gua dah makin teruk dan manuk.
lu tau manuk tu ape? lu tau?
kat jalan raya malaysia ni, ada macam2 benda sebenarnya.
kadang2 time kita tengah bawa kereta/motor santai usha awek kt pantai lido,
tiba2 terlanggar lobang,tiba2 terngesot sampah kat depan radiator,
tiba2 terlanggar tin minuman.
sesetengah rakyat malaysia memang binatang sifatnya..
gua paling pantang orang buang sampai keluar dari kenderaan.
dan gua lagi menyampah kalau orang buang sampah dalam kereta gua.
kaedahnya, jangan bawa sampah ke dalam kereta. tinggalkan sampah sarap sebelum naik kereta.
ini benda serius!
gua dalam perjalanan mahu ke pasir gudang.
gua melangkah ke pasir gudang dengan penuh semangat.
semangat sweet cafe.
gua henjut 140km/j.
jalan tak rata.
jalan berturap.
gua maki menteri kerjaraya.
gua maki budak2 mbjb.
gua maki plustrafik.
sepanjang perjalanan tu gua tak berhenti membuat dosa-dosa kecil..
"gedeguk" gua macam terlanggar sumthing.
peluh gua dah mula menitis.
jantung gua berdegup kencang seperti mahu menjalani malam pertama bersama isteri.
tapi kali ni lain.
gua macam langgar orang.
gua berhentikan kereta gua, tarik handbrek dan letak gear kat P.
memang kereta gua pondan. kereta automatic.
5,6 kali juga gua pusing kat kereta tu.
tak nampak mayat sesiapa.
gua cuba usha bumbung kereta, pon takde pontianak.
jadi gua ambil keputusan untuk berjalan belakang sedikit.
mana tau tiba2 gua terlanggar rara nur.
gua nampak kelibat hitam.
terjelepuk ditengah jalan.
bau hamis..dan agak leper..
sebab gua masih ingat tadi belakang gua ada lori pasir.
gua amati betul2..gua sedih..
gua jadi bersalah.
gua amati betul2..
memang gua dah langgar dia!
dia dah MATI!!!!
gua cuma sempat termenung kat tengah jalan.
gua cuba untuk cari jalan untuk meletakkan jenazah dia di bahu jalan.
gua pikir panjang.
sepanjang gua pikir tu, ada dalam 8biji lori tanker dah langgar mayat tu..
tpi gua still pikir.
lastly,gua cari kayu.
gua usir mayat tu ketepi.
mayat tu dah menjadi kepada banyak bahagian.
gua tak sempat kira. sebab gua nampak mayat tu dah lumat..
gua tutup hidung, dah cuba juga usir mayat tu ketepi..
bila dah berada dibahu jalan, gua sempat lagi lihat muka mayat tu..
sama macam timi.
gua cuma sedih je dengan nasib dia.
dan gua rasa bersalah...memang anjing ni takde otak..
tapi tak patut gua langgar anjing ni.
dia binatang kot.
gua ni ALF.
ape kate orang lain terhadap gua?
gua memperjuangkan hak asasi haiwan, tapi gua langgar haiwan.
ape cerita ni?
tapi bagi gua, benda dah lepas.
tak perlu gua kenang..dia pun dah jadi mendiang.
jadi gua sempat tutup dengan daun pokok, dan gua harap mayat dia ditempatkan ditempat binatang2 syurga.
gua harap, kalau lepas ni ade sesape lagi terlanggar binatang macam anjing,kucing,gagak,selembu,seladang, flamigo ataupun memerang, jangan la biarkan binatang tu kene grind kat tengah jalan.
dah langgar tu, pandai2 la letak kat tepi jalan...
at least takde la jadi daging kisar..justeru tak la mengotorkan tayar kereta orang lain.
tapi kalau boleh elakkan langgar la,elak kalau boleh..
hargailah nyawa mereka. mereka pun ada anak bini nak jaga.
KipasLipas : Gua rasa tahap animal right gua ni dah tinggi sangat, over pon ada jugak. gua dah mula rasa kesian kat ayam ni. lagi2 ayam selasih. gua dah rasa mcm gua taknak makan ayam.gua rasa gua nak jadi vegan pulak.tapi tak tau dalam jangkamasa brapa lama. pfftt.
beginilah lebih kurang keadaan anjing tadi, berbaju hitam dan berseluar yankee.
No comments:
Post a Comment