Monday, January 28, 2013

diari Seorang photographer perkahwinan

Retweet Reblog Kepada yang masih tertanya tanya.



Pernah tak kamu terfikir berapakah keuntungan seorang photographer?
Pernahkah kita terfikir apakah mereka benar2 mengaut keuntungan hasil dari gambar-gambar yang mereka ambil?

Berbaloikah dengan apa yang kita bayar terhadap photographer yang kita pilih utk perkahwinan kita?

Jom kita tgk apakah benar photographer2 ini benar2 mengenakan harga yang mahal atau tidak..

Saya mmg sgt pandai dalam matematik, saya akan tolong kirakan utk anda..

Katakanlah photographer yang anda pilih mengenakan charged RM1500 kepada kamu dengan package “terbaik dan termurah” iaitu dengan memberikan:

1. Custom album 8×12 cristal laminated bernilai RM300
2. Sticky album berserta 100pcs 4R fully edit picture bernilai RM100
3. Frame 8R bernilai RM20
4. Unlimited shoot and burn in DVD biasanya 300 gambar

Totalnya adalah RM420

Itu belum lagi campur:
1. Duit bil tepon utk telefon pengantin bernilai RM10
2. Duit bayar back up photographer bernilai RM200
3. Duit minyak pergi ke rumah pengantin, pergi hantar custom album utk print bernilai RM50

So, nilai modal setakat ini ialah RM420+RM260=RM680

Biasanya, photographer yang mengambil upah sehingga RM1500 mempunyai gadget kamera seperti
1. D700 beernilai RM6100
2. 14-24mm bernilai RM5820
3. 24-70mm bernilai RM5760
4. 70-200mm bernilai RM6950
5. Flash SB910 bernilai RM1650

Total gadget ialah RM26280…

Tahukah kamu, setiap petikan pada DSLR adalah bernilai kerana DSLR D700 hanya mampu mengambil gambar sebanyak 150,000 keping sahaja. Maka selepas itu, photographer terpaksa menukar shutter system yang bernilai RM1400. Maka, jika dikira dalam matematik, setiap kali photographer memetik shutter, nilai sekeping gambar ialah 1 sen. 1 sen jer pun, bukan mahal sgt, tapi, photographer tak pernah pun terfikir nak simpan duit utk menukar shutter system, bila tiba waktunya, mmg “sakit” jugak nak keluarkan duit sebanyak RM1400.

So, RM1500- RM660=RM840…

so, keuntungan photographer tersebut ialah RM840.

Memang banyak untung kan? RM840 dalam sehari. Tapi kamu silap, selepas sahaja photographer ambil gambar kamu, kebiasaannya, photographer memerlukan 3 minggu bersamaan 21 hari utk edit gambar kamu. So, RM840 bahagikan dengan 21 hari, nilai keuntungan photographer tersebut cuma RM40 sehari. Berbaloikah?

Jadi, photographer tersebut memerlukan 657 hari untuk mendapatkan kembali modal gadget yang bernilai RM26280.

657 hari? Berbaloikah?

Itu pun kalau photographer tersebut sentiasa dapat “job”. Apakah kamu fikir perkahwinan berlaku setiap hari? Nak harapkan job byk pun perlu tunggu cuti sekolah. Itu pun belum tentu dapat, persaingan kini sangatlah hebat. Terlalu ramai photographer2 kini berlumba2 mendapatkan job. Adoiiiii…

Pernahkah kamu terfikir kesibukan seorang photographer?

Biasanya, photographer sudah mempunyai pekerjaan tetap yang bekerja dari Isnin sampai Jumaat. Apabila menjadi photographer, masa yang sepatutnya diluangkan utk bersama anak isteri pada hari Sabtu dan ahad, kini terpaksa dikorbankan hanya utk jadi photographer yang hanya bernilai RM40 sehari? Berbaloikah?

Tahukah kamu utk meng”edit” gambar memerlukan mood? Dan biasanya mood itu akan datang pada waktu malam. Dan photographer sekali lagi terpaksa korbankan waktu tidurnya setiap malam hanya utk berikan gambar “terbaik” utk kamu abadikan “seumur hidup” sedangkan kamu tidak “membayar” dengan nilai sepatutnya………

Maka, jika kamu rasa nilai RM1500 dan keatas itu sangat mahal bagi kamu, fikirkanlah “pengorbanan” photographer yang bersusah payah bersengkang mata hingga sanggup melupakan keakraban antara anak isteri mereka pada setiap malam malah di hujung minggu hanya utk memastikan setiap gambar yang diambil mampu menjadi kenangan utk kamu “sepanjang hayat”…

PS: Kamu boleh ke Kedai Kamera E-Poh utk jadi photographer agar kamu sendiri yang tangkap gambar perkahwinan kamu... 0195459353, call la dia..


Sumber : Nassry Mardee Ismail III

Thursday, January 24, 2013

Pray for isabelle

Keadaan isabelle menyedihkan.
isabelle harus dapat bantuan segera.
usaha masih dijalankan.


info penyakit sporo. click sini 

Tak dinafikan, masih ada dikalangan "orangkita" yang masih lagi berfikiran sempit, kolot dan jenglot.
yang tak dapat bezakan benda baik atau buruk, dan bodoh sombong.
ini antara komen yang tertera setelah gua post flyers pray for isabelle ni.


Futsal @ Jb kids Night Life



Yang pasti, atau semua orang tahu.
Gua amat tidak meminati bolasepak.
Apa je team bolasepak yang gua tahu, itupun sebab media.
justeru gua sarakan kepada makwe-makwe 2013, kalau nak cari pakwe, jangan cari yang kaki bola.
kah kah kah.

Jbkidsnightlife ni sebenarnya bukan persatuan macam tige line.
bukan sama sekali.
gua tak tahu puaka mana yg buat tagline nama macam gini.
yang pastinya, gua adalah dikalangan mereka-mereka ni.
at least gua ada aktiviti yang menghiburkan selain dari melepak.
dan gua ada persatuan baru selain KKS.
itu cerita lain.

aktiviti jbkidsnightlife hari ni berkisar tentang kesihatan dan sukan.
Jadi harini gua dapat invite daripada ketua pasukan untuk acara futsal.
ye futsal setan. engko tak percaya ke aku main futsal?

Sebenarnya, ini kali pertama seumur hidup gua join futsal.
dan baru gua tahu sebenarnya perniagaan kelab futsal ni boleh membuatkan si tauke tu membuat penerbangan secara solo dengan kapal terbang mewah kemana sahaja sebab dia punya kaya yang nauzubillah.
Bayangkan 1 jam utuk 1 padang futsal yang boleh muat 10 pemain tu bernilai RM100.
manakala tapak futsal yang gua pergi tu mempunyai lebih kurang 10set padang.
bayangkan kalau 12jam straight ada orang main?
10padang X RM100 X 12jam.
mau tak pergi mekah naik roket!?

Apapun, walaupun gua tak pandai main bolasepak, namun gua berjaya merangkul johan bagi ketegori striker terbaik. gua dapatkan gol 1. itu pun sebab keeper punya telefon bimbit berdering. jadi keeper angkat call, gua tendang bola masuk gol. kira satu pencapaian hebat setakat gua main futsal ni.

dan effect futsal ini melarat sampai ke hari ni, badan gua sakit-sakit, pinggang gua macam nak krem, ini jika isteri ajak bersetubuh pun gua tolak ni. pinggang tak function!
Apepun, minggu depan gua nak main futsal lagi. Fuck anti fitness! kah kah kah


Monday, January 21, 2013

lesis

Haritu din paiman beli ipon5.
cilake orang tua tu, aku pernah maki dia suruh dia tukar handphone.
tapi aku tak pernah pun suruh dia tukar ipon5..
gua rasa tergugat.
ada juga rasa nak bengkokkan ipon5 dia.
macam ipon5 budak korea tu.
baru dia rasa.

Malam miggu lepas, gua bawa din pergi kedai tomi kat Pandan city untuk cari housing.
tukar screen protector sekali.
kalau gua tak bawak din pegi tukar screen protector,
mungkin lagi 5 tahun akan datang dia masih menggunakan screen protector freegift,
yang takde lubang untuk speaker tu.

Tengah-tengah gua borak.
gua terdengar ada budak menjerit-jerit.

" Lu ingat ini tempat apa? ini tempat melayu! keling jangan masuk sini.
cibai punya keling."

gua nampak ada 3 orang india, dan segerombolan melayu. bertekak, bergaduh2..
maki hamun, yang gua muskil, india tu diam je dan meluru pergi..
tetapi, yang lain tu masih maki-maki lagi

"Lu apa tengok lagi? tak puas hati? sini bukan tempat lu.. sini tempat melayu!"

Gua malas nak layan, gua sengaja sibuk-sibukkan diri tengok housing handphone.
padahal gua masih pasang telinga. Gua ingat benda tu dah habis kat situ, al maklom la, kedai2 kat pandan city tu dekat2 jek. Engko jerit, semua orang pandang engko kot. namun,
Budak melayu tu masih maki hamun lagi, padahal budak india tu dah lama blah.
Masih menceritakan kekuatan dan kegagahan masing-masing sesama sendiri.

Gua tengok muke din, din tengok muka gua. 
Kami menyebut benda yang sama
"Racist"



1malaysia, 1melayu, 1ndia, 1china and 1lain-lain

KipasLipas : Gua juga ada berkawan dengan india, cuma maybe dia bukan india tulin, cuma nama dia ada ke"indian"an sikit. Tak dinafikan dia masih mempunyai ciri-ciri seorang india. Apapun, jangan kerana india setitik, rosak india sebelanga! Jangan ingat bangsa kita ni bagus bergelen-gelen! My ass."



Tuesday, January 15, 2013

Ladynoe


aku baca blog ladynoe  tadi. aku pun tak faham betapa rakusnya cara memakan donut tu.
bersepah gula la bibir. selamat dia ada laki penyayang.
Tak hairan kalau follower dia ramai pun. Lagipun follower ramai mana sekalipun, belum tentu ada sorang follower yang sanggup mendermakan buah pinggang mereka untuk die engko kan? kan? kan?

Bulan 1 ni jadul bersepah, kadar tidur pun bersepah.
Tidur malam, bangun subuh, tidur siang bangun maghrib.
aku tak tau tidur aku ni ikut waktu mana.
puas aku cuba pelbagai cara untuk menambat hati aku untuk tidur ikut waktu malaysia namun gagal.

Aku rasa, aku perlu bertindak tidak adil pada diri sendiri.
hari ni aku taknak tidur selama 3 hari.
supaya aku boleh tidur malam dan bangun pagi.

Baru aku tahu kenapa mak aku selalu bising kalau aku bangun tengahari.
Rezeki tak masuk kata dia.
Sekarang baru aku sedar, tepat dan jitu apa yang dia cakap.
Tq mak. nomnomnom.




Monday, January 14, 2013

Khurafat

Masa tu tahun 2008. gua masih kapel dengan makwe lama. masa tu, bibit-bibit bahagia ni memang senentiasa ada menyinari hidup kami berdua.
Mak makwe lama aku ni sakit, ada masalah mata. Dan mengikut kata orang-orang sekeliling, sakit mata yang makcik tu alami bukan sakit mata biasa. ia mungkin ada kene mengena dengan alam ghaib..

meremang bulu roma.

Gua hantar mak makwe lama gua ni ke Bandar baru uda. kat area padi malinja tu orang cakap ada sorang Pakcik bangsa indonesia yang pandai berubat. Dah ramai orang berubat dengan dia. 
Masa gua hantar mak kepada makwe lama gua tu, Gua perati anak mata dia. memang lain macam. gua pun hairan jenama kanta lekap apa yang pakcik ni pakai sampaikan gua rasa anak mata dia kemerah-merahan.

Bulu roma gua meremang, kali ini diikuti dengan bulu pra matang yang berada diantara pangkal peha dan punggung.

Pakcik tu beritahu mak kepada makwe lama gua ni , yang ada sesuatu yang menutup rongga mata dia. Gua dah mula cuak. Gua pun hantar mak kepada makwe lama gua tu balik. Keesokan harinya, pakcik mengurut itu pun datang kerumah untuk sesi rawatan kedua. Masa yang diambil kira-kira 2jam. tak tahu dia buat apa dengan mak kepada makwe lama gua tu. gua duduk depan rumah hanyalah berbicara tentang cinta sambil merenung bintang dan buruj. tak tahu apa yang mereka buat di dalam.

Selesai sesi rawatan, gua dan makwe lama gua ditugaskan untuk membawa pakcik itu pulang. Dalam perjalanan, pakcik itu mengajak gua minum sama. Sambil-sambil minum dia terangkan serba sedikit tentang rahsia tarikh lahir dengan nama penuh.

Makwe lama gua nama dia panjang. Pakcik tu cakap makwe lama gua ni sukar membuat pilihan, dan kadangkala pilihannya kurang tepat. Gua pulak dikatakan terlalu loyal hingga tergadai harta benda.
Gua perasan, ada yang betulnya pakcik tu cakap. gua rilek lagi, gua mintak waiter tambah lagi secawan alicafe. cerita dia dah makin sedap.

Berdasarkan tarikh lahir pula, makwe lama gua dikatakan tidak mempunyai ramai rakan, dan mudah untuk maju, Gua pula dikatakan terlalu ramai rakan, dan ada dikalangan rakan ini akan menyusahkan hidup gua sendiri! 
Gua sedut ali cafe pelan-pelan, gua bilas dengan marlboro softpack.
Tak lama kemudian, gua pun menghantar pakcik itu kerumahnya..

Hari ni 2013. gua teringat sikit kata-kata pakcik tu. ada betulnya juga.
gua rasa sejak 2008 sampai harini, dah berapa orang kawan yang gua terima dia sebagai kawan, namun berubah menjadi tidak kawan. aku harap, satu hari nanti kita masih boleh berkawan semula.

Apapun sebagai seorang islam, kita tidak patut percaya benda-benda khurafat. Tapi benda yang gua cerita pun takde la khurafat mana. engko makan estacy lepas tu layan tectonic lagi khurafat rasanya.



Panas Baran

Memang gua tak dapat nafikan.. Banyak juga sifat buruk 2012 yang sampai sekarang masih wujud dalam diri gua.
memang kadang-kadang kite tak perasan sifat buruk kita ni, yang kita perasan cuma sifat buruk orang lain je. Itu sebenarnya antara bukti bahawa kita adalah orang melayu.

Gua pun tak tahu sejak bila gua mejadi seorang panas baran ni. Gua ni sebenarnya seorang yang cepat neutral. tapi kadang2 mudah jugak naik angin. tapi akan ambil masa yang sekejap juga untuk pulih..
Gua sarankan kepada sesiapa yang baru mendapatkan zuriat tu, jangan la sia-siakan anak-anak engkorang. jangan la selalu maki anak-anak korang. dan jangan la selalu abaikan anak-anak engkorang tu.
sebabnya, ia akan effect sepanjang hayat. if you know what i mean la.

Gua baru dapat satu produk untuk menghilangkan panas baran. Satu botol RM48. boleh pakai sebulan. masuk botol yang kedua nanti akan kurangkan sikit kadar panas baran dalam diri. tak taulah aku berkesan ke tidak.



Sekadar gambar hiasan