Monday, April 15, 2013

Ekspidisi Bukit Sisik

Sebenarnya aku tahu engkorang akan cakap "Eleh pegi bukit jek?"  "lahh bukit je ke.. ingatkan panjat gunung kinabalu" " Eh budak gemok boleh mendaki ke?" dan pelbagai lagi cemuhan orang bangsa kite ni yang tak berapa happy sangat tengok kita bergembira sikit. macam la dia best sangat.

Sebenarnya ekspidisi bukit sisik ni last minute punya plan jugak. ecely sebelum obscene lagi diaorang ni dah planning cuma aku cuma catch no balls.. last-last jadi jugak tu pon aku confirmkan 4 hari sebelum bertolak.

Bukit sisik ni letakkan di kawasan Air Terjun kota tinggi. Perjalanan mengambil masam cuma dalam lingkungan 45minit kalau jalan biasa, 15minit kalau lumba lari. Perjalanan juga boleh tahan mencabarnya.
Sebenarnya inilah kali pertama sepanjang hidup aku pergi mendaki. Dan ini merupakan petanda sejarah terbesor dalam hidup aku kalau engkorang nak tahulah kan..

Ekspidisi ini dianggotai Aku, Lyn, nina, minah, kobis, kamen, adik_ziha, kimi, rozman dan noh. Ketua kumpulan kami dengan tidak sengaja dijawat oleh Kimi. ini kerana kimi je yang dah banyak kali naik Bukit ni. Segala struktur mukabumi kat bukit sisik ni memang makanan dia dah. Power tak power lah kan.

So far aku seronok sebab aku tak pernah masuk hutan pertamanya. Apis pon tak pernah kena pacat tapi haritu 3 orang sekali terkena pacat. yang paling champion memang adik kamen la. pacat dia dah hisap darah sampaikan dia dengan pacat tu dah sama besar sizenya. memang champion.

Aktiviti malam kami dipenuhi dengan makan, makan dan makan. Lepas makan semua terbongkang. Tinggalkan aku seorang meredah hutan tu sorang-sorang sebab tak boleh tidur. Memang lepas ni aku tak percaya noh dengan kimi sebab dia janji tak kan tidur pada malam tu sudahnya aku sorang je yang tak tidur. Dalam hutan, aku tidur luar, kemudian tak boleh tidur. Mencabar kan?

Yang lagi buatkan ekspidisi bukit sisik ni lebih mencabar adalah Hujan. Hujan yang lebat maksud aku. Aku tak pasal-pasal tido masuk khemah budak pempuan. Hujan makin lebat, khemah masuk air. Tapi yang aku hairan Lin tetap tidur sehinggga mengences. Memang jenis tidur macam syaitan.

Aku berkhemas satu malam, dan esoknya balik dengan berpeluh-peluh sekali. Puas jugak aku hayati keindahan alam semesta.
Mummy Lyn amat bijak dalam memilih jenis beras

Ini lah ketua kumpulan kami. Kimi namanya. Bukan Kimidex pakwe Ckin dolah.

Sudah membeli belah. Kami rasa bahagia.

Ini adik kamen. Ziha mesti suka kalau tengok ni.

Kalau perati lama-lama si apis ni, mula lah nafsu amarah aku naik.

Nomel nomel

Aku marah kembor dua orang ni. Sebab dah 3 jam dia cuba pasang khemah tapi gagal.

Tak silap aku, kat kedai nama buah ni  Nenas kan? tapi disebabkan dalam hutan, aku tak tegur.

Pacat pertama yang singgah di kaki sang teruna. Teruna ke?

3 gadis Pingitan.

Ayam kangkang.

Nampak lucah tapi itulah kenyataan, kat hutan pon masih inginkan makanan barat.

Dah ramai wanita johor bahru tumpas dengan Senyuman manis Kimi/

Kami dah mahu pulang. Kami rasa bahagia.


Kan? betul kan aku cakap? Mudah naik nafsu amarah tengok apis ni.

Inilah yang dikatakan Feel The Nature

4 comments:

runchocfetish said...

huish seronok. lain kali nak ikut boleh tak?

chubbyharusdirejam said...

bolehhhh!!!!

Lynn La Loy リンダ said...

kan aku dah kata..mana taknya nak marah aje tengok muka si apis tuuu tak tengok pon boleh marah jugak!

Kc Kasedah said...

KAH! nak join pasni plssss -_-