Wednesday, February 1, 2012

samsung bahari menggugat.

Dalam 2 bulan juga hati gua tak senang.
bukan sebab weird sound in the sky tu jek..
tapi sebab gamba2 wedding yang tak siap2...
semua skali ada 7 orang pengantin.
bukan semuanya gua kena buat storybook.
storybook tu keje jimbo.
gua cuma buat sticky album.
ingat senang ke buat sticky album?
pening woii!!

mula-mula, lu kena pilih gambo.
kene macam gua ni pesen suka ambil gambo pakai shutter najib datang.
jadi memang beribu la gambo gua.
jadi dari beribu tu gua kena compress jadi lebih kurang 400 utk gua buat pemilihan terakhir.
shutter najib datang tu maksudnya shutter bersambong,
makin laju shutter kamera, gua rasa makin hebat.
bayangkan kalau gua pakai d3s, 11fps.
memang gamba sarong cincin je gua rasa ada 200 keping gambo statik.
jadi, pemilihan gambo je ambil masa dalam 1jam utk pilih.
tu pon kalau gua tak ngntuk.

selepas pilih, kena pastikan gamba satu2 tu ok.
ok tu maksudnya, takde mata berkelip, takde telinga nampak separuh, dan lain-lain.
editing pulak biasanya bab2 buang jerawat, dan adjust tone colour.
ingat senang ke jadi photographer woi!!!!

siang gua kerja hotel, biasanya malam gua baru sempat editing.
ada beberapa jam je masa untuk gua editing.
jadi sebab tu kadang-kadang storybook dah siap tapi sticky album baru nak mula.
gua mmg betul2 pelokek masa.

semalam, semuanya dah siap..
gua menarik nafas lega.
jadi gua transfer kesemua gamba siap edit tu kat external hard disc..
gua lega..
gua bancuh kopi jantan, minum pelan2 sambil layan telenovela.
memang feel perasaan dia.
dan 2 bulan gua tak rasa macam ni.
time ni la gua ada masa nak baring2, santai2, berenang,tali skipping dan lain-lain lagi.

tiba masa gua kena print out semua gamba pengantin tu.
semua sekali ada 1400 pcs lebih kurang.
sampai kedai printing, gua tunggu lama juga untuk transfer gamba tu ke pc kedai printing.
tiba-tiba kakak tu panggil gua.

"woi budak, lu punya external hard disc kena format lah!"

gua macam terkejut, sempat juga gua tampar kakak printing tu.
gila ke ape kena format. gua maki pc kakak printing.
nampak sangat pc dia memang lauya.

gua balik rumah. cucuk external hard disc.
keluar perkataan ni "pls format your device before use"
gua macam nak jerit.
apehal siaaa!!!

gua hantar samsung, repiar semula external gua,
sebab external hard disc gua masih ada warranty lagi 6 bulan.
gua harap,semuanya lancar.
lepas 2 jam gua hantar ke samsung.
tauke tu telepon gua.
dia cakap, dia tukar hard disc baru.
hard disc gua takleh read.
dan yang lagi sadis,
semua artwork dalam tu crap.
tak dapat diselamatkan.

gua hantuk kepala kt dinding 8 kali.
gua makan sabun buku.
gua terajang panda.

gua stress. walaupun hard copy dia gua dah simpan.
tapi gua stress.
sebab gua lupe backup yang dah siap edit tu.
jadi gua kena ambil masa lagi 2 bulan untuk edit semula.

gua dah bercadang nak lari dari malaysia.
gua dah dapat bayangkan para pengantin akan hantar tonto cari gua.
gua dalam bahaya.
...
beginila rupa hard disc samsung celaka tu. ini lah padah beli barang murah. inilah padah!

3 comments:

Nina Juhari said...

sabar cabi!!

Jurnal Murahan said...

"gua hantuk kepala kt dinding 8 kali.
gua makan sabun buku.
gua terajang panda."

serius ini klakar ahahahah bangsat

chubbyharusdirejam said...

sapa tahu macamana cara nak saman samsung?