tak banyak keluarkan perfume untuk lelaki.

paco rabanne 1million kamsutra edition. parfume pun ade kena mengena dengan sex skills ke?
bila gua pakai Ferragamo black ni gua rasa diri gua kacak, walaupun pada zahirnya adalah sebaliknya. ceh!

Wednesday, September 21, 2011

Monochrome


tak tau la pehal lagu ni selalu buat gua tertidur. tak penah dengar sampai habis gua dah tertido.
kali ni gua cuba untuk TIDAK tidur. kamon cabi. kamon!

diskangkung

" Waiter : Evening sir, can i take ur order?"
"Customer : cakap melayu je la be, kawe omputih ni tak bape fasih sebenornye"
"Waiter : ok bang, boleh minta order bang?"
"Customer : be, kangkung belacang ade be?"
"Waiter : sory bang, kangkung tak ada, kalau western dengan chinese specialities tu ade lah.."
"Customer : pulok, abis ape yg kawe leh makan ni be, cube kasi "sagesion"
"Waiter : sini populer fried kuey teow cantonese style bang, ramai yg datang order fried kuey tiow ni, kira sini punya specialities lah..."
"Customer : let me think first.. emmmm, kalau goreng2 macam ayam goreng kunyit ade tak be?"
"Waiter : takde bang, kan saya dah cakap sini ada western and chinese food je, buffet je yg ada ayam goreng kunyit bagai tu..."
"Customer : ah sudah, beh tu mu nak kasi kawe makan gapo gini,western kawan takmoh la.."
"Waiter : yg tadi tu tak minat? fried kuey teow cantonese style?"
"Customer : be, ni nak ngoyat sikit ni.. kawe tak pandai makan barat2 ni be.. tak tau gayanya.."
"Waiter : eh, bang. fried kuey teow cantonese ni bukan makanan barat bang!"
"Customer : Beh tu, gapo dio?"
"Waiter : friend kuey teow cantonese tu, kuey teow goreng kantonis lah...kuey teow,kuey teow? macam char kuey teow tu?me yg petak2 tu?"
"Customer : lahhh, kawe ingat daging kibas masak ape ke tadi. kuey teow goreng ghupenye!! nape tak cakap melayu jee...fried,fried, ingat apeee...boleh la satu, bole la..
"Waiter : humph...."

gua rasa, dalam perkara ni gua tak bersalah, sebab gua cuma tukar "goreng" kepada "fried" je.. takkan la tu pun lu tak paham?????? duhh!!!

Saturday, September 17, 2011

housemate baru

harini, gua dapat housmate baru. satu nama dia kambing, satu nama dia chubby, satu lagi nama dia rina. cool kan nama dia? ketiga2 ni penakut, tak pandai berenang, dan mudah tergelincir.
gua harap dia selesa dirumah baru dan tak kencing bersepah.
we love both of u.

serbenarnye dia ada kacuk anggory, cuma yg warna cokelat tu kurang kembang bulu dia. so tak banyak gamba arnab yg cokelat tu.sial jek, dengan arnab pun nak racist.


amboi, kemain depan camera nak plessing..

sanggup berhimpit2 semata2 nak ambil gambar.

yg warna hitam tu susah nak dibezakan dengan beg tangan

dimakan buaya. benda biasa bagi si kambing ni.

ini gua tak tau apesal nama dia kambing. maybe sebab dia ada janggut maybe?

ape angan2 kau tido tiba-tiba ni? nak kena tapak kaki?


SOFTBOX

gua sering menghadapi masalah cahaya ketika sesi fotografi.
mengikut pendapat pakar, fotografi ini cahaya. cahaya ini fotografi.
jadi untuk menjadi seorang yg bjork dalam fotografi, wajib kena pandai kawal cahaya.

gua sebenarnya masih tahap sekolah kebangsaan lagi dalam fotografi.
kadang2 gamba2 yg gua ambil tu gua tengok macam ok, tapi hakikatnya tidak.
kadang2 gamba2 tak sengaja ambil tu lagi better dari yg dirancang ambil.
jadi bagi gua, gua kena study bertahun2 lagi utk mahir dalam fotografi dan camera.

antara benda yg agak penting dalam pencahayaan fotografi adalah softbox.
softbox ini berfungsi sebagai pemantul cahaya, atau pembalik cahaya.
softbox ni penting pada sesi outdoor dan studio.
dimana cahaya tidak telus ke subject, dan boleh diubah gaya dan posisi utk mendapatkan shading yang menarik.

buat masa skrang gua baru cuba mahirkan guna softbox jenis umbrella. sebab gua tak pasti bila gua boleh try softbox jenis lain. banyak juga boleh buat dengan umbrella ni. antaranya kita boleh dapatkan gamba yg soft kadar pencahayaan dia, dan cahaya boleh pantul lagi wide(luas)..
dan selain itu boleh juga digunakan utk payungkan pengantin kalau tiba2 hari hujan.
+
+
+
+
+
+
dan gua baru semalam cuba satu softbox ni, agak susah dijumpai. dan tak semua orang memiliki softbox ni. so benda ni agak rare. boleh sewa dari gua kalau betul2 berminat. sesuai utk outdoor,studio,malam berinai,qiamulail dan macam2 lagi kegunaannye yg gua tak dapat explore habis. sebarang pertanyaan boleh hubungi gua.

Friday, September 16, 2011

syurga dan neraka


bila gua tengok gambar ni, gua rasa tenang, terpancar penuh keceriaan dan gelak ketawa.. memang gua sukekan kanak2. lagi2 kanak2 yg bijak. gua berangan nak ada anak bijak macam budak ni.boleh teman gua seharian, boleh bergurau senda. haih, bila la gua nak beristeri.



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*








TAPI BILA GUA TENGOK GAMBA NI, GUA RASA NAK MARAH. GUA RASA NAK MENGAMUK. GUA RASA NAK CAPSLOCK! GUA RASA NAK TERAJANG TINGKAP, GUA RASA NAK TUMBUK MUKA BUDAK. BABI BETUL.

Sepetang bersama makwe garang

sebenarnye banyak kelebihan cuti pada hari khamis.selain daripada senang nak buat urusan dengan pekan rabu atau jabatan2 kerajaan, cuti pada hari khamis jugak memberi penuh makna sebab kalau gua nak pegi mana2 tak jamm, kedai mana2 pon bukak, jadi mudah sebenarnye nak menguruskan kehidupan seharian.
ingat best sangat ke keje office masuk 9am balik 5pm pastu sabtu ahad cuti?
fakof. gua fuck kerja opis. lagi2 jadi peon macam timi.

Hari cuti gua sangat kosong dan menghampakan.
kebiasaanye hari cuti gua dipenuhi dengan tidur dan terkangkang dirumah.
benda2 riadah ni memang gua tak ambil port.
gua punk tidur.

hari khamis punya heaven datang bila gua pegi bundle.
bundle tak ramai penyelam. dan gua agak selesa berpeluh cari baju tanpa risaukan awek2 pandang gua selekeh sebab berpeluh. biasanya hari khamis awek2 tak turun bundle cari tshirt polkadot.awek2 turun bundle biasanya hari minggu atau hari enam. pehh..singapore gila bahasa..
biasanya hari khamis ni mamat2 macam andy je yg rajin geledah bundle termasuk gua.
hari2 kerja gua malas nak menyemakj kat bundle ni, lagi2 hari cuti budak keje opis.
mmg semakin berpeluh la dibuatnye.

bundle sasaran gua biasanya bundle2 besar. ini kerana, semakin besar bundle, semakin bodoh penjual bundle tersebut. ini kerana baju2 yg patut mahal dia jual rm5, tapi baju2 yg macam celaka dia jual mahal2. tak masuk akal baju obey posse yg kain dah koyak belakang dia jual RM150! baik gua suruh Kamsan (bukan nama sebenar) fraud credit card dari beli obey kat bundle.
antara bundle2 besar kat jb ni majoritinye big bundle lah.
memang besar gila, tak menang tangan. ini antara cawangan bundle terbesar dan tertua kat johor bahru. bundle yg brani jual fruit and loom dengan harga rm10 utk 4 helai. condition semua 90% macam baru. kan ke heaven tu! silap2 baju yg cadang nak buat baju tido boleh buat baju jalan atau baju untuk lepak dengan makwe kat taman bunga istana..
kualiti dia amat baik. tapi kena pandai pilih la, orang yg jenis pemalas tapi mengharapkan baju Rare2 memang tapak kaki je pengubatnye. kena rajin cari, bongkar, terbalikkan, lambung, campak dan ape juga cara utk mencari baju yg cantik dan rare.

rata2 bundle sangat banyak jual baju2 yg berpotensi, kain2 yg berkualiti.
antara jenama baju yg agak banyak dijumpai kat bundle adelah GILDAN, Fruit on The Loom, UNIQLO.. baju2 ni biasanya ada dalam ketegori rm5. tengok pada design dan jenis kain. tapi mmg rata2nya rm5 lah. cuba bayangkan, baju paling murah kat uniqlo beharga $14, baju tu plain, pre-shrunk, dah takde ape2 yg menarik. bila dijadikan Ringgit malaysia dah berapa dah? tapi kat bundle dapat rm5 solid.kalau nasib baik, dapat yg under designer lain macam Keith Haring, Andy warhole, Graniph, baju macam tak penah guna. macam tak penah lekat kat badan sesape pon. silap2 boleh pakai lagi 10 tahun. siap semua dengan design cantik2. Kalau lagi bernasib baik, dapat la baju Barbara Kruger, Burberry, Lacoste dan American Apparel.tapi tula dia.. kalau pemalas mmg tak dapat la. kena belek. nak tak nak kena belek jugak.

selain dari baju2 jenama tu, banyak juga bundle jual baju2 dan seluar yg berjenama besar kat malaysia ni, macam Quiksilver, billabong, arnold palmer, hang ten,Levis, Dickies, Dockers, Wrangler dan lain2.sebenarnye bagi yg tak pernah "menyelam" bundle, dieorg tak tau benda2 ni wujud dalam scene bundle. kadang2 orang tak tau yg slama ni gua pakai DKNY, Renoma, Ferragamo semua tu bundle. lu ingat gua anak datok ke jalan2 nak pakai tshirt2 branded? takde maknenye..

Untuk mahir dalam arena pembundlelan, sedikit sebanyak kita kena tau ape yg patut dan ape yg tak patut kite beli kat bundle tu. antara benda yg patut kite beli adalah baju yg sempurna materialnya, maksudnye tak koyak,tak pudar dan tak berbau lipas. bila jumpa baju yg cantik dan tertarik, jangan terus beli. cuba dulu kat fitting room, mana tau dada muat , sampai kat perut terkantoi pula,or kalau beli seluar, jangan terlalu percaya sangat size dia. sebab dalam bundle ade beribu-ribu seluar yang perlu dieorg tagging, pekerja dieorg bukan ramai macam butik. so kite kena pandai2 la agak size kite atau nak senang lagi pergi test kat fitting room, tahan peluh sikit la. kalau gua biasa pegi bundle muke hensem, balik bundle muka dah macam siamang dah dengan berminyak bagai. itu lumrah. kalau stakat pegi bundle nak melawa, better lu pegi sungai segget. bagi gua biar pon rupa gua macam menatang, yg penting gua puas hati dengan pemilihan gua. biarpun harga dia cuma rm10, tapi gua akan telitikan samada dia worth it tak dengan kualiti dia. memilih sebenarnye gua ni. barang2 bundle macam topi yg dh patah, baju yg dan kembang, atau seluar jeans yg dah koyak kelengkang tu even rm5 tak payah la beli, sebab benda tu dah uzur sangat. so kena pandai menilai zahir dan batin barang2 bundle ni.

bagi yg suka cari kasut kat bundle, pemilihan kasut amat penting, make sure lu tengok kedua2 belah kasut, kanan dan kiri. sebab sesetengah bundle mengambil barangan original reject, kadang2 sizenye lain, kadang2 gam dia tak kuat. memang nampak luaran macam baru. dan kena ingat, kasut bundle pun ade yg bukan original. paling banyak kasut sukan macam nike dan adidas. ade yg adidas jual kat pop kaki tapi dijual jugak kat bundle dengan harga yg lebih tinggi. part tu kena hati2. sebab kite tak leh salahkan bundle tu kalau kite beli barangan cetak rompak, dia penjual bundle yaini barang terpakai, segala ape yg kite beli atas tangggunjawap kite sendiri menilai. kasut skate pun ada yg cap ayam punya, utk menilai sama ada kasut skate tu original ke tidak, tekan pada lidah belakang kat tumit kasut tu. kalau keras, itu original, kalau lembik itu kebiasaannye sama material yg dijual kat pop kaki atau silverplanet. itu bagi kasut skate je la yg aku tau. and ada satu masa tu gua hampir terbeli satu new balance, kaler mmg sangat cantik, jap gi gua selak bawah kasut tu kat tapak dia tulis new star. tapi lambat, bentuk sebiji new balance. kualiti kasut pun lebih kurang sama materialnya. kan kejadah tu namanya..

kat bawah ni Big Bundle taman johor. bundle ni jarang menghampakan gua. dia tak pernah membiarkan gua balik dengan tangan kosong. paling tak pon gua akan capai satu alas meja beharga rm3 utk dibawa pulang. kalau hari baik, gua bawak balik dolce and gabbana.
zass!!








Thursday, September 15, 2011

Kenangan Lalu Mengusik Cuping Telinga.






Hai makwe lama. KLMJ boleh tak?? ):

GUSTI PUTRI

gua berharap sangat la,designer tak jual baju ni tak jual baju ni kepada benda2 merapik, mat hip hop, budak2 rnb, line up yad, atau sekutu2 yg tak tentu hala. gua tak nak diorang lacurkan baju kebanggaan gua ni. mende lu!

k pop.



Rata- rata mat thrash metal crossover memang sukakan vans oldskull dan fish eye lens.

bic runga

bangun2 tido tadi gua rasa lapar nak mampos.
lapar sampaikan gua rasa nak marah diri sendiri.
lapar punya penangan jangan main2.
boleh buat bergaduh.
boleh buat muka mmber berkicap.

gua start motor..
tak panas enjin pon gua dah gerak.
motor pon masih senggut2 lagi sebab belen minyak tak rata.
gua pegi kedai makan semua tutup.
gua tak berapa minat makan tengahari kat kedai mamak.
citrasa masakan dia tak ngm dengan selera makanan tenghari gua.
tapi gua dah takde pilihan. gua kena makan. atau gua meroyan.

gua pelik apesal banyak kedai tutup.,
gua tak rasa hari ni hari raya lagi.
tapi rata2 kedai makan power semua tak bukak.
perodua bukak pulak, makwe lama punya kereta pun ada.
tapi kedai makan tak bukak.

tetiba gua nampak ada pakcik naik motor pakai kopiah dengan kain pelikat gajah duduk.
banyak pulak pakcik pakai pakaian yg sama.
takkan ini peredaran fesyen utk pakcik2 pulak.
bila gua selidik.
baru gua ingat harini hari satu malaysia.
plus harini hari jumaat.

gua terus balik.lincah je gua balik.
nampak sangat gua ni dah hilang pautan agama.
harini hari ape pun gua lupa.
sampai sembahyang jumaat pun gua tak ingat bila gua last pegi.
ishh.. macamana nak kawin kalau macamni?
#okbai

Wednesday, September 14, 2011

ENVY /// Fall Of Efrafa


Tuesday, September 13, 2011

KIKIS!

kks paling RARE. dibuat awal pagi, sehingga tenghari sahaja.
kemasukan percuma. makanan terhad. siapa lambat tak dapat makan plus kena basuhkan pinggan orang yg datang awal. dipelopori oleh Ricky Rimau selaku abang long senai/kulaijaya,

KKS Bersama binatang. Menu sangat exotic, macam komodo tiga rasa, jengking limau nipis, creamy of tarantula soup, half dozen cengkerik sandwitch, ular air juice dan banyak lagi. dipelopori oleh Din Haiwan selaku pakar forensik dan pembawa kontena. harga termasuk 6% cukai kerajaan.

Monday, September 12, 2011

kelab kelahi utara


pada awalnya. gua pun tak sangka yang gua dah bekerja di company ni.
maksud gua bekerja. bukan suka-suka.
mula2 dapat invite dari jimbo, gua rasa eksaited.
gua dah kenal jimbo ni lama juga sebenarnya. gua kenal masa zaman-zaman wadihana, zaman2 tu jimbo kurus lagi, kaklin selalu jaga booth jual patchers kat gig.aniq pon masih belum dirancang lagi kaedahnya. jimbo ni skali pandai macam bonzer, tapi sebenarnye hati dia sesuci lara nur. amboiss..

gua sebenarnya mula2 ikut2 timi je, pastu dah lama2 gua terserius pulak dalam photography.dah setahun juga gua bersama company ni.susah senang, pahit maung, terajang maki, itu dah biasa sangat untuk gua. tak sangka juga ada jugak orang yg terima gua punya gamba. even gua masih dalam ketegori beginner.
company ni dah tubuh lama, gua tak pasti dah berapa tahun. tapi since Nikon D50, sampai la sekarang ni. so agak lama juga. kalau tak tau d50 tu ape, sila google.

Nama company ni POHON MINDA, bukan POKOK MINDA, ataupun POKOK MEMPELAM. ianya POHONMINDA.

kepada pasangan yang baru ingin mendirikan rumah tangga,merancang kelahiran bayi ataupun nak buat kenduri tolak bala, cukur jambul, tunang, atau apa2 shaja event yang berkaitan dengan photography boleh la melawati website kami di www.pohonminda.com
atau call gua/saya/aku sendiri ditalian maxis celaka ni+60177844790

Tak suke lah. Tak suke.

tak tak.. sebenarnye gua tak suka..
sebab tu je..
gua tak berkenan lah.. memang laa..
memang gua mungkin cuma ibarat sikat di mata lu.
yee. sikat!
tapi sebenarnya kan, gua care kat lu.
gua dah anggap lu sebahagian dari hidup gua jugak.
we live together, and kalau boleh gua nak hidup macam ni forever.
tak..tak.. lu paham tak tu?

Sebenarnye gua tak kisah dengan sape lu nak bergaul.
lu berkawanlah dengan kaki pukul ke, brader tarik kereta ke, ataupun fbi.
gua tak kisah. sebab itu life lu. bukan life gua.
ape yg terbaik untuk lu, terbaik la utk gua.
lu gembira, gua tumpang gembira.
lu sedih, gua tumpangkan bahu gua.
gua sayang lu. betul gua tak tipu.

gua kenal siapa kawan2 gua. dan tak semua kawan2 gua tu gua berkenan cara dia.
dan tak semua kawan2 gua berkenan dengan cara gua.
ada pro dan contra nya, sirap dan bandungnya.
tapi orang yg gua tak suka lu kawan tu memang gua tak suka lu lebih2 dengan dia.
gua suka lu kawan je dengan dia.
gua harap lu paham erti berkawan atau sebaliknya.
tapi,
peduli ape, mmg gua tak suka.
kalau lu suke, lu teruskan lah. tapi gua tetap tak suka.
lu pandai2 la buat gua suka.
gua suka dia sebab gua kawan dia dah lama. dia antara kawan baik gua
macam lu jugak.dia pon blood gua, lu blood gua.
gua tau dia siapa. gua tau macamana flow dia..
so gua harap lu tak salah anggap la kenape gua buat macam ni.
sebab gua tak suka. tu je. sebab gua tak suka.

silap gua jugak. sebenarnye gua takde hak nak halang apa2..
takde hak nak paksa lu share ape benda.
tapi gua dah terbiasa dengan semua tu.
sebab gua terlalu banyak benda share kt lu, jadi anggapan gua yg lu pun sama macam gua.
maap la, kalau menganggu privacy lu, tapi sebenarnye gua tak tau pun yg itu begitu "privacy" utk lu.

lu hidup la dengan ceria, ketawalah sampai esok lusa.
gua harap yg terbaik utk lu.
gua harap satu hari dia dapat membantu lu.
senang susah dia ada dengan lu.
meskipun gua prasangka buruk pasal benda tu.
tapi from now on. gua tak suka. okbai.


Sunday, September 11, 2011

No 14,Jalan Sekoi, Felda Ulu Kediang

gua jenis yang tak suka membazir, pernah sekali tu gua makan sampai muntah disebabkan gua tak suka membazir. gua memang tak suka membazir dari semua aspek baik makanan (terutama), karen, electrik,penyedut hampagas,minyak kereta, tol dan ape saje rekabentuk pembaziran.
tapi, tahap tak suka membazir gua tu takde la sampai ke tahap jopet yg kedekut haji bakhil tu.
ini berbeza. maksudnye kenape kite mesti hidupkan lampu padahal siang hari boleh buka tingkap, atau kenape kita hidupkan aircond kereta padahal kite sedang hisap rokok kat dalam kereta tersebut. haa..begitu la #Kaedahnya.
jadi gua memang agak bising kalau kat rumah gua ni ade orang yg tak reti matikan lampu, tadah air tak tutup, dan macam-macam lagi.

gua jenis tak suka bercakap sangat dengan budak2 rumah gua yg tak paham bahasa ni, kalau gua membebel kang dieorg samekan gua dengan mak bapak dieorg,tu yg gua malas tu.
jadi gua lagi suka tulis note dan tampal kat mana2 tempat yang senang nampak. Biasanya cara ini berkesan, tapi tak tau la kalau2 budak rumah gua ni memang tak pandai mengeja dalam bahasa melayu.

dari segi kebersihan pula, gua tak sukakan rumah yang bersepah. ini kerana gua seorang yg tak rajin mengemas rumah. gua tak kisah kalau duduk serumah dengan bangla atau nepal, yang penting dia tak merimaskan gua. tapi sejujurnya gua duduk serumah dengan perempuan. ya, rumah gua campur. ada 5 ppuan dan 3 lelaki. masing2 sorg sebilik. jadi gua kenal kedua2 lelaki dan 2 org perempuan yg lain, jadi gua tau sangat dieorg macamana. masalahnye bukan berpunca dari dieorg tapi masalah tu datang dari 3 orang mangkuk jamban yg lain ni.
gua tak tau la yang mana satu, tapi dalam rumah gua ni yg rajin memasak cuma 3 orang ni je.

dia kongker dapur,dia kongker ruang tamu. memang die je yang slalu guna ruang tamu dan dapur. ini kerana kiteorg yg lain ni masing2 memang makan luar. maksud gua makan kat luar, bukan main bohsia atau pelacur. gua tak kisah la lu nak masak ayam 3 rasa ke, kerabu ikan ke, sotong goreng mentega ke, tapi yg gua kisah lepas makan sila lah basuh pinggan sendiri, dan buang sampah sendiri ke luar.awak kan perempuan, tolong la njaga kebersihan sikit.
dan selalu jugak gua dapati pembaziran disitu, satunye pembaziran air, tiap kali gua ke dapur gua akan dapati tombol paip tak kuat, so air menjejeh. kalau seminggu gua tak tutup mmg seminggu la begitu keadaan paip tu. dan lampu dapur tak penah nak dimatikan. tah ape angan2 dia agaknye hidup kan lampu dapur tu sepanjang hari.
gua dah rasa rimas tiap kali pegi dapur. sebab tiap kali gua pegi dapur gua akan buangkan sampah2 dia yg dah bau babi salai tu.matikan paip, dan offkan suis lampu. celaka betul lah. Gua dah macam amah dah kaedahnye. itu tak cerita lagi dalam peti ais, penuh dengan fossil2 tah ape binatang, silap2 boleh mendulang emas kat dalam peti ais tu. dah macam hutan simpan.

harini gua tulis lagi note.ini kali ke-4 gua tulis note utk dieorg ni. tapi kali ini ayat dia pedih sikit. makan dalam dan gua rasa akan buat lu bertiga balik kampung. gua harap lu berubah la dari siamang kepada manusia. renung2kan dan selamat beramal.

Keranda terbang hantui penduduk flat jasa.


dah lama swimming pool kat tempat kediaman gua tak beroperasi.
gua tak tau sape bangang, management bangang atau penduduk yang bangang, atau sama-sama bangang. bangang ayam nampak dikaki, bangang manusia siapa yang tahu.

gua cuba usha2 swimming pool tadi, rupenye dh ada budak2 kecik mandi dah pon. gua pun ape lagi.terketar2 juga betis gua macam nak terjun dengan pakai jeans bagai. takpe, gua tukar boxer dulu tanpa seluar dalam.

sebenarnye dah lebih 3bulan swimming pool kat tmpt kediaman gua ni tak beropeasi, selama 3 bulan tu berat gua dah mula naik. seluar dah mula ketat, dagu dah mula berlapis.maybe sebab swimming pool jugak hal2 ini terjadi. jadi takleh salahkan gua jugak dalam hal ni, gua swim, gua kurus, kalau gua tak swim, mmg badak air la jawapnye.

sebenarnye berenang ni lebih menyihatkan, ini kerana kite push semua anggota badan kita untuk bergerak, tak sama macam jogging, jogging biasanya utk jaga stamina, lepas joggin bilas dengan berenang jugak. baru la badan tough macam gua skrg ni. ecececee.
macam biasa, lepas berenang penamatnye gua akan kencing dalam air. benda ni normal bagi gua, sebab masa gua berenang gua tak tau sape yg kencing dalam air masa gua berenang tu. bagi gua, swimming pool dan air kencing budak memang tak dpat dipisahkan, jadi utk balas dendam, gua akan kencing jugak sebelum keluar dari swimming pool. pegi jahanam kau sama budak-budak yg tadi tu..




Friday, September 9, 2011

pada satu petang, aku tendang anjing garang



sebenarnye dalam satu2 symtom manusia, tersepit dicelah bedah satu kebun bunga istana.
sejauh mana crustynye, sejauh mana lu punya death metal, sejauh mana lu layan impiety dan mistik mantak. takde kaedah yg sesuai selain bersimpan duduk diam dan zip seluar cepat2 sebelum ejakulasi ditempat awam.

pusat segala kemerosotan ideologi bengkok kadang2 memusnahkan zarah halus kecerian, dalam sudut hati ni mengata, tapi diluar sudut setiap tembok disuap dengan cacamarba.
jadi lebih elok duduk diam dan zip seluar seperti sebelumnya sebelum ia terpancut keluar tanpa disedari punca klimaksnye.

privacy dicipta tanpa adanya hirarki, privacy ni memang satu zarah ameba utk diri sendiri. kalau dh tau privacy sekeromo itu, sumpah gua tak buat lagi. gatal tangan dengan bunyi lagu yg bukannya lagu crusty.sebenarnye ini yg dulunya gua banci, overprotecting person is so suck my penis your majesty!

sebenarnye dalam konteks hubungan, hasrat dah ketulusan tak perlu terlalu wide angel. cukup la sekadar makro 90mm. kecil je hasrat dan ketulusan tu. tak perlu bokeh yg gilababi,dan tak payah la nak di pacak full frame sampaikan hal orang kanan dan kiri pun sibuk nak berkelahi.

semakin hari, perlukan banyak batu bata, utk naikkan banggunan yg cantik dan up to date.
jadi semakin hari, epilog2 aneh dan penyampaian2 halusinasi ini patut terhenti. break emergency.

"ketulinan lu terlalu istimewa, sampaikan lakonan lu pun tak tau macamana jalan ceritanya"

Thursday, September 8, 2011

shame, shame, shame on you.


gua tak paham la, sampaikan topup pun nak kenakan cukai kerajaan.,
ape sial semua ni??
lepas ni ape lagi nak dikenakan cukai?
tambang bas?
tandas awam?
pensil tekan-tekan?
semua nak letak cukai??
come on la, ni negara ape ni???

ape lagi yg tak cukup, gua dengar tahun depan half cut kereta pon dah dipupuskan serta merta.lepas ni din akar akan kusut juga kat mana nak cari kedai jual karburator potong body.
yg bagusnye, kite leh beli kereta luar tanpa cukai, tapi yg tak bagusnye,sparepart kereta pun dikenakan cukai. so lepas ni beli mentol pon ade cukai kot kaedahnye? tukar tayar? tukar minyak hitam? tukar tombol gear? semua tu CUKAI CUKAI dan CUKAI!
cukup la membebankan rakyat dengan agenda2 merapek, cukuplah kasi alasan itu ini bila ditanyakan isu cincin jacob.co. cukupla dengan angan2 konon2 nak memerintah negera dengan adil dan saksama. dan dibebankan rakyat lagi sampai bila??

akan datang, zaman2 anak gua dah umur 20tahun., agaknye gua dah jadi pengemis, bini gua dah jual arang, anak bongsu gua dah jual mapipo, kalau benda ni berterusan begini.
gua dh start nak tanam kentang, mane tau 20tahun akan datang kentang naik harga. kalau kentang gua pun nak dicukaikan. melampau lahhh kaedahnyee!!



Wednesday, September 7, 2011

Petnode SUCKS!




babi betul Petnode ni.
sial punye orang.
kerajaan patut kenakan hukuman yg lebih teruk kepada penyiksa haiwan macam ni.
bukan sekadar denda!
orang macam ni tak patut ada.
sial punye manusia.
gua tak tau lagi nak maki mcamana.
tapi memang sial segalaa sial./
terlalu SIAL untuk perkataan SIAL!

Gua baru dapat tau tadi info pasal Petnode ni. gua dapat tau yg owner ni sebenarnye memang gampang.
sanggup gunakan haiwan yg takde otak tu utk kepentingan sendiri.
there just ANIMAL!! MANE PEGI OTAK KAU SEBENARNYE?
gua marah betul kalau isu2 berkenaan dengan penderaan haiwan, pembunuhan haiwan ataupun pemburuan haiwan utk kerana fesyen! kan ke bangang tu.,
mana otak kau pegi? habis bangga dapat pakai baju bulu binatang? kasut kulit binatang??
ape kau dapat kalau dera kucing? bunuh anjing? ape kau dapat? kepuasan? go fuck yourself.

banyak jugak gua baca komen orang, ramai manusia yg berhati perut lagi dalam dunia ni.
ramai manusia yg boleh berfikiran sebagai manusia. bukan zahiriahnye manusia tetapi sebenarnye BABI.

gua dapat tau yg nama dia skidzl. gua jaga2 je lah. jangan lu ingat lu dah bayar pampasan lu boleh lepas gitu. ramai orang akan membenci lu, ramai orang akan jadikan lu lebih hina dari seekor binatang. orang2 macam ni bagus nye letak kat penjara,kasi kerusi electric satu kali biar mampos.
yg gua tak paham, ade sesetengah pihak mengaitkan ini dengan "muslim"
come on lah! bukak minda sikit. ape kaitannye muslim dengan Petnode ni? sebab si bodoh ni dia seorang bangsa melayu beragama islam ke? ntahpape daaa...
pegi jahanam la, ,malas gua nak layan.

"@HowYaDoingMon That is a really mindless statement, please do not generalize Malaysians, as you can see this video is clearly showing how responsible malaysians rescue the poor cats after 2 irresponsible people screwed up and our country is peace loving in general so don't go making statements like this unless you have enough proof to say we have muslim terrorists. i am not a muslim btw. and don't tell me your country does not have any case in animal torture at all.

@HowYaDoingMon your sentence is abit off don't you think. we malaysians are enraged ourselves with this whole situation. many of us are animal lovers. and as for the terrorists comment, not all muslims here have a death wish. in fact, malaysia is rather peaceful. not that i'm saying its perfect, but all governments are flawed in some ways. just don't over assume and be rude.

disini terdapat serba sedikit gamba mangsa haiwan yg menginap kat hotel "mewah" Petnode ni.
macam2 bentuk ada, ada yg dah jadi mayat kering, ada yg mati kebulur, ada yg dah gila.
binatang punya Petnode!!












"Kerana duit manusia sanggup lakukan apa saja sehingga menipu dan bersifat lebih dari binatang... Adakah manusia seperti ini perlu kita maafkan? atau patutkah mereka juga perlu merasa seperti mana mereka melakukan terhadap binatang di dalam video yang kita lihat?"

______________________________________________________________________

dan satu lagi cerita lain, Petnode ni punya pasal politik pon campur tangan, polis pulak cuci tangan. ape kess ni mapleyy??


Monday, September 5, 2011

sesuci lebaran





Wedding cina ni jangan main2..nampak simple, mudah, style.
tak payah terlalu confident sangat. buruk padahnye nanti.
lokasi dia kat dewan, dewan tu gelap. cuma cahaya lampu akan follow pengantin masuk.
dan rata2 kawasan memang gelap, kena pakai sportlight kat atas hotshoe.

sebenarnye sebagai seorang jurugambar, kite wajib berinteraksi dengan para pengantin.
tetapi payah juga kalau para pengantin tu tak paham ape yg kite cakap.. dan dia lebih pentingkan sedara mara dan sahabat handai yang hadir daripada jurugambar.pffftt.

ape yang menariknye wedding cina, weddingnya simple, cuma bagi jurugambar yg first time ambil macam gua, gua agak kaget dan blur sebab gua tak tau bila dieorg tepung tawar, bila dieorang berarak, bila dieorg duduk atas pelamin. dan bila diperhatikan, pelamin pun takde.
gua jadi blur.peluh menitik2. tekanan darah dah mula naik.
biasanye para family pengantin akan duduk depan meja sambut tetamu, dengan pengantin2 skali. dieorg yg keje sambut tetamu.so moment tu yg penting bagi dieorg. bukan moment akad nikah macam wedding melayu.

kalau kite pegi keje kawin, kite akan bawa balik nasi berkat, or ape je bentuk cenderamata berupa makanan ataupun kuih, bagi wedding cina pulak, tetamu yg hadir dia akan bagi 4 keping gamba, mana yg nak ambil tu ambil la, gamba tu dia stand by kat depan meja penyambut tetamu. 4 keping gamba tu masing2 gamba pose2 outdoor yg mengancam. memang gua tengok pun gua terus give up. cehh!

Saturday, September 3, 2011

MEMOIR.

GUA MACAM RINDU KAT NASHA TIME NI, DAN TIME NI MIRA KURUS LAGI, SEKARANG DAH MACAM JENGKAUT DAH GUA TENGOK. .
AHH TERCAPSLOCK PULAK, MALAS GUA NAK EJAS.

Sosok Misterius


raya tahun ni gua cuma pegi 2 rumah je utk beraya, satu rumah eddy dan teha, satu rumah makcik gua. berikut adalah serba sedikit gamba semasa beraya dirumah eddy & teha.
meraka nampaknye begitu gembira dengan kehadiran gua, meraka layan gua macam artis, mereka sanggup korbankan baju kerja semata2 nak minta gua punya tandatangan. apepun, sapelah gua tanpa peminat.chos command 696.