dalam kocek ada duit RM15 jek.
gua dari kulai.
tak banyak aktiviti boleh dibuat utk orang macam gua ni.
gua banyak habiskan masa melukis dirumah, membaca majalah yang sama secara berulang.
dan berfikir tentang apakah itu hardcore,punk,crusty dan metal.
dalam hidup gua ni, pengaruh metal lebih deras. tapi tak begitu meluas.
bagi seorang budak remaja sekolah menengah, ape je yang gua boleh fikirkan..
yang gua tahu, minat gua terhadap music agak mendalam daripada kawan2 gua yang lain.
secara am nya, kesemua kawan-kawan gua adalah mat rempit pure. memang pure!
berbekalkan duit RM15 tu. gua beli rokok batang dalam 5 batang. bawa sehelai baju kemeja kotak2 merah, dan seluar levis 501 pasar malam. straight cut.converse ciplak jenama all american classic.
gua sebenarnya nak pegi jubli intan. ada gig. gua tak tau time tu gig apa,siapa organizer, sama ada dicky ataupon jimbo. dua2 tu pon gua tak kenal.
band first gua dengar,untuk first gig gua. NOSTALGIA.
dan ahad lepas, gua pergi gig juga. dan gig tu. Last gig from comeback. NOSTALGIA.
gua pun dah lupa lagu dia yang mana satu. sebab dah lama sangat band ni tak update apa2.
lagu dia gua dah ingat2 lupa.gua pergi pon sebab gua nak tengok band tu sahaja. just tengok even tak sing along sama-sama. apapun, ia ada juga memberi kesan sejarah dalam hidup gua.
5hb may 2012.
The Wall Batu Pahat.
Nikon EM | AF Nikkor 35mm f2D | Lomography 400 | c41
No comments:
Post a Comment