aku baca blog ladynoe tadi. aku pun tak faham betapa rakusnya cara memakan donut tu.
bersepah gula la bibir. selamat dia ada laki penyayang.
Tak hairan kalau follower dia ramai pun. Lagipun follower ramai mana sekalipun, belum tentu ada sorang follower yang sanggup mendermakan buah pinggang mereka untuk die engko kan? kan? kan?
Bulan 1 ni jadul bersepah, kadar tidur pun bersepah.
Tidur malam, bangun subuh, tidur siang bangun maghrib.
aku tak tau tidur aku ni ikut waktu mana.
puas aku cuba pelbagai cara untuk menambat hati aku untuk tidur ikut waktu malaysia namun gagal.
Aku rasa, aku perlu bertindak tidak adil pada diri sendiri.
hari ni aku taknak tidur selama 3 hari.
supaya aku boleh tidur malam dan bangun pagi.
Baru aku tahu kenapa mak aku selalu bising kalau aku bangun tengahari.
Rezeki tak masuk kata dia.
Sekarang baru aku sedar, tepat dan jitu apa yang dia cakap.
Tq mak. nomnomnom.
No comments:
Post a Comment