Friday, July 20, 2012

Glosoli

" Aku harap kau tabah kat situ. Aku tak boleh datang dekat. Aku cuma mampu perhatikan kau dari jauh. Jika kau jatuh sekalipun aku tak dapat bantu kau untuk bangun. Aku cuma boleh tekup muka aku untuk menahan sedih,dan mungkin sesekali aku harus menjerit untuk rasa ringan sedikit beban kepala melihat kau yang sedang sakit dengan ketentuan dunia "

Monday, July 9, 2012

Sirap Ros

eh eh sudah la. gua tak mahu serius sangat. blog gua ni baru gua perasan ada sentimen-sentimen berunsur perasaan. mana boleh macam gini. ini blog budak punk. ini bukan blog sajak.

ini apa ni? ini pengaruh kerana gua banyak berkawan dengan penulis ke? kah kah kah.

dah dah sudah. gua malas nak cerita panjang.
ceritanya begini. gua punya bekalan internet kat rumah dah ada, yang tak adanya pc gua saja.
berblogger menggunakan kaedah telefon bimbit sebenarnya satu perkara yang gagal.
sebab, kadang2 gua tak dapat bezakan samaada blogspot ataupon twitter.
gua rasa gua dah tertwit kat blogger dan terblog kt twitter.
ini tak boleh dibiarkan.

gua tak sabar nak tunggu bulan sebelas.
gua tak sabar nak tengok Jón Þór Birgisson aka Jonsi live depan mata.
gua nak pastikan sama ada dia benar2 juling air atau tidak.

bulan depan, bulan depan punya depan dan bulan depan punya depan punya depan mmg banyak nak guna duit. macam2 band turun malaysia. buat masa ni gua dah beli satu tiket je. yg lain tak tahu nak beli bila. komrads! jumpa kat konsert sirap ros!

Friday, July 6, 2012

Minggu paling bebas

Minggu ini aku rasa minggu paling bebas. Minggu untuk aku bebas berbicara. Minggu untuk aku bebas memilih jalan hidup sendiri. Minggu untuk aku bebas bergaul dengan orang sekeliling tanpa rasa ragu-ragu lagi.

Minggu ini aku rasa minggu paling bebas. Aku bebas ceritakan masalah diri sendiri. Aku bebas membuat keputusan hakiki. Aku bebas bergelak ketawa sana sini.

Minggu ini aku rasa minggu paling bebas. Aku bebas untuk menjadi orang yang aku ingin jadi. Aku bebas mengkaji dan berfikir hal duniawi. Aku bebas mengkaji masadepan meskipun mungkin tak tak se"indah" yang lau janji.

Minggu ini aku rasa minggu paling bebas. Jangan kecam aku lagi. Biarkan aku bebas begini. Aku tak mahu dikecam lagi.

Thursday, July 5, 2012

Sesat Sesaat

Aku rasa dah cukup takat ni. Bukan aku judge kau untuk hari ini. Aku judge kau untuk 5tahun lebih. Tak ada apa-apa yang boleh mengubah apa-apa. Tak ada.

Mungkin semalam, kau anggap aku berjenaka. Kau ketawa.
Mungkin semalam, kau anggap aku biasa, tapi ini berbeza.
Mungkin semalam, kau anggap aku berubah, tapi kau patut tahu aku perlu berubah untuk apa?

Maaf sebab aku terpaksa ikutkan cara kau, tetapi dalam hati aku tak pernah terima.
Maaf jika aku terpaksa untuk sayangi kau, dalam pada sedar kau cuma teman biasa.
Maaf jika aku berjanji sayang, semata-mata kerana aku tak ingin hidup tertekan sentiasa.

Cukuplah kau halakan jalan hidup aku,cukuplah engkau acukan kekusutan tanpa kau kaji diri aku. Cukuplah kah halakan tohmahan yang memudaratkan diri aku. Cukuplah engkau tahu aku juga perlu ruang untuk menjadi satu-satunya diri aku.