Tuesday, November 13, 2012

TT

Ada budak SMS gua satu ketika dulu.
"Cabi, jom TT malam ni. bebudak group semua turun"

gua terpinga-pinga. TT tu apa??

Setelah gua selidik, TT ni bermaksod "Teh Tarik". Bahasa TT di amat sinonim dengan budaya lepak di kedai mamak oleh golongan Jurugambor. Baru gua faham.


Dah banyak kali gua dapat invite TT ni sebenarnya. Tapi gua tak pegi pon. Gua dulu rajin juga turut serta. tapi lately , Gua tolak cara baik. Bukan gua sombong, atau gua berlagak taiko. TT yang selama ni gua join, kebanyakkannya bukan TT. Tapi lebih kepada TG yaini yang bermaksod "Tayang Gadget".

like seriusly, setiap kali TT dianjurkan, kebanyakkannya akan bawak gadget masing-masing. Kalau yang ada pro body tu, siap battery grip dia bawak. kalau ada telephoto 800-1500mm pon dia akan usung sekali, lambak atas meja. Selain daripada bimbang Staff2 tu terjatuh, masuk habuk, gua juga bimbang mata-mata perompak, dan gua jugak agak segan sebab semua pelanggan kedai mamak tersebut akan pandang-pandang.
apa yang gua dapat dari TT. adalah Show off.

Gua ada terbaca satu Status Sarkastik dari abe epul nang. Dia tulis macam ni

Tiba-tiba rasa sentap petang ni. Ada orang kata saya tak suka join TT (Tehtarik = lepak2) dan tidak berkongsi ilmu kerana sibuk cari duit.

Reaksi saya :

1. Betul saya tak suka TT dan lepak-lepak
2. Kalau saya kongsi ilmu pun yang mana nampak dia nampak lah, yang mana tak nampak atau memilih untuk tidak nampak maka tak nampaklah. Saya tak kisah pun...Allah yang tahu.
3. Ada banyak cara berkongsi ilmu. Dan TT antara yang paling tak effisyen kerana banyak sembang, kutuk orang dan tayang gadget (riak)

Usul saya kepada mereka : Boleh rujuk "sejarah" yang tertinggal kot-kot boleh jumpa sesuatu yang tertinggal pandang.

p/s tak sangka sangat ada persepsi macam ni"

Plz be nice. gua harap tiada pihak yang terasa,. Gua cuma bercakap side gua. Mungkin side orang lain berbeza. Gua berharap sangat TT yang akan datang berunsurkan idea, skills, kongsi pengalaman atau membincangkan hal dunia sekali pon. gua rasa gua lebih berminat.

2 comments:

Cik Yunie said...

TT?pemalas nak mampus menaip sms..hahahaha

chubbyharusdirejam said...

sekarang semuanya singkat! SINGKAT!