Sunday, April 21, 2013

Gua dah seminggu kerja.
tapi gua tak tahu apa patut gua buat setiap pagi.
maka dengan itu gua memblogging.
Harap-harap bebudak IT tak block blogger.
cukup la engko dah block friendster dengan Twitter


Tuesday, April 16, 2013

Kak Sollehah Hebak

GILEBABI NI! GILEBABI!

"Sollehah Audio
No. 1 Online Seller in Malaysia for high-end Hi-Fi & AV equipment and its Accessories
Welcome to Sollehah high-end Hi-Fi & Home Entertainment e-Store. Buy with confidence as we have been selling many leading hi-fi brands online for over 10-years. Best to email our Website Administrator (rjzarina@yahoo.com) for any queries/questions or if you want to view more photos/pictures of the items that we advertised on Mudah.my website."

Dia ni ada berjuta LP, pelbagai Catridge, Stylus dan Amp-Amp hebat! Hebak mu kak! Hebak!

Barang yang dia jual? Klik sini

#TEAMKERJAOPIS

Hari ni dah masuk hari ke 3 gua masuk kerja opis ni.
Tak dinafikan memang banyak makwe denyut kerja opis.
tapi itu bukan halangan bagi gua.
Bukan senang gua nak terjerumuskan diri dalam kancah kerja gaya hidup berkampeni, cuma taraf kewangan kat malaysia ni memaksa semua orang macam gua ni buat dua kerja untuk hidup yang lebih stabil. Jadi terpaksalah gua memilih kerja opis. at least sabtu ahad gua masih boleh amek gambo orang kawin lagi.

Gua kerja kat syarikat logistic. pada mula nya gua ingat kampeni ni ada kena mengena dengan loji air ataupun indah water. nyatanya sangkaan gua tu salah. Kampeni logistic ni sebenarnya lebih kepada simpan barang orang lain kemudia pulangkan balik. lebih kurang macam tu lah..

Gua dapat office kat warehouse cokelat. Memang tetiap hari gua baru cokelat. Sedap macam nak makan. Kalau lu nak tau yang sebenarnya cokelat2 mahal tu semua asasnya ada kat gudang gua kerja ni. Cokelat macam Forrero Roche,kit kat, kinder bueno, hersheys atau Nutella sekalipon, semua bahan asasnya adalah serbuk cokelat jenama Delfi. Baru la gua tahu. Cuma cadbury je spesial sikit. dia ada serbuk cokelat sendiri. Patut la cokelat dia rasa lain sikit.

hari pertama je gua masuk awal. hari kedua dan harini gua masuk pukul 11am sebab gua kena buat akaun bank. untuk buat akaun bank pulak gua kena renew ic. ic malaysia ni memang pundek. memang jenis puaka. konon nak grand sangat pakai chip. tapi chip tu cepat rosak. baik pakai ic oldskull yang lama laminate tu. lagi mudah dan tahan lama.

Selamatlah KDN kat setia tropika tu pantas. gua buat ic semalam, harini dah siap.
cepat kan?

Apapun, doakan kejayaan gua dalam industri team kerja opis hour ni.

Monday, April 15, 2013

Ekspidisi Bukit Sisik

Sebenarnya aku tahu engkorang akan cakap "Eleh pegi bukit jek?"  "lahh bukit je ke.. ingatkan panjat gunung kinabalu" " Eh budak gemok boleh mendaki ke?" dan pelbagai lagi cemuhan orang bangsa kite ni yang tak berapa happy sangat tengok kita bergembira sikit. macam la dia best sangat.

Sebenarnya ekspidisi bukit sisik ni last minute punya plan jugak. ecely sebelum obscene lagi diaorang ni dah planning cuma aku cuma catch no balls.. last-last jadi jugak tu pon aku confirmkan 4 hari sebelum bertolak.

Bukit sisik ni letakkan di kawasan Air Terjun kota tinggi. Perjalanan mengambil masam cuma dalam lingkungan 45minit kalau jalan biasa, 15minit kalau lumba lari. Perjalanan juga boleh tahan mencabarnya.
Sebenarnya inilah kali pertama sepanjang hidup aku pergi mendaki. Dan ini merupakan petanda sejarah terbesor dalam hidup aku kalau engkorang nak tahulah kan..

Ekspidisi ini dianggotai Aku, Lyn, nina, minah, kobis, kamen, adik_ziha, kimi, rozman dan noh. Ketua kumpulan kami dengan tidak sengaja dijawat oleh Kimi. ini kerana kimi je yang dah banyak kali naik Bukit ni. Segala struktur mukabumi kat bukit sisik ni memang makanan dia dah. Power tak power lah kan.

So far aku seronok sebab aku tak pernah masuk hutan pertamanya. Apis pon tak pernah kena pacat tapi haritu 3 orang sekali terkena pacat. yang paling champion memang adik kamen la. pacat dia dah hisap darah sampaikan dia dengan pacat tu dah sama besar sizenya. memang champion.

Aktiviti malam kami dipenuhi dengan makan, makan dan makan. Lepas makan semua terbongkang. Tinggalkan aku seorang meredah hutan tu sorang-sorang sebab tak boleh tidur. Memang lepas ni aku tak percaya noh dengan kimi sebab dia janji tak kan tidur pada malam tu sudahnya aku sorang je yang tak tidur. Dalam hutan, aku tidur luar, kemudian tak boleh tidur. Mencabar kan?

Yang lagi buatkan ekspidisi bukit sisik ni lebih mencabar adalah Hujan. Hujan yang lebat maksud aku. Aku tak pasal-pasal tido masuk khemah budak pempuan. Hujan makin lebat, khemah masuk air. Tapi yang aku hairan Lin tetap tidur sehinggga mengences. Memang jenis tidur macam syaitan.

Aku berkhemas satu malam, dan esoknya balik dengan berpeluh-peluh sekali. Puas jugak aku hayati keindahan alam semesta.
Mummy Lyn amat bijak dalam memilih jenis beras

Ini lah ketua kumpulan kami. Kimi namanya. Bukan Kimidex pakwe Ckin dolah.

Sudah membeli belah. Kami rasa bahagia.

Ini adik kamen. Ziha mesti suka kalau tengok ni.

Kalau perati lama-lama si apis ni, mula lah nafsu amarah aku naik.

Nomel nomel

Aku marah kembor dua orang ni. Sebab dah 3 jam dia cuba pasang khemah tapi gagal.

Tak silap aku, kat kedai nama buah ni  Nenas kan? tapi disebabkan dalam hutan, aku tak tegur.

Pacat pertama yang singgah di kaki sang teruna. Teruna ke?

3 gadis Pingitan.

Ayam kangkang.

Nampak lucah tapi itulah kenyataan, kat hutan pon masih inginkan makanan barat.

Dah ramai wanita johor bahru tumpas dengan Senyuman manis Kimi/

Kami dah mahu pulang. Kami rasa bahagia.


Kan? betul kan aku cakap? Mudah naik nafsu amarah tengok apis ni.

Inilah yang dikatakan Feel The Nature

Thursday, April 11, 2013

Fali



Gua apply kerja kat tempat kerja Mira aziz.
Kemungkinan besar isnin depan gua dah start kerja.
tadi mira aziz call mintak Original Result SPM dengan Gambar.

Gua pergi kedai fali untuk ambil gambar. Fali adalah kedai gambar yang satu-satunya menyediakan perkhidmatan developt film dengan murah dan cantik. Fali adalah kedai cina. seorang cina tua yang berusia lingkuangan 60an. Dalam masa yang sama, gua developt film sekali.
Gua rushing. jadi lepas gua ambil gambar gua terus je blah.

Sampai rumah gua telitikan gambar gua tadi.

Memang cilake fali ni.
Kejadah apa gambar untuk mintak kerja pakai earring?


Bubar Parlimen

Sejak parlimen bubar ni memacam pulak email masuk.
Sms jangan cakap. kat wassap pon sama.

Gua tak berminat dengan politik. dan mungkin sampai tahun ke 400 hijrah pon gua tak daftar mengundi. Gua tak tahu parti mana yang elok dan cocok buat gua. Gua cuma harap parti kat malaysia ni pandai ambil alih negara. Tak kira lah parti apa sekalipon.

Semua parti bagi gua tak ada kurangnya. ada cacat dan celanya.
Company kecik macam warong pak itam pon ada politiknya. Ada yang betul ada yang tidak.
Dalam dunia ni mana yang perfect kan?

Cuma satu email ni gua tertarik.
dia kasi link video kat facebook.
Gua nak share. tapi adegan dalam video tu lebih kepada Brazzer dan Punyumunyu.
Jadi gua share kat blog je la.

Pada firasat gua ini MUNGKIN benar. Tapi kalau tak benar pon gua apa kisah. Cuma gua salute jugak la siapa yang dapat edit video ni sampai ke tahap ni.
Stay tune, jangan tahan kencing.



                                Kalau nak tengok muka direct, pegi ke minute 10:58


                                               dan ini orang yang disabitkan dalam video ni.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal orang ni. Pegi google "Mustafa ali". Aku pon baru tahu dia ni siapa.

Tuesday, April 9, 2013

Skate Comp

Sebenarnya event Skate comp adalah event yang paling rare nak mampus untuk aku join.
Satu sebab aku memang tak pernah/tak berpeluang main skate seumur hidup. Satu lagi sebab aku tak suka sukan ekstrim. Maklumla, aku ingin menjaga bentuk badan unggul yang sedia ada pada aku sekarang ni. atau dalam kata lainnya bentuk badan yang menjadi kegilaan ramai.

hai kepala bana betul.

Event skate comp pada kali ni anjuran kengkawan aku sendiri. jadi secara tak lansung aku pon join sekali. Support member-member. Sebenarnya skateboard pon salah satu cabang seni jugak kalau engkorang nak tahu. Seni papan seluncur. Tak semua orang boleh main skate. dan tak semua orang skate boleh main.
Aku pernah juga naik atas papan skate ni namun papan skate yang gagal menampung aku.

Apapun aktivi skateboarding ni sebenarnya satu aktiviti sukan yang hebat dan menyihatkan badan walaupun pada umumnya memang banyak jatuh-jatuh. tapi bagi aku semua tu passion seseorang tu jugak. So no mattter what you do. you do it with pride. amboih.

Aku tak tahu apa pantang larang semasa main skate ni. yang aku tahu, rupa-rupanya photographer tak dibenarkan pakai flash menjolok mata sehingga mengganggu konsentrasi pemain skate itu sendiri.
sorry.
\
kawan aku yang main skate tak ramai. ini antaranya

kobinasi gagal

pasangan skateboarders paling intim. mereka telah berumahtangga 2010.

ini je gamba yang aku sempat ambil rasanya.

\
Duck face

Apahal ambil gamba pejam mata? apahal?

Dubuk Face

Serati Duck Face