Saturday, June 17, 2017

Betul juga orang cakap. Buatlah 10 kebaikan, dan kemudian buat lah satu kejahatan. 10 kebaikan kau tu lenyap dengan hanya 1 kesilapan.

Friday, June 16, 2017

Comfort Zone

Aku pernah berangan, aku ubah kehidupan dengan orang tersayang. Bersama-sama bangun dan duduk. Bersama-sama susah dan senang. Tapi aku terlupa, kita sebenarnya tak boleh lakukan semua itu bersama-sama. Kita kena lakukan dalam bentuk kerjasama sahaja.

Kita boleh maju jika berusaha. Tapi kita akan boleh bertambah maju dengan usaha dan dorongan dari yang tersayang. Itu maksudnya bekerjasama.

Bukan bermaksud, kita teruskan hidup kita, duduk dibawah kepompong comfort zones dan membiarkan pasangan kita juga buat benda yang sama.
Hidup ini terlalu bosan untuk itu sayang...


Sebagai contoh satu pasangan suami isteri, suaminya bekerja di pam minyak, isterinya bekerja sebagai pekerja kilang. Setiap hari mereka melalui kehidupan yang selesa, ya selesa! Bangun tidur, sarapan, siapkan anak ke sekolah, kemudian hantar isteri, balik kerja ulang aktiviti sama dan kemudian balik ke rumah layan drama Astro. Adakah cuma ini cara untuk mereka habiskan kehidupan?? Ya, soal rezeki, itu semua kerja tuhan. Tapi jika beliau tak mahu duduk di comfort zones dan ingin "keluar" daripada kepompong itu, mungkin si isteri boleh cari kerja separuh masa atau meniaga online sahaja, manakala si suami bekerja bersungguh-sungguh, belajar dan akhirnya mempunyai sebuah stesen minyak sendiri. Bukankan hidup itu akan tambah bermakna?


Ini hanya pendapat aku. Mungkin aku seorang sahaja yang lahir dengan sifat yang mudah bosan dengan perkara yang terlalu mendatar. Mungkin kamu semua tidak.

Entry Puasa

Bulan puasa ni aku rasa sekejap betul. Macam baru kelmarin je masuk ramadhan, sekarang dah nak dekat hari raya. Pada umur aku 31 tahun hari ini, aku terfikir. Begitu cepat masa berlalu, tak lama lagi pon kita semua akan beransur tua dan bertukar ke satu alam yang baharu.

Alhamdulillah, tahun ni aku belum ponteng satu pon tidak seperti tahun tahun sebelumnya. Kahkahkah.