Thursday, July 5, 2012

Sesat Sesaat

Aku rasa dah cukup takat ni. Bukan aku judge kau untuk hari ini. Aku judge kau untuk 5tahun lebih. Tak ada apa-apa yang boleh mengubah apa-apa. Tak ada.

Mungkin semalam, kau anggap aku berjenaka. Kau ketawa.
Mungkin semalam, kau anggap aku biasa, tapi ini berbeza.
Mungkin semalam, kau anggap aku berubah, tapi kau patut tahu aku perlu berubah untuk apa?

Maaf sebab aku terpaksa ikutkan cara kau, tetapi dalam hati aku tak pernah terima.
Maaf jika aku terpaksa untuk sayangi kau, dalam pada sedar kau cuma teman biasa.
Maaf jika aku berjanji sayang, semata-mata kerana aku tak ingin hidup tertekan sentiasa.

Cukuplah kau halakan jalan hidup aku,cukuplah engkau acukan kekusutan tanpa kau kaji diri aku. Cukuplah kah halakan tohmahan yang memudaratkan diri aku. Cukuplah engkau tahu aku juga perlu ruang untuk menjadi satu-satunya diri aku.

1 comment:

Anonymous said...

Hey..jgn putus asa..
Percaya pada kuasa yg Maha-Esa.

-Thirteen13TigaBelas