Wednesday, May 16, 2012

prostitude

baru-baru ni. gua rasa susah betul nak hidup.
maksudnya, gua rasa payah nak tidur.. dan berada di dalam keadaan selesa tanpa rasa was-was.
kaedahnya, tahun ni adalah tahun nomad bagi gua.
tahun ni saja, gua dah pindah lebih dari 2 kawasan, dan 3 buah rumah.
ini satu perkara yang rare sebab gua amat malas nak pindah rumah, dan gua jenis bukan suka tinggal satu2 tempat dalam tempoh masa singkat.

bermula dan Distort Punxsa. gua menetap hampir 2 tahun juga.
penduduk awal distort punxsa masa tu Kerk, Timmy, Rape ass, Zack Vallo, Nuan Terror, Es Parkcore dan Cileng ngepet. ramai jugak time tu!!
Distort Punxsa bertempat di  Pangsapuri Titiwangsa bandar baru uda johor.
rata-rata bebudak Uda Thraser mmg sangat sinonom dengan Distort Punxsa.
Kat distort punxsa ni macam-macam band pernah datang menetap,
dari irelad,ussr,german,Uk,sampai ke band jepun.
gua rasa kengkawan gua macam dipan,kesi,kemal,dan lain-lain pun pernah merasa hidup sebentar di distort punxsa. Dan makwe lama adalah orang paling kerap berada di distort punxsa sebagai tukang masak. Pehh..mmg rumah gua power.

Lepas hampir 2 tahun, masing-masing dengan haluan masing-masing, gua,es,nuan dan rape ass berpindah kat jalan bali pula. jalan bali tu berada kat area bandar baru uda juga. tapi kali ni berbeza, tak sama heaven macam distort punxsa. ia lebih kearah keharmonian hidup berjiran.
hidup berjiran ni yang bestnya bila kita nazak, jiran boleh datang jenguk. tapi yang tak bagusnya, hidup berjiran ni ibarat hidup dengan 18 orang keluarga angkat. masing-masing suka mengambil berat dan ambil tahu hal kita atas bawah. juga terdapat pakatan dimana satu pasukan makcik-makcik yang suka mengkaji identiti penduduk setempat. tak lama, dalam 8bulan juga duduk disitu. gua pindah lagi.

Masing-masing pindah tiba-tiba. pundek juga perasaan ni. jadi gua pindah secara solo. gua pindah sorang-sorang sewa bilik kat kondo dwi mahkota. amboi nama kemain gagah. alasan utk gua stay sini bukan sebab gua nak feel jadi anak orang kaya. tetapi gua cuma mahu keselesaan mutlak dan gua mahu hidup sorang. time ni makwe lama mintak break off. jadi gua lebih selesa hidup seorang. fakof la makwe lama. fakof.

makin lama gua duduk kondo tu. gua rasa makin sakit hati. gua rasa yang gua hidup sebumbung dengan kadazan dusun,sakai,minang dan lain-lain. memang gua rasa hidup dalam zaman batu. zaman tiada tulisan, zaman tiada dapur gas. zaman tiada tong sampah. dan zaman dimana belum wujud lagi penggunaan plastik bag. jadi gua dan lan HD mengambil keputusan untuk pindah rumah. pindah rumah yang lebih murah dan selesa, sesuai dengan taraf dan takrif kami berdua. kami budak punk biasa. bukan punk kondo. buang la ego sebagai punk kondo. kah kah kah.

gua pindah lagi. tahun ni lah. gua pindah tampoi. Taman Tampoi indah 2. ok la rumah tingkat 1. tak ada lift. tapi panjat tangga pun sikit je. keselesaan mungkin tak sama macam masa gua duduk di kondo dwi mahkota. tetapi cukup la untuk orang yang sederhana dan sangat merendah diri macam gua ni. tapi yang celakanya, rumah tau banyak putar belit cerita. macam-macam pancaroba. dan kesudahannya pemilik rumah tersebut mahu rumah itu semula. jadi gua dan lanHD cuma dapat duduk dua bulan lebih saja.
mmg pundek. dan pundek. penat tau pindah rumah lagi!!!

Tomi seorang lelaki cina biasa. Namun yang menjadi dia luar biasa. dia minat amy search, hillary ang, cromok, wings dan lain-lain band rock kapak malaysia. bagi gua, dia cina yang murtad, baru-baru ini dia dah cuba tanya-tanya gua tentang berkhatan. berkerut juga dahi dia bila gua terangkan bagaimana proses berkhatan sambil gua membuat sedikit demostrasi menggunakan pisang dan pisau lipat.
Tomi bercadang mahu join gua pindah rumah kali ni. dia sudah bosan duduk rumah ada patung berhala. justeru dia ni free thinker. no god,no worrior. jadi dia mencadangkan kami tinggal di tempat yang lebih confirtable sikit. biar mahal sikit yang penting selesa dan tiada masalah...

Jadi gua pun berpindah lagi......................

Gua berpindah ke satu tempat yg gua sengaja rahsiakan dimana. supaya peminat, kipas-susah-mati,dan follower2 gua tak dapat stalk dimana gua berada. ini bukan apa. gua memerlukan keselesaan dan kebebasan mutlak. gua tak suka hidup dibayangi aaron aziz lagi.

Rumah gua kt tingkat 7 sebuah kondo 24 tingkat. deposit sedap. 1+1. ok la tu. rumah not bad bersih, cuma tombol pintu ada sesetengah rosak dan ada lampu yang tiada suis. namun gua tak kisah. harapan gua inilah rumah terakhir zaman bujang gua. gua malas dah pindah-pindah lagi. penat nak angkat barang. gua banyak lagi benda nak kena buat selain pindah randah ni.
Deposit settle. rumah pun dah duduk. baru seminggu duduk rumah, rumah pulak takde bekalan electrik.
hampir seminggu juga keadaan berterusan. owner rumah pulak tak angkat call juga hampir seminggu.
bayangkan setiap hari gua tidur tanpa kipas dan cas hp. tidur tanpa seurat benang. saje je gua belanja sesiapa yang peratikan susuk tubuh gua yang monggel ini tidur. gua saja belanja. nak wat cam ne kan.
panas kot tidur tanpa kipas!

gua tak tahan, tomi membebel-bebel dalam bahasa cina. padahal nak tulis nama sendiri dalam tulisan cina pon tak reti. lan pula cuma buat muka pasrah. kami pergi ke management kondo utk kepastian.
setelah diteliti dan diselidik. rupanya owner rumah sebenar bukan brader yg kiteorg bayar deposit tu. rupanya brader tu cuma maintanance dan telah gelapkan duit deposit kami. dan owner rumah sebenar berada di batu pahat dan tak tahu menahu lansung tentang kehadiran kami dirumahnya. gua kena tipu.
celaka. celaka angat-angat.

gua ingat ini rumah last gua. bukan rupanya. nasib gua memang malang tahun ni. takde rezeki agaknya.
sudah tu. ada hikmah disebalik semua ni mungkin. dan gua dapat rumah area situ-situ jugak.
nak tak nak, gua terpaksa pindah lagi! tuan rumah lama tu cuma kasi tempoh seminggu utk kiteorang cari rumah lain dan pindah. dia taknak sesiapa menyewa kat rumah dia. trauma mungkin. jadi akhirnya gua stay kat area situ jgak tapi blok yang berbeza. yang bagusnya owner skarang ni beri gua percuma dua aircond dan segala peralatan rumah yang lain. mungkin ini hikmah yang tadi mungkin? tapi gua taknak puji apa2 sangat rumah paling latest gua ni. gua takut rumah ni juga menghampakan. ..kalau lepas ni ada masalah juga. gua rasa dah tiba masanya gua ,lan dan tomi tidur surau. agaknya itulah hikmah paling tepat. gua sepatutnya dah harus dekatkan diri dengan tuhan supaya perjalanan hidup lebih lancar..


5 comments:

Kc Kasedah said...

mana pegi kucing nama Milo tu yeh? hihi duk menjilat je keje

chubbyharusdirejam said...

milo hilang masa tu. kesian gua tengok yuna. hari-hari tengok tingkap sambil mengiau. kesian tau.

Lynn La Loy リンダ said...

Hmmmm.. Jomlah duduk rumah setingkat!

Superwoman said...

kau da pindah dah chub? yg kena tipu tu rumah yang kau kasi tau aku tu ke? yg aku tak jadi nak masuk tu. eh? -.-" phhheewwww. berbahaya. tp skang da okay kan. Distort punxsa, gua rindu tempat tu. -.-

chubbyharusdirejam said...

Everybodi miss distort punxsa!