Pernah satu malam tu aku di datangi seorang tua dalam mimpi aku. Beliau dalam keadaan yang menyedihkan dan bertongkat dengan rambut kusut masai lalu menyapa aku seraya berkata :
"Nak, bagaimana dengan dunia sekarang? Apakah sudah aman?"
Dalam bertanya, sempat beliau membetul-betulkan pakaiannya yang compang camping. Keadaannya sangat kasihan.
Lalu aku pun menjawap
"Biasa je pakcik, sama macam dulu gak. Awat tanya?"
"Pakcik bukan apa, waktu pakcik ada kat dunia dulu. Pakcik selalu culas tapi kini pakcik sudah menyesal. Izinkan pakcik curhat dengan kau nak?" Kata pakcik tua tu.
Aku yang masih bermimpi tadi tak syok pulak nak blah macamtu je. Jadi aku pun layankan je la pakcik tu.
"Pakcik duduk dulu, penat kalau curhat sambil berdiri. Sorry la dalam mimpi saya ni kerusi plastik je ada" kata aku. Pakcik itu pun duduk sambil mengeluarkan mancis.
"Ok, ok lets make it short. Pakcik sebenarnya sudah lama bergentanyangan kat mimpi orang. Bukan saja-saja. Ini kerana roh pakcik tidak tenang dan aman. Pakcik berdosa... fuhhh (sambil hembus rokok)" - sambil-sambil bercakap sempat pula pakcik ni bakar rokok.
"Oh yeke pakcik. kenapa pula macamtu? Apa yang pakcik sudah buat waktu pakcik di dunia dulu?" aku bertanya lebih lanjut. Perbualan menjadi semakin serius. Aku pun terpaksa bakar sebatang lagi rokok balut. Baru sedap sikit borak.
"Waktu pakcik masih hidup, pakcik selalu culas dan tidak amanah. Pakcik selalu buat main-main tugas yang diberikan. Jika pakcik diberikan "Job" pakcik akan hire lagi vendor luar. Job besor ke kecik ke, pakcik akan sakau semua. Pakcik dulik apa. Pakcik kadang-kadang makan untung atas angin je. Tidak cukup dengan itu, kadangkala pakcik buat kerja malas nak fikir. Asal kerja tu siap dan pakcik dapat duit dah la. Samada jadi atau tak jadi apa pakcik peduli"- Pakcik tadi menjawap dengan nada yang amat kesal dan sedikit menginggi suara. Nasib baik aku masih ada sedikit sifat sabar dalam mimpi.
"Ish ish ish, pakcik..kenapa pakcik buat macamtu? Senang nya hidup pakcik" -kata aku.
"Entah la nak. Pakcik ni hidupnya dah dipermudahkan. Tapi pakcik tak bersyukur dan sentiasa mencari jalan lebih mudah untuk lebih lagi kaya. Sebab tu la roh pakcik bergentayangan dan menganggu penduduk desa. Ini kerana keculasan pakcik yang dulu. Pakcik harap, dunia akan aman dan orang seperti pakcik ni akan lenyap dan tak menyusahkan orang lain" sambil pakcik tadi mengesat air mata.
"Sabar lah pakcik, sekurang-kurangnya pakcik sudah insaf dan kesal dengan apa yang pakcik buat. Eh ehh nak pergi mana pulak tu?" - Belum sempat habis bercakap, pakcik tadi macam nak siap2 gerak pula.
"Nak, pakcik gerak dulu. Banyak lagi mimpi orang lain pakcik nak kacau ni. Apa yang pakcik sampaikan ni haraplah dijadikan tauladan dan pengajaran. Sampaikan pada teman-teman. Jangan lupa subscribe. Gerak luuuu" Kecak kecak kecak bunyi pakciik tadi mengepak. Pakcik tadi punterus terbang entah kemana. Tak sangka ya, ingatkan pontianak je boleh terbang. Pakcik mimpi pun sama. Semoga pakcik tadi dicucuri rahmat dan berhenti menggangu tidur orang. Aminn.
Sekian sahaja cerpen Pakcik Mimpi.
Sekadar gambar hiasan.
1 comment:
HAHAHH
Post a Comment