Tuesday, February 26, 2013

KUCING SALJI

Aku lepak dengan apis spek tadi.
Apis spek ni orangnya manja, berkumis jarang-jarang dan sludge.
Aku malas nak cerita lebih lanjut pasal apis spek ni.
yang perlu engko tahu, apis spek ni merupakan kawan aku sejak aku mula-mula duduk bandar baru UDA dulu.

itu cerita lain.

Aku bergegas nak balik cepat tadi. apis nampak tak senang bila aku cakap aku nak balik cepat.
nafsu nak melepaknya masih lagi menebal. namun apakan daya, aku ni panas baran. apis tak dapat tolak permintaan aku untuk balik rumah lebih awal dari biasa.
apis meneruskan hawa nafsunya bersama nas, yaini seorang lelaki berumur 27 tahun tetapi tampak lebih matang berbanding aku yang sebaya dengannya.

aku bawak kereta, laptop,powerbank dan rokok marlboro softpack aku campak kesisi tempat duduk penumpang. aku geledah2 kereta. masih belum balik lagi. aku sebenarnya sedang mencari-cari segerombolan kunci rumah. Bila aku kata segerombolan tu, engko paham2 je la betapa besar gerombolan kunci tu kan. tetapi itu pon aku lupa mana aku letak. jelas disini, sifat pelupa aku semakin menular dalam diri.

Lebih kurang 5 minit, aku jumpa kunci rumah. aku jerit "YES!", kebetulan aku parking kereta berhampiran dengan tempat duduk kedai mamak yang aku lepak tadi., dua orang pondan terpaut dengan suara aku lantas menjeling. aku cuma mampu buat muka sombong sahaja. pondan kot, bubis pun palsu, semestinya pandangannya juga palsu! aku cakap dalam hati...

aku lekas balik rumah., harini aku ingat nak edit gambor dipan, dan nak kemas-kemas dapur sikit. aku parking kereta dan membawa barang-barang yang aku dah campakkan sebentar tadi. aku naik lift dan terus pergi ke tingkat 13A.

Sesampai di tingkat 13A, aku terus buka pintu rumah. kedengaran suara anak-anak kucing aku mengiau-ngiau petanda yang tuannya yang hensem telah pun pulang kerumah. mereka tampak gembira. Aku pun membuka pintu dapur. sebelum aku keluar rumah aku sememangnya akan meletakkan kucing-kucing aku di dapur. supaya rumah aku tak holokos jika aku tak ada. kucing-kucing aku ni haiwannya seni, jika aku lepaskan di ruang tamu, aku tak tahu apa akan jadi pada television dan pemain cakera padat aku. kemungkinan besar kedua-dua benda itu akan berada di tingkap ataupun bucu dapur. dan kebarangkalian besar mereka akan buat art cakaran kucing pada sofa dan tilam aku. dan pelbagai lagi bentuk art yang lain.

Bila aku bukak sahaja pintu aku, ketiga-tiga kucing aku berada di tempat berbeza, satu tengah berak kat bucu singki, satu tengah kencing kat tepi mesin basuh, dan satu lagi tengah makan. aku lihat tempat najis dia dah penuh. aku tepuk dahi. "ASTAKONA!!" kata aku. kali ni aku jerit kuat sikit. aku pun kurang pasti apakah maksud astakona yang aku jeritkan tadi. Aku baru teringat nak ambil pasir kucing dalam kereta aku tadi. Ketiga-tiga kucing aku , aku letakkan dalam tandas. supaya tak nak tambah lagi holokos.

Aku capai kunci kereta dan mahu menuju ke tempat letak kereta. dalam kereta aku dah fikir macam-macam. lift ni aku sorang, dan  lift ni nampak angker. tolonglah jangan tiba2 takde karen. maka jahanam la aku tengah2 malam buta kat dalam lift ni.

aku sampai di bawah, aku capai pasir kucing dan sebuku tiket art of noise. Mana la tahu ada orang pecah kereta aku. kalau dia bawa balik tiket art of noise tu. rugi besar aku!! kata aku lagi dalam hati.

Aku naik semula keatas, aku capai bekas najis kucing tu sambil membebel-bebel. "SALJI, ENGKO TU KAN EMAK. CUBA AJAR ANAK ENGKO BERSABAR SIKIT, JANGAN LA BERAK BERSEPAK. BENCI.BENCI.BENCI!" Salji adalah nama Emak kepada dua ekor kucing kecil aku. Salji cuma mampu perhatikan aku sambil buat suara ala-ala anjing. memang salji ni kucing yang aneh. jarang aku dengar dia berbunyi "MIOW". tapi yang selalu aku dengar dia berbunyi "GUNG, GUNG, GUNG". Aku rasa dia mohon diri dia sebagai seekor anjing tanpa dia sedar yang sebenarnya dia cuma seekor kucing.

Aku keluar , aku emo, aku tutup pintu kuat-kuat. muka aku nampak marah. aku buang najis kucing tadi kedalam tong sampah blok. Selamat la pangsapuri aku ni setiap tingkat ada rumah sampah. jika tidak? memang cilaka la namanya. aku ketuk-ketuk sikit bekas najis tu supaya semua najisnya berjaya masuk ke dalam tong sampah. sesudah itu, aku terus menuju ke pintu rumah aku semula.

aku putar tombol,tak boleh.
aku ketuk ketuk pintu. tak boleh.
aku tekan bell, tak boleh jugak.
rupanya..

pintu rumah aku terkunci dari dalam. aku cuba buka tapi tak boleh. Aku macam nak nangis.
Handphone kat dalam.
kunci rumah kat dalam.
kunci kereta kat dalam.
dan aku kat luar tak pakai baju dan berboxer sahaja.

CIBAI

itu je yang aku dapat ucapkan.
aku baru dapat masuk rumah, aku dah kat depan rumah selama hampir 3 jam setengah kerana tunggu housemate aku abis kerja kat pandan.
sekarang baru aku sedar.
dengan kemarahan sebenarnya akan mengeruhkan lagi keadaan.
sekian selamat malam.

sekali lagi aku nak cakap

CIBAI.

BEGINILAH KEADAAN AKU JIKA MARAH, SAMPAI BAJU PUN MACAM NAK PECAH



3 comments:

Kc Kasedah said...

Berak bersepak ni berak tendang bola ke?

chubbyharusdirejam said...

Maksudnya aku tersepak tahi kucing la tu kesi!

faizal abd fathi said...

gaya macam incredible..... heheheh