Sunday, April 16, 2017

Kakchom dari gunung ke laut!

Team kakchomhikers mara setapak lagi. Kali ini bukan sahaja mendaki. Kita touring pulau sekali. Planning selama lebih sebulan ni berakhir dengan gelak tawa dan keseronokan yang ekstrim. Selain dari kulit aku dengan tayar kereta takde beza, penangan island hopping ni juga cukup buat kaki aku gatal-gatal tak tahu apa pasal. Agaknya sebab ada member kencing dalam air mungkin. Wallahualam.

Trip kali ini adalah gabungan Hiking + Siri jelajah Pulau.
Kos seorang adalah RM200 sahaja. RM10 duit BBQ picnic, RM10 duit penunggu gunung dan RM180 untuk island hopping.

DAY 01 - Hiking Mount Arong

Kami tiba di kaki gunung jam 10pagi. Kali ini semua krew datang tepat pada waktu. Takde lambat dan delay. Aku bersyukur. Setibanya di kawasan parking, kami terus naik 4x4 milik joe sehingga ke kaki gunung. Budak yang datang lewat trip Muntahak kelmarin kena hukum jalan kaki lebih 1km. Kakakakkaka.

Pendakian nampaknya smooth tanpa sebarang problem. Aku ingatkan ada guide yang akan follow kami, rupanya guide tu nak tengok permit sahaja. Its okey, kami mendaki lebih kurang 1jam lebih. 

Infrastruktur dan persekitaran gunung arong sudah berubah sejak pertama kali aku naik dahulu. Cuma aku hairan, dulu aku naik berpenat lelah macam nak sesak nafas. Tapi kali ni aku naik selamba je macam tak ada apa-apa. Tak, bukan berlagak. Tapi aku tak bayang pon macamni. Begitu besarnya perubahan sejak aku cuba jaga kesihatan ni. Alhamdulillah.

Trip arong simple dan just nice. Kami turun lebih kurang jam 4pm. Dan terus pekena bendalah goreng-goreng dan terus ke lokasi perkhemahan lebih kurang jam 6.

Jika trip muntahak kami bawa 4 khemah. Trip kali ini kami bawa 6 khemah. Memang cukup sangat untuk 30 orang sekalipon. Tu tak masuk hammock lagi. Manakala Joe, anak dia sama Asri pula siap sedia dengan set up yang complete macam kat rumah sendiri. Power power.

Kami buat pelbagai aktiviti malam cuma pada aku malam tu kurang sikit sesi berbual ramai-ramai berbanding trip muntahak, trip ni lebih kepada aktiviti group dan persendirian. Walaubagaimanapon kami tetap dengan tradisi makan bersama-sama dan mengeratkan ukhwah.
Aku tak bawa kamera naik atas. Sebab aku risau part rentas sungai tu. So gambar dah turun je aku ada (camera). Gambar dari iphone aku malas transfer. Hey, malas tu kan pilihan? Suka hati aku la kalau aku malas pon.

Ni lah benda goreng-goreng yang aku cakap tu. Estimate 800kcal satu pinggan.



Tour guide kami. Sentiasa tegas dan memegang watak tok dukun gunung.


Fazini tu nampak je kecil, tapi nafsu makannya mengalahkan pembela saka.







DAY 02 - Island Hopping

Sebenar-benarnya, aku pon tak tahu apa makna island hopping yang sebenar. Aku pon Tok rimau yang perkenalkan. Island hopping adalah siri jelajah pulau yang dibawakan khas dari @GOMihat (twitter). Jelajah pulau ini merangkumi pelbagai aktiviti iaitu snorkeling, cliff jump dan santai BBQ tepi pantai (tak perlu risau makan, sebab makan dia mewah!). Kami menaiki dua buah boat dimana setiap bot memiliki 12 orang penumpang. 

Walaubagaimanapon, aku tak dapat listkan nama setiap pulau sebab Tour guide kami pon takde bagitahu itu pulau apa ini pulau apa. Kena soal dlu lah kalau nak tahu. (Boat kami sahaja, boat sebelah mungkin tour guide dia lebih peramah). Disebabkan aku pelupa, dan aku malas tanya nama setiap pulau tu sebab aku tau aku akan lupa. Jadi cukup lah jika aku sebutkan Pulau pertama, kedua dan ketiga.

Kami naik dari jeti mersing jam 9PM. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30minit. Kami berada di tengah-tengah antara dua pulau untuk upacara "suai kenal" dengan air laut.
Ok ni aku confuse sikit, sebab sepatutnya pulau pertama kami kena hiking untuk layan view dahulu. Kami semua dah sarung kasut sedap untuk hiking meskipun kami cuma hiking bukit yang tak sampai 10min dah tiba puncak. Macam biasa, gaya kena jaga. Kah kah kah.

Dan tak semena-mena, kami terpaksa berbasah basah dahulu dalam upacara suai kenal tu. Ni pon aku confuse, ingatkan dah start snorkeling, aku mushkil kenapa sebiji karang pon aku tak nampak. Rupanya baru panas badan..

Begini, trip ini pada aku ada part "Basah" dan part "Kering". Basah bermakna snorkeling, cliff jump etc. Sepatutnya dia hantar kita ke bukit tu dlu sbb kami semua tengah "Kering", kemudian baru trip "Basah" iaini snorkeling tu semua. Bayangkan tengah basah-basah kita pon bergambar kat puncak Bukit. Hambar juga wajah time tu. Kah kah kah. 

Walaubagaimanapon, aku suka trip Island Hopping ni, tour guide ada dua tiga orang yang memang friendly. Mungkin tour guide aku sahaja yg pemalu. Yang lain okey je. Tentang trip basah kering tu, itu kecik punya hal sebenarnya. Maybe boleh ditambah baik di masa akan datang. Overall untuk island hopping aku bagi 9/10 bintang!



Review & Penambahbaik

Salam you guys. Thanks pada semua yang terlibat secara langsung & tak langsung menjayakan aktiviti kali ni, kak chom dari gunung ke laut. So untuk penambahbaikan program akan datang & sebarang komen atau kekurangan aktiviti kita ni, boleh lah tulis kat sebelah nama masing- masing. 


1. Tok Rimau - Kerjasama dan ketepatan masa bertambah mantap berbanding trip Muntahak. Terimakasih yg pinjamkan masa dan barang dan sedekah makanan. Semoga dimurahkan rezeki. Ada sikit duit dari diskaun Jelajah Pulau, kita akan beli sikit2 peralatan utk masa depan. I had so much fun that my wife become jelous tengok IG. Next time Tok bawa orang rumah macam Cabi.

2. Cabi - semua perfect! Timing pon best. Macamni best semu aktiviti dijalankan tanpa delay. Terima kasih atas kerjasama. Aku sudah berbincang ringkas bersama Asri & Joe. Insyallah tahun depan kita buat trip ke Rinjani pula. Kalau sokongan ini berterusan maka semua ini tidak lagi mustahil. Terima kasih kawan2. Terima kasih sama2 berkongsi kegembiraan dengan aku dan bini. I love you guys!!

3. Miena - semua okay. Lagi2 makan semua ckup & sedap, terlebih- lebih lg, thanks pd AJK makanan - nadi ajim & syaf, ee jugak bawak ayam utk sandwich. Thanks berhujan panas beli makanan. Cume next time mashmallow kena cucuk siap2 dr umah πŸ˜‚

4. Syasya - nape tak paus

5. Joe - Bila nak pegi lagi

6. Asri - pegi lagi nak bila

7. Jui - thanks all crew #kakchomhikers  awesome. Dari start naik kereta, naik gunung, naik bot, makan sampai turun kereta best. Acara baling frisbee tu sedap. Boleh beli menatang tu nanti. 

8. Jamal - superb! 1st time aku buat keje giler ,lompat terjun laut walaupon tak tinggi.. kahkah.. me waiting fr next trip.. thanks gais korang osem!

9. Ee - thnx orgnzer. pngalaman laen dri yg laen. plz set up nex trip. njoy every moment. p/s: mne nk cri krim aloe vera

10. Rose - I want something just like this. Tenet tet tet tennenet  πŸ˜œ

11. Dona - thanks Ajiem & Addah bagi tumpang & tolong drive. Terima kasih semua untuk semua masa yang gembira. Makan cukup, happy dengan semua aktiviti. Saya nak join lagi trip seterusnya especially jika trip ke gunung nuang dan bermalam di sana. Tq & nice to know uols.

12. Finie - 

13. Ajim  - 

14. Em - Awesome people (yang dah kenal/baru kenal), good vibe, good food (banyak dan sedap) em non stop makan k. This #kakchom group/people would be my fav group. Tag me in ke trip seterusnya. I had a great times walau pun sekejap. This trip punya pictures Em ada upload di FB 
[ https://m.facebook.com/summerhatesyou/albums/1548452481845469/?ref=bookmarks ]

I love you guys! - Ireng Girl πŸ’πŸΎπŸ˜˜


15. Nadia - trip mmg best, jd ireng pun ireng la, it's worth it. Thanks sume AJK.. yg sedia makan, yg sedia khemah, yg jage kebajikan etc. thanks gak sume sbb bersabar dgn sy (1st time camping) & mtk maaf kalau menyusahkan. Can't wait for next trip! xoxo πŸ’‹πŸ’‹

16. Haziq - awesome trip. Great vibe. Its like a fΓ‘milia. Eventhough joined half way, but still worth! It worth more than million dollars. This is our tribe. This is our vibe. This is our time. This is #KakchomHikers. Thanks and congrats to all crew and members who participate in this tour. Good Job and Keep It Up. Till we meet again for the next trip!

17. Ieka - alhamdullilah smua berjalan lancar n best gila trip nie, insyaallah next trip nk join ag.. ☺

18. Shima - 1st time camping sgt best. Lain kali nak ikut lg. Special thanks to @⁨Mohd Faisal Othman⁩ hantar mlm2 g amik blk dompet. Maaf menyusahkan. Tq semua menjanakan memori ini ☺✌🏻🌈



19. Napie - Alhamdulillah, walaupun ada masalah dengan kedatangan, sy berjaya juga. terima kasih pada rakan2 yg myediakan tmpt tinggal dan makanan. Terima kasih daun keladi, inshaaallah sy join lagi.

20. Pesot - tak dapat digambarkan dengan kata kata bertapa superb nya trip kali ini.lepas neh mohon buat lagi.love u all 😍

21. Shaf - 

22. Ilias - 

23. Yob - alhamdulillah..nice trip..great!!awesome!!orgnzr terbaik..trip xlapo..xbosan..waiting 4 next chapter!

24. Lynn - 

25. Faizuddin - Terima kasih pada asri dan joe kenalkan saya pada kakchom hikers. Kepada semua semoga berjumpa lagi di trip akan datang 

‪26. Nadi - semua okay, thanks kat semua, yang bawak makanan extra, yang bawak jajan extra, everything was superb! ❤πŸ™ŒπŸΌ‬

27. Addah - thanks korg for the effort kpd ajk and smua yg terlibat! smua tip top! i suka lagi2 ade byk mkn!