Tuesday, December 27, 2011
banyak betul Jimbo tulis blog. ada dalam 10 entry sehari.
gilebabi lah, kalau dah title blog boleh jadi timeline.
Sunday, December 25, 2011
abang
budak : Abang, abang pandai main game tak?
brader : hah, game ape??
budak : game lumba kereta..
brader : mana la gua pandai. tanya soalan lain.
budak : kalau abang tak pandai, kite boleh ajarkan.
brader : gua bizi amek gamba ni! jangan macam2!
budak : oh yeke.. haa takpelah..
brader : dah! meh sini sebelah abang kita ambil gambar.
ceria betul budak ni, padahal bukan kenal gua pun. namun dia tetap peluk kemas perut gua. cehh..
Wednesday, December 21, 2011
perpaduan
gua rasa polis aceh ni dah takde kerja lain.
gua rasa polis aceh lagi bagus tangkap orang buat maksiat, orang hisap gam, ataupun orang makan orang dari tangkap budak punk.
budak punk tu pegi gig je kot.
ape kejadah siap nak tangkap macam buadak punk sebarkan ajaran sesat?
hail aceh punk!
gua rasa polis aceh lagi bagus tangkap orang buat maksiat, orang hisap gam, ataupun orang makan orang dari tangkap budak punk.
budak punk tu pegi gig je kot.
ape kejadah siap nak tangkap macam buadak punk sebarkan ajaran sesat?
hail aceh punk!
hell polis aceh!
Saturday, December 17, 2011
gua dah buka kedai kat pasar karat.
ini customer pertama gua,customer pertama mendapat cabutan bertuah berupa tiket pergi dan balik ke dubai untuk 2 orang beserta penginapan 2 hari 1 malam di dubai beach resort and palm.
Baju depan sekali tu original obey ok! RM20 je gua tolak. condition lawo bebeno
empunya bundle baju, tampan, elegan dan berdaya saing. keh keh keh
ni owner sebenar tapak, gua tumpang satu baris je. brader tige line ni. jangan macam2.
sesapa nak beli kasut jogging, baju2 terpakai, ataupun pekakas dapur.
boleh la lawat tapak kedai gua kt depan cimb.
harga nego.
always keep in dry box.
No fungus.
ini customer pertama gua,customer pertama mendapat cabutan bertuah berupa tiket pergi dan balik ke dubai untuk 2 orang beserta penginapan 2 hari 1 malam di dubai beach resort and palm.
Baju depan sekali tu original obey ok! RM20 je gua tolak. condition lawo bebeno
empunya bundle baju, tampan, elegan dan berdaya saing. keh keh keh
ni owner sebenar tapak, gua tumpang satu baris je. brader tige line ni. jangan macam2.
Friday, December 16, 2011
PANDA
menatang ni pesen minta penumbuk je hari2.
gua bangun tido je rasa nak tumbuk.
gua masuk bilik, rasa nak tumbuk.
gua balik kerja, pun rasa nak tumbuk.
tension gua ada menatang macam ni.
tension sebab kenapa muka kau macam ni.
sebenarnya tension tau tengok benda2 comel macamni!!!
ini PANDA. tuan lama dia kasi nama ni. ecely tuan lama dia dah banyak sangat kucing. sebab tu panda ni tak terjaga. jadi dia kasi gua bela sebab kebetulan kucing gua pun dah arwah. ecely, sifat dia tak banyak beza dengan kucing lama gua si BB. pemalas, lembik, cepat penat. cuma bezanya dia ni tak pandai lompat. kecik2 mak dia tak sempat ajar melompat agaknya. selamatla berak pandai timbus.
Monday, December 12, 2011
ONGBAK.
gua dapat poster ni RM12/pcs kat KSL, otw nak tengok ongbak rindu tu gua singgah kejap beli..
banyak jugak la poster murah2.. kertas dia pon not bad. kertas keras.
selain poster band, ada macam2 la jenis poster yang terjual.
tapi tak rare mana pon sebab ni semua bukan original poster punya kedai.
cukup la sekadar penghias kabinet dapur atau lantai yg dh retak.
satu sebab gua mat metal, jatuh metal point gua camni!
heheh. tapi gua zass pegi tengok je sebab amy belanje gua. hehehe.
Bila ditanya kengkawan, yang masih belum tonton dan tak berkesempatan.
gua cuma menjawap " boleh la, babak kemelayuan still ada la..tapi yang gua pelik, kenape mesti maya karin kena rogol, kenapa mesti maya karin!"
daripada start masuk panggung, 10min selepas tu. amy dah berjujuran air mata kesedihan.
gua pun tak paham. padahal part yang dia nangis tu part yang brone palare tu main layang-layang.
tak sedih langsung.
gua tengok cerita tu banyak ketawa dari sedih. sedih tak langsung lah! mungkin sebab gua tak baca novel dia kot.
ape yang gua boleh review adelah :
- Jurukamera ombak Rindu ni pundek. masing2 nak main bokeh2 sampaikan ada satu part tu bokeh memanjang dan tak nampak langsung muka pelakon, nak kate suruh fokus pada suara,masa tu takde orang cakap2 pon.
- gua tak suka watak mak aaron tu. dah la tua tak sedar diri pakai bikini belanje lurah. kot ye pun nak nampak Milf, tacap la lemak bawah pelipat lengan!
- gua pelik, kucing maya karin tu kan dah lari masa maya karin first time datang villa aaron, tapi tetiba muncul balik. ke dia tangkap balik kucing tu?
- maya karin pakai tudung hana tajima, tapi bila sampai opis dan2 pakai tudung ala2 indon tu. apehal maya karin tu! sebelum tu elok jek.
- yang pak dollah punya bingai, masa aaron marah2 lepas dia dapat info palsu dari mak dia tu, kenapa pak dollah tak mencelah? kenapa tunggu sampai maya karin kena pukul. kesian tau maya karin.
- lagu dalam ombak rindu tu ada iras2 lagu lagenda budak setan. mentang2 la sama producer.
- rumah aaron ada berapa banyak sebenarnya?
- untunglah jadi aaron, dapat kudel2 dengan maya karin dan lisa suriani serentak.
- sebenarnya maya karin dengan aaron aziz boleh kontek via social network kot! buat la satu akaun Fb atau twitter. mengada je lebih takde handphone takleh kontek konon.
ost ombak rindu.
"Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanyaKerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku...
apa punya lirik ni hisap darah betul"
credit to: Nina gipsy
keh keh keh.
Saturday, December 10, 2011
budak sket
makin susah, makin payah dan makin pasrah.
itu ungkapan paling sesuai untuk seorang skateboarders.
semenjak edi main skate ni,
gua rasa edi dh semakin jauh.
semakin alpa.
semakin busuk.
gua haramkan kawan2 gua main skate lepas ni.
kerana skate, d700 pon dah tak pegang, telephoto dah tak terjaga.
ini semua gara2 skateboard!
all skateboard mas die!
okbai.
sejak main skate ni, edi dah malas kemas rumah, malas hangar baju, dan tak pernah belanja bini topap.
bibir edi bengkak, lepas kena tumbuk dengan gua tadi.
Wednesday, December 7, 2011
Tuesday, December 6, 2011
Di Ambang Wati
Maaf.
Pendirian gua memang tak tetap.
Apek FOTO BERLIAN call gua.
barang gua sudah sampai.
jantung gua laju.
gua sangka memang takkan sampai.
atau mmg stok dah tak ada.
tapi...
rupanya ada.
gua gadai semuanya.
dan selamat datang keluarga baru.
keh keh keh.
contoh gamba Nikon D700 + Sigma 15-30mm f3.5/4.5D
copy at Thursday Disember 6 2009
ini copy tahun 2009.
kalau rindu2 gua selalu up balik.
kalau gua up balik, mula la mendatangkan KLMJ.
"seharian aku berjalan bersama si gemuk yg cantik tu..
terisi masa lapang aku dengan berbual sehingga sakit tekak..
sedang2 berbual..aku terasa macam tersentap je tbe2..
secara tibe2 aku macam terdengar satu pekataan yg aku rase macam rare je bunyinyer!
aku macam tercenganG selama beberapa saat sampai tak sempat telan air liur..
sambil menuding jari die ,si gemuk yg cantik tu menunjuk ke arah satu pokok dan berkate..
"lawa nyer pokok kismis..."
dengan berpeluh2 dan terdapar sedikit rekahan urat di kepale..aku terus menjerit..
Pokok christmas!! bukan POKOK KISMIS!!!
KipasLipas: Sumpah i tak nak tulis! tapi..tangan ni tertaip sendiri!!heeeee...."
sedang2 berbual..aku terasa macam tersentap je tbe2..
secara tibe2 aku macam terdengar satu pekataan yg aku rase macam rare je bunyinyer!
aku macam tercenganG selama beberapa saat sampai tak sempat telan air liur..
sambil menuding jari die ,si gemuk yg cantik tu menunjuk ke arah satu pokok dan berkate..
"lawa nyer pokok kismis..."
dengan berpeluh2 dan terdapar sedikit rekahan urat di kepale..aku terus menjerit..
Pokok christmas!! bukan POKOK KISMIS!!!
KipasLipas: Sumpah i tak nak tulis! tapi..tangan ni tertaip sendiri!!heeeee...."
:)
sebenarnya, ada beberapa perkara yang tak sedap terjadi apabila kita kurang perhatian terhadap alam sekeliling.
3.30pm : gua pergi bundle. dapat selai Levis Type 1. kaler lusuh. cutting dia sedap2. dan yang bestnya, levis ni first model punya Type 1. Size memang size gua. hensem. gua eksaited! gua campak Rm40. brader bundle tu sengeh mengiring.
4.45pm : gua tak puas. penat belek baju tapi masih tak jumpa yg berkenan dihati. masih mencari2...
tiba2 dapat Jean Michael Basquait. Kaler hitam, lambang crown besar kat depan. Size L. siap tag belum bukak lagi woi! gua campak lagi Rm10 kepada brader bundle sejuk. brader tu ucap terima kasih sambil tangan bermain sms.
6.00pm : gua rehat. pekena cheese nan tandoori. waktu suram2. ada rasa macam nak hujan.
telepon Jimbo. tapi jimbo tak nak lepak. gua ilek2 santai sorang2 usha makwe balik jasko tebrau.
8.00pm : gua pergi bazar karat. cari bag pack. singgah kejap kedai andy, mana tau ada barang best2. mamat ni bukan betul. kadang2 baju The stone roses pon dia kasi Rm25.
8.30pm : gua jumpa satu bagpack, Jack Wolfskin. size sedap, warna sedap. tak usha kain pon. teruja punya pasal. gua terus campak brader bazar karat RM80. brader tu senyum tak ikhlas.
memang harini gua nak labur beberapa keping uwang sebab gua dah lama sangat tak berbelanja untuk diri sendiri. jadi ada rasa sikit puas berbelanja sorang2 harini. gua terus bingkas balik sebab tak sabar2 nak test.
sampai rumah. gua test semua yang gua beli tadi.
seluar Levis Type 1, ketat kat peha, dan tak boleh kancing kat pinggang.
Baju jean michael basquait , boleh sarung, tapi babat berlari2 nak keluar.
Beg jack wolfskin. rupenye made in china.
gua menyumpah diri sendiri.
gua mencarut depan cermin.
ending dia gua pura2 main gitar ngadap tingkap bilik.
konon2 macam takde ape2 terjadi.
Kamila & Mikail.
SEKADAR GAMBAR HIASAN
sambil sepak-sepak batu , baling2 kelopak bunga.kamila bertanya pada mikail.
" you, agak2 you bila kita nak berumah tangga?
bila kita nak ada rumah sendiri? "
bila kita nak ada kereta sendiri?"
bila kita nak ada anak sendiri? "
bila kita nak hidup berdua sendiri?"
mikail menjawap..
" tunggu sampai u rasa dh bersedia dengan semua tu"
selepas itu, kamila buat muka marah.
mikail pula melepaskan gengaman dan berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang.
kamila pula masih duduk terjelepuk disitu. dan merelakan mikail pergi.
TAMMAT
Monday, December 5, 2011
amad dan unida. nama bini kau ni cukup exotic.
minggu lepas.. wedding kat muor..
yee.. muor!
bila lepak muor.. huruf o kena banyak.
MUOR!
kali ni wedding bestie gua jugak.
macam biasa, kastemer gua biasanya memang kawan2 gua jek.
kawan2 gua jek nak amek gua jadi photog dieorg.
kawan2 lu nak amek gua ke?
kalau kawan2 gua,gua kasi harga kawan2 gua.
kalau kawan2 lu, lu pepandai la kasi harga berapa.
gua bukan nak cerita soal harga.
gua rasa, makin lama gua punya hasil kerja makin teruk.
sebabnya gua lebih sibukkan gadjet daripada hasil kerja.
jahanam betul...kali ni takleh salahkan gadget. kena salahkan diri sendiri juga.
kena banyak study. sebelum gua kena hentak dengan jimbo.
ini cerita lain.
tepat jam 9.45pm 4hb disember 2011. ahmad farid dan unida selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. gua macam tak percaya farid dah kawin. gua rasa gua pun nak kawin juga.
sampai bila gua nak amek gamba orang kawin. tapi gua tak kawin.
feel kawin2 tu dh mula datang dah ni.
haishhh..
kepada farid dan unida. gua ucapkan tahniah. semoga jodoh berkekalan keanak cucu.
jangan nakal2 dan jaga tingkah laku.
jangan tanya kenapa entry gua ni serius. ini sebab gua tengah serius. serius ni!!
Sunday, December 4, 2011
JPO
start dari hari pertama permbukaan sampai ke hari ni.
kengkawan gua tak habis2 citer pasal JPO (Johor Premium Outlet)
JPO ni menempatkan butik2 berjenama. dan designer2 ternama dengan harga factory outlet.
sebanrnya takde la murah mana pon..tapi ade les setiap hari dari 25% sehingga 65%.
JPO ni tempat dia jauh jugak dari pusat bandar.
so kalau dari jb tu maybe amek masa dalam 30min utk ke destinasi.
dia buat kat kulaijaya,indahpura.
konon2 nak wat style putrajaya ke apebenda gua tak tau.
yang penting JPO ni tak memberi impak maksima pon kat diri gua.
gua ni mat bandel.. bukak lah sepuluh butik kat depan rumah pon belum tentu gua jengok.
tapi tadi gua baru balik amek wedding, jadi gua singgah kejap utk usha2 ape yg best sangat.
mula-mula teruja juga.
ada gaya macam butik2 mat salleh.
lama-lama macam poser jek.
baik gua balik.
untuk designer butik macam ni, diskaun 25%-65%.. tetiap hari ada. habis duit balak yang ada makwe kaki kelabing.. habisss...
antara model2 burbery, dari kiri jacobs,hermantino, ghoul dan accapan.
Sebenarnya gua tak berminat dengan jenama Nike ni. sebab banyak sangat cetak rompak. tapi nike yg gua pegang ni boleh ejaculate jugak. pattern macam Macbeth Elliot. fuhh...
terlalu obses pada Nike SB. sebenarnya butik lain tak sempat masuk. jadi banyak gamba kt butik nike je. benci.
Subscribe to:
Posts (Atom)