Friday, February 8, 2013

Lembab, kesat dan melecet

Sejak 2007 lagi. masa tu aku belum duduk punksa. aku dah dengar Fall of efrafa. Zaman tu dimana zaman aku menggilai atmospheric dan post-post rock if these tree could talk, explosion in the sky, mogwai dan sigur ros. Tapi dalam masa yang sama aku pernah impikan band-band post rock sebegitu mempunyai vocal, dan dari Fall of efrafa (FOE) aku dah makin galak dengan downtune, sludge and doom. pengaruh metal dia tu berat.. dan boleh bawak kepada melayang layang. Scene DIY hardcore punk malaysia pada zaman tu takda lagi muzik-muzik macam ni. Masa tu Coma pun baru nak hidup rasanya, Ssslothhh (indonesia) pun belum wujud lagi, atau mungkin ada band lain yang aku tak tahu.
Pernah jugak aku fikir nak buat band-band macamni. Tapi berat sangat. terlalu berat nak dalami.
Fall of efrafa bukan satu band kecik-kecik anak yang sebenarnya. bagi aku dia satu band yang hebat dengan elemen-elemen muzik yang memang syahdu (pada telinga aku), Album owsla dan elil antara album kegemaran aku. Yang lain tu aku boleh masuk jugak, cuma aku takde koleksi sebenar band tu fullset. Yang aku fedap, wak kencahana yang mati-mati Wolfbrigade tu boleh ada full set. cilakak.
Selepas kejatuhan Fall of efrafa, aku dapat buat satu band ala-ala  tu. tapi tak menjadi pun sebenarnya, jadi pun sikit-sikit je. Betul kata orang, nak main band meniru macamni memang penghujung dia kadang2 gagal. Abysmal Fornikate ditubuhkan pada era 2008-2009 kalau tak silap, kemudian 2010 baru aktif sikit. Ada cover satu lagu Tragedy je tiap kali perform gig. Tu pun sebab line up tak berani nak cover lagu FOE.
Alex CF merupakan line up utama Fall of efrafa, Artistic, Mysterius dan Sangat sangat Deep! Dia tu memang orang seni. macam2 benda2 seni dia buat specimen kostume2 raksasa pelik2. ishh.. orang putih punya seni lain betul dengan orang kite pun seni. seni dia lagi halus!! super halus!!
Lepas dia quit FOE, dia buat band lain macam Light Bearer, Momentum dan Eleleth. Semua band-band tu adalah band sludge metal,doom,downtune. Dia jugak amat meminati explosion in the sky, tragedy,bolt thrower, from ashes rise and the king Discharge!


Fall of efrafa with Icos


Momentum


Light Bearer 

Art of Alex CF

Aku fikir, kalaula hellexist nak tukar main Sludge Metal. Aku orang pertama yang akan kucup dahi wak dengan jimbo.

No comments: