Wednesday, November 13, 2013

AZIZ ITHNIN DAN MBJB

Dalam angan-angan sebenarnya bila gua pergi penang dan bergambar bersama artwork dari Ernest Zacharevic dan gua terfikir kalau lah ini ada kat tempat gua (JB).

Masa gua pergi penang dulu pun, nak tengok artwork Ernest ni adalah benda paling utama selain berjalan-jalan dan layan jeruk asam kat Chowrasta road. 
Happy betul bila dapat ambil gambar kat wallart yang pelbagai jenis. Rasanya engkorang pun tahu artwork2 Ernest ni menang paling win!

Itu di penang, negeri yang aku memang tahu nilai eksotika yang tinggi dan penuh dengan cabang seni. Dan aku harap ianya juga ada kat negeri aku sendiri

Tahun 2013, tahun paling champion pada aku sebab, aku dapat berita yang Ernest akan datang ke Johor bahru nak akan buat wall painting kat sini. This is awsome! Dan aku tak sabar utk tengok artwork2 macam kat penang tu tapi ianya berada di negeri aku sendiri.

Ini karya pertama kat JB yg aku tengok. Mungkin sengaja Ernest masukkan konsep "lego" kebetulan johor bahru ni famous dengan Legoland nya. Gambar lego yang bawak bag Mahal, dan ditunggu oleh perompak. Bagi aku ini power! Ada cerita disebalik lukisan ni 
 
Ada beberapa lagi lukisan yang dilukis tapi aku tak sempat nak tengok lagi. 

Tapi harini, lukisan tu dah takde.
Kenapa? Sebab sifat bangang Aziz Ithnin dari MBJB yang kononnya menganggap lukisan tu "Vandalism". 
Sekarang aku nak tanya, VANDALISM tu apa?
Setahu aku, MEROSAKKAN HARTA BENDA AWAM, itu vandalism.
PECAH TELEFON AWAM, itu vandalism.
PECAH CERMIN KERETA ORANG. Itu pun vandalism. 

Benda yang memecahkan/merosakkan harta benda awam.

Lukisan Ernest ni lansung tak merosakkan dan Memecahkan harta benda awam. Malah dia mencantikkan sebuah dinding kotor yang MBJB dan Aziz Ithnin sendiri takde masa nak cat! 
WTF is VANDALISM?




Dan, Aziz ithnin memandang ini sebagai VANDALISM dan bukannya ART. 
Jadi tahu tak apa yang Aziz Ithnin pandang sebagai ART?

This, Stencil, sticker pinjaman wang berlesen yang aku rasa dah naik penuh kat Johor bahru ni. Ini ART pada mata Aziz Ithnin kepala bana ni. 
Mana MBJB? Mana majlis perbandaranJohor  bahru yang bukan main gah tu? Kenapa tak nak hindar benda ni? Kenapa taknak buang? Ke apa tak nak pantau?

Atau,

Aziz Ithnin sebenarnya mendapat royalti tinggi bagi meletakkan "art" pinjaman wang berlesen. Ernest lupa bayar dia kot?

Atau 

Aziz Ithnin ni buta seni.maybe bagi dia lukisan tu mendorong seseorang supanya menjadi perompak? Kasihan, kelas pendidikan seni dapat markah 10% agaknya.


Mungkin dengan promosi dan iklan pinjaman wang berlesen ni dapat tarik ramai pelancong utk ke johor bahru justeru nama menaikkan nama negeri johor bahru indah permai. 

2 comments:

Matrojak said...

Mungkin dia rasa lukisan mural tuh cuba memperli Malaysia byk jenayah adalah tidak tepat, sebab tuh dipadam...

chubbyharusdirejam said...

jangan silap. lukisan sebenar belakang perompak tu ada polis.