Thursday, July 12, 2018

To Be A Good Father

Tuhan ni maha adil dan saksama. Dia beri kita pelbagai anugerah, rahmat, hadiah setiap hari tanpa kita sedar dan bersyukur. Menjelang 32 tahun, aku mula mengerti makna bersyukur. Betapa kita harus sentiasa berterima kasih, sentiasa sujud dan sentiasa memohon segala daripadaNya.

Tahun ini tahun paling bermakna buat aku. Tahun ini tahun paling aku nantikan dalam hidup aku. Tahun dimana aku bakal menerima cahaya mata. Anak aku. Ya, anak aku bersama isteri yang aku cintai. Dan aku mula cintai. Segala yang Allah beri yang sepatutnya dari dulu lagi aku Cintai.

Aku ke korea selama 23 hari. Di sini, tuhan mengajar aku erti rindu. Rindu isteri aku. Isteri yang juga digelar "Keluarga". Meskipun cuma aku berdua. Pulang dari korea, aku mula sedar betapa pentingnya isteri aku dalam hidup aku. Aku pon tak tahu kenapa aku mencari yang lebih sempurna sebelum ini walaupon dia setiap hari lalu di depan mata.

Tahun ini, tuhan berikan aku hadiah. Perkhabaran yang aku terima buat aku jadi janggal. Aku semacam tak percaya yang lagi 9 bulan aku bakal menjadi bapa. Menjadi seorang pemimpin kepada anak syurga. Aku lalui pelbagai cabaran. Cabaran dari sudut kesihatan yang menakutkan aku. Cabaran dari segi kewangan yang merunsingkan aku. Cabaran tempat tinggal yang sentiasa buat aku fikir solusi bagaimana hendak go through this situation. Tapi, semacam yang aku cakap tadi. Tuhan dan aturkan semuanya untuk kita. Tuhan dah berikan segalanya. Kita tinggal cari sahaja.


Aku cuma nak cakap yang, pembawakan budak is real saudara. Real. Tu saja.