Sunday, January 25, 2015

KLMJ ZINE # 2015

Ini adalah penulisan untuk ZINE KLMJ yang aku nak buat tapi tak buat-buat. Aku paste kat sini kalau sesiapa nak baca. Once akuc cetak dan aku akan delete semula.

Sebelum engkorang terus membaca naskah zine KLMJ ni, satu benda je aku minta. Jauhkan buku ini dari kanak-kanak bawah 18, mungkin penulisan aku boleh buat akidah dan akhlak kanak-kanak terpesong. Jangan salah faham.  Aku bukan nak ceritakan sebuah kisah percintaan songsang, Gay dan Lesbian, ataupun kisah seorang pengkid yang  pakai bengkung acah-acah jadi jantan dan dahagakan kasih sayang  gadis metropolitan. Aku cuma nak menceritakan kisah sebenar, masyarakat sebenar, kes sebenar dan Kenangan Lalu sebenar, yang benar-benar mengusik jiwa.Teruskan cecah biskut kering bersama milo atau nescafe panas untuk side effect yang lebih ketara.

19 disember 2008
Menjadi jurujual sambilan di pasar raya memang memenatkan. Terus terang aku katakan memang hidup jadi jurujual kat pasaraya ni tak banyak pilihan. Samaada engko terus jadi jurujual sampai bila-bila dan menegetepikan kehidupan sosial lain ataupun kau teruskan kehidupan sosial dan mengetepikan kerjaya engko. Aku takde makwe, bahkan makwe pun jarang bertemu sua dengan aku kerana aku jarang berhadapan dengan masyarakat.  Kebetulan aku juga tak ada misai atau jambang yang memikat pada masa itu. Aku banyak menghabiskan masa di stor. Mengemas dan melabel seluar dan baju untuk mempermudahkan pekerja lain memilih untuk digantungkan di hall hadapan.

Aku bekerja dia satu kedai jualan barang-barang branded yg repurbish. Di dalam satu plaza besar yang dinamakan Plaza Tun. malas aku nak sebutkan kedai dia. anggap la aku kerja FOS.masa aku lebih banyak mengemas baju dan seluar, susuh rak, melipat dan macam-macam lagi. No wonder la bila aku remaja sekarang aku amat pantang dengan makwe yang bersifat malas dan melebihkan alat mekap lebih dari benda yang sepatutnya dibuat oleh seorang makwe yaini mengemas.
Kisah aku bermula bila aku kenal dengan seorang makwe nama dia "kecik". Kecil orangnya dan comel. akan tetapi bukan makwe ni yang buat aku KLMJ.  Makwe ni merupakan kawan yang aku pernah kenal sewaktu kelas taekwando sekolah menengah dulu.  Aku pernah tengok dia tumbangkan segagah-gagah jantan,  jadi aku taknak gadai nyawa aku untuk mengurat dia. Daripada aku kena hentak kat tengkuk, lebih baik aku hindari risiko.

Kecik bekerja disebuah company printing berhadapan dengan tempat kerja aku.  Setiap kali kecik keluar dari tempat dia untuk rehat atau membuang hadas besar, aku pasti akan menegur dia. iyelah, kawan kan? Sering juga aku kacau -kacau dia dan bergurau seperti insan lain yang cintakan kedamaian. Hari tu hari isnin, minggu pertama tahun 2009. Merupakan minggu baru untukkemasukan pelajar pelatih di tempat kerja Kecik. Ada dua orang makwe denyut baru di tempat kerja beliau.
Sebagaimana jantan gatal yang lain, aku dan kawan-kawan aku seperti biasa mengacau makwe-makwe pelatih baru tu. Cuma mungkin tak sekerap mengacau kecik. Bila Nampak makwe baru, kecik tidak lagi dipandang.  Kasihan kecik. Dan sepertimana mana aku yang banyak masa dihabiskan di stor, waktu rehat atau waktu mengular sahaja la masa yang sesuai untuk aku cuba-cuba mengacau anak dara orang. Bukan apa,ini kerama makwe-mawkwe pelatih tu ayu-ayu belaka. Dan mereka orang baru. Mungkin ini peluang cerah untuk aku bertemu jodoh. Kebetulan pada masa itu aku teruna dan masih mempunyai anak rambut halus dibahagian dahi.
Dalam dua orang makwe praktikal tu, aku tertarik kepada seorang makwe. namanya Aweng. memang nampak jahanam juga nickname Aweng ni. Kalau just sebut je, aku pun tak tahu Aweng ni lelaki ke perempuan. Macam nama kucing pun ada.  Nasib la aweng berambut panjang dan tidak bermisai, jika tidak aweng tu pun aku sangka pondan.  Dah apa kena dengan jiwa aku ni tiba-tiba aku menaruh harapan pada pondan? - kata aku dalam hati.
Sejak hari pertama aku nampak aweng.  Aku rasa hati aku berderau tak menentu. Hari-hari aku seperti cukup bersemangat. Hawa nafsu makan aku juga semakin bertambah. Bayangkan dua bulan Aweng praktikal di tempat kerja Kecik, berat aku bertambah 10kg. Aku tak nampak faktor kegemukan tu, yang aku nampak hanyalah sebuah epilog cinta sejati antara aku dan Aweng.  We are connected bak kata orang putih. Aweng bersifat keanak-anakan, dia sangat manja dan comel. Sukakan binatang dan geram tiap kali nampak baby comel. Perangai dia buat aku jatuh hati betul. Kebetulan aku ni agak tegas dan black metal orangnya, cuma dia saja yang pandai lembutkan hati aku yang ganas macam syaitan ni.

Selang 3 bulan dia bekerja di situ.  Aku memutuskan untuk in relationship dengan dia.  Aweng setuju dengan senyuman yang boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa bahagia. Ya, aku rasa akulah lelaki paling beruntung kerana baru sahaja ditabalkan sebagai seorang pakwe.  Bukan lagi seorang roh kudus yang tiada teman istimewa. Bangga aku bila aku tahu diri aku ni laku.  Sejok perut mak aku melahirkan bayi sebesar aku. Dan ini merupakan First love aku. Engko tahu je la kan first love ni kemaruk dia lain macam sikit. Kalau boleh tangan dia aku dan kerat kemudian letak dalam kocek. sayang punya pasal.

Aweng belajar di IPTA berdekatan tempat kerja aku, dia mengambil jurusan grafik dan animasi. lepas sahaja tempoh praktikalnya tamat 6 bulan, 6 bulan seterusnya Aweng ulang alik dari kolej  ke tempat kerja aku setiap minggu. Agak susah kami masa tu. Aku tak ada motosikal.  Kereta jauh sekali. Cuti aku pulak hari biasa.  Sabtu ahad sahaja Aweng ada masa terluang untuk berjumpa aku dan melempiaskan rindu.  Kami tinggal bersama setiap sabtu dan ahad, kerana masa kami singkat dan inilah cara yang kami ada untuk melepaskan rindu.  Aku tak mahu cerita lebih-lebih nanti engkorang senak pula. Pada masa itu aku tinggal dengan keluarga aku, tapi disebabkan Aweng, aku terpaksa menumpang tidur di bilik sebuah cybercafé kawan aku.  Kawan aku, Sam bekerja disebuah cybercafe tak jauh dari tempat kerja aku. Cybercafe itu menyediakan sebuah bilik khas untuk Sam. Namun, disebabkan aku dan kawan aku ni memang blood brother, Sam aku izinkan aku tinggal di bilik cybercafe tu setiap hari minggu untuk aku dan Aweng.  Aku bersyukur dapat kawan baik macam itu.

Kehidupan kami boleh dikatakan biasa-biasa sahaja. Maklum la, aku seorang yang bekerja, Aweng pula masih belajar. Sedikit sebanyak aku wajib bantu dia. Dah nama pun pakwe, takkan la nak sedap je ye dok!!?? Sekali sekala aku ajak dia makan tempat-tempat mahal kasi dia rasa dihargai. Aku ajak dia berjalan kesana kemari.  Even naik bas sekalipun Aweng tak pernah mengeluh.  Aku ada duit lebih sikit, aku akan belikan dia pakaian dan teddy bear yang besar-besar.  Sebab dia sukakan teddy bear, dan dia pun pernah kata yang aku ni teddy bear nya. Aku bahagia walaupun disamakan aku dengan beruang madu. Walaupun aku tak ada simpanan.  Tidak ada harta.  Tetapi aku ada dia.  Bagi aku Aweng itu sahaja harta yang paling bernilai dalam hidup aku.  Aku tak kisah jika tak ada apa-apa.  Aku tak kisah jika aku terus naik kenderaan awam kemana-mana, asalkan yang penting aku dapat hidup bersama dengan Aweng sampai bila-bila.
08 mac 2011
Perkenalan kami semakin jauh, maksud aku.. dah lebih 2 tahun kami bersama. sama-sama mengharungi dunia, pahit getir, susah senang, kami lalui bersama.  Aweng pun telah bekerja semula berdekatan dengan tempat aku.  Aku sudah boleh rasa lega.  Mungkin selepas ini aku dah boleh menyimpan untuk masadepan lebih baik. Dah lama Aweng bekerja disitu, aku tak nampak apa-apa perubahan pada diri aku.  Hari berganti hari dan Aweng sikit demi sedikit sudah berubah menjadi seorang gadis metropolitan. Hari-hari hidupanya dihabiskan dengan kawan-kawan. Anting-anting dah start besar.  Kain dah mula sampai parat lutut. Dan sudah pandai memperagakan bra jenis push up hingga sukar nak menadah tangan di dada. Memang ketara perubahannya. Dan semakin sukar untuk kami berjumpa.  Seminggu sekali pun kadangkala aku takdapat hubungi dia. Dan sering dia berikan alasan penat dan bosan.  Aku “catch no balls” benda ni. Aku anggap yang aku ni "Over" dan mungkin ini waktu remaja dia. Tak perlu rasanya waktu remaja seorang wanita dihabiskan dengan mengabdikan diri untuk seorang lelaki. Aku biarkan dia bebas dalam masa yang sama aku masih mengambil berat terhadapnya.

Hari itu, hari ke 12 aku tak dapat info daripadanya.  Aku pergi ke tempat kerjanya, tapi kawan-kawan dia beritahu yang aweng dah 5 hari tak datang kerja. aku dah mula risau, aku telefon tak berjawap. Aku pergi kerumah sewanya tapi aku tak nampak pun selipar mahupun bayang-bayang dia. Aku meminjam motor kawan aku dah pusing-pusing sekitar bandaraya. Bingai juga aku ni, aku pusing satu malaysia pun nak buat apa? bukan aku tahu aweng dimana? dan aku pun hampir tak kenal siapa diri aweng sekarang. juga kawan-kawannya.

Hati aku bimbang bercampur resah. Apa aku buat serba tak kena.  Aku cuma tenangkan diri aku dengan cara tak betul.  Aku juga manusia biasa dan sering melalukan kesilapan, aku pergi ke 7eleven dan mencapai beberapa tin minuman keras. Ini sahaja cara untuk aku rasa tenang sedikit. Ini sahaja cara untuk aku boleh tidur malam tanpa berfikir apa-apa.  Saranan aku pada pembaca, ARAK TU MUSUH NEGARA. JANGAN sesekali mencuba. kenapa aku kata musuh, sebab arak juga yang buat duit para menteri berkepuk-kepuk, dan kita masih tak sedar yang diri kita ditindas oleh “Musuh-musuh Negara” ni. #justsaying.

Aku terlelap di bucu katil, tempat yang paling banyak berbuat dosa. katil aku bersepah. Macam bilik mat dadah pun ada, Macam rumah pelacuran juga ada. Sedang aku tidur lena, Aku dikejutkan dengan bunyi pintu yang diketuk berkali-kali. Aku terkejut dan terjaga, siapa pulak datang rumah aku malam-malam ni? takkan ada salesman jual produk tengah-tengah malam?  Mamai-mamai aku membuka pintu. Aweng berada dihadapan rumah aku.  Tercegat . "Boleh saya masuk?". Dengan confuse  aku menjawap," Mestilah boleh".Awak dari mana ni? kenapa lama tak call? mana pergi handphone? kena ragut? ke butang call dah rosak?” Aku masih bertanya dan bertanya  bertalu-talu dalam keadaan marah.  Aweng masih diam seribu bahasa. Aku menjadi gelabah tetek seketika. Mana tidaknya, Kesayangan kau satu-satulah yang kau risaukan tiba-tiba sleep mode tak cakap apa-apa. Siapa tak risau?
Seperti biasa aweng melucutkan pakaikannya dan terus ke bilik air. Berderau juga jantung ni sebab dan lama aweng tak melucutkan pakaiannya depan aku. Kebiasaanya aku yang melucutkan pakaiannya sendiri. itu yang lain macam sikit perasaannya. Aweng mandi dan berkemban keluar, terus duduk sebelah aku.

"Saya balik kampung lah awak, bapa saya sakit. Sorry la saya rushing tak bagitahu awak" – kata Aweng dengan lembut, memohon maaf.

Sentap aku, rupanya aku menyangka yang buruk pada Aweng, padahal Aweng melawat bapanya di kampung. Mungkin dia sengaja tak nak bagitau aku sebab taknak aku rasa risau. Atau dia mahu sendiri tanpa membebankan aku. Tapi dia tak sedar yang aku lebih dari risau sebab tak tahu khabar dia. Lebih baik kau bagitahu aku kemana kau pergi dari tak beritahu apa-apa sayang..
Aku taknak panjangkan cerita lagi, seperti biasa, aku akan berbual-bual dengan dia sebelum aku tidur. cuma kadang-kadang je aku terlajak jadi benda lain. Tak nak aku ceritakan disini kerana aku takut zine ni menyerupai cerita cikgu suraya pula nanti.
Waktu tu malam yang sejuk bersari. Aku tak mahu fokus pada apa-apa masalah, aku tak dapat tidur, entah kenapa hati aku tak sedap walaupun Aweng dah pulang kerumah aku. Aku tenung Aweng yang sedang tidur lena. Berbunga-bunga hati aku walaupun dia berdengkur seperti lelaki baru balik berkebun. aku usap rambutnya yang kembang tu, sisirkan ketepi telinga. Lampu malap-malap memang kena betul dengan effect-effect romantic.
Tiba tiba, aku terkejut. Aku buka lampu dan lihat dengan teliti. Betul ke apa yang aku Nampak ni? Sah!
Love bite!! bila masa pulak aku buat love bite semalam!??  Love bite ni kerja budak agas mana pulak ni? ()@#%*@$%*%@#$% aku mencarut tak henti-henti. Segala caci maki bertukar bahasa aku bebelkan.
 Takde, ni love bite siapa!! Kanena cibai. – gertak hati aku.

aku terus mengejut aweng. Mengejut paksa. Aweng marah.
"Kenapa dengan awak ni?? kan saya tengah tidur ni? tak nampak ke??

luluh hati aku, ini kali pertama aweng meninggi suara pada aku. Dia bukan lagi seorang yang lemah lembut dan comel. Bukan lagi seorang yang manja dan suka dibelai pipinya. Dia dah berubah.

"Tu, apa kat tepi telinga sampai ke leher awak tu?? apa??" ketar-ketar aku bertanya. Entah kenapa macam pondan pula aku rasa bila bercakap dalam keadaan macamtu.
Kali ni giliran aku meninggi suara. Suara jantan yang kasar dan pekat. Mungkin housmate aku menyangka ini teknik aku berasmara.  Dengan cara ganas dan erotik. Kepala hotak dia.

"Apa dia???" aweng bertanya. Aweng cepat-cepat ke tandas. Cemas betul mukanya.

Aku tertekan. Aku tak dapat fikir apa-apa. Aku nyalakan sebatang rokok. Aku dah takde fikir yang baik lagi dah. Aku fikir yang buruk sahaja. Dah tak ada lagi positifnya. Negatif semata-mata!!

Aweng keluar dari bilik air, aku masih lagi bertanya dan terus bertanya.

Aweng cepat-cepat sarung seluar dalam keadaan marah, dan melulu ke pintu depan. Sebelum keluar dari rumah aku, dia sempat berkata pada aku..

"Awak ni, saya dah balik pun tak bersyukur. saya tak balik terus lepas ni. baru awak pandai bersyukur agaknya".- Jelas aweng dalam keadaan semakin marah.

Sebak hati aku. Aku pulak yang kena marah? Penjelasan tak dapat, ini yang patut aku terima??
Mungkin betul kata Aweng, aku tak pernah bersyukur. Mungkin betul kata mak dan bapak aku. Aku memang  pandai berterima kasih. Mungkin betul kata kawan-kawan aku, aku seorang yang ego dan rasa semua yang aku buat betul. Tapi maafkanlah aku. . jangan buat aku begitu..
Seminggu tiada khabar.
Dua minggu tiada khabar.
Tiga minggu tiada khabar.

Lelaki, dia tidak suka cakap benda yang dia pernah hukum.
Lelaki, dia tak pernah rawat hatinya yang dah mula kendur.
Lelaki, dia tak akan buang ego semata-mata nak tunjukkan diri dia macho.
Tapi disini, aku harus buang ego.  Aku rindu. Biar pun Nampak dayus tapi aku memang rindu. Rindu ni bukan mainan. Bukan sesuatu yang kau boleh buat bahan gurauan. Rindu ni ikhlas. Rindu ni datang tak sedar, pergi bukan main payah. Dan rindu itu membuatkan aku mula rasa aku patut buang  semua norma kehidupan seorang lelaki tu. Aku belajar jadi dayus. Dan aku cuba untuk menjadi seorang dayus yang Berjaya.
Aku menghubungi Aweng.  Jelas memang Aweng takkan angkat call aku. Kali ini aku call menggunakan nombor yang lain. Aku beli nombor baru semata-mata aku nak Aweng angkat call aku. Cubaan aku berjaya dan Aweng mengangkat telefon aku.

“hello. Siapa ni?” – kata Aweng, sedikit garau suaranya.
“err. Awak. Ni saya. Awak dah tak kenal saya?” aku bertanya.
“ Kat nombor telefon mana ada nama, cepatla cakap siapa ni” Aweng tegas. Makin kasar suaranya.
“ kejap, saya salah nombor ke? Kenapa suara awak suara lelaki? Awak sakit tekak?” – aku menyoal.
“Bukan macam, aku memang lelaki. Kau siapa?” – tegas suara itu.
Lekas-lekas aku meletak telefon.  Punya lah bingai aku ingat Aweng sakit tekak suara gaya atlit bina badan gitu. Rupanya memang lelaki yang angkat panggilan aku tadi. Siapa pula lelaki ni? Kenapa dia angkat telefon Aweng? Ah tak boleh jadi ni.
Aku call semula. Kali ini lambat dia angkat. Sesudah lebih 5 kali aku hubungi, baru la dia angkat.
“hello, siapa ni ?” – kata Aweng, kali ni lembut suaranya
“awak, ini saya. Tadi siapa?” – jelas aku.
“abang. Ya. Abang saya. Awak nak apa? Untuk apa awak call?” – kata Aweng.
“saya call sebab.. nak Tanya khabar.” – aku jelas masih ego.
“khabar baik. Oklah saya bizi sikit. Ada masa saya call awak.  Bye” – Aweng terus meletak telefon.

Sebagai seorang yang dah gila bayang . Yang dah mabuk rindu. Yang dah mula hilang rasa ego dan malu. Aku call kali kedua. Aku call sebab aku nak Tanya pasal diri aku dan dia. Apakah aku harus terus mengharap atau aku berhenti. Oh please, aku takkan berhenti mengharap. Jika mengharap itu membahagiakan. Aku rela jadi pengharap yang setia!

“kau nak apa lagi ni??” – suara lelaki gasar itu kembali.
“tak, aku nak bercakap dengan aweng. Kau siapa?” – aku meninggi suara
“aku balak dia, kau siapa??” – jantan puaka tu pulak meninggi suara.
“aku nak bercakap dengan dia. Kau sibuk kenapa?” – aku menganjeng dia. Gong gong gong.
“ah *^&$* kau ni ek, kau jumpa aku dulu baru leh bercakap dengan dia” – jantan puaka tu maki hamun.
“ok, aku jumpa kau sekarang. Kau kat mana?” – aku takut-takut berani je ni.
“krik..krik..krik..” – telefon masih belum letak. Tapi dia senyap je. Takut ke apa?”
“ jangan ganggu hidup saya lagi. Kita dah tak ada apa-apa” – tiba-tiba aweng bersuara.
“takde apa-apa? Awak dah gila ke??.” – kata aku.
Aweng terus meletak ganggang telefon.
Aku redha. Aku dah tak kenal siapa aweng. Aku dah tak kenal siapa diri aku. Aku benar-benar lost. Malam tu aku memang tak boleh tidur. Macam-macam benda aku fikirkan. Kenapa aweng berubah begitu cepat. Kenapa? Dan siapa pulak jantan puaka yang aweng cakap “abang” tu? Konek betul lah perasaan  macam ni!!
Hari berganti hari. Genaplah 6 bulan hidup aku tanpa aweng. Aku hilang kerja.  Dan bertukar kerja lain. Aku hilang semangat dan aku hilang arah tu. Bodoh lah jika jadi lelaki, aku terus down dan tak berfikir apa-apa. Aku cuba mengubah rutin aku. Aku ubah segala tentang diri aku. Iyalah, selama ni aku buat sesuatu, aku ada pemikiran lain untuk aku fikir. Tapi sekarang berbeza. Aku dah tak perlu fikirkan siapa-siapa. Aku Cuma perlu fikirkan diri aku semata-mata. Macam-macam juga aku buat untuk mengelakkan perasaan KLMJ ni. Aku ubah gaya rambut, aku ubah penampilan. Aku ubah posisi katil. Aku ubah sengala struktur bilik dan aku ubah persepsi aku kepada semua benda. Apa yang kekal, aku terus jadi diri aku sendiri. Yang senyap dah cuba sembunyi segala perasaan bodoh yang selama ni kerap aku fikirkan. Aku cuba berubah kea rah yang baru. Ke arah yang lebih baik. Aku flexsible. Menjadikan diri aku seorang yang ceria untuk membuatkan orang lain ketawa. Tapi hati aku yang sedih, aku masih tak suka cerita.
Satu sms pembuka hari aku pada hari ini. “awak duduk mana? Saya cari awak kat kedai sam tapi taka da. Boleh jumpa sekejap?”
Berdebar jantung aku. Siapa pulak hantar sms Tanya aku duduk mana ni? Tak mungkin aweng!! Aku membalas sms tadi . “saya dah lama tak duduk kat cybercafé sam tu. Dah pindah bangi. Siapa ni?” kata aku dengan penuh yakin.
“saya jumpa awak sekejap?” saya baru balik kerja ni. Saya aweng wak. Awak dah tak kenal saya?” fuhh..berderau lain macam jantung aku ni. Macamana aku boleh lupa no telefon aweng ni. Nampak benar aku kerahkan diri untuk melupakan segalanya sampai nombor telefon aweng pun aku tak ingat berapaa.
“oh awak. Boleh. Sampai bangi call je saya” – jawap aku.
Terdetik dalam hati aku, kenapa perlu dia cari aku? Atas alasan apa setelah 3 bulan takde Tanya khabar. Aku cuba fikir positif. Mungkin dia masih mahu berkawan dengan aku. Tak salah rasanya jika kami masih menjadi kawan. Meskipun bukan pasangan kekasih yang berkongsi kebahagiaan bersama-sama.
Lebih kurang 15 minit, aweng menelefon aku. Suaranya amat ceria. Seperti taka da apa-apa yang berlaku. Aku memberinya alamat kerana dia kata ingin menumpang rumah aku untuk berehat. Tak lama kemudian aweng pun sampai ke pintu rumah apartment tingkat 4 aku yang memang berpeluh nak naik tangga kerana apartment murah taka da lift.
“fuhh, penatnya naik rumah awak ni. Kenapa sewa tinggi-tinggi?” kata aweng.  “alah, apa salahnya, saya pun nak excersize kuruskan badan” – kata aku. Aku melemparkan senyuman kepada aweng. Dan dibalas dengan senyuman yang boleh membuatkan semua orang merasa bahagia.
“awak dah lama duduk sini? Kenapa pindah?” – Tanya aweng. Nadanya agak tercungap. Mungkin dah lama aweng tidak bersenam. Ataupun aweng ada masalah pernafasan.
lama juga, since 6 bulan lepas. Err. Awak dari mana ni? Kenapa tiba-tiba nak jumpa saya?” – Tanya aku sambil buat muka ala takde pape terjadi.
“lama saya tak jumpa awak. Saya nak Tanya khabar awak. Kebetulan saya balik awal harini. Boleh la saya jumpa awak sekejap. Kenapa? Tak boleh ke?” – kata aweng.
“ eh..eh.. tak la. Boleh je. Awak tu boleh ke jumpa saya, kat rumah pulak tu? “Abang” awak tak marah?” – kata aku dengan nada menyindir.
Dengan spontan, aweng menutup mulut dan merapatkan tubuhnya pada aku. Jantung aku ketika ni dalam lingkungan 180km/j @ 4000 horsepower. Dia berbisik di telinga aku “ awak, kan dia takda. Buat apa cerita pasal dia. Ceritalah pasal kita”.
perlahan lahan aku menolak tangannya dimuka aku.
“err awak.  Sekejap”.
Aku pergi ke pintu dan mengunci kemas tombol pintu. Dua tiga kali aku jenguk luar tingkap mana tahu ada sesiapa Nampak aweng dan aku naik atas tadi.
Hati aku berbunga, jiwa aku bergelodak. Aku terus mencapai pipi aweng yang gebu dan mengusap rambutnya. Rambutnya wangi dan cukup memikat. Terus aku mendukungnya masuk ke bilik tanpa berkata apa-apa. Selebihnya aku sengaja tak ceritakan disini. Aku bimbang engkorang tak pandai cover line. Cukuplah sekadar engkorang tau yang kami berdua sedang berenang kuak lentang sekarang ni. Omnomnomnom.
“awak sama macam dulu, tidak pernah menghampakan. hehe”  - jelas aweng.
“ aku senyum sambil angkat kening” -  Rasa lelaki betul. Hari-hari aku sememangnya aku lelaki. Tetapi harini aku rasa lebih lelaki dari hari – hari yang lain.
Selepas selesai segala “hutan piutang” yang belum terbela nasibnya. Keadaan aku sekarang lebih lega dan kurang stress. Mungkin ini tempoh yang sesuai untuk aku bertanya soalan-soalan yang menyentuh sedikit.
“awak, kenapa awak hilang. Dan kenapa sekarang baru datang. Awak tak fikir saya ke?” – kata aku.
 aweng diam sahaja. Dia senyum. Dia cium dahi aku dengan penuh makna. Apa ni semua? Kenapa kau senyap? Kenapa taknak jelaskan apa yang berlaku? Shit aku dah mula jatuh cinta semula..
“ awak, awak jangan la sedih. Saya sentiasa ada dihati awak. Mungkin awak tak Nampak saya, tapi percayalah takda nama lain dihati saya selain awak.” – kata aweng. Matanya sedikit berkaca. Malam itu kami tak banyak bercakap. Kami banyak berpelukan, kami banyak menangis dan kami banyak merenung mata antara satu sama lain. Mungkin ada sebab lain yang aku tak perlu tahu. Yang dia tak termampu untuk ceritakan pada aku. Kelu, Cuma kelu yang ada dalam hati aku sekarang ni. Kelu untuk aku Tanya. Kelu untuk aku jelaskan ketidakpuasan hati aku. Kelu untuk aku berterus terang. Perasaan tu sayang dan taknak dilepaskan. Tapi aku tahu, esok mungkin dia tak akan ada seperti hari ini. Dan aku takut adalah hari ini hair terakhir aku memeluk dia? Aku cuba belajar bersyukur. Aku taknak Tanya apa-apa. Aku nak dia berada dalam pelukan aku malam ini. Itu sudah memadai. Dan aku baru pandai rasa menghargai. Kami menghabiskan masa malam itu dengan berpelukan dan berkasih sayang. Dilimpahi cahaya sayup-sayup dan alunan muzik post rock dari mogwai. Kami tertidur sampai keesokan.
Pagi itu aku terjaga. Aku pandang kiri kanan. Aweng dah tiada. Aku tekup muka aku dengan bantal dan masih rasa bertuahnya diri aku semalam. Kenapa? Aku pun tak pasti kenapa. Lumrah manusia, bila ada diabaikan, bila susah untuk dijumpai barulah kita berasa sangat berbesar hati. Aku call aweng. Tak diangkat. Satu perkara yang aku belajar sejak aweng meninggalkan aku adalah, jangan memaksa. Tak ada gunanya jika kita memaksa. Kerana cinta dan sayang tu tak akan datang dengan cara paksa. Dia datang dengan cara rela. Aku membiarkan sahaja dan aku mengharap satu hari nanti dia akan datang semula. Aku bangun dan mencapai sebatang rokok. Terletak satu sticky note diatas rokok aku bertulis “ Awak ingat , awal kekal ada di hati saya.  Janji jaga diri awak elok-elok untuk saya – Your Aweng” .
Aku pejam mata. Aku senyum. Dan aku mengharapkan yang terbaik.

Selang seminggu selepas aku jumpa aweng. Handphone aku berdering oleh nombor telefon yang tak dikenali. Siapa pulak ni? Harap-harap aweng la. Riang sungguh hati aku mengangkat telefon tu. Dengan harapan intan payung kesayangan aku telefon aku.  Dengan nada yang bahagia aku angkat panggilan tersebut “ hai, siapa ni? Aweng saya ke?”. Confidentnya aku.
“eh hello chab. Chab ke ni? Ni kecik la. Alah kecik yang dulu kerja plaza tun sama-sama!?”
Dahi aku berkerut. Kecik.. siapa kecik.. puas aku ingatkan, rupanya kecik yang menelefon aku ni kecik yang aku kenal masa aku kerja dekat plaza tun sama-sama dulu.   
“heyy kecik!! Lama tak dengar khabar!!! Amacam sekarang? Makin kecik ke? Hehe” – kata aku dengan nada gurauan.
“khabar baik chub. Kau apa khabar? Ehh.. tak datang harini?” – Tanya kecik.
“aku macam gini je kecik, makin besar badan. Hah? Datang mana? Datang haid ke?” – jawap aku berseloroh.
“harini kan aweng nikah, kat masjid an-nur. Kau xdatang pun. Aku cari juga kau kat mana” – kata kecik.
Tersentak kejap jantung aku. Kepala aku pusing. Betul ke apa aku dengar ni?? Betul ke??kenapa semua ni terjadi? Kenapa aku tak tau benda ni? Bukan ke minggu lepas aweng berjumpa aku? Atau aku hanya berhalusinasi??  Kenapa dia tak beritahu aku apa-apa? Kenapa???
Dalam otak aku hanya ada satu perkataan. KENAPA. Itu sahaja. Kecik masih ditalian. Aku ringkas katakan pada dia aku tak dapat kad jemputan. Hati aku hancur. Nadi aku bergerak laju. Kepala aku berat. How could you do this to me??

12 julai 2013
                Ada lagi beberapa hari lagi kita semua hendak menyambut hari raya aidilfitri. Seperti orang lain, aku dan kawan baik aku Umairah akan sama-sama mencari baju raya masing-masing. Umairah adalah kawan baik aku. Ya, kawan. Sekadar kawan. Dan boyfriend juga kawan baik aku. Kami satu band. Band Post –hardcore masa tu. Memang setiap tahun kami akan berkunjung di tempat yang sama untuk cari baju melayu dan baju kurung hari raya. Kami pergi ke plaza Tun. Tempat dimana aku bekerja dahulu. Sempat juga aku singgah jumpa kawan-kawan lama yang masih bekerja. Sihat-sihat belaka mereka. Teringat juga detik-detik pertemuan aku dengan makwe lama. Ye, Aweng nama dia.
                Setelah penat aku cari baju dengan si Umairah ni, aku rehat kejap kat j,co donut kat level 1 plaza tun ni. Kebetulan jam dan hampir waktu berbuka. Berbuka di plaza je nampaknya. Macam biasa, sebelum berbuka aku dan Umairah muka kalah jenglot. Lepas berbuka terus ceria gelak ketawa macam baru lepas menang judi ekor. Sedang kami bergelak ketawa. Seorang budak kecil menyapa Umairah. Bukan sapa. Maksud aku dia tersalah ibu. Dia memanggil Umarah “Mummy”. Terkejut Umairah. Dia ingat budak tu menggelar Umairah Mumia. Hampir hendak ditangan budak tu oleh Umairah. Umairah ni panas baran orangnya. Rupanya budak tu panggil Mummynya yang disangka Umairah. Tak sangka si perempuan gemok ni dah jadi ibu. Aku Cuma ketawa sahaja. Aku cubit-cubit pipi budak tu. Comel macam anak patung. “ mummy adik mana sayang? Ni bukan mommy adik..” aku menegur budak tu. Maklum sahajalah keadaan sesak di j.co pada masa tu, sampaikan budak kecil lingkungan 3 tahun tu confuse  mana satu ibunya. Tak lama kemudian, seorang wanita yang agak berisi menyapa “ lah kat sini kau jasmine, kenapa tak main jauh-jauh ni”. Aku yakin sangat ini ibunya. Aku memberikan Jasmine kepada ibunya. “orang sesak-sesak macamni, budak kecil kena tengokkan lebih sikit kak. Selamat dia tak main jauh”. Wanita itu mengucap terima kasih pada aku. Dan aku balas dengan senyuman. Dalam hati aku fikir, kalau 3 tahun lepas aku berkahwin, agaknya macamni la besar anak aku. Dan kalau aku berkahwin dengan aweng. Mesti comel bayi aku. Atau mungkin kembar. Sebab kiteorang kan aktif. Kahkah.  Aku berhalusinasi kejap.
                Wang telah dibayar, dan kami beransur pergi. Tiba-tiba Umairah menarik-narik baju aku. “eh chub, sory. Aku lupa beli satu lagi. Tudung!” aku buat muka ketat. Si perempuan gemok ni memang. Selalu buat kerja last minute. Nak tak nak aku kena follow dia juga. Sebab aku naik kereta dia. Aku tiada pilihan. Aku menyambung balik aktiviti shopping tadi. “gemok, cari dekat-dekat sini jela. Aku dah penat la”. Kata aku. Kebetulan berhadapan dengan aku ada satu kiosk yang agak besar jual tudung dan aksesori. Aku pun singgah la di kedai tersebut. Sedang asik membelek tudung, tiba-tiba baju aku ditarik. Aku terperanjat. “eh Jasmine? Ada lagi awak kat sini?” rupanya Jasmine tadi juga ada di kedai tudung ni. Aku duduk dan saja berbual dengan dia.” Mummy awak mana, nanti mummy risau lagi awak hilang Jasmine”. “mummy kat depan. Mummy busy” – jawap Jasmine. Aku mendukung Jasmine membawa ke cashier kiosk jualan tudung tadi. Bukan apa, sekarang banyak kes culik kanak-kanak. Mana lah tau jika terjadi apa-apa. Budak comel macam jasmine ni patut dapat kawalan ibu bapa di tempat-tempat begini.
                Aku sampai dicashier dan meletakkan jasmine di bawah, manakala Umairah masih khusyuk membelek tudung pilihannya. Mata aku terpaku. Jantung aku berhenti berdenyut. Cashier kedai tudung ni adalah orang yang amat aku kenal. Yang pernah aku cinta. Dan yang pernah aku rindu. Ya, itu Aweng. Terpampang besar nama penuhnya pada banner kedai tersebut yang aku sendiri tak perasan.  Rupanya kedai ini milik Aweng.
“Awak masih ada disini..?”
Soalan pertama selepas 3 tahun tak berjumpa.
“saya teman kawan. Awak kerja disini? Oh maaf, maksud saya awak boss di sini kan?”
Awen g hanya senyum, seperti biasa. Jantung aku tak pernah perlahan dengan senyuman aweng.
Jasmine menarik tangan aweng. “mummy, mummy” – kata jasmine.
“errr, ini….. anak awak ke? Tapi, siapa kakak yang bawak jasmine tadi?” – aku menyoal dengan penuh rasa syakwasangka.
“oh itu staff saya, dia teman jasmine di bawah tadi. Eh mana awak tahu nama dia Jasmine? Ini anak perempuan saya..” – jelas aweng lagi.
“ oh yeke. Jasmine, mari dekat uncle..” – aku menghulur tangan. Dan jasmine pergi ke pangkuan aku. Ramah betul Jasmine ni.
Aku perhatikan jasmine, aku terbayang Aweng. Sayu dan gembira hati aku. Aweng dah maju dalam kehidupannya. Dah ada rumahtangga yang bahagia, anak yang comel, dan dah ada perniagaan yang bagus. Bertuah dia berkahwin dengan pilihannya. Mungkin jika dengan aku, dia tidak kemana.
“ok la awak, saya pun nak gerak dah ni. Jasmine, jangan nakal-nakal dengan mummy” – pesan aku. Situasi agak janggal. The awkward moment. Aku tak tahu nak cakap apa. Aweng juga tak tahu nak berbual apa. Jadi ada baiknya aku cut off dan terus pergi.
“saya gerak dulu. Dah lambat dah ni”
“awak..”  - jasmine memegang tangan aku yang  hampir beransur pergi.
“ err.. ya saya” – jawap aku.
“cantik girlfriend awak. Cepat-cepat lah berumah tangga. Jaga diri baik-baik wak. Ingat pesan saya” – kata aweng yang menyangka umairah tu kekasih aku. Sambil senyum dan melepaskan tangan perlahan-lahan.
Aku membalas dengan senyuman. Senyuman yang perasaannya tak tahu macamana hendak diterangkan. Senyuman yang mungkin sekali menipu diri aku. Atau mungkin senyuman ini ikhlas tanpa sebarang  mimik muka yang palsu. Yang pasti, aku berasa bangga. Bangga dengan kemajuan aweng yang aku tak tercapai. Aku masih berasa bangga dengan itu. Sekarang segalanya dah berubah. Cuma aku yang masih ditakuk lama. Ada perubahannya, tetapi tidak ketara. Cuma aku yang masih suram dibawa perjalanan yang terang. Kenangan lalu benar-benar mengusik jiwa aku. Semoga hidup ini diteruskan tanpa perlu rasa ragu ragu dan curiga.
Bak kata orang. Jika kalah sekalipun, kalah la dengan bergaya. Kalau jadi pengharap, jadilah pengharap yang setia. Dan biarkanlah Kenangan yang lalu itu, terus mengusik jiwa. Apa salahnya?

“She dumped me for the worst reason of all. For absolutely no reason at all...I mean, if she fell in love with someone else, or I did something wrong, or I let her down in some unforgivable way...That, I'd understand, right? But instead, she said...it wasn't anything. Not a single thing. It was just me. I was nice. I was kind. We just...she didn't see the connection anymore. I think she thought I was boring. And the cruelest part is, when someone says something mean about you, you know when they're right.” 
 
Brad Meltzer, The Inner Circle




2 comments:

sharamli said...

Aweng dengan oya orang yang sama ke. ehhh

chubbyharusdirejam said...

woi!!