perfume ni bagi gua pelengkap hidup.
maksudnya bukan la takde perfume kita mati / histeria.
maksudnya perfume ni boleh buat hidup kita lebih ceria sebenarnya.
masa gua sekolah, gua biasa letak bedak kat kocek bawah lencana.
tujuannya selain daripada mengelakkan muka berminyak, ia boleh dijadikan peganti perfume tatkala panas terik kat perhimpunan, masing2 dah bau cuka getah tapi gua steady dengan bau bedak. memang kalau dipikirkan gua sepatutnya jadi pondan ataupun gay. tapi bagi gua, gua selesa dengan keadaan tu. mula2 tu mmg gua sorg je buat camtu,kawan2 gua semua macam bahan gua dia kata gua mamat cool, tetapi setelah gua terangkan kaedah penggunaanya, baru la beliau sedar ape yg gua lakukan, kemudian lama2 satu group gua letak bedak kat kocek bawah lencana sekolah atas tujuan yang sama. dan group gua juga yang biasanya wanted kes mabuk disekolah,terajang cikgu dan raba punggung cikgu praktikal. itu cerita lain.
gua masih lagi, perfume pertama kesukaan gua masa sekolah menengah adalah dashing. masa tu itu je la yang gua tau. bau lelaki, tapi tak tahan lama. tapi ok, pagi2 gua lalu depan kelas, ramai juga makwe2 yang histeria dengan bau dashing gua. bau dia berpengaruh. sebab lama2 gua pakai siap ada orang kenal bau perfume gua.
perfume ni dipadankan dengan deodorant. fungsinya menghindar bau odor dari meresap dibaju atau tshirt yang kalian pakai. jadi mmg setiap bulan gua akan beli dua benda penting ni. bukan bermaksud gua punya badan bau bangkai kucing, tapi memang bagi gua semua lelaki patut guna utk mendapatkan imej kelakian meskipun boleh menjatuhkan Punk point gua. ahh..pegi mampus.
dalam family gua sendiri pelik dengan gua, gua suka bau2an sebenarnya. gua tak suka bau2 yang menyakitkan hidung. secara umumnya mmg hidung gua agak sensitip dengan bau. terlalu kot rasanya. sampaikan gua boleh bezakan bau tanah dengan bau air sungai. ini kire macm gift jugak lah.ini cerita betul. and hidung amat peka dengan bau2 persekitaran. kalau gua sesat dalam hutan, maybe gua boleh jadi anjing utk cam bau jalan tar.
perfume ni sebenarnya benda yg kompleks. tak semua perfume tu kena dengan diri kita dan perwatakan kita. ada sesetengah perfume tu mmg ngam dengan diri kita, ada sesetengahnya menyakitkan deria bau orang lain. jadi senang cerita, setiap orang ade perfume yang khas utk dirinya sendiri.
sebenarnya tak ramai antara kawan2 gua yang minat perfume ni. ada sesetengahnya lebih selesa dengan deodorant sahaja, ada sesetengahnya mmg tak pakai apa2. itu hak individu tu sendiri. kadang2 ada yang badan bau cam firaun pun ttp taknak beli deodorant utk penjagaan diri. kengkawan nak tegur, segan, isu sensitif. jadi lantak kau lah sana.
gua mmg minat perfume ni dari dulu lagi. gua start membeli perfume berjenama masa gua lepas sekolah. sebab bagi gua perfume berjenama ni tak membazir. memang mahal kalau nak dibandingkan dengan perfume bazar karat, tp yang bagusnya dia leh pakai lama. bayangkan perfume original sebotol 100ml boleh mencecah sehingga 5bulan kalau pakai dengan cermat,manakala perfume third party sebulan 2 botol. mana lebih menjimatkan?
bagi gua..ia memang berbaloi..
selain tu, perfume ni boleh membuatkan seseorang tu mempunyai keyakinan diri, keyakinan diri sendiri dan keyakinan diri berhadapan dengan orang lain. tengok pada individu tu sendiri la.tap bagi gua bila kita rasa selesa dengan bau kita, ttb keyakinan diri tu akan timbul mendadak dan time tu la tangan gatal nak usha awek bbm. tp ada sesetengah orang tak pakai baju mcm orang sakai pun still ada keyakinan diri macam timi fahmi.
antara perfume yang gua suka bau dia dan tahan lama adalah dari jenama Dunhill, Paco Rabanne, Yves Saint Luauren, ataupun Salvatore Ferragamo. perfume2 jenis ni mmg agak lasting dan amat sesuai dengan lelaki yang mengunakannya dengan pengunaan kerap. yaini setiap hari. lelaki kerja ofis contohnya amat sesuai menggunakan perfume dari jenama dunhill kerana perfume jenama dunhill ni jangkahayat ketahanan dia sama dengan waktu bekerja yaini 8jam. so dalam 8 jam tu lu akan rasa keyakinan. Biasanya dunhill amat populer dengan Desire Red nya. tapi skang ni gua tengok dah ramai sangat orang pakai desire red ni, sampaikan gua pegi kedai mamak ada 2,3 table la pakai bau yang sama. cehh!
bagi yang mudah berpeluh pula,sesuai menggunakan perfume dari jenama Polo sports, Paul smith, Givenchy, Aramis ataupun Jeans Paul Gultier. perfume jenis ni banyak keluarkan produk anti peluh yang mana kalau bau peluh lu macam celaka pun dia boleh combine jadi bau yang sedap2. kombinasi bau perfume dan peluh menjadikan satu bau yg rare bila orang lain terhidu. so takde la impak sangat bau peluh tu brader!
setakat ni, gua cuma penah test dunhill desire red, desire blue, paco rabanne XS, paco Rabanne 1million, Giorgio Armani black code, Sean John, Esprit,CkONE, CkONEsummer, CKenternity, dan yg paling latest Lancome Hypnose Man. yang lain2 gua tak tau macamana pegi dia. sebab dalam dunia ni ade beribu jenis perfume. tah mana satu yg sesuai kite tak tahu.
Sbnarnya gua suka perfume yang bau manis2.. United colour of Benetton COLD,Paco Rabanne 1million tu antara yang terhebat, dan keduanya Jeans Paul Galtier dan Hypnose. kesemua ni gua rsa perfume seumur hidup gua. gua takkan tukar ke lain lagi sebab perfume2 lain semuanya macam tak ngm dengan hidung gua.kadang2 perfume ni kita beli bukan utk orang lain, utk diri sendiri jugak. jadi pemilihan kena betul. jgn pikir beli perfume utk orang lain suka. beli utk sendiri suka.
susah sebenarnya nak buat pemilihan dari segi perfume ni. lagi2 gua ni seorang yang agak cerewet.
jadi, sebenarnya tak salah kot seorang lelaki yang sukakan perfume ni, buang la ego tu nak cakap konon2 lelaki true tak pakai perfume. buat laut je la persepsi tu. sebagaimana perempuan, lelaki juga harus menjaga kebersihan,kesihtan,kecantikan dan diri kita sendiri. tak guna rupe handsome, badan sasa tapi disebalik tu penuh dengan cacamarba.gua punk perfume, gua peduli hape. aceh!
makwe lama suka sangat bila gua pakai parfume ni, katanya bau lelaki2 eropah. keh keh keh. tapi skrg ni dah ramai sangat followernye. haih.
yang ni legend, dari zaman bapak gua lagi. harga dia pun murah even 100ml. bau dia mmg sedap. biasa guna utk kerja memang berbaloi dengan harga $12.
No comments:
Post a Comment