eh eh sudah la. gua tak mahu serius sangat. blog gua ni baru gua perasan ada sentimen-sentimen berunsur perasaan. mana boleh macam gini. ini blog budak punk. ini bukan blog sajak.
ini apa ni? ini pengaruh kerana gua banyak berkawan dengan penulis ke? kah kah kah.
dah dah sudah. gua malas nak cerita panjang.
ceritanya begini. gua punya bekalan internet kat rumah dah ada, yang tak adanya pc gua saja.
berblogger menggunakan kaedah telefon bimbit sebenarnya satu perkara yang gagal.
sebab, kadang2 gua tak dapat bezakan samaada blogspot ataupon twitter.
gua rasa gua dah tertwit kat blogger dan terblog kt twitter.
ini tak boleh dibiarkan.
gua tak sabar nak tunggu bulan sebelas.
gua tak sabar nak tengok Jón Þór Birgisson aka Jonsi live depan mata.
gua nak pastikan sama ada dia benar2 juling air atau tidak.
bulan depan, bulan depan punya depan dan bulan depan punya depan punya depan mmg banyak nak guna duit. macam2 band turun malaysia. buat masa ni gua dah beli satu tiket je. yg lain tak tahu nak beli bila. komrads! jumpa kat konsert sirap ros!
No comments:
Post a Comment