Blogspot dah tak releven. Betul aku cakap. TAK RELEVEN.
Tapi sedor tak yang blog ni sebenarnya medium untuk kau tulis lebih panjang? atau kau tak suka tulis panjang-panjang? atau kau lebih suka tweet? atau kau lebih selesa update status sebab lebih banyak likers and and tukang komen berbanding blogger? ye aku pun fikir macamtu.
Buktinya ini entry pertama aku untuk 2015 dan 2014 aku cuma ada satu entry sahaja.
Ini medium aku untuk bercerita. Meluah perasaan dan mencarut.Tapi aku dah transfer semua tu kat tweet. Aku perasan yang tweet aku lansung tak bermanfaat dan segala follower aku cuma suka tengok aku bercakap dan bercerita. Manakala blogger memerlukan satu lagi click dan kau harus baca dalam bentuk web jika engko guna handphone dan kau kena open new tab kalau engko guna pc. Bukankah itu satu benda yang melecehkan? Tapi perasan tak engko yang semakin maju teknologi kita jadi semakin malas. Malas open tab bagi aku satu benda paling nampak yang teknologi semakin lama semakin membimbangkan.
Aku berhasrat. Untuk kembali oldschool. Tak perlu aku nak perkembangkan sangat definisi oldschool tu. Engko pon akan rasa betapa ketinggalan zamannya aku sebab tulis blog. Oh ya, PERSONAL BLOG.
Baiklah. Untuk 2015 ini. Aku perkenalkan semula siapa aku.
Aku Cabi. Seorang lelaki gemuk biasa yang ingin hidupnya tampil selesa dan jarang balik kerumah orang tua. Perokok tegar dan stoner beginner. Ini Entry aku untuk 2015. Selamat membaca.
2 comments:
Up blog bila ada masa je Cabi
Cabi bila nak kena rejam
Post a Comment