Monday, December 12, 2011

ONGBAK.

gua dapat poster ni RM12/pcs kat KSL, otw nak tengok ongbak rindu tu gua singgah kejap beli..
banyak jugak la poster murah2.. kertas dia pon not bad. kertas keras.
selain poster band, ada macam2 la jenis poster yang terjual.
tapi tak rare mana pon sebab ni semua bukan original poster punya kedai.
cukup la sekadar penghias kabinet dapur atau lantai yg dh retak.

gua tak terpikir pon nak tengok cerita ongbak rindu ni.
satu sebab gua mat metal, jatuh metal point gua camni!
heheh. tapi gua zass pegi tengok je sebab amy belanje gua. hehehe.
Bila ditanya kengkawan, yang masih belum tonton dan tak berkesempatan.
gua cuma menjawap " boleh la, babak kemelayuan still ada la..tapi yang gua pelik, kenape mesti maya karin kena rogol, kenapa mesti maya karin!"

daripada start masuk panggung, 10min selepas tu. amy dah berjujuran air mata kesedihan.
gua pun tak paham. padahal part yang dia nangis tu part yang brone palare tu main layang-layang.
tak sedih langsung.
gua tengok cerita tu banyak ketawa dari sedih. sedih tak langsung lah! mungkin sebab gua tak baca novel dia kot.

ape yang gua boleh review adelah :
  • Jurukamera ombak Rindu ni pundek. masing2 nak main bokeh2 sampaikan ada satu part tu bokeh memanjang dan tak nampak langsung muka pelakon, nak kate suruh fokus pada suara,masa tu takde orang cakap2 pon.
  • gua tak suka watak mak aaron tu. dah la tua tak sedar diri pakai bikini belanje lurah. kot ye pun nak nampak Milf, tacap la lemak bawah pelipat lengan!
  • gua pelik, kucing maya karin tu kan dah lari masa maya karin first time datang villa aaron, tapi tetiba muncul balik. ke dia tangkap balik kucing tu?
  • maya karin pakai tudung hana tajima, tapi bila sampai opis dan2 pakai tudung ala2 indon tu. apehal maya karin tu! sebelum tu elok jek.
  • yang pak dollah punya bingai, masa aaron marah2 lepas dia dapat info palsu dari mak dia tu, kenapa pak dollah tak mencelah? kenapa tunggu sampai maya karin kena pukul. kesian tau maya karin.
  • lagu dalam ombak rindu tu ada iras2 lagu lagenda budak setan. mentang2 la sama producer.
  • rumah aaron ada berapa banyak sebenarnya?
  • untunglah jadi aaron, dapat kudel2 dengan maya karin dan lisa suriani serentak.
  • sebenarnya maya karin dengan aaron aziz boleh kontek via social network kot! buat la satu akaun Fb atau twitter. mengada je lebih takde handphone takleh kontek konon.


ost ombak rindu.
"Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku...

apa punya lirik ni hisap darah betul"
credit to: Nina gipsy

keh keh keh.

3 comments:

tyha sarkawi said...

hamboihhh.





dengar cerita kau nanges sebaldi?hewhew

Kc Kasedah said...

eleh!

SM said...

muka legend tapi tengok ombak mancut? lebam sial kepala otak gua nak memikirkan.