Friday, November 22, 2013

Hua Mui

Rasanya kat johor bahru, kedai makan yang top tu banyak. Dan antara yang paling top kat joho bahru adalah Hua Mui.

Restoran Hua mui ni dah wujud dari zaman sebelum merdeka lgi. Merupakan antara restoran tertua dan paling banyak meninggalkan kesan sejarah dia sampai sekarang ni. 

Aku antara pelanggan tetap Hua mui dari mula aku makan kat sini sehingga la sekarang. Aku paling suka nasi goreng dengan ayam monggolian. Teh dan kopinya juga sedap. Oh ye, hua Mui ni restoran HALAL walaupun ownernya cina. Tukang masak dan pekerjanya semua melayu. Apa yang buat restoran ni istimewa selain daripada makanannya yang simple dan enak adalah interior dan extirior designnya yang memang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

 Cuma masalahnya sekarang, kualiti makanan dan layanannya dah bertambah mundur dan lemah. Ini mengecewakan aku. Dah lebih 5-6 tahun ke sini, dan aku rasa tahun ni paling nampak yang kualiti Hua Mui ni semakin merosot.

Haritu aku makan makanan kegemaran aku kat sini. Mongolian chicken with rice. Kalau dulu dikira Rm8 untuk satu set. Tapi sekararang dah dikira asing. Ayam sahaja Rm10 dan nasi putih RM1.50. Bezanya potion ayam yang ditambah. Dan aku tak rasa ada perbezaan kuantiti lansung. Nasinya sejuk dan keras. Berbeza dengan dulu

Dan harini aku makan lagi di restoran Hua mui dan aku mengharapkan yang terbaik. Seperti sebelum ni. Tapi, masih dalam keadaan yg sama malah semakin teruk.

Harini aku makan kari ayam dan nasi. Aku membayangkan kari ayam ala kampung yang kuahnya pekat dan terasa karinya. Tapi apa yang aku dapat cuma semangkuk kari yang diisi kepak ayam, air dan minyak. Tak rasa lansung karinya dan minyak tu buat aku dua kali tersedak. Selamat minyak tak keluar ikut hidung. Kalau tidak mesti perit. 

Yang kiri itu minyak, yang kanan itu kari. Aku cuba asingkan dan tengok sendiri betapa banyak minyak dia. Aku dah asingkan tapi masih rasa minyak semata-mata. Tak ada rasa kari! 

Yang aku hairan, pelanggan still tak putus-putus walaupun servisnya sangat teruk. Aku kerap ucap terima kasih pada waiter kat situ, tapi balasan yang aku dapat cuma angguk yang tak berapa ketara. Senyum atau jawapan "sama-sama" lansung aku tak dengar.
Dan dari dapur aku dah dengar bunyi bising para waiter dan pembantu yang bercakap kuat sehingga menganggu persekitaran. Aku syak, pelanggan lain tak dengar, mungkin aku sorang yang dengar. Mungkin la. Mungkin. 



Aku suka kedai ni dulu, kalau aku tak suka, aku dah lama maki waiter tu. 
aku cuma harap satu hari Hua Mui ni dapat tarik minat aku semula. Aku harap sangat. Long live Hua Mui Restoran! 

Thursday, November 21, 2013

Lann Shaukani

Tak banyak aku nak cerita since internet rumah aku ni dah takde dan internet office pulak tak dapat saluran untuk ke blogspot.
kes artowork ernest,
kes lelaki kahwin lambat sebab mak bapak kaum perempuan.
lagi kes villa nabila.

ah semua tu tak sempat aku nak ambil.,
benda terbaru adalah aku dah hilang penulisan aku pasal FREECABI THE UNTOLD STORY.
entah kat mana aku letak padahal tinggal 20% je lagi.
dan ni aku macam nak share pulak pasal zine KLMJ fikri ni.

Ah itu cerita lain

Aku ada projek mega photography dengan Lann Shaukani..
Projek mega di julung-julung kali diadakan kat malaysia nia..
kalau setakat gambar model dengan pengantin tu aku dah muak.
idea dia ni hebat walaupun aku ada miss sikit dia punya motif.
tapi sekarang aku dah dapat.

BOOMBING YOUR ARTWORK!

nak kenal siapa Lann Shaukani??
Cari yang paling comel kat gambar ni.


Wednesday, November 13, 2013

AZIZ ITHNIN DAN MBJB

Dalam angan-angan sebenarnya bila gua pergi penang dan bergambar bersama artwork dari Ernest Zacharevic dan gua terfikir kalau lah ini ada kat tempat gua (JB).

Masa gua pergi penang dulu pun, nak tengok artwork Ernest ni adalah benda paling utama selain berjalan-jalan dan layan jeruk asam kat Chowrasta road. 
Happy betul bila dapat ambil gambar kat wallart yang pelbagai jenis. Rasanya engkorang pun tahu artwork2 Ernest ni menang paling win!

Itu di penang, negeri yang aku memang tahu nilai eksotika yang tinggi dan penuh dengan cabang seni. Dan aku harap ianya juga ada kat negeri aku sendiri

Tahun 2013, tahun paling champion pada aku sebab, aku dapat berita yang Ernest akan datang ke Johor bahru nak akan buat wall painting kat sini. This is awsome! Dan aku tak sabar utk tengok artwork2 macam kat penang tu tapi ianya berada di negeri aku sendiri.

Ini karya pertama kat JB yg aku tengok. Mungkin sengaja Ernest masukkan konsep "lego" kebetulan johor bahru ni famous dengan Legoland nya. Gambar lego yang bawak bag Mahal, dan ditunggu oleh perompak. Bagi aku ini power! Ada cerita disebalik lukisan ni 
 
Ada beberapa lagi lukisan yang dilukis tapi aku tak sempat nak tengok lagi. 

Tapi harini, lukisan tu dah takde.
Kenapa? Sebab sifat bangang Aziz Ithnin dari MBJB yang kononnya menganggap lukisan tu "Vandalism". 
Sekarang aku nak tanya, VANDALISM tu apa?
Setahu aku, MEROSAKKAN HARTA BENDA AWAM, itu vandalism.
PECAH TELEFON AWAM, itu vandalism.
PECAH CERMIN KERETA ORANG. Itu pun vandalism. 

Benda yang memecahkan/merosakkan harta benda awam.

Lukisan Ernest ni lansung tak merosakkan dan Memecahkan harta benda awam. Malah dia mencantikkan sebuah dinding kotor yang MBJB dan Aziz Ithnin sendiri takde masa nak cat! 
WTF is VANDALISM?




Dan, Aziz ithnin memandang ini sebagai VANDALISM dan bukannya ART. 
Jadi tahu tak apa yang Aziz Ithnin pandang sebagai ART?

This, Stencil, sticker pinjaman wang berlesen yang aku rasa dah naik penuh kat Johor bahru ni. Ini ART pada mata Aziz Ithnin kepala bana ni. 
Mana MBJB? Mana majlis perbandaranJohor  bahru yang bukan main gah tu? Kenapa tak nak hindar benda ni? Kenapa taknak buang? Ke apa tak nak pantau?

Atau,

Aziz Ithnin sebenarnya mendapat royalti tinggi bagi meletakkan "art" pinjaman wang berlesen. Ernest lupa bayar dia kot?

Atau 

Aziz Ithnin ni buta seni.maybe bagi dia lukisan tu mendorong seseorang supanya menjadi perompak? Kasihan, kelas pendidikan seni dapat markah 10% agaknya.


Mungkin dengan promosi dan iklan pinjaman wang berlesen ni dapat tarik ramai pelancong utk ke johor bahru justeru nama menaikkan nama negeri johor bahru indah permai. 

Monday, November 11, 2013

Bila ada satu masa tu, kau dah lupa apa kau janji, apa kau cakap dan apa kau buat. Sudahnya aku pun lupa apa yang patut aku ubah dan apa yang patut aku tahan sabar. 

Dan bila sekeliling kau kata kau terbaik dan aku terjahat. Aku biarkan sebab aku rasa pun kau bukan dikelilingi orang yang betul.

Sunday, November 10, 2013

Syukur Blogspot mobile kini boleh diaktifkan semula. Syukur!!
Test