Ini adalah penulisan untuk ZINE KLMJ yang aku nak buat tapi tak buat-buat. Aku paste kat sini kalau sesiapa nak baca. Once akuc cetak dan aku akan delete semula.
Sebelum
engkorang terus membaca naskah zine KLMJ ni, satu benda je aku minta. Jauhkan
buku ini dari kanak-kanak bawah 18, mungkin penulisan aku boleh buat akidah dan
akhlak kanak-kanak terpesong. Jangan salah faham. Aku bukan nak ceritakan sebuah kisah percintaan
songsang, Gay dan Lesbian, ataupun kisah seorang pengkid yang pakai bengkung acah-acah jadi jantan dan dahagakan
kasih sayang gadis metropolitan. Aku
cuma nak menceritakan kisah sebenar, masyarakat sebenar, kes sebenar dan
Kenangan Lalu sebenar, yang benar-benar mengusik jiwa.Teruskan cecah biskut
kering bersama milo atau nescafe panas untuk side effect yang lebih ketara.
19 disember 2008
Menjadi jurujual
sambilan di pasar raya memang memenatkan. Terus terang aku katakan memang hidup
jadi jurujual kat pasaraya ni tak banyak pilihan. Samaada engko terus jadi jurujual
sampai bila-bila dan menegetepikan kehidupan sosial lain ataupun kau teruskan
kehidupan sosial dan mengetepikan kerjaya engko. Aku takde makwe, bahkan makwe
pun jarang bertemu sua dengan aku kerana aku jarang berhadapan dengan
masyarakat. Kebetulan aku juga tak ada
misai atau jambang yang memikat pada masa itu. Aku banyak menghabiskan masa di
stor. Mengemas dan melabel seluar dan baju untuk mempermudahkan pekerja lain
memilih untuk digantungkan di hall hadapan.
Aku bekerja dia
satu kedai jualan barang-barang branded yg repurbish. Di dalam satu plaza besar
yang dinamakan Plaza Tun. malas aku nak sebutkan kedai dia. anggap la aku kerja
FOS.masa aku lebih banyak mengemas baju dan seluar, susuh rak, melipat dan
macam-macam lagi. No wonder la bila aku remaja sekarang aku amat pantang dengan
makwe yang bersifat malas dan melebihkan alat mekap lebih dari benda yang
sepatutnya dibuat oleh seorang makwe yaini mengemas.
Kisah aku bermula bila aku kenal dengan
seorang makwe nama dia "kecik". Kecil orangnya dan comel. akan tetapi
bukan makwe ni yang buat aku KLMJ. Makwe
ni merupakan kawan yang aku pernah kenal sewaktu kelas taekwando sekolah
menengah dulu. Aku pernah tengok dia tumbangkan
segagah-gagah jantan, jadi aku taknak
gadai nyawa aku untuk mengurat dia. Daripada aku kena hentak kat tengkuk, lebih
baik aku hindari risiko.
Kecik bekerja
disebuah company printing berhadapan dengan tempat kerja aku. Setiap kali kecik keluar dari tempat dia untuk
rehat atau membuang hadas besar, aku pasti akan menegur dia. iyelah, kawan kan?
Sering juga aku kacau -kacau dia dan bergurau seperti insan lain yang cintakan
kedamaian. Hari tu hari isnin, minggu pertama tahun 2009. Merupakan minggu baru
untukkemasukan pelajar pelatih di tempat kerja Kecik. Ada dua orang makwe denyut
baru di tempat kerja beliau.
Sebagaimana jantan gatal yang lain, aku dan
kawan-kawan aku seperti biasa mengacau makwe-makwe pelatih baru tu. Cuma
mungkin tak sekerap mengacau kecik. Bila Nampak makwe baru, kecik tidak lagi
dipandang. Kasihan kecik. Dan
sepertimana mana aku yang banyak masa dihabiskan di stor, waktu rehat atau
waktu mengular sahaja la masa yang sesuai untuk aku cuba-cuba mengacau anak
dara orang. Bukan apa,ini kerama makwe-mawkwe pelatih tu ayu-ayu belaka. Dan mereka
orang baru. Mungkin ini peluang cerah untuk aku bertemu jodoh. Kebetulan pada
masa itu aku teruna dan masih mempunyai anak rambut halus dibahagian dahi.
Dalam dua orang
makwe praktikal tu, aku tertarik kepada seorang makwe. namanya Aweng. memang
nampak jahanam juga nickname Aweng ni. Kalau just sebut je, aku pun tak tahu Aweng
ni lelaki ke perempuan. Macam nama kucing pun ada. Nasib la aweng berambut panjang dan tidak
bermisai, jika tidak aweng tu pun aku sangka pondan. Dah apa kena dengan jiwa aku ni tiba-tiba aku
menaruh harapan pada pondan? - kata aku dalam hati.
Sejak hari pertama aku nampak aweng. Aku rasa hati aku berderau tak menentu. Hari-hari
aku seperti cukup bersemangat. Hawa nafsu makan aku juga semakin bertambah. Bayangkan
dua bulan Aweng praktikal di tempat kerja Kecik, berat aku bertambah 10kg. Aku
tak nampak faktor kegemukan tu, yang aku nampak hanyalah sebuah epilog cinta
sejati antara aku dan Aweng. We are
connected bak kata orang putih. Aweng bersifat keanak-anakan, dia sangat manja
dan comel. Sukakan binatang dan geram tiap kali nampak baby comel. Perangai dia
buat aku jatuh hati betul. Kebetulan aku ni agak tegas dan black metal
orangnya, cuma dia saja yang pandai lembutkan hati aku yang ganas macam syaitan
ni.
Selang 3 bulan
dia bekerja di situ. Aku memutuskan
untuk in relationship dengan dia. Aweng
setuju dengan senyuman yang boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa bahagia. Ya,
aku rasa akulah lelaki paling beruntung kerana baru sahaja ditabalkan sebagai
seorang pakwe. Bukan lagi seorang roh
kudus yang tiada teman istimewa. Bangga aku bila aku tahu diri aku ni laku. Sejok perut mak aku melahirkan bayi sebesar
aku. Dan ini merupakan First love aku. Engko tahu je la kan first love ni
kemaruk dia lain macam sikit. Kalau boleh tangan dia aku dan kerat kemudian
letak dalam kocek. sayang punya pasal.
Aweng belajar di
IPTA berdekatan tempat kerja aku, dia mengambil jurusan grafik dan animasi.
lepas sahaja tempoh praktikalnya tamat 6 bulan, 6 bulan seterusnya Aweng ulang
alik dari kolej ke tempat kerja aku
setiap minggu. Agak susah kami masa tu. Aku tak ada motosikal. Kereta jauh sekali. Cuti aku pulak hari biasa.
Sabtu ahad sahaja Aweng ada masa
terluang untuk berjumpa aku dan melempiaskan rindu. Kami tinggal bersama setiap sabtu dan ahad,
kerana masa kami singkat dan inilah cara yang kami ada untuk melepaskan rindu. Aku tak mahu cerita lebih-lebih nanti
engkorang senak pula. Pada masa itu aku tinggal dengan keluarga aku, tapi
disebabkan Aweng, aku terpaksa menumpang tidur di bilik sebuah cybercafé kawan
aku. Kawan aku, Sam bekerja disebuah
cybercafe tak jauh dari tempat kerja aku. Cybercafe itu menyediakan sebuah
bilik khas untuk Sam. Namun, disebabkan aku dan kawan aku ni memang blood
brother, Sam aku izinkan aku tinggal di bilik cybercafe tu setiap hari minggu
untuk aku dan Aweng. Aku bersyukur dapat
kawan baik macam itu.
Kehidupan kami
boleh dikatakan biasa-biasa sahaja. Maklum la, aku seorang yang bekerja, Aweng
pula masih belajar. Sedikit sebanyak aku wajib bantu dia. Dah nama pun pakwe,
takkan la nak sedap je ye dok!!?? Sekali sekala aku ajak dia makan
tempat-tempat mahal kasi dia rasa dihargai. Aku ajak dia berjalan kesana
kemari. Even naik bas sekalipun Aweng
tak pernah mengeluh. Aku ada duit lebih
sikit, aku akan belikan dia pakaian dan teddy bear yang besar-besar. Sebab dia sukakan teddy bear, dan dia pun
pernah kata yang aku ni teddy bear nya. Aku bahagia walaupun disamakan aku
dengan beruang madu. Walaupun aku tak ada simpanan. Tidak ada harta. Tetapi aku ada dia. Bagi aku Aweng itu sahaja harta yang paling
bernilai dalam hidup aku. Aku tak kisah
jika tak ada apa-apa. Aku tak kisah jika
aku terus naik kenderaan awam kemana-mana, asalkan yang penting aku dapat hidup
bersama dengan Aweng sampai bila-bila.
08 mac 2011
Perkenalan kami
semakin jauh, maksud aku.. dah lebih 2 tahun kami bersama. sama-sama
mengharungi dunia, pahit getir, susah senang, kami lalui bersama. Aweng pun telah bekerja semula berdekatan
dengan tempat aku. Aku sudah boleh rasa
lega. Mungkin selepas ini aku dah boleh
menyimpan untuk masadepan lebih baik. Dah lama Aweng bekerja disitu, aku tak
nampak apa-apa perubahan pada diri aku. Hari berganti hari dan Aweng sikit demi
sedikit sudah berubah menjadi seorang gadis metropolitan. Hari-hari hidupanya
dihabiskan dengan kawan-kawan. Anting-anting dah start besar. Kain dah mula sampai parat lutut. Dan sudah
pandai memperagakan bra jenis push up hingga sukar nak menadah tangan di dada.
Memang ketara perubahannya. Dan semakin sukar untuk kami berjumpa. Seminggu sekali pun kadangkala aku takdapat
hubungi dia. Dan sering dia berikan alasan penat dan bosan. Aku “catch no balls” benda ni. Aku anggap yang
aku ni "Over" dan mungkin ini waktu remaja dia. Tak perlu rasanya
waktu remaja seorang wanita dihabiskan dengan mengabdikan diri untuk seorang
lelaki. Aku biarkan dia bebas dalam masa yang sama aku masih mengambil berat
terhadapnya.
Hari itu, hari
ke 12 aku tak dapat info daripadanya. Aku
pergi ke tempat kerjanya, tapi kawan-kawan dia beritahu yang aweng dah 5 hari
tak datang kerja. aku dah mula risau, aku telefon tak berjawap. Aku pergi
kerumah sewanya tapi aku tak nampak pun selipar mahupun bayang-bayang dia. Aku
meminjam motor kawan aku dah pusing-pusing sekitar bandaraya. Bingai juga aku
ni, aku pusing satu malaysia pun nak buat apa? bukan aku tahu aweng dimana? dan
aku pun hampir tak kenal siapa diri aweng sekarang. juga kawan-kawannya.
Hati aku bimbang
bercampur resah. Apa aku buat serba tak kena. Aku cuma tenangkan diri aku dengan cara tak
betul. Aku juga manusia biasa dan sering
melalukan kesilapan, aku pergi ke 7eleven dan mencapai beberapa tin minuman
keras. Ini sahaja cara untuk aku rasa tenang sedikit. Ini sahaja cara untuk aku
boleh tidur malam tanpa berfikir apa-apa. Saranan aku pada pembaca, ARAK TU MUSUH
NEGARA. JANGAN sesekali mencuba. kenapa aku kata musuh, sebab arak juga yang
buat duit para menteri berkepuk-kepuk, dan kita masih tak sedar yang diri kita
ditindas oleh “Musuh-musuh Negara” ni. #justsaying.
Aku terlelap di
bucu katil, tempat yang paling banyak berbuat dosa. katil aku bersepah. Macam
bilik mat dadah pun ada, Macam rumah pelacuran juga ada. Sedang aku tidur lena,
Aku dikejutkan dengan bunyi pintu yang diketuk berkali-kali. Aku terkejut dan
terjaga, siapa pulak datang rumah aku malam-malam ni? takkan ada salesman jual
produk tengah-tengah malam? Mamai-mamai
aku membuka pintu. Aweng berada dihadapan rumah aku. Tercegat . "Boleh
saya masuk?". Dengan confuse aku menjawap," Mestilah boleh".Awak dari mana ni? kenapa lama tak call?
mana pergi handphone? kena ragut? ke butang call dah rosak?” Aku masih
bertanya dan bertanya bertalu-talu dalam
keadaan marah. Aweng masih diam seribu
bahasa. Aku menjadi gelabah tetek seketika. Mana tidaknya, Kesayangan kau
satu-satulah yang kau risaukan tiba-tiba sleep mode tak cakap apa-apa. Siapa
tak risau?
Seperti biasa aweng melucutkan pakaikannya
dan terus ke bilik air. Berderau juga jantung ni sebab dan lama aweng tak
melucutkan pakaiannya depan aku. Kebiasaanya aku yang melucutkan pakaiannya
sendiri. itu yang lain macam sikit perasaannya. Aweng mandi dan berkemban
keluar, terus duduk sebelah aku.
"Saya
balik kampung lah awak, bapa saya sakit. Sorry la saya rushing tak bagitahu awak" – kata Aweng dengan lembut, memohon maaf.
Sentap aku, rupanya aku menyangka yang
buruk pada Aweng, padahal Aweng melawat bapanya di kampung. Mungkin dia sengaja
tak nak bagitau aku sebab taknak aku rasa risau. Atau dia mahu sendiri tanpa
membebankan aku. Tapi dia tak sedar yang aku lebih dari risau sebab tak tahu
khabar dia. Lebih baik kau bagitahu aku kemana kau pergi dari tak beritahu
apa-apa sayang..
Aku taknak panjangkan cerita lagi, seperti
biasa, aku akan berbual-bual dengan dia sebelum aku tidur. cuma kadang-kadang
je aku terlajak jadi benda lain. Tak nak aku ceritakan disini kerana aku takut
zine ni menyerupai cerita cikgu suraya pula nanti.
Waktu tu malam yang sejuk bersari. Aku tak
mahu fokus pada apa-apa masalah, aku tak dapat tidur, entah kenapa hati aku tak
sedap walaupun Aweng dah pulang kerumah aku. Aku tenung Aweng yang sedang tidur
lena. Berbunga-bunga hati aku walaupun dia berdengkur seperti lelaki baru balik
berkebun. aku usap rambutnya yang kembang tu, sisirkan ketepi telinga. Lampu
malap-malap memang kena betul dengan effect-effect romantic.
Tiba tiba, aku terkejut. Aku buka lampu dan
lihat dengan teliti. Betul ke apa yang aku Nampak ni? Sah!
Love bite!! bila masa pulak aku buat love
bite semalam!?? Love bite ni kerja budak
agas mana pulak ni? ()@#%*@$%*%@#$% aku mencarut tak henti-henti. Segala caci
maki bertukar bahasa aku bebelkan.
Takde, ni love bite siapa!! Kanena cibai. –
gertak hati aku.
aku terus mengejut aweng. Mengejut paksa. Aweng
marah.
"Kenapa
dengan awak ni?? kan saya tengah tidur ni? tak nampak ke??
luluh hati aku, ini kali pertama aweng
meninggi suara pada aku. Dia bukan lagi seorang yang lemah lembut dan comel.
Bukan lagi seorang yang manja dan suka dibelai pipinya. Dia dah berubah.
"Tu,
apa kat tepi telinga sampai ke leher awak tu?? apa??" ketar-ketar aku bertanya. Entah kenapa macam pondan pula aku rasa
bila bercakap dalam keadaan macamtu.
Kali ni giliran aku meninggi suara. Suara
jantan yang kasar dan pekat. Mungkin housmate aku menyangka ini teknik aku
berasmara. Dengan cara ganas dan erotik.
Kepala hotak dia.
"Apa
dia???" aweng bertanya. Aweng cepat-cepat ke
tandas. Cemas betul mukanya.
Aku tertekan. Aku tak dapat fikir apa-apa. Aku
nyalakan sebatang rokok. Aku dah takde fikir yang baik lagi dah. Aku fikir yang
buruk sahaja. Dah tak ada lagi positifnya. Negatif semata-mata!!
Aweng keluar dari bilik air, aku masih lagi
bertanya dan terus bertanya.
Aweng cepat-cepat sarung seluar dalam
keadaan marah, dan melulu ke pintu depan. Sebelum keluar dari rumah aku, dia
sempat berkata pada aku..
"Awak
ni, saya dah balik pun tak bersyukur. saya tak balik terus lepas ni. baru awak
pandai bersyukur agaknya".- Jelas aweng dalam
keadaan semakin marah.
Sebak hati aku. Aku pulak yang kena marah? Penjelasan
tak dapat, ini yang patut aku terima??
Mungkin betul kata Aweng, aku tak pernah
bersyukur. Mungkin betul kata mak dan bapak aku. Aku memang pandai berterima kasih. Mungkin betul kata
kawan-kawan aku, aku seorang yang ego dan rasa semua yang aku buat betul. Tapi
maafkanlah aku. . jangan buat aku begitu..
Seminggu tiada khabar.
Dua minggu tiada khabar.
Tiga minggu tiada khabar.
Lelaki, dia tidak suka cakap benda yang dia
pernah hukum.
Lelaki, dia tak pernah rawat hatinya yang
dah mula kendur.
Lelaki, dia tak akan buang ego semata-mata
nak tunjukkan diri dia macho.
Tapi disini, aku harus buang ego. Aku rindu. Biar pun Nampak dayus tapi aku
memang rindu. Rindu ni bukan mainan. Bukan sesuatu yang kau boleh buat bahan
gurauan. Rindu ni ikhlas. Rindu ni datang tak sedar, pergi bukan main payah.
Dan rindu itu membuatkan aku mula rasa aku patut buang semua norma kehidupan seorang lelaki tu. Aku
belajar jadi dayus. Dan aku cuba untuk menjadi seorang dayus yang Berjaya.
Aku menghubungi Aweng.
Jelas memang Aweng takkan angkat call
aku. Kali ini aku call menggunakan nombor yang lain. Aku beli nombor baru
semata-mata aku nak Aweng angkat call aku. Cubaan aku berjaya dan Aweng
mengangkat telefon aku.
“hello.
Siapa ni?” – kata Aweng, sedikit garau suaranya.
“err.
Awak. Ni saya. Awak dah tak kenal saya?” aku
bertanya.
“ Kat
nombor telefon mana ada nama, cepatla cakap siapa ni” Aweng tegas. Makin kasar suaranya.
“
kejap, saya salah nombor ke? Kenapa suara awak suara lelaki? Awak sakit tekak?” – aku menyoal.
“Bukan
macam, aku memang lelaki. Kau siapa?” – tegas suara
itu.
Lekas-lekas aku meletak telefon. Punya lah bingai aku ingat Aweng sakit tekak
suara gaya atlit bina badan gitu. Rupanya memang lelaki yang angkat panggilan
aku tadi. Siapa pula lelaki ni? Kenapa dia angkat telefon Aweng? Ah tak boleh
jadi ni.
Aku call semula. Kali ini lambat dia
angkat. Sesudah lebih 5 kali aku hubungi, baru la dia angkat.
“hello,
siapa ni ?” – kata Aweng, kali ni lembut suaranya
“awak,
ini saya. Tadi siapa?” – jelas aku.
“abang.
Ya. Abang saya. Awak nak apa? Untuk apa awak call?”
– kata Aweng.
“saya
call sebab.. nak Tanya khabar.” – aku jelas masih
ego.
“khabar
baik. Oklah saya bizi sikit. Ada masa saya call awak. Bye” – Aweng
terus meletak telefon.
Sebagai seorang
yang dah gila bayang . Yang dah mabuk rindu. Yang dah mula hilang rasa ego dan
malu. Aku call kali kedua. Aku call sebab aku nak Tanya pasal diri aku dan dia.
Apakah aku harus terus mengharap atau aku berhenti. Oh please, aku takkan
berhenti mengharap. Jika mengharap itu membahagiakan. Aku rela jadi pengharap
yang setia!
“kau
nak apa lagi ni??” – suara lelaki gasar itu
kembali.
“tak,
aku nak bercakap dengan aweng. Kau siapa?” – aku
meninggi suara
“aku
balak dia, kau siapa??” – jantan puaka tu pulak
meninggi suara.
“aku
nak bercakap dengan dia. Kau sibuk kenapa?” – aku
menganjeng dia. Gong gong gong.
“ah
*^&$* kau ni ek, kau jumpa aku dulu baru leh bercakap dengan dia” – jantan puaka tu maki hamun.
“ok,
aku jumpa kau sekarang. Kau kat mana?” – aku
takut-takut berani je ni.
“krik..krik..krik..” – telefon masih belum letak. Tapi dia senyap je. Takut ke apa?”
“
jangan ganggu hidup saya lagi. Kita dah tak ada apa-apa” – tiba-tiba aweng bersuara.
“takde
apa-apa? Awak dah gila ke??.” – kata aku.
Aweng terus meletak ganggang telefon.
Aku redha. Aku
dah tak kenal siapa aweng. Aku dah tak kenal siapa diri aku. Aku benar-benar
lost. Malam tu aku memang tak boleh tidur. Macam-macam benda aku fikirkan.
Kenapa aweng berubah begitu cepat. Kenapa? Dan siapa pulak jantan puaka yang
aweng cakap “abang” tu? Konek betul lah perasaan macam ni!!
Hari berganti
hari. Genaplah 6 bulan hidup aku tanpa aweng. Aku hilang kerja. Dan bertukar kerja lain. Aku hilang semangat
dan aku hilang arah tu. Bodoh lah jika jadi lelaki, aku terus down dan tak
berfikir apa-apa. Aku cuba mengubah rutin aku. Aku ubah segala tentang diri
aku. Iyalah, selama ni aku buat sesuatu, aku ada pemikiran lain untuk aku
fikir. Tapi sekarang berbeza. Aku dah tak perlu fikirkan siapa-siapa. Aku Cuma
perlu fikirkan diri aku semata-mata. Macam-macam juga aku buat untuk
mengelakkan perasaan KLMJ ni. Aku ubah gaya rambut, aku ubah penampilan. Aku
ubah posisi katil. Aku ubah sengala struktur bilik dan aku ubah persepsi aku
kepada semua benda. Apa yang kekal, aku terus jadi diri aku sendiri. Yang
senyap dah cuba sembunyi segala perasaan bodoh yang selama ni kerap aku
fikirkan. Aku cuba berubah kea rah yang baru. Ke arah yang lebih baik. Aku
flexsible. Menjadikan diri aku seorang yang ceria untuk membuatkan orang lain
ketawa. Tapi hati aku yang sedih, aku masih tak suka cerita.
Satu sms pembuka hari aku pada hari ini. “awak duduk mana? Saya cari awak kat kedai
sam tapi taka da. Boleh jumpa sekejap?”
Berdebar jantung aku. Siapa pulak hantar
sms Tanya aku duduk mana ni? Tak mungkin aweng!! Aku membalas sms tadi . “saya dah lama tak duduk kat cybercafé sam
tu. Dah pindah bangi. Siapa ni?” kata aku dengan penuh yakin.
“saya
jumpa awak sekejap?” saya baru balik kerja ni. Saya aweng wak. Awak dah tak
kenal saya?” fuhh..berderau lain macam jantung aku
ni. Macamana aku boleh lupa no telefon aweng ni. Nampak benar aku kerahkan diri
untuk melupakan segalanya sampai nombor telefon aweng pun aku tak ingat
berapaa.
“oh
awak. Boleh. Sampai bangi call je saya” – jawap
aku.
Terdetik dalam hati aku, kenapa perlu dia
cari aku? Atas alasan apa setelah 3 bulan takde Tanya khabar. Aku cuba fikir
positif. Mungkin dia masih mahu berkawan dengan aku. Tak salah rasanya jika
kami masih menjadi kawan. Meskipun bukan pasangan kekasih yang berkongsi
kebahagiaan bersama-sama.
Lebih kurang 15 minit, aweng menelefon aku.
Suaranya amat ceria. Seperti taka da apa-apa yang berlaku. Aku memberinya
alamat kerana dia kata ingin menumpang rumah aku untuk berehat. Tak lama
kemudian aweng pun sampai ke pintu rumah apartment tingkat 4 aku yang memang
berpeluh nak naik tangga kerana apartment murah taka da lift.
“fuhh,
penatnya naik rumah awak ni. Kenapa sewa tinggi-tinggi?” kata aweng. “alah, apa
salahnya, saya pun nak excersize kuruskan badan” – kata aku. Aku melemparkan
senyuman kepada aweng. Dan dibalas dengan senyuman yang boleh membuatkan semua
orang merasa bahagia.
“awak
dah lama duduk sini? Kenapa pindah?” – Tanya aweng.
Nadanya agak tercungap. Mungkin dah lama aweng tidak bersenam. Ataupun aweng
ada masalah pernafasan.
“lama
juga, since 6 bulan lepas. Err. Awak dari mana ni? Kenapa tiba-tiba nak jumpa
saya?” – Tanya aku sambil buat muka ala takde pape terjadi.
“lama
saya tak jumpa awak. Saya nak Tanya khabar awak. Kebetulan saya balik awal
harini. Boleh la saya jumpa awak sekejap. Kenapa? Tak boleh ke?” – kata aweng.
“
eh..eh.. tak la. Boleh je. Awak tu boleh ke jumpa saya, kat rumah pulak tu? “Abang”
awak tak marah?” – kata aku dengan nada menyindir.
Dengan spontan, aweng menutup mulut dan
merapatkan tubuhnya pada aku. Jantung aku ketika ni dalam lingkungan 180km/j @
4000 horsepower. Dia berbisik di telinga aku “ awak, kan dia takda. Buat apa cerita pasal dia. Ceritalah pasal kita”.
perlahan lahan aku menolak tangannya dimuka aku.
“err
awak. Sekejap”.
Aku pergi ke pintu dan mengunci kemas
tombol pintu. Dua tiga kali aku jenguk luar tingkap mana tahu ada sesiapa
Nampak aweng dan aku naik atas tadi.
Hati aku
berbunga, jiwa aku bergelodak. Aku terus mencapai pipi aweng yang gebu dan
mengusap rambutnya. Rambutnya wangi dan cukup memikat. Terus aku mendukungnya
masuk ke bilik tanpa berkata apa-apa. Selebihnya aku sengaja tak ceritakan
disini. Aku bimbang engkorang tak pandai cover line. Cukuplah sekadar engkorang
tau yang kami berdua sedang berenang kuak lentang sekarang ni. Omnomnomnom.
“awak
sama macam dulu, tidak pernah menghampakan. hehe” - jelas aweng.
“ aku
senyum sambil angkat kening” - Rasa lelaki betul. Hari-hari aku sememangnya
aku lelaki. Tetapi harini aku rasa lebih lelaki dari hari – hari yang lain.
Selepas selesai segala “hutan piutang” yang
belum terbela nasibnya. Keadaan aku sekarang lebih lega dan kurang stress.
Mungkin ini tempoh yang sesuai untuk aku bertanya soalan-soalan yang menyentuh
sedikit.
“awak,
kenapa awak hilang. Dan kenapa sekarang baru datang. Awak tak fikir saya ke?” – kata aku.
aweng diam sahaja. Dia senyum. Dia cium dahi
aku dengan penuh makna. Apa ni semua? Kenapa kau senyap? Kenapa taknak jelaskan
apa yang berlaku? Shit aku dah mula jatuh cinta semula..
“
awak, awak jangan la sedih. Saya sentiasa ada dihati awak. Mungkin awak tak
Nampak saya, tapi percayalah takda nama lain dihati saya selain awak.” – kata aweng. Matanya sedikit berkaca. Malam itu kami tak banyak
bercakap. Kami banyak berpelukan, kami banyak menangis dan kami banyak merenung
mata antara satu sama lain. Mungkin ada sebab lain yang aku tak perlu tahu.
Yang dia tak termampu untuk ceritakan pada aku. Kelu, Cuma kelu yang ada dalam
hati aku sekarang ni. Kelu untuk aku Tanya. Kelu untuk aku jelaskan
ketidakpuasan hati aku. Kelu untuk aku berterus terang. Perasaan tu sayang dan
taknak dilepaskan. Tapi aku tahu, esok mungkin dia tak akan ada seperti hari
ini. Dan aku takut adalah hari ini hair terakhir aku memeluk dia? Aku cuba
belajar bersyukur. Aku taknak Tanya apa-apa. Aku nak dia berada dalam pelukan
aku malam ini. Itu sudah memadai. Dan aku baru pandai rasa menghargai. Kami
menghabiskan masa malam itu dengan berpelukan dan berkasih sayang. Dilimpahi
cahaya sayup-sayup dan alunan muzik post rock dari mogwai. Kami tertidur sampai
keesokan.
Pagi itu aku
terjaga. Aku pandang kiri kanan. Aweng dah tiada. Aku tekup muka aku dengan
bantal dan masih rasa bertuahnya diri aku semalam. Kenapa? Aku pun tak pasti
kenapa. Lumrah manusia, bila ada diabaikan, bila susah untuk dijumpai barulah
kita berasa sangat berbesar hati. Aku call aweng. Tak diangkat. Satu perkara
yang aku belajar sejak aweng meninggalkan aku adalah, jangan memaksa. Tak ada
gunanya jika kita memaksa. Kerana cinta dan sayang tu tak akan datang dengan
cara paksa. Dia datang dengan cara rela. Aku membiarkan sahaja dan aku
mengharap satu hari nanti dia akan datang semula. Aku bangun dan mencapai
sebatang rokok. Terletak satu sticky note diatas rokok aku bertulis “ Awak ingat , awal kekal ada di hati
saya. Janji jaga diri awak elok-elok
untuk saya – Your Aweng” .
Aku pejam mata. Aku senyum. Dan aku
mengharapkan yang terbaik.
Selang seminggu
selepas aku jumpa aweng. Handphone aku berdering oleh nombor telefon yang tak
dikenali. Siapa pulak ni? Harap-harap aweng la. Riang sungguh hati aku mengangkat
telefon tu. Dengan harapan intan payung kesayangan aku telefon aku. Dengan nada yang bahagia aku angkat panggilan
tersebut “ hai, siapa ni? Aweng saya ke?”.
Confidentnya aku.
“eh
hello chab. Chab ke ni? Ni kecik la. Alah kecik yang dulu kerja plaza tun
sama-sama!?”
Dahi aku berkerut. Kecik.. siapa kecik..
puas aku ingatkan, rupanya kecik yang menelefon aku ni kecik yang aku kenal
masa aku kerja dekat plaza tun sama-sama dulu.
“heyy
kecik!! Lama tak dengar khabar!!! Amacam sekarang? Makin kecik ke? Hehe” – kata aku dengan nada gurauan.
“khabar
baik chub. Kau apa khabar? Ehh.. tak datang harini?” – Tanya kecik.
“aku
macam gini je kecik, makin besar badan. Hah? Datang mana? Datang haid ke?” – jawap aku berseloroh.
“harini
kan aweng nikah, kat masjid an-nur. Kau xdatang pun. Aku cari juga kau kat
mana” – kata kecik.
Tersentak kejap jantung aku. Kepala aku
pusing. Betul ke apa aku dengar ni?? Betul ke??kenapa semua ni terjadi? Kenapa
aku tak tau benda ni? Bukan ke minggu lepas aweng berjumpa aku? Atau aku hanya
berhalusinasi?? Kenapa dia tak beritahu
aku apa-apa? Kenapa???
Dalam otak aku
hanya ada satu perkataan. KENAPA. Itu sahaja. Kecik masih ditalian. Aku ringkas
katakan pada dia aku tak dapat kad jemputan. Hati aku hancur. Nadi aku bergerak
laju. Kepala aku berat. How could you do this to me??
12 julai 2013
Ada
lagi beberapa hari lagi kita semua hendak menyambut hari raya aidilfitri.
Seperti orang lain, aku dan kawan baik aku Umairah akan sama-sama mencari baju
raya masing-masing. Umairah adalah kawan baik aku. Ya, kawan. Sekadar kawan.
Dan boyfriend juga kawan baik aku. Kami satu band. Band Post –hardcore masa tu.
Memang setiap tahun kami akan berkunjung di tempat yang sama untuk cari baju
melayu dan baju kurung hari raya. Kami pergi ke plaza Tun. Tempat dimana aku
bekerja dahulu. Sempat juga aku singgah jumpa kawan-kawan lama yang masih
bekerja. Sihat-sihat belaka mereka. Teringat juga detik-detik pertemuan aku
dengan makwe lama. Ye, Aweng nama dia.
Setelah
penat aku cari baju dengan si Umairah ni, aku rehat kejap kat j,co donut kat
level 1 plaza tun ni. Kebetulan jam dan hampir waktu berbuka. Berbuka di plaza
je nampaknya. Macam biasa, sebelum berbuka aku dan Umairah muka kalah jenglot.
Lepas berbuka terus ceria gelak ketawa macam baru lepas menang judi ekor.
Sedang kami bergelak ketawa. Seorang budak kecil menyapa Umairah. Bukan sapa.
Maksud aku dia tersalah ibu. Dia memanggil Umarah “Mummy”. Terkejut Umairah.
Dia ingat budak tu menggelar Umairah Mumia. Hampir hendak ditangan budak tu
oleh Umairah. Umairah ni panas baran orangnya. Rupanya budak tu panggil
Mummynya yang disangka Umairah. Tak sangka si perempuan gemok ni dah jadi ibu.
Aku Cuma ketawa sahaja. Aku cubit-cubit pipi budak tu. Comel macam anak patung.
“ mummy adik mana sayang? Ni bukan mommy adik..” aku menegur budak tu. Maklum
sahajalah keadaan sesak di j.co pada masa tu, sampaikan budak kecil lingkungan
3 tahun tu confuse mana satu ibunya. Tak
lama kemudian, seorang wanita yang agak berisi menyapa “ lah kat sini kau
jasmine, kenapa tak main jauh-jauh ni”. Aku yakin sangat ini ibunya. Aku
memberikan Jasmine kepada ibunya. “orang sesak-sesak macamni, budak kecil kena
tengokkan lebih sikit kak. Selamat dia tak main jauh”. Wanita itu mengucap
terima kasih pada aku. Dan aku balas dengan senyuman. Dalam hati aku fikir,
kalau 3 tahun lepas aku berkahwin, agaknya macamni la besar anak aku. Dan kalau
aku berkahwin dengan aweng. Mesti comel bayi aku. Atau mungkin kembar. Sebab
kiteorang kan aktif. Kahkah. Aku
berhalusinasi kejap.
Wang
telah dibayar, dan kami beransur pergi. Tiba-tiba Umairah menarik-narik baju
aku. “eh chub, sory. Aku lupa beli satu lagi. Tudung!” aku buat muka ketat. Si
perempuan gemok ni memang. Selalu buat kerja last minute. Nak tak nak aku kena
follow dia juga. Sebab aku naik kereta dia. Aku tiada pilihan. Aku menyambung
balik aktiviti shopping tadi. “gemok,
cari dekat-dekat sini jela. Aku dah penat la”. Kata aku. Kebetulan berhadapan
dengan aku ada satu kiosk yang agak besar jual tudung dan aksesori. Aku pun
singgah la di kedai tersebut. Sedang asik membelek tudung, tiba-tiba baju aku
ditarik. Aku terperanjat. “eh Jasmine?
Ada lagi awak kat sini?” rupanya Jasmine tadi juga ada di kedai tudung ni.
Aku duduk dan saja berbual dengan dia.” Mummy
awak mana, nanti mummy risau lagi awak hilang Jasmine”. “mummy kat depan. Mummy
busy” – jawap Jasmine. Aku mendukung Jasmine membawa ke cashier kiosk
jualan tudung tadi. Bukan apa, sekarang banyak kes culik kanak-kanak. Mana lah
tau jika terjadi apa-apa. Budak comel macam jasmine ni patut dapat kawalan ibu
bapa di tempat-tempat begini.
Aku
sampai dicashier dan meletakkan jasmine di bawah, manakala Umairah masih
khusyuk membelek tudung pilihannya. Mata aku terpaku. Jantung aku berhenti
berdenyut. Cashier kedai tudung ni adalah orang yang amat aku kenal. Yang
pernah aku cinta. Dan yang pernah aku rindu. Ya, itu Aweng. Terpampang besar nama
penuhnya pada banner kedai tersebut yang aku sendiri tak perasan. Rupanya kedai ini milik Aweng.
“Awak
masih ada disini..?”
Soalan pertama selepas 3 tahun tak berjumpa.
“saya
teman kawan. Awak kerja disini? Oh maaf, maksud saya awak boss di sini kan?”
Awen g hanya senyum, seperti biasa. Jantung
aku tak pernah perlahan dengan senyuman aweng.
Jasmine menarik tangan aweng. “mummy, mummy” – kata jasmine.
“errr,
ini….. anak awak ke? Tapi, siapa kakak yang bawak jasmine tadi?” – aku menyoal dengan penuh rasa syakwasangka.
“oh
itu staff saya, dia teman jasmine di bawah tadi. Eh mana awak tahu nama dia Jasmine?
Ini anak perempuan saya..” – jelas aweng lagi.
“ oh
yeke. Jasmine, mari dekat uncle..” – aku menghulur
tangan. Dan jasmine pergi ke pangkuan aku. Ramah betul Jasmine ni.
Aku perhatikan jasmine, aku terbayang Aweng.
Sayu dan gembira hati aku. Aweng dah maju dalam kehidupannya. Dah ada
rumahtangga yang bahagia, anak yang comel, dan dah ada perniagaan yang bagus.
Bertuah dia berkahwin dengan pilihannya. Mungkin jika dengan aku, dia tidak
kemana.
“ok la
awak, saya pun nak gerak dah ni. Jasmine, jangan nakal-nakal dengan mummy” – pesan aku. Situasi agak janggal. The awkward moment. Aku tak tahu
nak cakap apa. Aweng juga tak tahu nak berbual apa. Jadi ada baiknya aku cut
off dan terus pergi.
“saya
gerak dulu. Dah lambat dah ni”
“awak..” - jasmine memegang tangan
aku yang hampir beransur pergi.
“
err.. ya saya” – jawap aku.
“cantik
girlfriend awak. Cepat-cepat lah berumah tangga. Jaga diri baik-baik wak. Ingat
pesan saya” – kata aweng yang menyangka umairah tu
kekasih aku. Sambil senyum dan melepaskan tangan perlahan-lahan.
Aku membalas dengan senyuman. Senyuman yang
perasaannya tak tahu macamana hendak diterangkan. Senyuman yang mungkin sekali
menipu diri aku. Atau mungkin senyuman ini ikhlas tanpa sebarang mimik muka yang palsu. Yang pasti, aku berasa
bangga. Bangga dengan kemajuan aweng yang aku tak tercapai. Aku masih berasa
bangga dengan itu. Sekarang segalanya dah berubah. Cuma aku yang masih ditakuk
lama. Ada perubahannya, tetapi tidak ketara. Cuma aku yang masih suram dibawa
perjalanan yang terang. Kenangan lalu benar-benar mengusik jiwa aku. Semoga
hidup ini diteruskan tanpa perlu rasa ragu ragu dan curiga.
Bak kata orang. Jika kalah sekalipun, kalah
la dengan bergaya. Kalau jadi pengharap, jadilah pengharap yang setia. Dan
biarkanlah Kenangan yang lalu itu, terus mengusik jiwa. Apa salahnya?
““She dumped me for the worst reason of all. For absolutely no reason at
all...I mean, if she fell in love with someone else, or I did something wrong,
or I let her down in some unforgivable way...That, I'd understand, right? But
instead, she said...it wasn't anything. Not a single thing. It was just me. I
was nice. I was kind. We just...she didn't see the connection anymore. I think
she thought I was boring. And the cruelest part is, when someone says something
mean about you, you know when they're right.”
― Brad
Meltzer, The Inner Circle