Wednesday, February 29, 2012

#cerpentwitter.

*DIINGATKAN:
cerita ini rekaan, diulangi REKAAN. jangan 100% percaya. dah nama pon cerpen. kalau nak tulis benda bEtul, lebih baik tulis dalam Novel. paham.





gua buka pintu.
tiada siapa diruang tamu.
gua letak selipar di rak tepi pintu.

aiman meluru keluar.
keluar dari bilik gua.
muka cemas.
mata tak tengok gua pun.
dia bercakap bahasa yang kurang gua faham.
mungkin sebab dia bercakap terlalu pantas dan gelabah.

gua buka pintu bilik gua.
shasha baru lepas sarung seluar.
shasha sudah biasa dengan gua.
jadi kami tidak hairan jika salin baju bersama.
shasha masih lagi mencari butang kancing seluarnya.

jantung gua laju. tiba-tiba speedometernya bertambah.

shasha berdengus.
"i mengantuk lah u"
jantung gua laju.
shasha macam speechless.
gua tak tau mana nak tuju.
gua pura-pura ambil gitar masuk dalam bilik.
nak letak guitar ketepi sliding door, tapi shasha juga mahu ke tempat yang sama.
kami berlaga sikit-sikit.
gua letak gitar dulu, shasha mengalah ketepi.

bilik panas, gua berpeluh.
jantung gua masih laju, jadi peluh 2x ganda lebih cepat memproses.
gua seakan buntu dalam bilik sendiri.

gua duduk depan pc.
telinga gua merah.
jarang telinga gua merah.
melainkan kalau gua betul-betul rasa marah.

shasha keluar bilik.
pada awalnya gua cuma mahu tutup pintu bilik saje.
tetapi terkuat pula.
kadangkala, emosi mempengaruhi juga.

gua hampir lupa apa patut gua buat di rumah.
gua bukak folder lagu.
gua bukak lagu band violator. album first dia.
gua suka album first dia sebab album ni mastering di japan.
sound dia super.
kuat juga gua buka.
masa tu jam 08:00.
seisi rumah mungkin tersadar.
saja gua buka kuat-kuat.
sebab gua mudah alih perhatian dengan benda-benda bising.
gua mohon,bunyi bising kali ini, akan buat marah gua mudah reda.

shasha ketuk pintu.
eh, belum balik lagi dia rupanya.
gua buka pintu.
shasha cari handphone dalam bilik gua.
gua control, buat macam takda apa-apa,
gua sampuk dia "i tak nampak handphone pon, mungkin jatuh bawah katil"
gua paling ke screen samsung Syncmaster 931BW.
monitor pc gua ni dah lama tak lap.
berhabuk semacam.

shasha memeluk gua,
shasha nak memberitahu gua yang dia mahu pulang.
dan ironinya, gua ingin dia lekas pulang.
gua tak mahu sesiapa nampak atau tahu apa yang gua cuba sembunyikan 10minit lalu.
shasha ucap selamat tinggal.
" i balik dulu ya,"
satu ciuman dipipi gua.
50% marah gua reda.
berubah pula hati gua.
kali ini gua harap shasha tak balik segera.
#
#
#
#
#
#
shasha tutup pintu.
gua masih di dalam.
monitor SyncMaster 931bw masih menyala.
mouse masih tidak berhenti bergerak.
tak tau gua sedang cari apa.
sebenarnya gua mencari apa sebab gua perlu rasa marah.
sebenarnya gua nak tahu, mengapa gua perlu rasa curiga.
sebenarnya gua tak faham, apekah jasad gua sengaja buat jantung gua laju ataupun apa.

gua lihat shasha dari tingkap.
shasha buka pintu kereta, gayanya macam tidak ada apa berlaku sahaja.
senang menjadi seperti shasha.
karektor idaman semua manusia yang kekurangan.
shasha reverse kereta, dan terus maju kehadapan sebelah tangan.
sebelah lagi memegang rokok.
puntungnya sudah jatuh, terkena pintu sebelah kanan.


gua duduk.
kat sudut katil.
sudut ni paling banyak buat dosa.
sudut ni yang paling kerap menerima tekanan.
paham-paham saja.

dua tapak tangan gua,
sama besar dengan satu perut wanita.
wanita ramping maksudnya.
gua lekapkan dimuka.
gua rasa suam-suam.
gosok-gosok sikit di muka.
berminyak. waktu2 begini bagusnya ada kertas bedak minyak.

gua tutup mata,
bayangan masih datang.
gua tutup mata,
marah gua meluap.
gua tutup mata.
tak sedar dah berkaca.
gua tutup mata,
harapan gua, esok semuanya gua sudah lupa.

#cerpentwitter.




1 comment:

lara nur said...

Cubi makan nasik tau?